Disember 31, 2010

Benda Basic Yang Kerajaan Perlu Ubah Sebelum Buat Projek MRT Yang Mega Super Duper

Aku pergi kerja hari-hari mesti lalu highway.

Sebagai seorang pengguna highway yang "terpaksa," kemudahan penggunaan Smart Tag atau Touch n Go sangat banyak menjimatkan masa aku.Tanyalah mana-mana orang yang setiap hari kena ulang alik Tol Batu 3 Shah Alam macam mana membuang masa nak beratur dan bayar tol secara tunai setiap hari.Aku pun pakai Smart Tag sekali-sekala,selalunya aku malas nak reload jadi Smart Tag aku akan terbiar keseorangan.Tapi,aku admit la Smart Tag agak menjimatkan masa aku.

Tapi...kadang-kadang,ada sesetengah persimpangan yang tak sesuai untuk guna Smart Tag sebab selalunya,lorong Smart Tag mesti kat belah kanan sekali.Jadi,kalau aku nak balik rumah dari KL,aku terpaksa melalui satu Tol ni.Kalau aku pakai Smart Tag,aku kena himpit kanan.Masalahnya,lepas tol tu,exit rumah aku.


Exit yang aku lalu tu,agak lain sket sbb selalunya,kalau penunggang motor keluar dari laluan motor,diorang kena turun ke bwh,keluar dr highway sekejap dan masuk balik highway dari simpang empat bawah flyover.Exit aku ni,laluan motor kena terus masuk highway balik sebab bawah tu,diorang tak boleh nak terus jadi penunggang motor akan himpit2 nak masuk balik.

Apa yang akan menyusahkan semua orang adalah apabila ada kereta yang menggunakan Smart Tag dan kemudiannya diorang kena terus cilok laju-laju ke kiri sebab nak keluar exit.Bila trafik dah dibentukkan macam tu,akan berlaku criss crossing antara pemandu kereta yang bayar tunai,penunggang motor dan punca masalah,pemandu yang datang dari kanan terus terpaksa ke kiri.Aku tak pernah lagi nampak orang kena langgar tapi aku selalu nampak orang nak kena langgar,khasnya penunggang motorsikal.

Tiap2 plaza tol,kita ada banyak toll booth ni tapi kenapa lorong Smart Tag atau Touch n Go diletakkan di kanan sekali jika dah nampak depan mata ada exit untuk pengguna keluar highway?Kalau di Tol PLUS Kajang (keluar ke Bangi,Cyberjaya,Putrajaya),boleh diletakkan satu toll booth cash di belah kanan sekali untuk orang yang bayar cash nak ke Putrajaya,kenapa ditempat2 lain pengguna Smart Tag masih perlu mencilok ke kiri selaju mungkin sebab takut terlepas exit yang jaraknya dari tol selalunya kurang 500 meter?

Remedy after accidents adalah satu bentuk bad management.Nak tunggu ada orang mati dulu ke baru  masalah ni dikaji?Baru tadi,lagi sekali aku nampak motor kena himpit sebab ada kereta nak masuk exit lepas pakai Smart Tag.

Disember 29, 2010

The Crossbow Cannibal and The C4 Killer

Aku selalu terfikir,apa benda sebenarnya yang mempengaruhi perangai seseorang tu.Maksud aku,dari segi saintifik atau dari segil psikologi semasa pembesaran.Yang mana lagi kuat?Bila baca paper ke,tengok TV ke,kadang-kadang seolah-olah tak percaya kes-kes yang berlaku,seolah-olah manusia tu kadang-kadang takde akal.Kat UK baru-baru ni,seorang pembunuh yang digelar Crossbow Cannibal telah pun berjaya ditangkap,itupun selepas dia berjaya membunuh beberapa orang mangsa yang semuanya adalah pelacur-pelacur.

Jika dilihat,sebenarnya Crossbow Cannibal ni adalah seorang yang normal.Belajar tinggi (sedang buat PHD),ada kerja tetap dan boleh dikatakan jauh lebih hebat berbanding orang-orang normal..tapi macam mana dia "terjadi" mcm tu?Modus operandi Crossbow Cannbila ni mudah,dia akan bunuh mangsa dengan crossbow...dan kemudiannya dia akan makan daging mangsa dia...uwekk!Itupun diketahui lepas family mangsa mintak dia mayat anak diorang dan apa yang dia mampu bagi hanyalah cebisan-cebisan organ dan daging yang dia tak makan.

Pejamlah sekejap mata kejap kalau ada yang mengatakan dia ni sebenarnya berkhidmat untuk masyarakat sebab dia bunuh pelacur...tapi aku berharap benar agar dapat faham apa yang drive dia untuk buat benda camtu.

Kadang-kadang aku terfikir apakah sebenarnya yang push seseorang untuk break dinding limit humanity tolerance dia.Jika seseorang itu habis sekolah dan kemudiannya dia berhijrah ke KL,lalu jadi perompak,dia takde rasa bersalah ke bila dia merompak?Bukan semua perompak semulia "John Q" kan?

Crossbow Cannibal adalah seorang yang normal tapi,dia mempunyai obession mengenai serial killer dan zaman kecil dia dibesarkan dalam keluarga yang berpecah lepas penceraian ibu bapa.Siap ada akaun MySpace.Tapi dia makan daging orang.Fucked up hidup macam mana pun,apa faktor yang mampu buat seseorang tu sanggup makan daging orang?Mak bapak bercerai ke,family berpceah ke,kena dera ke,,apa faktor yang mampu buat anda sanggup bunuh orang lain,dengan crossbow ke,dengan C4 ke..Mana lagi kejam?Bunuh orang atas kemahuan sendiri atau bunuh orang atas arahan orang lain?Hehehe.

Macam mana ada orang boleh tergamak buat camtu?

Disember 28, 2010

Rais Yatim And The Cakap Tak Serupa Bikin 01


Kita bukak TV,keluar kempen government,suruh rakyat berbahasa,bersopan dengan orang lain.Macam mana boleh jaga budaya kalau orang yang tugas dia promote budaya takde budaya?

Tak salah nak tegur...tapi anda menteri...
Tengah pressure ke skrg ni?Nampak cam menggelabah aje?

Disember 27, 2010

Bahagian 04 - Kurangnya Lelaki Berkualiti Membuatkan Gadis Makin Desperate

Zaman sekarang ni,bilangan perempuan dah jauh berbanding lelaki.Nisbahnya agak tak balance.Bila aku tengok website sekolah-sekolah,boleh nampak la perbezaan tu agak ketara.Tak tau la sebab apa.

Dekat ofis aku dulu pun camtu.Lelaki punyalah sket membuatkan staff2 lelaki ni agak diperlukan sebab bila deal dengan work2 student yang berkotak-kotak,cikgu2 pempuan ni "tak larat" nak angkat.(kalau dah tau berat,suruh hantar dalam CD dah la,suruh print buat apa?) Tak ramai staff lelaki membuatkan komoditi lelaki di ofis aku dulu,pekerja am dalam semua benda.

Adakah golongan hawa juga menyedari hakikat ini?

