Macam mana kalau satu hari nanti, anak kau balik rumah dari sekolah, kemudian ayat dia adalah, "Abah,abah...adik nak masuk Idola Kecil. Kawan-kawan adik ramai yang dah masuk.." Apa nak jawab waktu tu?
Satu benda yang sangat kurang di kalangan orang Melayu adalah kurangnya penekanan education musical instrument. Kalau kau tanya orang Cina, mesti ramai yang hantar anak masuk kelas piano atau kelas ballet atau kelas gitar.
Walaupun lebih ramai orang Cina yang hantar anak pegi belajar instrument, lebih ramai orang Melayu yang nak jadi penyanyi...Bukan pencipta lagu...tapi penyanyi. Penyanyi yang tak reti mencipta lagu kemudian mengharapkan lagu orang lain untuk popular membuatkan lagu2 yang dinyanyikan kadang2 berbunyi sangat palsu.
Tahukah anda, salah seorang drummer terbaik di dunia adalah seorang mamat Cina yang disuruh oleh mak bapaknya bermain dram dari kecik dan dia berasal daripada Kelantan. Nama dia Arthur Kam dan dia baru menang salah satu award dekat US. Aku tau pasal kewujudan dia pun pasal aku dengar interview kat BFM tengah tahun aritu.
Adakah aku akan bagi anak aku jadi artis? Kah kah kah. Adakah aku akan bagi anak aku belajar main instrument? Macam mana nak jawab soalan macam tu...
Apa pandangan masyarakat kita bila nampak budak2 lepak tepi sungai sambil main gitar? Prasangka diorang mesti terdiri daripada :
1. Budak-budak tu jahat
2. Budak-budak tu mesti malas belajar
3. Budak-budak tu mesti kurang ajar dengan orang tua
4. Budak-budak tu mesti berakhlak buruk
Apasal aa?
Kenapa orang-orang Melayu yang berumur sket mesti assume macam tu bila nampak budak Melayu pegang gitar tapi mereka menyayangi artis tah apa-apa yang nyanyi lagu orang lain,dengan imej celup dan kisah gosip yang sebenarnya jauh lebih hebat berbanding talent artis itu sendiri?
Dan yang paling pelik mengenai perspesi orang Melayu ni adalah ; kenapa kita terlalu mendewa-dewakan artis?
Artis bukak kedai makan..kita kena tolong promote. Artis jual water filter...kita kena beli. Artis jual gelang ajaib..kita kena support. Artis masuk parti politik....beribu yang bersorak. Layak sangat ke artis jadi idola ni dan kenapakah di Malaysia..sesetengah pihak senantiasa cuba menjadikan artis sebagai idola masyarakat? What the hell.
Berbalik kepada soalan asal aku...adakah aku akan bagi anak aku jadi artis? Tak..aku takkan bagi. Tapi kalau dia nak belajar alat muzik, aku akan bagi. Kalau dia nak nyanyi tepi sungai kat kampung pun aku akan bagi.
Asalkan dia takde niat nak masuk TV,jadi popular dan nak digilai gadis.Adalah beberapa orang artis yang aku jumpa, memang itulah tujuan dia jadi artis. Nak digilai ramai.Paling penting,Aku harap anak aku takkan balik rumah dan kata "Abah, esok Boboi ada photoshoot dengan majalah Mangga!"
Bagaimana perasaan mak bapak yang tengok gambar anaknya posing tepi swimming pool dengan alasan "berenang untuk kesihatan" ? Kalau anak perempuan.. Pergh..lagi bertambah risaunya.

