Aku takut baca paper The Star, sebab bila aku baca, aku merasakan artikel-artikel dalam The Star tu mengajak orang Melayu yang membaca jadi lebih liberal..lebih open. Terlalu banyak artikel dalam tu yang ditulis oleh orang-orang Melayu yang moden, Islam..tapi mempunyai pandangan yang aku tak suka.
Aku bagi contoh satu artikel minggu lepas yang ditulis oleh seorang columnist bernama Zainah Anwar (tiada kaitan dengan Anwar Ibrahim) yang bertajuk "No Hudud Please..We Are Malaysians First!" atau Jangan Laksana Hudud Sebab Kita Pertamanya Adalah Bangsa Malaysia (Aku tak ingat sangat tajuk dia...tapi lebih kurang camtu la. Di dalam kolum itu...penulis memperkatakan mengenai betapa "ketinggalan zamannya" hukum hudud itu..menggunakan pemahaman dia sendiri.
Orang alim kalau baca benda artikel tu akan berkali kata "Astaghfirullahalaziim.." Sebab aku kurang alim bila aku baca artikel tu dalam hati aku "tahilembujantan!" Apa yang aku paling kelakar adalah bila dia dengan jelas mempermainkan hukum hudud bila dia mempersoalkan hukuman potong tangan kepada pencuri dengan memberi pelbagai situasi yang agak dangkal level of thoughts nya.
Mungkin dia tak paham. Aku sendiri tak paham hudud tu macam mana pelaksanaan dia kalau buat kat Malaysia ni. Gambaran tu ada tapi samar2,masih banyak grey area yang perlu clearkan. Tapi kalau aku seorang Melayu tau hukuman orang yang mencuri adalah potong tangan...berat aku nak mencuri. Kalau aku tau kena kantoi beromen dengan awek-awek hot/bini orang bukan mahram adalah kena rejam/sebat...beratus kali jugakla aku fikir sebelum melakukan proses perzinaan sukarela tersebut.
Mungkin itu kot yang si Zainah Anwar ni tak nampak. Faedah pelaksanaan undang2 jenayah Islam ni bukannya kita tengok dari end productnya (potong tangan,kena rejam,kena sebat) tapi dari segi membentuk pemikiran masyarakat daripada mula-mula sekali, sebelum dia buat benda tu. Keyword dia kat sini adalah "SEBELUM DIA BUAT BENDA TU.."
Tapi bila berbincang pasal hudud kita selalu akan tengok end result dia..itu yang membuatkan orang takut dengan Hudud ni. Masyarakat kita masih ramai yang tak nak bukak mata tengok bagaimana hukuman2 tu akan buat kau takut masa nak buat benda jahat.
Zainah Anwar tak silap aku ada bertanya "Macam mana orang lain akan tengok orang Melayu Malaysia mampu hidup dengan undang-undang yang buat hidup diorang sentiasa dalam ketakutan?" Ketakutan is necessary. Apa? Takleh ke beriang-gembira sambil takut dengan Tuhan? Boleh maa.
Biarlah ketakutan itu sintetik sekalipun (seperti yang berlaku sekarang di negara Arab, diorang takut dengan undang2 negara diorang tapi keluar aje negara..PERGHH! IT'S ARAB'S CLEAVAGE SHOWING TIME!) tapi point pentingnya adalah objektifnya tercapai. Dalam negara mereka, pemimpin mereka dah buat masyarakat patuh apa yang wajib. Tanggungjawab pemimpin kepada masyarakat tu dah lepas..apa yang berlaku di luar negara diorang..itu antara dia dengan Tuhan.
Dan berbalik kepada topik asal...selama ni aku boleh pejam mata tengok iklan arak atau resipi daging babi dalam The Star, sebab aku tau market diorang bukan setakat orang Melayu. Tapi makin lama apa yang aku nampak adalah The Star seolah-olah mengangkat benar perjuangan meliberalkan orang Melayu supaya ambik agama 50/50. Yang peliknya..nada perjuangan seperti itu selalu didokongi oleh seorang wanita tidak bertudung yang suaranya berbunyi sangat liberal, tapi menggelarkan diri mereka pejuang agama atau lebih karut lagi..pejuang hak asasi manusia berasaskan agama.
