Oktober 24, 2011

Bahagian 04 : Perasaan Insecure Seorang Bapak 01

Aku tak tau kalau aku sorang aje rasa camni..sure ramai lagi yang berperasaan sama macam aku. Dari aku bujang lagi..aku nak jadi bapak. Nampak macam seronok.

Tapi ada banyak benda yang aku cukup takut bila aku nak kahwin.
Bagaimanapun...ada satu benda yang aku paling takut bila aku nak kahwin.
Benda ni selalu bermain-main kat kepala aku.

Mampu ke aku hasilkan zuriat lepas aku kahwin?

Aku hidup kat asrama penuh. Jadi ada banyak kali jugak aku kena belasah dengan senior aku. Hisap rokok? Kena belasah. Keluar sekolah malam2 tak mintak lesen senior? Kena belasah. Gosok seluar senior sampai kain koyak sebab seterika panas sangat ? Kena belasah. Tu tak masuk lagi kena bola kat perut masa bersukan.

Flying kick ke, penerajang ke, penampar ke semua aku dah rasa. Bila aku masuk U,fikir-fikir balik..ada la dekat 6 kali aku kena belasah. Jadi aku takut jugak la kalau sistem pembiakan aku ada terganggu. Ada terlalu banyak hentakan yang "sistem" aku dah kena.

Jadi,aku selalu berada dalam keadaan paranoid pasal benda ni, sebab aku tak tau. Jadi bila aku nak kahwin, sedaya upaya lah aku pegi swimming, jogging keliling rumah dua tiga kali. Konon-kononnya nak mengaktifkan sistem pembiakan yang tak pernah dipakai.

Lepas kahwin, aku dengar member isteri aku bunting pelamin. Aku dengar ada orang tu kahwin lepas aku dah mengandung bini dia. Aku dengar ada orang tu mampu perform 5 kali satu malam.

Gila!
Aku jadi lagi paranoid.Tapi pada satu hari,selepas 2 bulan setengah kahwin...wife aku kata, dia pregnant. Semua plan aku nak gi cek dengan doktor nak tau sperm count aku normal ke tidak hilang macam tu aje. Serius shit..ada satu masa...aku nak gi doktor nak cek aku ok ke tak. Gila insecure aku selama dua bulan setengah lepas kahwin tu...

Terus aku rasa diri aku lah lelaki paling perkasa dalam dunia dan aku pun terus ambik dumbbell angkat beberapa set nak kasi build up otot dan buat beberapa kali seat up.

Ada sesape rasa macam ni?
Macam mana kita nak tolong remaja2 kita sekarang yang kebanyakannya rasa insecure tetapi mempunyai banyak peluang untuk menghilangkan rasa keinsecure-an itu.

17 ulasan:

URR berkata...

hah? erm, tapi kalau dah rezeki, tak ke mana. Alhamdulillah ketakutan kau hilang begitu saja n kau dapat rasa jadi bapak. tak semua orang berkahwin dapat apa yang kau ada. tapi tak semestinya orang yang kahwin n belum ada anak, bermakna dia adalah tidak power, bermasalah (seperti selalu difikirkan oleh orang). itu cuma sebab Tuhan belum limpahkan rezekiNya. tapi, kena terus usaha. :)

mirul berkata...

saye rase remaja zaman sekarang takde rase insecure pun.

kebanyakan remaja sekarang siap buang buang lagi anak diorang.

ape ade hal.

aisya zainal berkata...

betul kot kata mirul .
rasa insecure ni untuk lelaki yang kahwin elok2 je.
budak2 yg buat benda tak senonoh mana ada takut 'sistem' dia terganggu dan berkemungkinan utk tak dapat anak.

Tanpa Nama berkata...

serius aku baca ayat ni 2,3 kali "Aku dengar ada orang tu kahwin lepas aku dah mengandung bini dia". i see what u did there.

