Oktober 20, 2011

Film Review : Transformers - Dark of The Moon

Macam mana rasanya bila memori childhood kau dirosakkan?
Macam mana rasanya bila apa saja yang kau ingat pasal idola kau habis hancur punah?

Macam tu lah rasanya bila aku menonton filem ketiga Transformers ni.

Awek tu?
Takde point.
McDreamy?
Takde point.
Shia Lebouf?
Takde point.

Sekurang-kurangnya, aku still ada memori lama aku menonton Transformers Generation 1 dulu2 dan jugak semua kartun Transformers Jepun yang disiarkan satu masa dulu setiap pagi Ahad. Budak-budak sekarang akan membesar dengan menganggap Optimus Prime adalah seorang douchebag.

Filem yang bosan dan takde point. Sebuah filem yang tak tau sama ada target audience dia budak-budak atau orang dewasa jadi visual wise nya, penuh aksi cabut kepala tapi jalan ceritanya seolah-olah kisah kartun satu episod yang ditulis secara spontan.

Beberapa perkara yang lebih baik dan lebih berfaedah untuk anda lakukan selain daripada menonton filem ini ;

1. Makan nasik
2. Berak
3. Jalan-jalan kat taman
4. Tonton filem Melayu

Lihat gambar di bawah. Menghiburkan bukan? Gambar ini jauh lebih menghiburkan berbanding filem ketiga Transformers ini.



Filem ini dibuat seolah-olah hanyalah untuk buat duit melalui jualan tiket dan terlalu banyak character one shot dilahirkan. Untuk apa? Untuk jual permainan dia.

Persoalan akhir,kenapa susah sangat Decepticon nak bunuh askar US?
Kenapa Starscream boleh kalah lawan dengan Shia Lebouf?

31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1st dowh....

YAYA berkata...

betul...xpnh2 rasa ngantuk tgk cite transfomers..ni 1st time bro..1st time!!

Adam berkata...

Wah, dah kalo gini review ko tentang Review transformers yang baru ni, makanya beruntunglah aku sebab tak tengok lagi... Har har har...

Kawan aku tengok 3D, katanya boleh tahan! Dia tengok first day cite transformers ni keluar... Minat giler katanya!

rudy berkata...

haha .. bila nak review filem bini-biniku gangster ???

eh mana pulak gi posting israel-malaysia relations tuh? it doesnt solicit your kind of responses ke?

Hasrul Affandi a.k.a CarbonizerFreak berkata...

Aku kecewa melihat filem arahan Micheal Bay yg penoh dengan adengan yg shit like hell..akibat dari itu aku telah menyumpah seranah micheal bay selame satu bulan..aku harap lepas ni dier tak mengarah cerite lagi...baik dier buat keje lain seperti memandu teksi, membawa bas atau menyapu sampah....

alien berkata...

transformer 3 mengarut..
bosan.

mr edz berkata...

baik tengok cerita maria ozawa atau sora aoi.. penuh dengan aksi

rekbing berkata...

transformers 3 ni macam hantu bonceng lah jugak. box office sebab watak2 dalam tu. bkn sebab cerita

(hebat sgt hantu bonceng aku compare dgn transformers. haha)

Edward Khil berkata...

BRO BRO APE LAK TAK BEST

KAN CERITA NIH ADA PENGAJARAN

LAGIPUN OPTIMUS DAH JADI KUAT TAHAP DEWA BROOOOOOOOOOOO!

AKU MINTAK LEPAS NI ADA DIORANG LAWAN GALVATRON PULAK

BRO MUSTI SUKA PUNYALAH

Megatron berkata...

Ler.. baru tengok ke? Torrent la tu. Untung kau. Aku maki hamun kat wayang.

Lps 2 movie, movie 3 melayakkan Micheal Bay dihumban ke dlm parit. Filem ni sama level dgn Awekku Pontianak. Membodohkan pononton tak terkira.

Stiletto berkata...

Aku rasa kat sini bukan cite transformer yg penting. Cube korang tgk betul2 apa yg mantot bulatkan tu...