31 ulasan:
wah. nampaknya 1st commenter in the house. erm, agreed the entry.
aku selalu harap anak aku jadi artis, sumpah. tapi jadi artis gedik-gedik dalam rumah sudah lah yer.
erm..sorry to say lah. kadang rezeki yang diorang dapat tu tak tau lah aku nak cakap..berkat ke tidak? berlakon bukan muhrim pun pegang2. bukan lah aku nak dengki kat diorang...tapi itulah yang jadi persoalan kat kepala otak aku sekarang. :)
masa adik aku kecik, umur 7 tahun (aku pulak form 4) di ruangan cita-cita boleh pulak dia tulis 'penyanyi' - mungkin akibat pengaruh AF yang mak aku suka sangat tu. habis kena bahan jugaklah budak kecik tu kesian dia.
tapi sekarang dia form 4 nasib baik belajar pandai. dan aku suruh dia jadi engineer. lagi baik.
kalau aku ada anak, aku nak hantar dia belajar main angklung..
anyway aku sokong post ko ni!
tot..gua ngan cik istri dah usha2 drum kit for kids.. gua yg akan ajar anak lelaki gua main drum.. sbb gua seorg drummer cabok jek tot.. haahahha..
pastu kalo dia ader minat nk main mane2 alat muzik gua akan cube hntr dia main secara formal.. bkn mcm gua.. blajar gitar pun kene sorok2.. hahahahah
"Abah, esok Boboi ada photoshoot dengan majalah Mangga!"
aku lagi takut yg ni: "Abah, ni la calon bini/laki saya ni..yg pakai sarung tetek/trunks pink tepi kolam ni" sambil tunjuk mag Mangga!
selalu nya budak yg ko ajar menggaji, instrument,melukis,outdoor dr kecik..otak derang develop jd super kretip.
saya hantar anak belajar piano... bukan utk jadi artis tapi utk dia isi masa lapang dgn aktiviti piano dia...
saya pernah dorongkan anak utk menyanyi sambil berpiano... tapi anak saya menolak... kata dia 'saya bukan penyanyi saya cuma nak main piano'... so ok... anak saya dah buat pilihan... ;p
"Kenapa orang-orang Melayu yang berumur sket mesti assume macam tu bila nampak budak Melayu pegang gitar tapi mereka menyayangi artis tah apa-apa yang nyanyi lagu orang lain,dengan imej celup dan kisah gosip yang sebenarnya jauh lebih hebat berbanding talent artis itu sendiri?"
Sebab golongan tu bodoh, rela diperbodohkan oleh wartawan BODOH & tak reti apreaciate REAL talent spt main drum, lukis komik dll.
"Marilah kita berlawan di alam maya. Kalau berani silakan".
Aku tanya anak aku yang umur 6 tahun samada dia nak belajar piano atau gitar so dia amik gitar. Aku upah cikgu gitar tu datang ajar kat rumah. bukan tujuan aku nak dia jadi artis tp aku nak dia lebih versatiles to gain the knowledge. Aku tak nak dia jadi artis pun..cuma aku sentiasa doakan agar dia jadi anak soleh, berjaya di dunia dan akhirat dan dapat mendoakan aku bila aku dah tiada kelak.
"Abah, esok Boboi ada photoshoot dengan majalah Mangga!"
wakakaka..........
jawapannya adalah tidak. tapi kalau main instrument, masih boleh consider. bukan artis without knowledge yang tau nak glamor and tak tau how to say NO bila ada orang sponsor baju2 yang seksi!
ramai yg tak nak anak jd artis rupernyer...
hakikatnya besepah artis melayu skrg ni.yg glemer & tak kenal pun belambak2.
bederet2 realiti tv/pertandingan nyanyian & lakonan
cabaran nak didik & besarkan anak cukup tinggi dizaman skrg ni...bersedialah mental & fizikal secukup2nya.
yang lebih pelik lagi..kat barat penyanyi diorg panggil singer, kalau pelakon diorang panggil actor/actress..artist tu adalah org yg berkecimpung dalam bidang seni..macam melukis bagai..
kat malaysia je penyanyi pelakon dipanggil artis..kehkehkeh...
ade x yg nk njadi artis sbb nk masok majalah mangge je..haha :P
lagi satu aku rasa dah tiba masa editor magazine/newspaper strict sket..maksud aku kalau gambar2 seksi tak ingat akhirat/neraka tu, janganlah dikeluarkan gambarnya....aku taktaulah kalau duit/gaji yang editor/reporter dapat tu halal atau haram, tapi aku rasa ianya tanggungjawab mereka juga....