Pasti diorang sedar masalah ni.Satu masalah paling ditakuti bila terjadinya nisbah perbezaan lelaki dan wanita dalam komuniti adalah kurangnya lelaki2 bujang yang berkualiti untuk dijadikan suami,sebab selalunya lelaki2 yang berkualiti (macam aku) mesti dah kahwin.Bila dah jadi camtu...mesti akan timbul masalah ni.Korang mesti pernah dengar masalah ni...perempuan bujang try tekel suami orang.Aku tak faham perempuan macam ni.Bila tak kena kat batang hidung sendiri,punyalah galak try tekel laki orang.Tapi cuba orang tekel suami dia bila dia dah kahwin nanti?Mau dia kejar dengan parang...

Aku tak boleh nak bagi explanations atau description kenapa makin ramai perempuan bujang suka try usha lelaki dah kahwin.Adakah sebab lelaki dah kahwin ni dah "stabil" minda dia?Atau perempuan tu rasa thrill sebab cuba dapatkan "suami orang" jadi cabaran dia jauh lebih seronok berbanding try tekel lelaki bujang?Aku tak faham.

Masalahnya.....makin ramai perempuan yang macam tu.MAKIN RAMAI!Setakat nak serah tubuh ke,picit sana-sini,geli-geli,takde hal.Dalam kes2 yang aku tau,perempuan tu yang offer.Tak tau la aku sama ada perempuan tu dah dikhatankan ke tidak....mungkin sebab belum kot yang jadi gedik semacam...Nak kata kejar duit pun....takde la sangat.

Jika semua benda ni terjadi sebab kurangnya lelaki bujang yang berkualiti....adakah boleh aku gunakan alasan ni untuk kahwin empat? Aku sekadar nak bertanya sebab kat sini ramai pembaca perempuan,kenapa ada yang nak carik suami orang?Sebab kami ni adorable ke?Aku tak mampu nak tulis panjang-panjang sebab aku tak pernah kena benda ni,tapi....benda2 ni banyak terjadi sekeliling aku dan aku sangat pelik dengan benda ni.Aku ingat dalam diri perempuan ada silent agreement antara semua perempuan,"suami orang,off limits."

Disember 25, 2010

Kita Memerlukan Mass Railway Transit Kerana First Lady Malaysia Adalah Seorang Yang Mass

Aku agak hepi bila membaca pasal projek MRT yang diusulkan baru-baru ni sebab projek tu akan menghubungkan kebanyakan bandar-bandar kat KL dan Selangor ni.Walaupun ada pihak yang mendakwa projek tu adalah sebagai hadiah tender untuk Sultan Perak..eh,ehem..ehem anak Sultan Perak sebab dia layak (atau hadiah sebab Sultan benarkan kerajaan Perak diambik alih tempohari) tapi biarlah...projek MRT ni agak bagus dan beenfit dia kepada orang ramai agak besar.Kalau buat betul-betul,faedah dia akan orang nampak jugak...Ni adalah gambaran kasar macam mana projek tu akan menghubungkan bandar-bandar sekitar Lembah Klang ni.(aku tak tau siapa yg buat gambar ni)


Aku tak sure macam mana diorang nak namakan sistem tu nanti jadi setakat ni apa yang aku paham,MRT ni akan dibahagikan ikut line-line dia.Kalau tengok gambarajah di atas,line hitam bulat tu adalah kawasan di tengah-tengah bandar KL dan mungkin sistem tu akan sentiasa berpusing-pusing untuk memastikan orang ramai dapat dihantar ke sana ke mari secepat mungkin.

Apa yang membimbangkan aku,bukan pasal planning ni,aku rasa plan yang bakal dilaksanakan ni nanti agak baik dan besar kemungkinan sangat berkesan dalam membantu mengurangkan kepadatan kenderaan di Kuala Lumpur.Apa yang aku bimbangkan,bila diorang terlalu fokus kepada pembinaan MRT ni,sistem pengangkutan dalam bandar tu dilupakan.Maksud aku,feeder bus.

Pada aku,takde point kita bina MRT panjang-panjang kalau masalah yang sama macam sekarang ni masih lagi timbul;

1. Walaupun anda naik LRT,anda masih lagi perlu memandu kereta ke stesyen LRT terdekat.
2. Bila dah memandu kereta,masalah kesesakan tu akan masih berterusan.
3. Keluar naik kereta untuk ke LRT,kereta terpaksa ditinggalkan di parking lot berdekatan LRT.Duit parking perlu dibayar.
4. Kemudahan pengangkutan bas masih belum cukup lengkap dan baik untuk seseorang itu pergi ke stesyen LRT menaiki bas.

Contohnya;Aku duduk Cheras.CHERAS!Bukan Salak Tinggi.Bukan Pulau Meranti.Dalam beberapa bulan lepas,aku kena pegi PWTC sebab ada Education Fair.Depan rumah aku ada bus stop.Aku nak naik LRT sebab aku malas drive ke situ.Aku ada 2 option;

a. Tunggu bas depan rumah aku.Naik bas,berenti depan Leisure Mall.Tukar naik feeder bus untuk ke Stesyen LRT Bandar Tasik Selatan.Naik LRT ke PWTC.

b. Naik kereta,pegi Putrajaya Sentral.Park kereta kat situ (free).Naik ERL,sampai Bandar Tasik Selatan.Naik LRT ke PWTC.

Aku pilih option B.Sebab apa?Sebab kalau nak tunggu bas,besar kemungkinan aku akan menghabiskan 2 jam tercongok dekat bus stop sebab aku perlu naik 2 bas.Aku cukup tak suka menunggu.Aku ada option yang lagi senang,drive kereta ke stesyen Bandar Tasik Selatan dan naik LRT dari situ tapi aku tak sanggup nak bayar parking mahal-mahal dan aku agak risau nak biar kereta dekat situ.

Pengalaman naik bas dan tube kat London membuatkan aku pernah rasa macam mana berbezanya level diorang dengan kita.Dari rumah,aku perlu berjalan sejauh 200 meter sahaja ke main road dan kemudian aku boleh pilih bus stop mana nak tunggu sebab semua bus stop dekat-dekat..siap berbumbung (Malaysia punyalah panas tapi ada bus stop yang hanya ada sign board shj).Dekat tiap2 bus stop ada tertera map laluan bas,tube dan tram jadi kalau ragu-ragu,check aje.Kau takkan sesat di London asalkan kau tau kau duduk zone mana dan line mana yang masuk rumah kau.

Jadi,apa situasi sempurna yang aku harapkan?

Aku harap kerajaan aim high untuk projek ni..target all out convenience untuk masa depan.Biar orang mampu keluar rumah dengan berjalan kaki,tunggu bas paling lama pun 10 minit dan bas akan shuttle kan penumpang ke stesyen MRT berdekatan.Diharapkan agar orang ramai tak perlu drive kereta LANGSUNG untuk ke stesyen MRT berdekatan dan tak perlu dibuka ruangan parking di sekeliling stesyen MRT ni.Bila perlu parking dibina,kos akan meningkat,sama ada dipihak kerajaan mahupun pihak pengguna sendiri.