Tapi bila perjuangan golongan liberal ini lebih kepada perjuangan supaya "mereka boleh buat apa saja mereka nak sebab hak asasi manusia," aku tertanya-tanya.... Kakak, kau tak pernah baca ke keistimewaan wanita ikut hukum Islam ke? Apa yang tak fairnya di situ? Dalam Islam, wanita diletakkan di satu tempat yang sangat special. Sebagai ketua kepada pergerakan ramai wanita Islam..that is something that you should already know la....
Bagaimanapun pihak kerajaan...khasnya pihak Jabatan Agama Islam, sila pantau2 sket perjuangan golongan Melayu liberal dalam paper The Star ni. Ada sesuatu yang sangat fishy bila kerap benar artikel The Star mengambil pandangan "tokoh-tokoh Sisters in Islam" ni. Sekali sekala bukakla website The Star.com.my...baca dan nilai lah sendiri.
....................
ps - aku baru tau Zainah Anwar ni adalah orang kuat Sisters in Islam masa dah halfway menulis benda ni. Dan ini adalah link kepada artikel asal yang aku sebutkan.
Dan sorilah Kak Zainah...aku ada terbaca satu artikel tahun 2006 pasal kau dalam New York Times yang menyebut "kau tak pernah kahwin dan kau tak nak kahwin..sebab kau tak nak jadi hamba kepada seorang lelaki." Persoalan aku adalah:
1. Bagaimana anda boleh jadi pejuang kepada hak wanita dalam perkahwinan dari segi Islam sedangkan anda sendiri tidak percaya kepada institusi perkahwinan dalam Islam?
2. Apa pandangan anda mengenai teori Darwin?
3. Apa rahsia anda dapat mengawal nafsu dan keperawanan begitu lama?
49 ulasan:
aku sokong. ini isu agama bukan isu politik. kita patut sedar dan kaji dari mana datangnya pandangan seseorang.
memang sangat cetek pemikiran kebanyakan melayu moden zaman sekarang. ilmu dunia macam dah mantap, tapi ilmu agama yang basic pun zero. siapa dia untuk mempertikaikan hukum Tuhan? mungkin bila dah kena bala baru nak insaf. nauzubillah
nk mempertikaikan...ok....nk mempersoalkan......fine.....but....have u all liberalist look at the answer?
lau x nk follow hudud then why bother being a muslim...
soalan last tu gua harap dia dapat jawap dengan jujur..gua harap dia dapat bukak kelas 'Menjaga Perawan dan Nafsu'. gua nak hantar anak perempuan gua masuk kelas tu. cuak gua beb nak jaga anak perempuan ni.
3rd Q, TERBAIK!!!
NY Times quote:
She has not married, and said, "I don't want to be a slave to a man."
WINS!
we're Islam first, okay! statment dia macam orang sekarang selalu cakap, "saya orang melayu" or "I orang KL"...ISLAM dulu la,ISLAM! haishhh
HAHAHA. tak nak jadi hamba? mesti ada history related to family dia kottt!
HUDUD tu wajib kak. :)
melayu + moden = kacau bilau
xleh ka moden berteraskan Al-Quran? Puja sgt2 teori2 barat dan perjuangan hak wanita.. x ingat kot Rasulullah yg stop kegiatan jahiliah yg membunuh anak perempuan sejurus mereka lahir..
pasal apa bila mati nak kebumi cara Islam? soalan yang patut di tanya...
hahaha...baik punya soalan yg last tu...
laki aku ada cakap, pompuan yg tak kawin, sgt rugi...
1- rugi pahala (sbb x dpt bakti pd suami n anak)
2- rugi 'sedap' (ha..yg tu faham2 je lah)
Kalau dia rasa isteri adalah hamba pada suami, maknanya dia anggap mak dia hamba bapak dia lar kot.. :(
nape sisters in islam ni x kena apa2 tindakan ..mereka ni dah kira munafik dalam islam...duri dalam daging..
colleague cina aku cakap, kat negara cina, untuk kes tambah melamin dalam susu tu, orang yang buat kena hukuman tembak.
tembak woo!!
dan dia tak faham kenapa najib dan mahathir tak nak sokong sangat hudud ni.
aku gelak aja lah.
Gua sungguh2 google nak tengok dia ni cun ke tak?
Patutlah tak kawin kot.
