Oktober 11, 2011

Prologue : Proses-Proses Untuk Menjadi Bapa

Dalam tahun 1999,aku ingat lagi satu malam tu tengah hisap rokok dengan housemate aku depan pintu apartment yang kitorang duduk. Member aku ni mak bapak dia baru datang jenguk dia macam mana sebab time tu kitorang baru lepas SPM jadi mungkin mak bapak dia nak tengok anak kesayangan dia apa cerita.

Mak bapak dia bawak makanan jadi aku pun join sekali makan dengan seorang student Cina ni tapi sebab mamat Cina ni merokok, dia tak join la kitorang hisap rokok kat luar.Sambil sedap hisap rokok, member aku pun bukak la cerita," Tadi aku gaduh dengan bapak aku. Memang aku rasa nak terajang aje dia tadi.."

Tersedak aku sekejap.Aku tanya la apsal. Dia pun cerita la pasal perihal sejarah dia dengan bapak dia yang tak ngam dari dulu sampai sekarang. Pernah bertumbuk, pernah lawan terajang.

Aku baru lepas SPM jadi selama ni masalah member2 yang aku selalu dengar hanyalah masalah "sekolah kita lelaki semua,aku rasa aku ada tendency untuk jadi gay" atau masalah "makanan kat dewan makan macam palat."

Aku tak pernah dengar masalah serumit tu diceritakan dekat aku. Aku cuba ingat balik pernah ke tak aku bergaduh dengan bapak aku sepanjang 13 tahun aku sempat dengan dia. Ada sekali. Waktu tu aku darjah 4. Bapak aku nak hempuk Micro Genius (game konsol dulu2) sebab aku kuat sangat main game. Aku tengah marah ni..aku boleh pulak tersalah sebut ayat membuatkan bapak aku gelak. Tu aje la sekali yang aku ingat.

Jadi,aku tak tau dan takkan tau macam mana relationship seorang anak lelaki dengan bapak apabila anak tu dah besar dan boleh berfikir sendiri. Satu-satunya benda yang aku boleh cakap kat dia "bapak kau ada lagi...sementara dia ada,tak baik kau gaduh-gaduh. Nanti bila dia dah tak ada, banyak benda lain yang kau nak buat dengan dia sebenarnya..tapi kau tak sempat sebab kau dengan dia bergaduh memanjang.."

Aku tengok member aku tu diam aje. Tak suka kot aku cakap camtu. Tiap2 orang yang mintak nasihat orang lain..benda yang paling dia nak dengar adalah nasihat yang nak membuatkan dia rasa dia betul. Ego booster.

Aku selalu teringat perbualan aku dengan dia malam tu,tak tau la apsal sebab dia bukanlah karakter yang significant dalam hidup aku sangat..lepas duduk satu sem, dia pindah masuk apartment lain, member satu fakulti aku join masuk apartment aku.Tapi apa yang aku borakkan dengan dia malam tu aku still ingat.

Mungkin aku seseorang yang dah tak ada bapak, orang yang aku paling nak adalah seorang bapak.

Dan tiap2 kali aku tengok anak aku, aku selalu terfikir, "Nanti kau lawan aku ke? Nanti kau macam mana bila besar nanti? Macam mana aku nak respon kalau kau tipu aku satu hari nanti? Macam mana aku nak tolak permintaan kau kalau satu masa nanti kau satu hari nanti mintak benda mengarut kalau kau nak join rancangan Idola Kecil?"

Kau tak boleh kata hidup kau dah lengkap selagi kau tak ada orang yang 100% hidup dia bergantung dengan kau.