Tapi bila dilihat kat Putrajaya,agak gagal sebenarnya pengangkutan awam di situ.Bila kita perlu membina sebuah bangunan khas semata-mata untuk Park and Ride,itu tandanya sistem pengangkutan awam Putrajaya masih lagi lemah sebab orang ramai masih lagi perlu drive keluar dan parking kereta untuk naik ERL.Itu kisah Putrajaya,sebuah bandar yang dikhabarkan diplan dengan sebegitu rapi dan teliti pembinaannya.Sebab apa orang masih perlu drive keluar rumah jika Putrajaya adalah wajah bandar terancang Malaysia pada masa depan?

Aku mintak kerajaan sedar,orang ramai tak nak berjalan jauh nak ke bus stop dan orang ramai tak suka menunggu lama.Aim high!Projek ini bukan sekadar untuk membina MRT.Projek ini juga perlu dijadikan titik tolak memperbetulkan semua benda yang tak betul mengenai sistem pengangkutan awam di negara kita.

Buatlah sebaik mungkin sampai rakyat yang tak berkenderaan tidak mengeluh untuk ke mana-mana, mungkin sampai satu tahap di mana warga Lembah Klang boleh berkata.."Buat apa naik kereta?Naik MRT lagi senang!"Cuma diharapkan agar kerajaan boleh membendung dasar penswastaan tu supaya sistem pengakutan awam akan kekal affordable untuk semua orang. Bila nak buat perjanjian..jangan buat perjanjian bangang.

p.s - Sorilah.Aku takde idea nak taruk tajuk.Itu je yang aku terfikir bila terbayang perkataan "mass"

Disember 24, 2010

Bukti Wartawan dan Editor Akhbar Untuk Melayu Takde Kredibiliti

Bukan lagi Gotham City

FILEM Batman sudah sebati di kalangan penggemar filem di dunia dengan memiliki jutaan peminat serta beberapa siri filem yang dihasilkan memang tidak pernah mendapat kritikan, semuanya positif. Namun, terdapat siri Batman yang hanya boleh dimain melalui konsol bukannya ditonton melalui panggung wayang iaitu Batman Arkham City.

Bagi peminat Batman, permainan ini mungkin sedikit berlainan memandangkan ia belum difilemkan di samping mengetengahkan karakter baru terutama penjahat.Karakter lelaki itu dikatakan bertindak sebagai penyelamat yang perlu bersedia bertempur di bandar baru, Arkham berbeza dengan Gotham sebelum ini.

Pemain yang bertindak sebagai Batman akan dibawa ke dunia kegelapan dan berhadapan dengan pelbagai halangan serta kemahiran membuat keputusan tepat diperlukan untuk menghabiskan permainan.Batman kali ini memiliki empat kuasa baru termasuk tenaga tolakan, menggenggam kuat pihak lawan, melontar pihak lawan dengan jauh dan melancarkan pelbagai gajet senjata dari badan yang terus mengancam musuh.

Kuasa yang dimiliki pemain tentu akan mengasyikkan dengan membolehkan anda menarik musuh sebelum mengangkatnya ke udara dan memusingkan mereka sebelum menghempas kembali ke tanah serta meletupkannya.Bukan setakat mempamerkan semangat melawan, pemain akan dibawa ke tempat yang menyerupai Gotham mengimbas kegemilangan Batman sejak dulu.

Batman Arkham City dipadatkan dengan 16 kuasa lain untuk diteroka pemain sepanjang pengembaraan yang dimuatkan dengan beberapa objektif ditugaskan.Kalau anda memikirkan kuasa itu mampu didapati dengan mudah, anda silap! Ia bukan dikutip sepanjang pengembaraan, tapi untuk membuka satu-satu kuasa memerlukan pemain mengutip mata dari setiap nyawa musuh yang ditewaskan.Ini bermakna, lagi banyak musuh ditumbangkan, kuasa yang diperoleh akan ditingkatkan dari semasa ke semasa ketika setiap objektif dilaksanakan.

Penguji mengetengahkan kuasa yang ada dalam permainan ini kerana ia adalah keseronokan paling mengghairahkan sebaik jari mengawal `joystick' di konsol PlayStation3.Selain itu, pemain boleh menukar senjata masing-masing mengikut kesesuaian, namun penguji terpaksa menyelesaikan objektif bagi memiliki senjata baru.Pasti ada yang tertanya-tanya, bolehkah kita memilih objektif sesuka hati? Jawapannya tidak. Objektif yang diberikan perlu dipatuhi sehinggalah permainan ini tamat dan ia adalah lesen untuk melengkapkan pelbagai kemudahan dalam 'game'.Ketika bertarung dengan hebat di setiap peringkat, nyawa akan didapati di penjuru skrin yang berwarna merah, namun penguji mengingatkan pemain lain agar cuba mengelak nyawa melayang dengan pantas bagi mengelak pembaziran 'nyawa'.Setiap objektif memerlukan hampir satu jam untuk dihabiskan dengan penulis mengambil masa seminggu menghadap PlayStation3 untuk menyudahkan game, tapi ia sangat menyeronokkan.

Cabaran yang dihadapi pun bukannya mudah walaupun kita akan menganggap ia hanya musuh yang senang tapi sukar untuk ditewaskan dengan sekali kuasa.Walau bagaimanapun, perasaan teruja tetap menyelubungi penguji sepanjang permainan ini kerana grafik yang ditonjolkan sehebat difikirkan penguji sebelum membeli permainan ini.Manakala jika menyentuh mengenai audionya yang merangkumi suara hero, latar belakang muzik dan sebagainya pula membuatkan penguji memberi empat daripada lima bintang kepada penerbit game ini.Tapi kesudahan permainan ini amat menarik. Cubalah Batman Arkham City bagi mengetahui apa akan berlaku kepada bandar Arkham nanti.

Info
TAJUK: Batman Arkham City
PLATFORM: PlayStation 2 (Juga untuk PC, PS3, X360)
GENRE: Aksi
TARIKH DIPASAR: Q4 2010
PENERBIT: Warner Bros. Interactive Entertainment
DIBANGUN OLEH: Rocksteady Studios

> Komen
KESELURUHAN: ****
REKA BENTUK: ****
INOVASI: ****
MESRA PENGGUNA: ***1/2
KESUKARAN: ****

..............


Kenapa takde kredibiliti?

1. Intro punyalah berapi cerita pasal Batman,tapi kalau kau paham pasal Star Wars,"penguji" kita ni sebenarnya tengah main game Star Wars.

2. Game blockbuster untuk Playstation 2? Kalau 5 tahun dulu ada la keluar lagi...

3. Walaupun korang tak minat pasal benda ni,sekurang-kurangnya aku harap korang boleh nampak sejauh mana seriusnya journalist negara kita buat kerja diorang....kalau dalam blog buat silap mcm ni..boleh lah dimaafkan.Tapi bila masuk paper (yang agak lousy) dan boleh dibaca berjuta orang, berapa juta orang boleh tertipu dengan berita ni?

