April 15, 2011

Bab 3 - Perempuan Itu Semuanya Menyusahkan


Aku pun tak tau mana datang keberanian aku nak menulis surat kepada seorang perempuan yang aku kenal2 mcm tu aje.Bukan senang aku nak buat benda camtu.

Dekat sekolah aku,aku tak tau kenapa wujud trend nak belajar-belajar cinta monyet dengan budak sekolah asrama lain.Mungkin pada kitorang yang terkurung dalam hostel tu,budak SBP lain adalah lebih accessible berbanding budak-budak lain dan kebanyakannya hanyalah berhubung melalui surat.

Yang mana aktif,diorang boleh bergaul dengan budak2 sekolah lain bila ada event,tapi untuk yang kurang aktif,mana-mana yang try2 nak tekel tu,dia akan bukak buku Sekolah yang lain (Yearbook sekolah yang setiap tahun keluar) dan usha awek mana yang lawa.Jadi choice yang ada hanyalah bergantung kepada sekolah mana yang ada yearbook dia dalam perpustakaan sekolah aku.Aku ingat lagi ada satu ketika member aku bukak banyak yearbook,carik mana yang lawa dan hantar surat tiap2 sorang,gamble aje mana ada respon ke tidak.Malu tolak tepi.

Tapi aku bernasib baik sebab aku tak sampai ke tahap tu.

Waktu aku form 4,aku telah ditakdirkan untuk menghadiri kursus BTN sebab aku ada masalah disiplin kot.Entahlah,nampak semua yang kena hantar tu semua yang tak terlibat dengan mana-mana aktiviti sekolah sangat atau tak berapa penting kepada sekolah dan mungkin...mungkin...cikgu2 aku kesian dengan kitorang yang kera sumbang jadi diorang bagi kitorang tengok dunia luar mcm mana.

Aku berat nak pegi.Ye la...aku bukan athletic.Aku tak suka masuk hutan.Aku tak suka tempat gelap.Aku suka duduk dalam kelas dan melukis komik aku yang tah berapa jilid aku lukis dulu,tapi sayang aku tak simpan,tapi kalau simpan pun aku kena sorok sebab komik aku mesti ada scene romen-romen.Awek mesti baju koyak rabak lepas kena belasah dengan orang jahat.

Aku memang berat hati nak pegi tapi lepas kena sound dengan Ustaz aku yang mempunyai kekuatan penampar yang mampu membuatkan aku nampak planet2 lepas kena tampar,aku pegi la jugak.Kena pegi sebab terpaksa. Nasib baik aku kena paksa pegi.Kalau tak aku takkan ada peluang belajar macam mana nak pikat orang perempuan dan kisah lama ni takkan mampu aku tulis.Tapi aku tak nak tulis balik pasal kisah tu. Baca sendiri.

Terima kasih Ustaz sebab paksa aku pegi.Terima kasih juga kepada kerajaan sebab buat kursus BTN,walaupun mengarut (ada lapangan terbang bawah highway PLUS kata penceramah BTN?KAH KAH KAH)  tapi seronok rasanya bergaul dengan orang pempuan ni.

Satu perasaan yang sangat lain.Dalam bas masa nak balik dari BTN,aku nekad nak tulis surat kat awek tu.
Pergh.Aku tak pernah mimpi nak buat benda segila tu.Pada aku tulis surat dekat seorang awek yang aku kenal beberapa hari aje adalah satu benda yang gila...mcm aku dan geng2 aku selalu sebut masa sekolah dulu,girl suck!Dan akibat daripada timbul rasa keberanian aku nak tulis surat tu,telah jelas sekali dan menunjukkan aku memang betul,girl suck!

Adakah ini perubahan major?Major kot sebab benda ni masih lagi affecting aku punya life.Semua bermula sebab sehelai surat yang aku karang dengan ayat2 yang begitu sopan berniat ikhlas untuk berkenalan. Tapi...selepas beberapa lama dah kenal baik,first  time aku bergaduh dengan dia adalah satu moment paling cilaka aku rasa dalam hidup aku....tapi...mungkin semua tu sebab salah aku.

Girl suck!Kata aku sambil menghempaskan gagang telefon public tepi Puduraya.
(macam biasa..bersambung)

ps - jangan marah aku.Ini zaman masa aku tak matured.Sekarang ni,aku tak rasa macam tu dah.Adalah sekali-sekala rasa camtu,hehehe.

16 ulasan:

Kasih nur azie berkata...

tu ke pempuan idaman ko mantot? huhuhuhuhu~

panji alam berkata...

Bik mama suck!!

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ berkata...

hahaha.. SBP mana cursingmalay
ntah2 sebatch je ni..sbb p BTN masa form4 jugak

Jojoe Ali berkata...

Salah satu sebab aku terus datang blog ni, walaupun ideologi haram langsung bertentang - ceritanya.

Keep it up, bro.

Munn Jaafar berkata...

geram je rasa baca tajuk entry ni.tp bila dh baca abis baru la fhm..2la namanya the power of women...muahahaha

girl x suck pon... berkata...

girl memang suck!

Tanpa Nama berkata...

gurlz suck???

Aini berkata...

baru lepas bertekak dengan en tunang. lelaki ke pompuan same je ade je part yg menyusahkakn

Dewajiwa berkata...

tiada bantahan dari pihak pembela Yang Arif

Cik Puan Nazatul Sanif berkata...

woww! cursingmalay antara blog fav aku !

Miss Meen berkata...

Itula perempuan ada MADU dan RACUN
Hahhaa ...kdg2 akan ubah seseorang itu jadi lebih baik
Kdg2 disebaliknya

Hihihi ...cintailah KAMI KAMI
Hahha =P

Maya Mayana berkata...

tamparan wanita...emm benci mana kat pompuan ko kena cari pompuan jugak utk dpt zuriat...baik buruk mrk pun suami kan nakhodanya,perempuan tercipta dr tulang rusuk yg bengkok...mcmana nk kasi lurus tu tgungjwb lelaki...cuba utk menjd yg baik dr hari ke hari....

Tanpa Nama berkata...

motip gambar rosmah? girl tu iras rosmah ke? btw rosmah tak terlibat pon dalam kes altantuya (RPK yang kata)

peace..

Akulah Pak Lan berkata...

Anonymous said...

motip gambar rosmah? girl tu iras rosmah ke? btw rosmah tak terlibat pon dalam kes altantuya (RPK yang kata)

peace..

April 15, 2011 5:06:00 PM GMT+08:00

------------------------------------

Girl semua menyusah kan..rakyat

mama sara berkata...

pempuan tu penyedap bagi kaum lelaki mantot..tang tu ko tak leh deny...

Ibrahim berkata...

iklan BOTOX?