Hazwan berkata...

gua x layan bro..

tp roti iblis gua makan

ZON152 berkata...

cuba ko tgok movie real steel lak mantot...aku jamin cite n CGI dia lagi best dia transmorfers 3 ni...

Tanpa Nama berkata...

Anak aku kata awesome sbb dia peminat tegar transformers. bila kondem2 dia kata no! it's not true at all, you didn't feel it, you just watch! hahaha so better left unsaid. budak2 zaman sekarang ni kan..

al- ifudin berkata...

ak tengo yg donlod je, tapi mmg xbest.. starscream bapak lembik,

pastu megatron kene pujuk senang mcm harom.

ingat optimus prime nak mati kne bunuh prime sblm tu, tetiba megatron setel prime, pastu optimus setel megatron mcm kacang. sangat sakit hati untuk ditonton.. bodoh gile a..

org cakap filem ni best, mmg taste filem die aneh la..

Tanpa Nama berkata...

sambal iblis. hahahahahaahahahahhaahha

Tanpa Nama berkata...

ko punye post pun tkde point

1MDB berkata...

Megan Fox 100x lagi bagus dari awek yg ni. Yg ni watak die cam typical american kids yg annoying dlm movie2..perlu dijaga 24/7

rotigardeniasedap berkata...

Hahahaha, paling lawak gila part kau tangkap gambar Delicia Roti Ikan Iblis tu.

Btw, Mantot kau tak nak pergi jumpa Najib tengok bola sama-sama hari Sabtu ni dekat rumah dia ke? Najib ajak semua rakyat Malaysia. LOL

Mantot berkata...

bukan aku tangkap..member aku post kat facebook

Abang Zam berkata...

lu semua dah layan transformers 3D nih sampai 2 3 kali. lepas mantot buat review mcm ni, melantun semua cakap x seronok, mengantuk

hipokrit babi

Tanpa Nama berkata...

hahaha roti iblis tu apahal tiba-tiba.

Zonkers berkata...

Kena suh christopher nolan buat baru ada harapan sket ni mantot.

Nasib transformers ni mcm citer kamen rider skrg la. storyline babi, lawak babi n jual mainan.

Kasmawati Jaafar berkata...

mahalnya roti iblis tu. 0.90 sen? kat tmpt aku baru 0.70 sen.

Cik Siti Fairuz berkata...

@abang zam
tu la pasal.. kihkihkih ntah2 mantot pn lyn 2-3 kali sambil buai anak

Mermaid Ungu berkata...

roti tu khas tu iblis2 shj..jgn mknnnn..haha

Megatron berkata...

Abang Zam,
Kah..kah..kah... aku dah ngutuk Transformers sebelum baca post Mantot ni lg. Ngape? Semua pembaca blog poser ke?

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya memang xbest langsung. aku membesar dgn katun transformers. kecuali beasr wars. ape punya baghal punya movie la. dari 1,2,3 semua bengong. yang bengong :
1) bumblebee kuat gile sedangkan dia hanyalah scout
2) megatron hamba fallen sedangkan dia tidak bertuan
3) jazz mati? WTF?
4) geng2 seekers decepticon xde
5) megatron tanker buruk? agak2 la.. megatron x ceroi mcm tu..
aaah byk lagi la..

Tanpa Nama berkata...

kualiti graphic ke, 3D ke bukan jadi ukuruan. yang jadi ukuran watak2 robot tu ngan jalan citer.

warden raja berkata...

@Zonkers

kamen rider ok la.. ko je yang tak layak tgk kamen rider sekarang.. zaman berubah bro, selera fans kamen rider kat jepun pun berubah..

btw, aku rasa ok je Transformers 3 ni. aku rasa sebab aku dilahirkan pada zaman 90-an so aku tak tgk transformers kartun ngan anime so aku tak nampak cacat-cela movie ni. suruh chistopher nolan direct la. best sket

Madman berkata...

Tengok part 2 saya tertidur.
Part 3 pun sama.