4. Nasib baik kesilapan besar ni untuk berita teknologi macam ni.Cuba bayang kalau diorang tersalah lapor benda lain?Politik ke?Kematian ke?Kemalangan ke?Mana professionalisme journalist?

5. Perisian yang dilaporkan hebat dan mengambil masa seminggu untuk dimain "penguji" itu....belum keluar lagi.....tapi dia dah boleh bagi rating berapa2....Harian Metro ada hire tukang tilik ke kerja situ?

Disember 22, 2010

Look At Me!Look At Me! I Am Cool,Trendy and God Fearing Human!


9  benda baik,1 benda tak betul.
Trend zaman sekarang.Agama itu trend,kepercayaan melalui pilihan individu.
Hak asasi ikut agama.


Gambar kat atas ni dah lama dah.
Aku pernah post pasal ni 3 tahun lepas tak silap aku.

Nampak persamaan dia?
Kat atas ni keratan akhbar Utusan.Bukan Harakah..

Disember 21, 2010

Bas Ekspress Itu Mampu Terbang Kerana Pemandunya Bercita-Cita Ingin Jadi Pilot

Hari Ahad hari tu,aku balik KL dari Kedah....naik bas.Aku bertolak petang Ahad,sam-pai Bukit Jalil pagi Isnin.Jalan sangat sesak.....

Kalau korang pembaca dari dulu mesti korang ada baca pasal aku cerita "aku tak trust orang lain pegang nyawa aku kecuali orang yang aku kenal." Itu sebabnya aku agak berat nak balik naik bas ni.Tapi takpelah...dah kena naik aku naik aje la sebab agak tak cost effective utk aku drive sorang2 balik Kedah,ikut highway RM300 pegi balik.Ikut jalan lama RM120 pegi balik...terima kasih Kerajaan sebab buat tol.

Naik bas aje hati aku rasa tak tenteram.Mungkin sebab rutin harian aku yang aku tak dapat buat atas bas tu.....pakai tali pinggang.

Dulu,aku malas gak nak pakai tali pinggang bila naik kereta tapi bila dah ada kereta sendiri dan tengah drive ada lampu warning seat belt berkelip2 setiap masa (membuatkan aku rasa annoyed) aku pun start la pakai tali pinggang.Makin lama benda tu dah jadi macam satu benda penting pada aku tiap2 kali naik kereta jadi bila aku naik bas...aku rasa tak selamat bila tak ada tali pinggang. Driver yang bawak tu dah la kaki cucuk angin dan sekejap2 dia brake kuat-kuat.Jalan agak jam hari Ahad hari tu,aku rasa sebab banyak kenderaan nak ke Kepala Batas sebab ada konvensyen Pakatan Rakyat.Penang..jam teruk.Stuck kat Penang agak lama sambil sekali sekala terhuyung hayang ke depan sebab driver bas yang brake macam cilaka.

Dalam kepala aku dah terbayang dah kes-kes bas ekspress eksiden yang makin kerap jadinya.Dalam imaginasi aku,aku duk berfikir,kalau bas ni melambung,kat mana tempat paling selamat untuk aku berpaut.Semua fikiran tu datang sebab aku takde tali pinggang.

Mungkin bagi orang yang tak pakai tali pinggang masa memandu,dia takkan rasa kebagusan dia.Samalah jugak macam aku masa dulu2 pakai helmet biasa aje naik motor...lepas helmet aku kena curik (aku balik dari Cyberjaya ke rumah tak pakai helmet..SYAITAN PUNYA PENCURI, nasib baik aku tak kena tahan) aku terpaksa pakai helmet kedua aku,sebijik helmet full face.Mula-mula memang rasa segan gak la nak pakai,tapi lama-lama aku rasa biasa aje.Kemudian pada satu hari,aku keluar gi kedai pakai helmet member aku yang half cut aje helmet dia...pergh..aku rasa seolah-olah kepala aku sangat2 terdedah.Macam tak pakai apa-apa.Semenjak dari hari tu barulah aku belajar appreciate helmet full face aku betul-betul.Lepas2 tu,aku bawak motor,tak berani aku nak pakai helmet biasa.

Bila sesuatu benda tu dah jadi rutin,once kita tak dapat buat benda tu,mesti kita akan rasa macam something missing. Sama macam kalau kau keluar rumah,mesti kau akan bawak benda mcm wallet,kunci,rokok,lighter..tapi bila satu benda tu tak ada..ada rasa pelik tak? Sebab tu bila aku naik bas hari tu,aku rasa seolah-olah ada satu benda yang tak lengkap.Tali pinggang yang akan hold aku dekat seat aku dan mengelakkan aku daripada tercampak keluar.Kerajaan nampak berdolak-dalih dalam soal keselamatan bas ekspress ni tapi aku bertanyalah kepada kerajaan (untuk kali kedua)...

"Jika kereta yang bawak 5 orang perlu seat belt...kenapa bas yang bawak 32 orang tak perlu?"

Disember 20, 2010

Straight,Bi-Curious,Bi-Sexual,Half Gay,Gay dan SuperGay

Azwan Ismail..pergh..masa mula2 aku dengar pasal dia aku takut gak kalau nama dia Ezwan Ismail,sebab ada member aku nama camtu..tapi nasib baik nama dia Azwan.Member aku tu pulak dah kahwin jadi kalaulah aku bukak video tu dan keluar gambar dia....heheheh,tak tau la aku nak cakap apa.Nasib baik bukan!

Aku aa la dua tiga orang kawan-kawan gay.Tapi bukan Melayu...lelaki Cina,jadi aku ada gak la bertanya dengan diorang bagaimana hidup seorang gay tu.Member aku sorang ni,dia adalah "perempuan" dalam hubungan dia.Yang lagi sorang,aku tak sure,mungkin ikut mood kot diorang nak jadi lelaki ke perempuan. Aku pernah mengajukan soalan kepada dia,"you stay together,so how is life actually between you and your boyfriend?Is it the same like all normal couple?"Dia pun menjawab dengan slang Cina nya,"Ya loh,its the same la.Same like couple but no cooking-cooking eventhough he's the boyfriend,I don't really do the housework.Kongsi-kongsi la kerja."

Mula-mula tu aku takut jugak dengan dia bila nak bertanya soalan-soalan,tapi bila dia sendiri mula cerita yang dia bergaduh dengan boyfren dia,aku pun jadi berani la sket nak tanya.Satu-satunya benda yang aku nak tau pasal gay ni....aku pun tanya lah dia,"Sakit ke bila you ehem-ehem?"Dia pun jawab "At first,a bit painful la.Ada lubricant maa!" Aku hampir2 muntah tapi sebab kawan punya pasal,tahan...."But later on,when we do it a lot more,it becomes quite good la..hehehehe," member aku gelak. "How long aa you are like this?When did you know?" aku tanya lagi,agak berminat.