Nak suruh Jabatan Agama Islam pantau? Erm... nampak gayanya payah. Setakat pantau je boleh le. Nak amik tindakan karang banyak je cmpurtangan org atasan. Terutamanya Sahrijat itoo...
http://www.youtube.com/watch?v=EsZF8_HZbfo ni siket pnjelasan tntg hkum hudud, utk sesape y xphm lg psal bnd ni
Hudud dijalankan as a prevention, itu yang ramai tak faham. Mungkin mereka assume bahawa memang akan ada ramai gila pencuri & penzina bakal kena hukum. Tapi kalau ikut, bukan senang nak jatuh sesuatu hukum tu. Kena bersaksi seme kan. Kiranya kalau kesalahan tuh obvius sangat2 baru dihukum.Tak faham apasal la takut sangat. Selalunya org. yang salah je takut nih kan hehe
xlama lg ada le page "anti zainah anwar","zainah anwar kami mahu anda minta maaf",etc etc dalam FB..ke dah ada?
tanak jadi hamba lelaki? kah kah kah.
sembang la minah tu.
dah tak laku, cakap la tak laku.
laki mana yang nak kawin pompuan macam tu.
kah kah kah.
boo!
apela nak jadi....dah macam orang jahil, berani mempertikaikan hukumhakam agama.....
kena bg lebih pendedahan tentang bagaimana hukum hudud dilaksanakan..
masalah org skrg ialah mahu cerita tentang agama tentang hukum tapi ilmu bab tu samar2 atau xde langsung...
bahaya bagi org yang mudah percaya dan terpedaya..
Hudud dilaksanakan untuk orang Islam je..orang lain, agama lain, apa kena mengena..nak takut ape?
Orang Islam yang kuat buat dosa, berzina, minum arak je takut kalu laksanakan hukum hudud ni..
Sisters In Islam ni apa sebenarnya objektif dia? pelik aku
Artikel Zainah bertarikh Sunday October 2, 2011 sesungguhnya artikel yang paling hodoh pernah kubaca.
Ada banyak, aku cuma nak pilih ayat2 paling bodoh dia:
-----------------------
I would also up the ante and begin a public debate on how we as citizens should exercise and enjoy our Constitutional guarantees of fundamental liberties.
What do we get? An offer of the hudud law and its grim serving of chopped-off Muslim hands and feet, and stoning to death! What kind of future is that?
Please take religion out of the public sphere and make it private between us and God.
Who wants to live in such a society when your neighbour, your friend, or your fellow citizen are subject to a cruel legal system?
I would be charged for zina and lashed 100 times because my pregnancy is regarded as evidence of illicit sex.
So it’s okay for Muslims to be brutalised?
---------------------------
CRUEL? BRUTALIZED?? Damn, apa kena minah ni? TOLONG DALAMI ILMU ISLAM DAHULU DARIPADA SEBARKAN DAKYAH SESAT CAMNIHH!!!! Mengapakah dikau kutuk HUKUM ALLAH?
Manusia.. sedarlah... SEDARLAH!! Kamu MANUSIA!! Sedarlah apa yg kau sedang katakan..
Hari ni aku malas nak komen lagi panjang, cuma aku nak menc*r*t je kat ayat2 di atas.
pendapat makcik zainah dlm perjuangan liberal menakutkan aku sampai dlm hati aku ckp "ishhh gila dia ni"..takde pun terkeluar "Astaghfirullahalaziim"....berani sungguh dia bercakap pasai agama.
soal dia takmo kawin sebb taknak jadi hamba lelaki..emmm dia ada sejarah hitam kot?atau dia dapat bnyk sgt kes yg dirujuk kpd SIS berkaitan wanita dianiaya suami?
Pesakit aku lagi best siap cakap kalau hudud dijalankan abisla nanti bila orang melayu/islam takda tangan dah susahkan kerajaan nak kena tolong diorang pulakk..nanti takut kerajaan dikelola oleh orang bukan islam/melayu...
aku rasakan, dia tak layak lahir lah..
dia seperti tak menghargai lelaki iaitu ayahnya yg menjadi sebab dia lahir..
aku rasa dia ni lagi teruk dari setan la. setan pun tak kutuk hukum tuhan. setan hanya tak patuh. tak pernah setan kutuk hukum Allah. apa2 pun, jari tengah dekat pompuan tu.
itu kata zainah, cuba baca apa pulak kata artis kita tentang hukum hudud..
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1827290542472&set=a.1578731128642.63003.1846574323&type=1&ref=nf
Untuk pengetahuan korang,aku penah baca sedikit sebanyak psl background dia dan aku paham nape dia jadi camni...