Zaman sekarang ni, ramai orang yang tangguh nak jadi bapa bila dah kawin. Masalahnya, ramai pulak yang nak "buat proses menjadi bapa" sebelum kahwin. Dah terbalik.Tiap2 kali anak aku pegang jari aku,aku akan terfikir "berapa lama aku dapat tengok kau membesar? Berapa jauh aku dapat tengok kau? Sempat ke aku tengok kau kahwin? "

Dan dari situ aku nak pesan kepada semua lelaki yang tak kahwin lagi sebagai seorang lelaki yang dah kahwin...kahwin cepat-cepat. Sebab walaupun ajal maut kat tangan Tuhan tapi lagi cepat kau kahwin, Insya Allah lagi cepat kau dapat anak. Tempoh anak kau dapat hidup dengan kau Insya Allah lagi panjang. Kalau kau pusing-pusing tengok sekeliling...majoriti mesti atuk mesti meninggal dulu sebelum nenek. Aku ada 2 orang atuk...sorang aje atuk aku dapat tengok aku,itupun 3 bulan aje sebelum dia meninggal.

Dan kepada yang dah kahwin, jangan terhasut dengan pegangan "I'm not ready sebab financially kami belum kukuh" Anak itu rezeki. Anak itu adalah satu bentuk financial gains. Melewatkan kedatangan anak dalam keluarga sebenarnya hanya memendekkan masa kau spend dengan anak kau nanti. Kewangan takkan kukuh sampai bila-bila sebab nafsu kau takkan cukup.

Mesej aku untuk hari ini..kepada yang dah kahwin dan tak ready lagi menjadi seorang bapa...balik rumah, baringkan isteri dan berdayunglah tanpa protection. Kau kumpullah duit berjuta-juta pun... kau takkan segembira dapat peluk anak kau setiap hari.

Mulakan hari ini.
Go have sex with your wife...a lot.

52 ulasan:

Adlilatun Nur berkata...

:)

Fadhelectraz berkata...

lepas habis study aku nak terus kahwin la. ha3

LS berkata...

yaa cun!

Hasrul Affandi a.k.a CarbonizerFreak berkata...

Style !!!

Cik Siti Fairuz berkata...

mmg tak ngam ngn bapak dr kecik.. tp masih bole hangout lepak crk kari kepala ikan sama2.. (kami kongsi citarasa makan yg sama)
walaupn aku kurang kasih syg dr bapak.. aku masih hormat dia, dia masih syg aku.

Fahmi Jaafar berkata...

ops aku mude sgt nihh.. lek lu lek lu... haha :P

dhum.dahij berkata...

mantot, aku setuju dgn kau 100%...perasaan membuak2 utk melepaskan benih telah memberikan hasil yg sgt berbaloi...walaupun anak aku mmg kuat melalak, tp tiap kali balik keje aku lega tgk dia...& membuatkan aku terus brsemangat utk bersenggama demi meramaikan umat Muhammad...

Master Yoda berkata...

hahaha,nice 1 mantot...

ochs widdle berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ochs widdle berkata...

kalau takde duit mcmana nak kawen?

Dr. Bentara berkata...

waiting my 5th to be born.

just azura! berkata...

kau ni, aku baru nak menitikkan air mata baca blogpost sedih. tiba-tiba last tu spoil terus tak sedih...

Tanpa Nama berkata...

alhamdulilah, waiting for my 2nd ;)

dyg (-_-) berkata...

yaa mulakan hari ini..bentuk azam dlm dri..

Paolo Balam berkata...

30 dah cukup lewat ke? tapi aku rasa tempoh matang aku pada waktu itu. matang membuat keputusan dan menguruskan keluarga.

Merentas Horizon berkata...

ayat kau..

" Tiap2 kali anak aku pegang jari aku,aku akan terfikir "berapa lama aku dapat tengok kau membesar? Berapa jauh aku dapat tengok kau? Sempat ke aku tengok kau kahwin? "

sungguh menyentuh hatiku, ah.. ni rasa nak kahwin ni

wanita mutalib berkata...

oke. mak terharu. agak2 husband mak ada fikir cam ko tak. hurm. i wonder why wonder how bout the blue blue sky la. :p

fatinizzati berkata...

oke. muda sesangat lagi untuk kawen. hehe

Tanpa Nama berkata...

kenala merancang. hidup di dunia bukan untuk tengok anak dilahirkan saja. bukan nak tengok berapa lama ko hidup sampai anak ko dapat masuk universiti ker, sampai anak ko dah bercucu ker.

apa guna ada anak kalau dibiar saja?

dan apa guna anak ramai2 kalau sendiri pun x cukup makan?

zer berkata...

yup kena merancang. tp merancang bagaimana nk maju kan diri selepas anak bertambah.bkn merancang berapa anak je kau nak..

aisya zainal berkata...

haha. agak la. mula2 aku rasa mantot ni penyayang yang amat..
baru ingat nak share kat fb.
mesej akhir memang tak boleh blaa. terus tak jadi nak share.