"During my studies in Australia.I met my current boyfreind there.." dia jawab,jujur. "Wah,so long la you couple...how long already?" tanya aku. "6 years,we've been staying together like couple in here since 4 years ago.." jawab dia.Aku tak nak tanya lebih-lebih lagi sebab lepas2 tu member aku tu agak moody.Dia kata dia bergaduh dengan boyfriend dia..hehehe,mmg sebijik macam suami isteri.Tak lama lepas tu dia dapat better offer tempat lain dan pindah ofis.Aku pun dah tak ada member gay lagi dah.

Aku pun tak tau apsal aku tulis ni.Cuma aku percaya masa kita membesar akan ada satu tempoh yang kita rasakan bi-curious,yakni keinginan nak tau mengenai kaum sejenis.Jika keinginan tu tak dibendung,bila membesar akan jadi gay lah dia.Ada lah kes-kes member2 aku yang dah menghilangkan diri sebab kantoi dia gay (Melayu ni) dan kebanyakan diorang jadi gay lepas belajar oversea.Sama la jugak macam member aku yang aku cerita kat atas ni.Adakah bila duduk kat oversea sorang diri mampu membuatkan lelaki bertukar naluri?Entahlah.

Susah nak terima bila ada lelaki nak yang ni..


bila dalam dunia ni ada ni...


Gila!

Disember 18, 2010

Nota-Nota Public Aku...Kalau Nak Tolong Aku Alu-Alukan

UPDATED 18 Disember 2010 11:57 malam..

Aku akan letak kat sini apa yang aku jumpa yang boleh membantu dalam mencarik apa sebenarnya yang kerajaan cuba sembunyikan pasal APCO ni.Kalau ada yang dapat apa-apa,bagitau dekat komen kalau nak membantu.Benda ni akan updatekan bila aku jumpa apa-apa jadi dua tiga hari ni,aku tak post.Aku nak membaca....



Kenapa Kerajaan Malaysia memerlukan khidmat APCO?


GOM tu bermaksud Government of Malaysia.Ini salah satu page dalam kontrak menyatakan kenapa JPM perlu ambik APCO sbg penasihat dengan bayaran USD 420,000.Aku malas nak copy semua page kontrak dia,korang boleh carik sendiri.Nampak


1. Ms. Harriet Mouchly-Weiss 
Link dari UNICEF ISRAEL

Harriet Mouchly-Weiss is Vice Chairman and Senior Partner of Kreab Gavin Anderson Worldwide, a communications consulting firm with offices in 25 countries including New York and Washington D.C. Over the last 30 years, she has won industry-wide recognition for her work in the communications field, earning a reputation as a bold thinker, astute strategist, and firm believer in communications programs that incorporate a component of social responsibility.

Her experience includes development of corporate planning and marketing strategies, as well as issues management and corporate social responsibility efforts, for leading multinational companies, including ABB, Investor, Continental Tire, Volkswagen, Nestlé and MasterCard International; for associations such as The Toy Industry Association, Inc. (TIA) and the Infant Food Manufacturers (IFM); and for institutions such as the World Health Organization. She also worked with the Beijing municipal government to bring the Olympic Games to Beijing and has created highly successful tourism, export, and investment promotion programs for Mexico, Thailand, Jamaica, Bangladesh and Malaysia.

Mrs. Mouchly-Weiss is a member of the Committee of 200, a professional organization of preeminent businesswomen who personify the spirit of entrepreneurship and business leadership in the United States. She is an active member of the boards of L-1 Identity Solutions Inc. (formerly Viisage Technology, Inc.), Friends of the United Nations, and UJA-Federation of NY, as well as former member of the board of American Greetings and of the Board of Overseers for the Malcolm Baldrige National Quality Award Program. She currently is on the boards of The Abraham Fund, the Israel Policy Forum, The New Israel Fund, and the Israeli Fund for UNICEF, and also serves as an advisor to the State of the World Forum.

2. APCO Worldwide dan Malaysia
Link APCO Worldwide

Hong Kong (August 10, 2009) – APCO Worldwide, continuing to broaden its activities in Asia, is opening a new office in Kuala Lumpur, Margery Kraus, president and chief executive officer, announced today. Among the office’s first clients is the Government of Malaysia under the government of Prime Minister Najib Razak.
“Malaysia continues to demonstrate that it is a major player in Asia, one of the great manufacturing nations for electronics and a sophisticated participant in global markets across many sectors,” said Kraus. “APCO’s ability to leverage strategic communication capabilities across borders mirrors the kind of leverage Malaysia has achieved in its approach to business and trade, making this a natural location for our expansion.”
One of the first clients of APCO’s new office will be the Malaysian government, which is retaining APCO to assist in evaluating its capabilities to communicate through new media. APCO will also assist the Malaysian government’s new leadership by sharing recent developments in strategic communication undertaken by governments in Europe, North America and Africa. Separately, APCO will be providing support in Washington, D.C., to Malaysia’s ambassador to the United States.

“As Malaysia moves forward, the government wants to ensure that it is able to provide information to the public quickly and transparently, making use of all relevant new technologies,” said Kraus. “Our team in Kuala Lumpur will include seasoned professionals from many countries, including Malaysia, who are on the cutting edge of new media. They will work to assist in strengthening the government’s online and other strategic communication capabilities to speed the delivery of accurate information to the media and public.”
Paul Stadlen, previously based in APCO’s London office, will serve as managing director of APCO in Malaysia. An award-winning specialist in media relations and international reputation management, Stadlen’s clients include business leaders at blue-chip multinationals from various sectors. Clients have also included government leaders in Europe, the Middle East, Africa and Asia. A former journalist, Stadlen previously worked for the BBC and has written for The Times of London and Prospect magazine.
“This is a time of opportunities for Malaysia,” said Stadlen. “APCO is delighted to share media expertise and strategic communication services with the Malaysian government and other clients in Malaysia. We are excited about Malaysia’s future and our ability to participate in it.”

Aiseh..selalu promote gunakan barangan buatan Malaysia..takkanla keparakan nak menggunakan new media ni pun nak kena import orang luar?Takde ke org Malaysia yg hebat psl new media?Apa guna bukak MMU?

3. Pakar sekuriti Israel join APCO
Link

Bergerbest-Eilon is the former head of the protection and security division and the most senior-ranking security official of the Israeli Security Agency (ISA), a position equivalent to the rank of major general. His responsibilities consisted of the protection and security of Israeli dignitaries; Israeli official delegations traveling abroad; domestic and international Israeli civil aviation and foreign civil aviation in the State of Israel; the ISA’s information, installations and personnel; Israeli ports and Israeli vessels in foreign ports; and national and internal borders.

Kalau takut kena gigit,jangan hulur kepala dalam mulut buaya...

Ada apa-apa lagi yang korang jumpa?

Hubungan Malaysia dan Israel Dari Abdul Rahman ke Mahathir

(This article is actually written in Hebrew and translated to English.Baca la...panjang kisah dia dan kadang-kadang akan membuatkan kau tertanya-tanya,rakyat punyalah tak suka,Kerajaan lain ceritanya....)