kalau dah budak jantan, cuba Mangga tengah jalan, dia tengok gambar dalam tu, lepas tu pi jumpa awek, pi 'pedajal' pulak awek tu...
jantan tu dah sahlah kurang iman, tapi kalau editor Mangga tu tak keluarkan gambar-yg-sikit-je-lagi-nak-bogel, takdelah jantan 'rasa' apa2....
mungkin juga salah orang yg meninggalkan Mangga tu di tengah jalan?
atau salah artis tu?
tapi aku tetap rasa editor ada kuasa untuk buat semua tu...
editor/wartawan,penyanyi/pelakon,jurutera jkr adalah antara kerjaya yang arwah ayah aku tak bagi anak2 nya amik...aku tak pasti kenapa...tapi die cuma kerja jadi jurutera di jkr beberapa tahun je...katanya 'tak sanggup tengok dan dengar dan terlibat secara tak langsung dengan apa yang tak patut'....
Gua bukan sokong Mak Bapak yg Mantot maksudkan. Gua rasa la.. mungkin jadik artist/CELEBRITI adalah satu STRATEGI TERBAIK utk menjadi USAHAWAN yg berjaya dlm jangkamasa panjang.
Bukan takat USAHAWAN, kerjaya LAIN pun. Ko akan BERJAYA SAKAN(duit banyak masyuk) kalau korang seorang celebriti - Penceramah Motivasi(Fazley), Pemain Badminton(Rashid Sidek), Pelukis(Imuda), Tukang Masak(Chef Wan), Guru( Cikgu Shida), Penulis Novel(Ain Maisarah), USTAZAH(Siti Nurbahiyah)! Betul tak?
setuju dgn entry ini :)
kalau dia main any instruments at least dia ada skills lain selain dari bertaruh dgn sekadar hanya pada suara.
mungkin kite perlu basuh semula otak2 melayu yang nak mengagungkan pelakon n penyanyi nims...huhuhu SEDIH
terbaik ar tetek dia, rasa macam nak meletup!
saya nak antar anak saya main piano ngee.
if i can make a choice, i wont let my child to be a singer. but things doesnt always happen like u want it to be. so, kalau anak betol2 berbakat jadi penyanyi, camner nak buat ek?
Setuju ngan artikel ni... Le ni masih ramai melayu yg mentaliti J.A.K.U.N. mcam orang hulu.. Ingatkan bile dah bergelar penyanyi je kire dah suksesla tu... Nak membaca malas nak korek ilmu malas so nak shortcut untuk success tanpa sedari diri tu xde bakat pun sebenarnye..
Penyanyi syok sendiri ramai skang ni.. Pelakon pun..
Salam
Pada aku, semua pekerjaan yang HALAL dan betul cara pembawakannya waima artis takder salahnya. Only how you define a glass of half full, or half empty differentiate the issue.
ASSALAMUALAIKUM
1. pernah masok jamban rumah orang. dan aku jumpa 2 buah majalah mangga kat atas tangki flush. lol
2. mase aku skolah rendah, bapak aku pernah warning. JANGAN JADI PENYANYI.
nanti AYAH KEJOR KELELING RUMAH DENGAN KAYU
bila dah besar, hobi aku buat sajak, lirik, buat lagu sendri, suka karok, karok kt youtube lg best. pernah buat lagu sendiri, post kt youtube saje2. aku terima hakikat suara aku ok tp sengau sayup2 gitu. HAHAHA.
3. ORANG TUA BERUMUR SKIT. aku pun tak paham. kadang2 aku bengang ngan mak aku, jarang betol nk tanya soalan2 dari hati anak- mak. tp ari- ari tnya ak pasal gosip artis malaysia. mentang2 la ak dok ngadap blog artis. aku tengok skadar nk tau tp bukanlah sampai tahap nak story anak branak pasal artis. ERGGGGGGGHHHHHHHHHHHH. bengang sey. skrip aku tiap kali mak aku tanya, mudah je. ENTAH. TAK TAU... HOHOHO..... walhal.....