Mantot berkata...

hahahaha...

Sob berkata...

Ramai pompuan yg tak puas hati dgn 'pesan' Mantot terakhir. Why??
What's wrong with you women?

Kalau dpt husband yg tak mau sex A LOT lagi merana tau. Bkn kita buleh kawen 4 pun. Hahaa...

Tanpa Nama berkata...

ala, pompuan puas sekali tahan lama, laki puas sekali mlm esok nak lg...

Tanpa Nama berkata...

sokong sob..ader gak laki yg tk nak seks..bleh bengong dibwt nyer...

Tanpa Nama berkata...

sokong sob..ader gak laki yg tk nak seks..bleh bengong dibwt nyer...

muslimah rempit berkata...

ermmm.... bagus...

Tanpa Nama berkata...

pak...pak....sy nak masuk Idola kecil.......huahaha

lydia berkata...

pengakuan dari seorang new mum : saya rindu anak saya setiap hari di tempat kerja! ;-)

Tanpa Nama berkata...

serius gua x setuju dgn post ko tot. keseluruhan entry ko hanya emosi bukan logik. dan lagi...TOLONG explain apa maksud ko anak itu financial gains. dari sudut mana dan bagaimana anak tu jadi financial gains?

bagi mereka yg beralasan financially x stable, alasan mereka ada kebenarannya. jgn kerana perasaan nak tengok anak besar, nak peluk anak, nak rasa jadi mak bapak segala logik akal diketepikan. anak berlambak2 pun x guna kalau nak bagi makan cukup pun x mampu. belum cerita lagi bab pelajaran mereka sampai sekolah tinggi2. takkan mak bapak nak anak yg belum kerja dibebani hutang ptptn?

mungkin sebahagian org tak fikir duit yang cukup itu penting utk masa depan anak. mereka yg tangguh utk beranak itu kerana masalah kewangan hanya mahu yg terbaik utk bakal anak mereka. hidup sekarang bukan macam dulu. kos sara hidup makin tinggi. apalah gunanya ada anak tapi masih tak mampu spend quality time dgn anak sebab terpaksa kerja lebih mencari duit yg cukup utk ANAK?

hal ni ianya bergantung kepada pilihan masing2. tak salah jika menangguh beranak sebab kewangan. yang penting, masa depan anak terjaga. jika kewangan tak mampu nak sara anak, in the end mak bapak takkan ada masa berkualiti dengan anak sebab terlalu sibuk cari duit hanya untuk lepas belanja keperluan harian.

jadi bakal mak bapak, buatlah pilihan mengikut logik akal dan atas persetujuan bersama. jgn kerana perasaan atau tekanan sosial anda membuat keputusan yang dikesali. bukan tak ada keluarga berpecah belah kerana duit, malah perkara ini biasa terjadi. mahukah anda jadi macam tu?

Tanpa Nama berkata...

hahaha.aku agak lepas ko buat entry ni terus kau pegi begomol tot..buat anak ramai2 tot,yg penting baca doa halau setan.dah bertelur didik anak dengan ayat Quran.bukan dengan lagu Af letak kat perut ibu mengandung.tu yg jahanam anak beranak..adek beradek aku 12 tot..masa aku form 1 adek beradek aku dah cukup sedozen..masa tu aku pikir tak patut keluarga aku ramai sedangkan gaji bapak aku ciput je..mak aku suri rumah..tp skunk separuh dari adek2 termasuk aku sendiri br dapat rasa sendiri nikmatnya....Tuhan dah bagi rezki..selagi tanah subur,bedal aje..kekekeke..nice entry tot..ilal liqa'

Mantot berkata...

aku baru nak tulis..kau dah jawab dah dulu soalan dia pasal financial gains tu, Anon kat atas aku ni..