Dulu masa dia kecik,dia slalu tengok mak dia kena buli / dibuat zalim oleh bapaknya..bapak dia senang cerita jadi suami / bapak yang x bertanggungjawab la cam malas tolong bini,suka mengarah bini & anak,kalu bini n anak mlawan mula guna alasan agama utk dptkn ketaatan...
nk dijadikan crita,sampai satu masa tu,mak dia sndri cakap kt dia: Zainah,kau tak payah kahwin je la.. wat teruk je,jadi hamba lelaki...
so,the point is pada lelaki2 di luar sna (tmasuk aku la kn),bla da kawen nanti jgn la dok wat zalim kt bini n anak2 kita..silap haribulan,anak2 kita @ bini kita ni akan jd cm si zainah ni...
Wallahua'lam~
mangkok ayun mana la p tanya isu ni kat artis...tanya kat artis isu hudud ni macam tanya arah kat orang buta.
tahilembubetina
bagus jugak kita ikut hudud ni. contoh2 pun banyak selain Arab Saudi. kita bole tgk contoh Afghanistan (time Taliban), Pakistan, Sudan, Iran dan Nigeria.
contoh kes di negeri Katsina, Nigeria: Amina Lawal seorang janda berumur 30-an dituduh berzina selepas beranak luar nikah. Beliau dituduh pada Mac 2002. Bapa kepada anak tersebut dilepaskan selepas tidak mengaku berzina dengan Amina. Beliau dihukum mati sorang2.
sila google kes beliau kalau tak percaya. sekarang ni, APA JAMINAN hudud tak akan menzalimi wanita di malaysia? sedangkan mahkamah syariah pun tak dapat nak berikan keadilan kepada ramai wanita teranaiya inikan pula nak buat hudud. lagipun, its an open secret ramai suami tak takut mahkamah syariah. kalau x, masakan berlambak kes nikah di sempadan, lari dari bayar nafkah, penderaan dll.
baiki dulu pelaksanaan syariah yang sedia sebelum nak tambah lagi.
telukiputih said:
dia pikir orang melayu tak baca surat kabor orang putih barangkali...
aku tak setuju part kau nak perlekehkan zainah dr segi libido dia. kalau dah lelaki,memang lah.. perempuan bukan mcm laki, kalau dah trauma tu, takde nak kata kawal nafsu apa,terus dah tertutup.
and aku puji firdaus aziz, ada sebab kenapa perempuan boleh keras hatinya sekeras-keras batu. sebab lelaki,itu aje. aku pun dah buat keputusan taknak kahwin atas dasar yg sama mcm zainah, cuma mak aku bukan satu,tapi dua setan lelaki yang kerjakan dia. lelaki jgn marah bila perempuan jadi mcm ni,salah nya tak lari ke tempat lain kalau bukan ke anda2 sendiri.
apsal aku baca cerita Zainah Anwar ni pasal ayah dia lain gile dgn apa yang kau tulis tu?
http://www.thenutgraph.com/the-confident-malay/
baca la
BODOH!! kenapa la ade orang BODOH yang macam 2 kat malaysia ni.
haih BODOH BETUL!
kisah yg firdaus aziz citer tu aku pnah bca jgk,dlm temubual utusan meloya dgn zainah.
agk2,leh pcaya kt utusan x psl citer tu?? ;P
itula kita manusia, memanjang je judge dari satu, rigid POV...
mcm zainah jugde hudud
mcm korang judge zainah
not much of a difference eh?
itula kita manusia, memanjang je judge dari satu, rigid POV...
mcm zainah jugde hudud
mcm korang judge zainah
not much of a difference eh?
Brader, sori la. Aku bukan nak judge Zainah. Aku cuma geram apa yg diPERKATAKAN olehnya. Brutelized.. cruel? Susah aku nak terima.
Sangat terang2ngan tanpa fakta seterusnya. Unless dia explain seperti Cik Anonymous October 5, 2011 9:25:00 PM GMT+08:00 . So, cheers!
gua mohon paste kan tulisan lu kat blog gua, pandangan yg menarik
ha!saya pun baca artikel yg ditulis zainah anwar tu.walaupun tak setuju hukum hudud dilaksanakan janganlah sampai mempertikaikan hukum Allah.
tak setuju sebab sendiri pun buat kan? -eod-
aku kalau pakatan menang, aku nak jumpe nik aziz, aku nak suh dia haramkan sister in islam.