4. MINDSEAT RAKYAT MALAYSIA, --- sape jadi artis, dapat kahwin ngan DATO', TAN SRI.. BIZNEZ MAN... macam...... tut........ ramai sgt... haha
5. untuk membina generasi yang hebat, perlu ade acuan yang hebat juga. =)
6. kalau tak silap aku, tak lama dulu, editor majalah FHM, orang melayu. hahahhaha
ok. bye.
ASSALAMUALAIKUM
aku nak jawab kpd persoalan ko yang ni "Bagaimana perasaan mak bapak yang tengok gambar anaknya posing tepi swimming pool dengan alasan "berenang untuk kesihatan ?"
->gembira dan bangga. ni kisah benar. kawan aku penah tanya sorang pak cik ni, dia ada anak perempuan yg da remaja belia. bila dia pergi mana2 bawak anak perempuan dia, dia bangga bila ada lelaki usha anak dia. cuma aku terfikir la, apa perasaan dia kalau org usha bini dia.
idola kecil tu aku sgt menyampah, pernah tgok mula2 tu pun sebab nak tau tu rancangan apa...lagi rasa pelik tgok makpak depa menangis
adakah aku akan bagi anak aku jadi artis? jwpan aku TIDAK
sekadar main alat muzik, aku bagi..kanggg suruh pulun A je nanti takut anak gila, stress.aku harap bakal anak aku atau anak sape pun jadilah "orang" bukan tayang nenen spt dlm gambar
Tot, Mangga dah dengar lagu yang kita record tu. Diorang cakap, "boleh jual", asalkan kita gi photoshoot kat swimming pool area Ulu Langat. OK tak?
saya kini berada di NZ, satu senario yang berbeza dengan Malaysia bila nak cerita bab artis2 ni. Di sini, dunia artis bukan satu perkara penting dan media-media (electronic or paper) tak dipenuhi dengan cerita artis. Almost 3 thn saya di sini, saya hanya tahu satu dua saja nama artis mereka. Kebanyakan cerita adalah berkisar sukan dan atlet. Jadi anak2 di sini semua mahu jadi atlet, semua sgt aktif bersukan/outdoor. Hmm so we can see how's the media is actually influence people..
Geli geleman bila tgk promo minggu ke-2 rancangan realiti terbaru tv3 "vokal bukan sekadar rupa"..kononnya si penyanyi komen kata suruh dgr suara dulu.. baru komen,ada plak yg ckp bangga bila suara msk tv.."kau ada?" kahkah..
Mak bapak zaman dulu pandang hina org yg bergelar penyanyi dan pemain muzik. Semua nak anak2 jadi polis,cikgu, doktor..Zaman skang terbalik..mak bapak sanggup perabih beribu utk undi anak masuk rancangan realiti, menangis teresak2 bila tersingkir ke peringkat seterusnya..hanya sebab nak jadi penyanyi..rendahnya tahap pemikiran orang kita zaman sekarang..
Belum lagi cerita pasal rancangan "idola kecil" tv9 tuh..apa kes budak2 baru darjah 3 dah diajar utk jadi penyanyi? mulia sangat ke jadi artis ni? rancangan ni betul2 merosakkan anak2 kita..contohnya adik2 aku setiap musim rancangan ni diorang mengadap rancangan tu..konon nak "berhibur"..serius..alasan ni la media2 kita selalu hidangkan selama ni yg turut mempengaruhi adik2 aku..malang betul..
masa kecil-kecil pernah juga rasa berprasangka macam yang disenaraikan tu pasal mamat-mamat yang main gitar tepi jalan ni. rasanya sebab terpengaruh tengok drama.
tapi bila dah besar, belajar main gitar, susah rupanyaaaa. sabar dan kuat semangat diperlukan.
Catat Ulasan