Asia's Muslim countries constitute a considerable portion of its total population. Indonesia is the world's largest Muslim nation, and its population at the end of the twentieth century stood at 210 million and surpassed that of all the Arab countries combined. Pakistan and Bangladesh each number 120-130 million people. Malaysia has eighteen million inhabitants, and there are smaller Muslim countries such as Brunei and the Maldives. Some Asian Muslim countries have taken an intensely hostile stance toward Israel and been full partners in the Arab diplomatic campaign against it.

To one extent or another, all the Asian Muslim countries share the loathing of Israel and refusal to establish diplomatic relations with it. This stems from the sense of Islamic solidarity with the Arab countries and, more broadly, of being part of the Islamic ummah or nation.1 Over the past few decades, almost every Muslim country has undergone a trend of geopolitical radicalization. This is partly because of the belief that Jews, Zionism, and Israel are anti-Islamic, anti-Arab, and pro-American agents. Asian Islamist groups pressure their governments to get involved in world Islamic affairs, such as the Palestinian problem and the general Arab struggle against Israel.2

Malaysia has been exceptional in being not only malignantly anti-Israeli but also openly anti-Semitic by all accepted definitions. The factor behind this was former prime minister Dr. Dato Mahathir bin Muhamad.

From Malaya to Malaysia

The Federation of Malaya was established in 1957. It combined nine sultanates of the Malay Peninsula that had been under British protection since the last quarter of the nineteenth century, and two crown colonies, Penang and Malacca. It had a population of 6.2 million, about half of whom were Malay-Muslims, 37 percent Chinese, 11 percent Indians, and the remainder Europeans or others. The Malays, who began gradually accepting Islam five hundred years ago, mostly live in villages. Over the past hundred years their relations with Arab countries have grown, resulting especially from the pilgrimage to Mecca and the flow of young people to Egypt and Saudi Arabia for religious studies. Religious leaders have great influence over the Malay population.

Large-scale Chinese immigration to Malaya began in the last quarter of the nineteenth century with the discovery and subsequent development of tin mines by the British. Many workers were also brought from India to the rubber plantations. This is the source of Malaysia's difficult problems of ethnicity, religion, and culture.

With the granting of independence in 1957, representatives of all the groups, including the non-Muslim ones, agreed that Islam would be Malaya's established religion, Malay its official language, and that constitutional clauses would favor the Malays in the government, army, police, economy, and education.

The Federation of Malaysia, established on 16 September 1963, included two additional territories, Sabah and Sarawak. The founder and first prime minister of Malaya and afterward Malaysia was Tunku Abdul Rahman. He was the country's dominant political figure until his retirement as prime minister in 1971.

Apa Lagi?Bicarakan Dia Di Mahkamah Secepat Mungkin!


Aku tak sure dia ni gay betul atau gay syok-syok sendiri.
Mesti budak SBP ni.

Disember 17, 2010

Bagaimana Lee Kuan Yew Tahu Mengenai Anwar dan Malaysia Berbanding Menteri Malaysia Sendiri?


Lee Kuan Yew gemar melihat aksi2 asmara orang Malaysia


Lee Kuan Yew sedang mengkaji kenapa ramai pelajar dapat berpuluh2 A di sekolah,
sesuatu yang mustahil 15 tahun dahulu.


Lee Kuan Yew sedang menyiasat kenapa ramai orang Melayu tak nak kahwin awal
tetapi lebih gemar berzina awal.


Kadang kala,Lee Kuan Yew juga gemar mengintip apa yang gemar remaja Melayu lakukan sewaktu menggunakan internet.


Lee Kuan Yew juga melakukan intipan untuk melihat dengan mata sendiri sama ada
tahap kepuasan sosial di Malaysia memuaskan atau tidak.


Jika tiada tugas di ofis,Lee Kuan Yew gemar menyelinap masuk ke bilik2 hotel di Port Dickson untuk melihat mana2 menteri atau pegawai kerajaan yang menjalankan hubungan sulit.

dan,ini adalah bagaimana
Menteri Singapura tahu mengenai Menteri Malaysia tak berkeupayaan.


Jadi,persoalan hari ini;

Adakah anda sebagai rakyat Malaysia sendiri faham,selain daripada pandai bermain politik,apakah syarat-syarat lain untuk menjadi seorang Menteri di Malaysia?

Disember 16, 2010

Politik Zaman Kesultanan Melayu Melaka


Aku gi jalan-jalan Melaka beberapa minggu lepas.Sempat la pegi melawat Makam Hang Tuah.Satu-satunya hikayat Hang Tuah yang pernah aku baca adalah melalu buku "Laksamana Tun Tuah" karya A.Samad Ahmad terbitan DBP.Bila berkunjung ke Makan Hang Tuah,ada signboard yang menceritakan mengenai sejarah Hang Tuah dan pengaruh dia kepada Kerajaan Melaka satu masa dulu.Boleh tahan jugak lengkap cerita dia secara general cuma sayang signboard tu dah luntur warna dan cat.

Adalah jugak di ceritakan Hang Tuah diberikan perintah untuk meminang Tun Teja dari Majapahit oleh Sultan Melaka waktu tu.Dikhabarkan,peminangan Sultan Melaka sebelum itu telahpun ditolak kerana Tun Teja sudah pun bertunang,itu adalah sebabnya Hang Tuah dihantar ke Pahang.Tun Teja pula waktu itu adalah tunang kepada Sultan Pahang.Berkat charmingnya Hang Tuah, Hang Tuah berjaya memujuk Tun Teja supaya lari untuk berkahwin dengan Sultan Melaka.




Beberapa tahun kemudiannya,Hang Tuah telah difitnah beromen dengan dayang Istana.Sultan Melaka punyalah berbulu jatuhkan hukuman bunuh untuk Hang Tuah tapi Bendahara Melaka senyap2 sorokkan Hang Tuah kat satu tempat dan declare kan Hang Tuah dah mati.Kemudian Hang Jebat mengamuk!Satu-satunya orang yang boleh kalahkan Hang Jebat adalah Hang Tuah. Sultan punyalah pasrah...macam mana ni?

Nasib baik Bendahara bagitau Sultan,Hang Tuah hidup lagi.Gembira Sultan walaupun dia ada sedikit marah dekat Bendahara sebab menderhaka,tapi sebab emergency punya hal,oraitkan aje.Terus Hang Tuah diampunkan dan kemudiannya terjadilah pergaduhan hebat Tuah dan Jebat.




So,kenapa aku ceritakan benda ni kat korang?Pada aku,benda ni sangat berkait rapat dengan hal ketuanan Melayu sekarang ni.Tengok...

1. Hang Tuah adalah "Yes Man." Dia tau Tun Teja adalah tunang orang tapi atas dasar perintah,dia still pergi untuk jalankan kerja dia.Ikut hukum tu berdosa besar tu.Kita jangan jadi yes man.Bila kita tau benda tu salah,pertikaikan.

2. Lihat bagaimana mudah Sultan menghukum Hang Tuah yang difitnah.Adakah pada waktu itu Sultan jadi emosi sebab dayang dia yang jadi punca? Hang Tuah dah berkorban macam-macam untuk Sultan tapi lihat bagaimana mudahnya Sultan buat Hang Tuah jadi mangsa politik zaman tu.Apa patut Hang Tuah dibuat begitu?Hukuman bunuh lagi tu...