Tanpa Nama berkata...

tot.. gua pun bce lu punyer ayat yg kat atas ni ulang2 gak.. sbb konpius sbb memule lu kate sistem lu x pnah diguna.. pastu tetibe lu dah ngandungkan bini org plak tuh... huahauhauahua..

baek lu letak pape tande bacaan sblm lg rami yg bce mcm gua.. hauhauahua

Tanpa Nama berkata...

aku pun sekolah asrama gak. tapi sekolah aku opposite sex dengan sekolah kau. selalu gak weh kene ragging. orang cakap jalan itik tak elok untuk perempuan. pumping style lelaki pun tak elok. tapi itula yang aku buat. aku insecure macam kau gak. tapi aku belum kawin. hahaha

Tanpa Nama berkata...

well, aku pn rasa benda ni juga. 'boleh pregnant ke tak?' but at least for guys, korang xpayah fikir pasal dara ke xdara. xda pn tanda yg korang masih teruna ke tak.

mcm aku, xla aktif sukan sangat tapi join juga la kalo ada pertandingan sukan sbb nak markah koko kat skola dulu. macam2 gaya jatuh aku dah buat atas padang sekolah tu. aku pn xsure 'that thing' ada ke lagi ke tak sbb banyak doktor2 yg kat suratkhabar cakap 'that thing' boleh hilang kalo kita main sport dan kalo terjatuh kuat sangat. how if 'that thing' xda dah and 'future husband'(ntah sapa)aku nanti cakap aku xdara. risau juga aku >.<''

satu lagi, aku pn tengok kakak, abang sepupu aku semua kawin, cepat je dorang dapat anak. xda la yg tunggu lama setahun ke berbulan2 ke. even mak aku pn dapat kakak aku cepat gila. mereka buat aku takut kalo aku kawin nanti dapat anak lambat.

Tanpa Nama berkata...

Tot. Belajaq la pakai koma betoi2. Susah aku nak paham post hg ni. Bini orang mengandung anak hang ka laki orang mengandung anak bini hang ka. Konpius2. Ulang2 baru buley paham.

ann berkata...

ak rase normal kot perasaan ko tu... adik laki aku mase dia lom masuk 20taun lg..takut minum air soya, riso sperm dia jd lemah...mase ni aku dh terbahak2 gelak bila dgr dia citer

dan dia ckp lg, tak sbr nk kwen sbb nk anak2..

Unknown berkata...

hahaha..aku bayangkan apa la perasaan org yg dah kawin 7-8 tahun belum dapat zuriat.. hehe..

kisah hati berkata...

boleh wat review filem real steel x? haha xde kaitan kan ngan entry ni.tp ade kaitan ngan entry sebelom ni.tapi ade kaitan gak sbab cter tu ade pasal hubungan anak n ayah..^^

sim_2096 berkata...

x pe, en.mantot, yg penting disalurkan ke tempat yg halal...utk menghilangkn rasa insecure itu...

Tanpa Nama berkata...

ada2 saje la sedara mantot ni...niwey,tahniah ats rezeki kurniaan Allah...tak smua pasangan sebertuah anda.jagalah amanah Allah tu sebaik2nya (:

Tanpa Nama berkata...

pompuan pon ada gak rasa macam tu
kot kot la ada problem tak leh nak mengandung, laki siap prektis dialog

"nak kawin 1 lagi boleh?"

fuuuuuu

Cik Puan Comel berkata...

bagus lagitu tot..
mcm aku dulu siap kena ejek and mcm perli sebab bunting pelamin

nak je aku menjawab ehhh dah halal takkan nak halang halang aku mengandung kan?

skang aku dah selamat ada baby ada plak mulut cam hape je warning aku(bukan laki aku la)
bebaik, baru je ada anak jgn sampai lekat lagi sorang.anak tu baru kecik

yarabbiiiiiii...
sabar je lahhh

Tanpa Nama berkata...

hahahaha...sama laa kita....ffuuuhhhh.....leni anak sulung aku dah 7 bulan...dan adiknya inshaAllah keluar bulan 4 tahun depan...

eddeved berkata...

maaflah aku nak komen banyak banyak ni pasal menarik betul artikel kau nih...bagi aku la, yang paling penting dalam hidup ialah menjaga hubungan dengan Tuhan...ni pengalaman aku laa kan, aku first time kawin dulu pun cuak gak takut macam kau gak tapi aku redho, tiap kali aku mintak dengan Tuhan biarlah dapat anak cepat cepat, sampai Tuhan tu punya sayang dengan aku Dia bagitau melalui perasaan hati aku bahawa kali ni memang mengena punya! aku yakin sangat masa tu dan tak sampai seminggu bini aku pun mengadu kat aku tentang dia pun rasa macam dah berisi...itulah pasal, kalau kita jaga hubungan kita dengan Tuhan...Insya Allah, selamat semuanya...tak perlu risau, rezeki dan ketentuan Tuhan akan selalu dekat dengan kita...