April 26, 2011

Bab 4 - PMS Membuatkan Darah Lelaki Menyirap

Ada satu hari,waktu cuti penggal,aku datang KL,nak beli Playstation sebab mak aku nak bagi hadiah kat adik aku.Aku sebagai seorang abang yang penyayang datanglah ke KL seorang diri naik bas dari Kedah sebab Playstation kat Kedah harga beza ratus2 banding dengan beli kat KL jadi mak aku bagi duit,beli kat KL.

Aku plan gi lah Sungai Wang,tapi sampai pagi pukul 5 pagi camtu kat Puduraya,tunggu siang,tidur kat surau Puduraya sambil merenung Plaza Rakyat yang dari hari tu sampai lah sekarang ni,tak siap2 lagi. (waktu tu tahun 1997,diorang boleh pulak plan nak buat Menara Warisan 100 tingkat) Bila dah siang,lebih kurang pukul 8 camtu,aku pun berjalan gi ke area Bukit Bintang.Sempatlah singgah kedai mamak pekena roti canai dan teh ais sebagai brekfes.

Aku janji dengan member aku,AJ nak melepak hari tu sambil duduk sepanjang hari kat Sg Wang main game kat arked dia.Waktu tu takde langsung aku takut perasaan kena rush dengan DBKL ke sebab aku underaged lagi.Yang penting,aku isi masa lapang aku sebab plan aku nak beli Playstation tu lambat,at least senang lah aku jalan buang tak perlu bimbit sekotak besar kena angkut ke sana ke mari.

Main game punya pasal dan leka menengok buku kesihatan yang ada porno didalamnya kat MPH,waktu dah lewat jadi member aku balik.Aku pun gi kedai beli Playstation.Habis beli,aku terus jalan gi Puduraya dari Sg Wang lalu depan Tung Shin Hospital.Waktu tu,memang pelik kenapa aku berani camtu,tak berfikir sangat time tu.Aku sampai Puduraya,beli tiket,ada bas pukul 9 paling awal.Bolehlah...jadi aku terus mencari kat mana public phone yang terdekat.

Aku pun daillah nombor telefon rumah "sahabat pena perempuan aku yang aku syok kat dia tapi rasanya,dia tak syok kat aku" tu."Heloo..aa..saya ni..apa khabar..baik?Awak sihat?Dah makan?Adik macam mana..?" tanya aku.

Dia jawab semua soalan aku,kemudian dia tanya aku,"dekat Kedah ke?"

"Oh tak tak.Saya kat tepi Puduraya ni,nak balik Kedah," jawab aku."Saya datang ni pun nak beli barang untuk adik saya.." kata aku.

"Bila sampai KL?" tanya dia.

"Pagi tadi.."

"Tak bagitau saya pun.At least bagitau la saya awak datang sini.Mana tau boleh gi minum2 ke?"Err...aku memang takde niat langsung nak jumpa dia sebab aku dah janji dengan member aku nak lepak sama-sama.

Lepas tu dia pun lecture la aku,pasal kawan,pasal aku sombong,pasal aku sebenarnya main2 aje nak berkawan dengan dia dan macam-macam lagilah.Habislah dekat RM2 jugak la duit syiling aku buat telefon.

Rupa-rupanya dia memang merajuk betul2 dengan aku dan aku memang malas nak layan dia merajuk time tu.Aku pun dah tengah gelabah..ye lah..itu adalah kali pertama ada seorang pempuan lain marah aku sebab aku tak kontek dia bila aku gi KL,aku jadi hangin pulak...

"Oklah,bas saya lagi setengah jam nak sampai ni.Nak kena jalan gi Puduraya..." tipu aku padahal aku berdiri sebelah Puduraya.

"Ye lah...assalamualaikum.." jawab dia.

"Waalaikumsalam.." aku jawab sambil kepala aku laju berfikir apa benda yang dia marah sangat masa tu.

Aku assume senang la dia tak tau,aku tak menyusahkan dia.Karang dia kena siap2,keluar,rumah,kena naik bas,kena jalan kaki...dia duduk rumah dan biarkan aje aku buat hal aku kan senang.Serius aku tak faham.Berminat sangat ke dia nak jumpa aku?Pada waktu tu,aku tak berapa berminat sangat nak jumpa dia jadi aku rasa dia pun berperasaan sedemikian.

"Mungkin dia PMS kot," bisik aku menggunakan alasan universal semua lelaki bila ada perempuan mengamuk tak tentu pasal untuk lepas tangan,ambik jalan mudah elak konflik.Gagang telefon aku letak dengan kasar.

31 ulasan:

Fatimah Ali berkata...

aku pon rasa perempuan tu PMS. haha

muhsin.aminudin berkata...

terpaksa la mengiyakan kerana tak boleh check

Cik Kiah berkata...

Nak tau species yang takde PMS.
dtg blog Cik Kiah.. ahah.
Miss Malaysia ehem..hem...hem..