3. Kemudian,bila time emergency, time terdesak,perlukan khidmat,dengan petik jari saja Hang Tuah diampunkan oleh Sultan Melaka.Apa ni?Bila ada benefit aje baru nak rombak balik keputusan yang dah dibuat?Nasib baik Bendahara Melaka adalah seorang yang ada common sense. Lihat politik Malaysia.Semua yang tidak ada kepentingan akan ditolak ke tepi, semudah itu sahaja.

4. Hang Jebat adalah orang yang paling ditakuti oleh pemerintah,sebab dia ada pegangan hidup dia sendiri.Parti pemerintah sangat takutkan orang2 yang berfikir menentang arus aliran pemikiran mereka. Adakah ada sesiapa yang menghasut Hang Jebat mengamuk?Aku rasa semua itu datang dari dia sendiri sebab member baik dia dah kena fitnah dan setahu dia,dah kena bunuh.Adakah respons dia betul?Betul,cuma cara dia salah...benda yang tidak adil dan salah patut disanggah.

5. Jangan jadi Hang Tuah.Jadilah seperti Hang Jebat,tapi Hang Jebat yang civilized.Dia cool.

Disember 15, 2010

Aku Rasa Tak Lama Lagi Ada Fatwa,Siapa Yang Lawan Ketuanan Melayu,Dia Murtad


 1. Ummi Hafilda Ali suruh Azmin Ali,Anwar Ibrahim dan Wan Azizah bertaubat.

Ummi Hafilda berkata memutuskan untuk kembali menentang Azmin dan Anwar atas alasan mereka sengaja mempertikaikan ketuanan Melayu.“Sekiranya saya bercakap lebih-lebih, ia akan libatkan maruah keluarga.
“Bak kata pepatah tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri,” kata ahli perniagaan ini“Tetapi atas perjuangan, saya terpanggil untuk menentang mereka yang sengaja mempertikaikan ketuanan Melayu,” katanya.

2. Mahathir Mohammad suruh orang yang lawan ketuanan Melayu bertaubat.

Menurut Dr. Mahathir, PKR perlu dibubarkan dan pengikut parti itu sewajarnya kembali menyertai UMNO berikutan kekalutan yang berlaku dalam parti itu.Kata beliau, sudah tiba masa bagi semua pengikut parti berkenaan 'bertaubat' dan kembali ke pangkal jalan dengan menyertai UMNO yang merupakan sebuah parti besar Melayu.Beliau memberitahu, dengan pembubaran PKR, orang Melayu serta umat Islam akan kembali bersatu teguh dalam sebuah parti untuk mendokong perjuangan sebenar, sekali gus menjadi penebus maruah bangsa. (link)

3. Sultan Pahang ampunkan perempuan minum arak.

"Sultan adalah pemerintah tertinggi dalam bidang agama Islam. Baginda boleh menentukan apa saja hukuman berdasarkan kepada kepentingan orang awam. Baginda telah melaksanakan apa yang betul," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Persatuan Peguam Syarie Malaysa (PGSM) sebelum ini yang mempertikai keputusan Sultan Pahang menarik balik hukuman sebat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan ke atas Kartika baru-baru ini dan diganti dengan khidmat masyarakat selama tiga minggu. (link)

4. Utusan tanya "Apa akan terjadi bila blogger mesra kerajaan beralih kiblat?"

Blog AIDC yang hebat menghentam pembangkang hampir-hampir mati (sudah mati pun) kerana tiada bantuan. Kos untuk mengekalkan jentera pelayarnya sahaja sekitar RM26,000 sebulan. Siapakah yang menjaga mereka?Apakah pihak-pihak tertentu sedar perkara ini?

Bukan tujuan saya untuk mendapatkan atau mencari jawapannya. Kita sedar pihak tertinggi ada bertemu mereka. Tapi mana susulan (follow-up)? Mereka juga manusia yang mempunyai perasaan dan perlu makan.
Cuba bayangkan jika esok mereka beralih kiblat? (link)

...................

APA BENDA NI?

Kiblat?Taubat?Sultan overwrite mahkamah Syriah?
Kibat ada satu aje kat Mekah tu.Pegangan politik bukan kiblat.
Apa kaitannya Ketuanan Melayu dengan taubat atau dosa?
Kalau aku murtad Melayu,perlu ke aku mintak ampun dengan Tuhan?

Kalau aku sokong ketuanan Melayu,
perlu ke aku mengaku Kahar Ahmad adalah Nabi aku sebab dia mengaku diri dia Rasul Melayu?

Makin lama makin ramai yang guna agama nak main politik.

Disember 13, 2010

Bahagian 03 - Abah,Abah,Nataysa Sudah Ada Boyfriend Abah!Dia Hensem dan Dia Hebat Di Ranjang!

Waktu sekolah rendah dulu,aku tak pernah pun dengar member2 aku bercouple.Suka suka tu biasa la.Tapi bercouple tu takde pun.Tapi sekarang...budak2 dah makin cepat matured otaknya.Ada kes,seorang budak sekolah rendah, period pun belum sampai,tapi dah beromen-romen dengan beberapa orang budak sekolah menengah.Mana aku dapat cerita ni?Adalah.....Tapi aku cakap jujur ni.Nasib baik tak period lagi.Kalau tak dah beranak kot seorang dua.

Macam mana masa depan nanti bila generasi baya aku jadi bapa kepada seorang anak perempuan yang hot?Adakah perlu aku prepare diri aku supaya terima yang anak aku yang baru masuk tadika sudah ada boifren?

Membesarkan anak perempuan...perghh...aku takut bang.Salah satu benda yang aku paling takut bila aku berimaginasi adalah membayangkan anak aku ada boifren nanti2. (aku lagi la takut kalau anak lelaki aku kata dia ada boifren) Macam mana nak hadapi benda tu?

Mungkin kalau waktu tu dia dah habis sekolah dan dah masuk IPT aku boleh accept,lagilah aku alukan kalau time tu dia dah kerja,tapi macam mana kalau time tu dia baru aje nak ambik UPSR ke PMR ke SPM?Nak tegah?Kang ada dikata nya aku out dated....tak rock la ayah camtu.

Pemikiran aku agak kolot.Ada mak bapak yang boleh biar anak2 diorang keluar tah ke mana-mana tak tentu hala.Ada jugak mak bapak yang boleh tanya anak dia,"macam mana clubbing malam tadi?" Aku tak macam tu.Isteri aku pun tak macam tu.Tapi akan adalah satu hari nanti bila anak aku akan bagitau yang dia dah ada boifren.Apa yang aku akan buat?Setengah mak bapak yang cool akan ajak mamat tu datang rumah untuk berjumpa.Aku?Aku akan kejar dengan parang kot..