2nd, hukum hudud ni bab terakhir dlm perundangan islam. Bila islam tertegak, segala menda dah jelas, islam dijalankan secara total, barulah hudud ni boleh dilaksanakan..
klu islam sendiri x ditegakkan, pastu terburu2 nak laksanakan hudud, hudud ni akan jadi permainan dan ejekan org2 kafir dan islam yg jahil.
zainah lebih rela jadi hambasex drpd hamba Allah. sekian
itula kita manusia, memanjang je judge dari satu, rigid POV...
mcm zainah jugde hudud
mcm korang judge zainah
not much of a difference eh?
-anon-
zainah judge hudud, hudud dtng dr Allah, kalau kami xkate perbuatan die ni batil, rasenye xlayak kami jd makhluk Allah. xkan die kate hudud xptt dilakukan kami nak diam, org kate diam tu mknenye setuju.
Lihat bagaimana berkesannya hukum yang datang dari ALLAH. Menakutkan, menggerunkan. Baru diperingkat perbincangan dah menggelupur dah heboh kuar kenyataan komen sana-sini. Belum lagi ke peringkat pelaksanaan.
Ada pulak yg bawak fakta kes "Kes di negeri Katsina, Nigeria" konon nak tunjukkan kesan ketidak adilan yg bakal timbul bila hudud ini dijalankan. at the end sistem kehakiman syariah di Malaysia yg jadi mangsa. Anda mintak jaminan hudud tidak menzalimi manusia? Ianya bukan dijamin oleh liver brothers atau dijamin tanpa was-was, ianya dijamin oleh ALLAH.
Tapikan mahkamah syariahkan di bawah naungan perlembagaan persekutuan. Jika anda pertikai kredibilitinya, secara tak langsung anda perlembagaan perseketuaan. Jika kita tak boleh berlaku adil, usahla anggap orang lain pun tidak boleh berlaku adil macam kita. Itu zalim namanya.
Kawan-kawan.
Hudud ni untuk penjenayah tegar. penjenayah yang SANGAT jahat. Imagine this, mana penzina yang berani berzina di tengah padang sambil ditonton oleh 4 orang saksi yang adil melainkan dia memang penzina tegar.
Kalau penzina yang di tangkap khalwat di bilik hotel atas sebab serbuan pihak jabatan agama pun masih belum boleh disabitkan dengan hukuman hudud sebab tidak cukup syarat. Saksi kena tengok dengan mata kepala sendiri secara serentak dan bukan lalu lubang kunci atau cctv keluar masuknya keris dari sarung..... eh macam kuliah umum lak... sedikit penerangan bagi yg masih belum jelas.
Bab potong tgn pulak... ok la potong tangan bagi pencuri. Memadai ape... Korang pun bukan tak pernah reta korang kena curi kan. Apa perasaan korang? atau korang rasa simpati pada para pencuri ni. kalau simpati, ada baiknya korang lebih simpati pada keluarga si pencuri ni sebab kalau ikut undang2 semasa, pencuri kena penjara. let say dia ada anak, korang pisah anak dengan bapa/ibu. kalau dia ada isteri, korang pisah isteri dengan suami. Kalau potong tgn je, si pencuri masih boleh balik rumah jumpe anak bini.
Hudud potong tangan menghukum Si PESALAH bukan turut heret orang tak bersalah merasai azab yang dilakukan oleh pesalah. Lagi pun orang biasanya diulangi biasanya mencuri guna tangan. so yang dipotong tangan la.... sebab yang paling tahu benda ni kan ALLAH yang Maha Bijaksana.
cukup 2 dulu kot...
salam ya rasulullah nabi muhammad habibillah saw. KEJAHILAN PEMIMPIN DAN PENGUASA DALAM PEMERINTAHAN DAN PENDIDIKAN AGAMA/MORAL/NILAI-NILAI MURNI KEHIDUPAN DISAMPING KEMEWAHAN MELALAIKAN MEREKA DARI MENGINGATI ALLAH. INI MEMBUAT MEREKA BERANI MENGHINA AGAMA, PERATUARAN AGAMA , HUKUM AGAMA YAKNI KALAMMULLAH DAN HADITS NABIYULLAH. LELAKI PEREMPUAN SAMA SAJA. MUNGKIN GELARAN DATO , TAN SRI , MUFTI , ULAMA , KADHI ETC DAPAT MENGHALALKAN KALIMAH HARAM YANG DILAFAS DARI MULUT CARA SEDAR- CUBA TANYA DATO HARUSSANI-APA KOMEN BELIAU?......
Catat Ulasan