Reportero local berkata...

Hope I can even get a wife mate. Tapi betullah ape yang hang cakap. Aku, pernah hilang seorang bapa, dan sekarang ayah aku adalah ayah tiri. Dan setiap hari aku berfikir, macam mana hidup anak aku nanti. Adakah dier jadi yang terbaik, atau jadi penyanggak.

TApi, ape-ape, Insyallah, anak hang, akan jadi seorang anak yang dirahmati dan disayangi Allah S.W.T

Mantot berkata...

Anon,
aku cuba jawab soalan kau tapi aku tak jumpa contoh yang sesuai.camni lah...

kenapa kita berdoa mintak rezeki murah? Sebab kita percaya Tuhan yang tetapkan rezeki kita.

Dan semua orang tau, Tuhan dah sebut "anak itu rezeki."

Persoalannya,setiap hari kita berdoa nak mintak Tuhan murahkan rezeki kita,kan? Tapi kenapa bila dah kahwin kita lambatkan diri kita dari mendapatkan rezeki..kalau kita percaya anak itu rezeki?

budakkelate berkata...

hehe. tang last tu. ditekankan word A LOT. hmm...rase2 itu hari ada baca entry psl antar wife balik kg bersalin? adakah mantot kah? kalau yer, then ini gangguan normal. haha

ataupun sy terbaca kat blog lain n termerapu kat sini? jawab tot heheh

unknown berkata...

kehkehkeh... bnyk2 entry, aku rasa yg ni touching sket n aku rasa ade gak serius, matang n relevannya kau ni. tp dah last2 tu, sempat je kau ni kan... hahaha

Zonkers berkata...

ayat paling winrar hari ni ialah "balik rumah, baringkan isteri dan berdayunglah tanpa protection"

fukken genius!

buruh berkata...

ada orang tak puas hati, pastu pegi buat blog entry kat sini. eh?
booo!

Bilal binti Robah berkata...

pergh
nasihat last lu mmg wa tak tahan
har har har

bf wa mmg asek goda goda wa
wa da ar lemah iman kn
insyaAllah wa akan usul la bab menikah ni kt mak wa dlm hujung thn ni
doakan wa bro!

:D

Tanpa Nama berkata...

Aku sayang mak ayah aku. Alhamdulillah kami 7 beradik menjadi. Ayah aku selalu ckp dulu2 biar sampai dia kena jual tanah sbb nak anak2 belajar dan jadi orang berguna tp Allah Maha Kaya rezeki Dia yang bagi kan so sampai semua kitaorang habis belajar dan dh kerja, takde plak ayah aku jual tanah2 dia, maknanya Allah sentiasa permudahkan urusan dia dlm hal nak besarkan anak2. Tapi sekarang ni tak sempat aku nak balik kampung jenguk diaorang, tiap2 dua minggu sekali tup2 diaorang dh sampai kat umah aku di KL ni sebab diaorang tak boleh tahan rindu kat anak-anak aku iaitu cucu cucu dia hahaha. Just to share ngan kauorang tentang kasih sayang mak ayah ni kan..

Amir Aizzat berkata...

camne pulak anak ko esok besar, umur belasan n taw bapak die ade blog, n then die realize yg bapak die gile sex tahap sangap unta, kaki mencarut, n so on.. hahahhaha.. pikir pikirkan..

Tanpa Nama berkata...

saya, baru kawen bln 6 hari tu, suami saya, seorang guru, bergred DG41, xmahu sentuh saya, sbb takot sy pregnant, takot x cukup duit ble ada anak....alahai...nape la boleh kawen ngan lelaki mcm ni, setelah 4 tahun bercinta?????

Tanpa Nama berkata...

ade kondom ma.. u should introduce your hubby with condom n.. plus najib already give budget2012 to gov servant, afraid what? damn u najib

Jojoe Ali berkata...