Fyqa berkata...

pms kot. eh bukan. eh ntah la. hihi

mashi berkata...

"sahabat pena perempuan aku yang aku syok kat dia tapi rasanya,dia tak syok kat aku"

Dia syok la kot tu,sebab tu dia beriya nak jumpa.....kot ja la

Tanpa Nama berkata...

aku sebagai perempuan juga menyampah dan sumpah2 diri aku bila aku PMS dengan teruk.

Unknown berkata...

underaged ??? HAHA.
betol betol. alasan laki yg common ble pompuan marah..
tp rase en, pompuan tu nak cerik teman gadoh je kot. xpon, die tgh bosan time tu.. ato memang dia suke kt mantot. hahah

hikari berkata...

dia saje nk test ko.. kot ko suka kt dia mesti ko pujuk dia.. so dia akan berjaya buat ko suka dia..

kyo_9 berkata...

Bagi sesape yg x tau ape tuh PMS..

Premenstrual syndrome (PMS) (also called PMT or premenstrual tension) is a collection of physical and emotional symptoms related to a woman's menstrual cycle.

aina berkata...

xda maknanya PMS. kalu dh marah tu marah jugak ler...

ika~~ berkata...

perempuan kalo pms lain betul marah dia.berapi-api.heh.

Akulah Pak Lan berkata...

Mmg PMS

Zonkers berkata...

aku rasa certain org, x kira laki or pompuan mmg merajuk kalo kita x bgtau yg kita kt 'kawasan' dia. dh byk kali aku kena camni. kena cop sombong la..anu la..apaperla.

padahal aku mmg ikhlas xnk kaco diorng.

org2 camni ko kena waspada sket, sbb kalo dia masuk 'kawasan' kita plak, dia akan expect kita bawak dia jalan2, makan minum, konek sumer.

so aku rasa pompuan tu mmg ada perangai cam yg aku explain kt atas PLUS tgh PMS. Mmg shit la. hahaha

Miss b berkata...

die nak jumpa lah tu

alahai

hahahaha

*bukan pms* bahaha

CyCra~ berkata...

Aku sebuk nk comment jugak..mmm x semestinye dia PMS la..dia adalah kategori perempuan mengada mcm aku, yg dlm hati nk tp segan nk ckp direct..dia suka ko la tu..pompuan x payah tunggu PMS nk buat perangai, kalu perangai normal pompuan pon lelaki leh kata PMS..kan wanita tu makhluk yg fragile lagi complicated

Tanpa Nama berkata...

nurul.. oh nurul.. oh nurul..

Ann berkata...

org lelaki pun de PMS jugak, lg kerap bbdg pom...ak xigt ape termnye utk lelaki.

jeka~ berkata...

oohh..situasi yang sangat serupa jadik baru2 nie..agaknye ex-member tu pon PMS agaknye...

Lagenda berkata...

kah kah kah

L berkata...

Aku tak faham kenapa kau tak faham kenapa dia marah. Mesti la marah, kau datang KL, dah nak balik baru call. Ni kalau dah menopaus pun boleh marah jugak ni.

Merah berkata...

dia syok kat hang laaa Mantot! LELAKI MMG LAMBAT PICK UP LA! takkan sampai sekarang pun takleh tangkap lagi. ish ish

♥sophie♥ berkata...

HAHA. dea syokk nak jumpe la tuh,, kuciwa rasa plus PMS,, bertambah
HAHA

fendy berkata...

PMS lah tu.mengamuk semacam je dah. :p

Tanpa Nama berkata...

bro & ladies...
PMS tu ape ek...
sori la aku kalo aku ni terkolot sket...

RebeLLious berkata...

aku rs die nk mengawan time tu la mantot.. maklum la pompuan kn cpt matang dr laki hehe..

amir berkata...

aku baru perasan ini jawapan universal. dalam sekumpulan lelaki, yang salah seorangnya mesti macam nak bajet pandai cakap "oh.. ini mesti pms. biasalah tu, aweks aku pun kadang2 macam tu". terasa macam nak penyepak muka dia.

buruh berkata...

ko hensem tot.ramai pulak awek comment kat sini.sape yang teringin nak tengok gambar mantot sila email aku ya.
buruhKasar@1malaysia.com

Farah berkata...

Setuju dengan Amir. :D

NeemoNeemo™ berkata...

Saya perempuan. ni nak bagitau.

DIA NAK JUMPA LA TU. KALAU DIA TAKDE HATI NAK JUMPA, DIA TAK KISAH LA ENCIK MANTOT NAK GI KL KE, PINDAH KL KE DIA PEDULI APA.

Benda ni simple je. takde kaitan dengan kitaran haid dia pun.

Sekian, assalamualaikum.

Tanpa Nama berkata...

kalau bukan PMS pun, pompuan memang macam tu.nak cari pasal je kejenye

heaton berkata...

saya rasa perempuan tu saja nak jadikan sedara sebagai "punching bag"...hehe