Aku tak suka hang, tapi aku tetap baca apa hang tulih. Sebab yang aku tak suka adalah hang, bukan tulisan hang.

Dan hari ni aku bertambah tak suka hang, sebab.. hang buat habuk kat meja aku. Dan habuk tu dah terbang masuk mata aku.

Pedih hang tau dak? Haram betui.

Eza Faezah berkata...

nak sangat ada suami, anak n family sendiri, tapi belum ada jodoh... ermmm... camane nak ramaikan umat muhammad ni??? heheheh

mag berkata...

anak memang rezeki. memang. orang yang ada memang tak akan sangkal. semua orang 100% cakap anak bila dapat tu rezeki membuak2 banyak. that's what you're trying to imply. i don't mind.

tak cukup duit utk beli susu anak lepas anak putus menetek? no problem, anak tu rezeki.

tak cukup nak bagi anak pendidikan yang bagus sebab hutang keliling pinggang? jgn risau, anak akan bagi rezeki.

if you look it that way, yes, indeed children is a gift for married couples.

so kalau org yg tak dpt anak setelah mencuba, atau duit nak makan dua org tiap2 bulan pun tak cukup, macam mana?

anak is a gift when both of the parents care for them, bukan atas alasan rezeki. kalau rezeki, asal anak ramai2 dalam bersamamu, tapi mak bapak menangis2 dan anak menangis sebab terpaksa berhenti sekolah?

i just got married. and anak tu, ada ada, tak ada, tak sedih. but to put a notion that we NEED to have kids, sigh..ntahlah. semua orang ada masalah sendiri. be kind, and no need to say because of tak nak anak, sebab "nafsu tak cukup".

Rabiatul berkata...

hehe i like this, A LOT. thanks Mantot. Congratulations on your first born ! (dah lamaa tk jenguk sini, hope im not too late)

en.sarip berkata...

adik brdik ak 11 org. ayh mninggal time ak drjah 2(skrg umur ak 22). time arwah hidup lg, kerja buat rumah cmtu je. mak mmg xkerja, suri rumah. alhamdulillah, kami semua mmg ckp mkn, bljar n semua. xyah risau r nak ade ank ramai weyh, rezeki msing2, rezeki ank mmg xkn kacau rezeki parent die.

wansyah14 berkata...

rasanye nie 1st time aku komen kat ko punye blog..anyway..aku suke cara ko....even adik beradik aku xramai...
anak2 adalah rezeki untuk kedua ibu bapanya....

macam aku skang tgh tunggu my 1st baby....rezeki melimpah ruah aku dapat...alhamdulillah...nie blom lahir lagi Allah dah bg rezeki kat aku....wife aku baru dapat pelarasan gaji...aku pon insy'Allah alan dapat start january nie...rasanye cukup untuk tanggung aku satu family nanti....
apa2 pun anak yang lahir telah ditetapkan rezeki untuknya...dia xpernah kacau rezeki ubu bapanya....

Andi berkata...

Terbaek lah!

eddeved berkata...

inilah satu satunya artikel yang menyentuh jiwa aku...aku tak kisah pun kalau anak aku lawan aku ke apa ke, sebab aku akan bangga dia berprinsip...lawan laa...cuma aku doakan perjalanan hidup dia serupa aku yang banyak belajar dari kesilapan dan berusaha memperbaiki diri sendiri, aku doakan anak aku akan mengecapi hidup penuh warna dan keagungan tuhan dapat dirasa dari hati yang tulus...yang lain tuk dia nak jadi apa aku tak kisah sebab selagi dia tahu apa dia buat...tak ada masalah bagi aku...aku seorang yang liberal tapi berpegangan agama...itu penting...hubungan dengan Tuhan kena jaga...yang lain tu akan datang sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Kepada yang tak setuju tentang anak itu 'rezeki' terpulang lah.. cube ko renungkan apa yang terkandung dalam Rukun Iman.. salah satunya percaya pada 'Qada & Qadar' kadang2 komen korang ni blh menjadi kufur dan tak berasas hanya bergantung kpd perasaan semata. Subahanallah..