Sebagai seorang lelaki,hanya orang lelaki aje lah yang paham apa benda yang bermain dekat fikiran tiap2 kali keluar berdating.Adakah aku takde terfikir nak buat benda jahat.nak pegang tangan dan "ehem-ehem" yang lain masa aku berdating dulu?Tipu lah aku kalau aku kata aku takde langsung terfikir benda2 camtu dulu.

Bila berdating-dating ni....banyak betol gangguan nafsu dan bisikan setan yang datang.Nak itu,nak ini...semua atas dasar cinta...(kononnya)Mungkin dalam 20 tahun lagi,Insya Allah aku pun akan mengalami dilemma yang sama yang dirasai bapak mertua aku.Takkan ada seorang pun bapak yang percaya 100% dekat anak perempuan dia kecuali jika dia tak kisah pasal anak dia sebab perasaan risau dan sangsi tu hanya akan datang bila seorang bapak tu sayangkan anak dia.

Anak kau ada boifren.Kau pernah jadi boifren,gelfren.Kau dah lalui dan paham macam mana pengaruh nafsu dekat couple-couple ni.Kau nak buat apa?Nak bagi ke nak larang?

Bahagian 04,minggu depan.Aku nak tulis pasal benda lain pulak dulu.

Disember 12, 2010

Bahagian 02 - Anak Perempuan Yang Hot Membuatkan Darah Ini Hot Setiap Masa

Sebagai seorang lelaki....
benda yang paling ditakuti adalah tugas membesarkan seorang anak perempuan.

Aku tak pernah lagi berjalan di mana-mana dan dengan tiba-tiba sekumpulan awek dan gadis2 manis ber-fewitt feewitt dekat aku.Mungkin aku paham kenapa sebab aku dah nak masuk kategori golongan pakcik.Aku tak pernah nampak pulak mana2 kawan lelaki aku diusha punggungnya apabila lalu tepi sekumpulan gadis.Ada kemungkinan mata gadis itu meliar sekejap tetapi tidaklah seteruk apa yang biasa aku tengok atau lakukan bila perempuan lalu depan lelaki.

Cuba bayangkan,anda seorang awek cun dan anda nak pegi makan dekat satu tempat yang majoriti pengunjungnya adalah lelaki.Anda pun sampai ke tempat makan tu dengan kawan-kawan anda.Dengan tiba-tiba suasana tempat makan tu pun berubah."Wow!Ada sekumpulan awek datang makan sini,"fikir laki2 di situ termasuklah aku.Lagilah gembira bila ada yang hot dan seksi antara ramai2 tu,lagilah laju mata merayap.

Aku tak tau macam mana perasaan seorang perempuan yang kena naik bas setiap hari. Setiap hari kena berjalan dari rumah,ke bus stop dan kemudian naik bas.Sampai ofis kerja,jalan kaki pulak nak ambik bas ke rumah.Kalau aku jadi dia,setiap masa sedang berjalan tu aku cuak.Lagilah pulak bila kena berjalan dekat tempat2 "panas" macam dekat Pudu atau Chow Kit.Apa yang korang rasa aa bila dalam keadaan macam tu?Aku pun gelabah bila kena gi situ...

Jika aku seorang bapak,aku sure hati aku takkan tenteram kalau anak gadis aku kena naik bas dan berjalan ke mana-mana.Aku jugak sedaya upaya takkan bagi isteri aku berjalan sorang2.Ada satu masa dulu,aku tak ingat waktu tu aku dah bertunang ke tidak tapi wife aku kena gi kursus kat hotel tengah2 area Pudu...hati aku waktu tu langsung tak tenteram.8 tahun aku jadi pengunjung tetapi area Pudu dan sesungguhnya aku sangat2 takut kalau mana2 family aku kena pegi situ.

Adakah susah jadi perempuan?Pada pendapat aku,sangat susah.Hidup dibelenggu perasaan cemas setiap masa bila berseorang kat tempat awam.Semua tempat pergi tak rasa selamat.Mungkin takde gangguan fizikal tapi pasti akan ada gangguan mata atau bermacam-macam gangguan lain.Tapi hikmahnya bila semakin meningkat umur diorang,semakin kuranglah gangguan yang datang...kecuali perempuan itu berkategorikan "Cougar"...mcm Zakiah Anas.

Tapi dengan era zaman moden ni di mana ada nenek dirogol pemuda,apa-apa pun boleh jadi.Jadi,sebagai lelaki,tugas kita adalah membuatkan perempuan rasa selamat.Jika anda ada anak perempuan satu masa nanti,the best thing to give her is proper clothes,proper teaching and a proper car,itupun kalau mampu. Dengan baju yang cukup,attention lelaki pada dia akan kurang.Dengan ajaran yang cukup,dia tau apa yang boleh dan yang tak boleh.Dengan sebuah kereta,dia tak payah tunggu bas kat bus stop.

Hati ayah pun sedikit tenang walaupun terpaksa makan megi sebab belikan anak kereta.
Takpelah...asal dia selamat.

Jadi,soalan hari ini - Adakah anda rasa selamat ketika berada di luar rumah?Tak kiralah laki ke perempuan,boleh jawab.

Esok- Bahagian 03 : "Apa?Kau Nak Jadi Boifren Anak Aku?"

Disember 11, 2010

Berapa Banyak Gula Dalam Makanan Kita?


Sugarstacks.com telah menyediakan gambarajah untuk kita membandingkan jumlah gula dalam makanan dan minuman yang kita makan sehari-hari.Mungkin kebanyakan pengguna kat Malaysia ni tak menggunakan gula kiub tu dan aku sendiri tak sure satu kiub tu berapa banyak gula dia (aku assume satu kiub tu satu camca besar)




Kalau kita tengok,jumlah gula yang digunakan khasnya dalam minuman adalah terlalu tinggi jumlahnya dan akan mengakibatkan kita mengalami kencing manis,gigi rosak dan hipertensi.



Jadi,kalau ada makanan dan minuman yang anda gemari ada kat sini,bolehlah mula kurangkan jumlah pengambilan.



Ada banyak lagi sampel makanan dan minuman yang ada,jadi aku hanya ambik yang mana relevan dengan pengguna kat Malaysia dekat sini.Jagalah kesihatan anda.

Jika anda mempunyai tips atau masalah yang nak dikongsikan,emailkan dekat aku pengguna.genius@gmail.com atau ultramantot@yahoo.com.my

Disember 10, 2010

Harap-Harap Yang Ketiga Ni Best Lah dan Takde Lagu Linkin Park Masa Ending



Sori.Berapa hari menghilang.Aku sibuk.
Malam ni aku update.

Harap2 filem ni best kalau compare dengan
yang second punya.Gembira aku takde Megan Fox.

Disember 07, 2010

Teori Sempena Maal Hijrah : Kenapa Subsidi Minyak Dikurangkan atau Kenapa Minyak Naik Harganya?

Cuba tengok tarikh keratan akhbar kat atas :D

Sebelum membaca,ingat soalan ini ; Adakah kerajaan mengurangkan subsidi atau menaikkan harga minyak? Dua benda tu lain tujuan dia.

...................Baru-baru ni ada sesuatu yang pelik telah berlaku.

Pada 3 Disember lepas,Mstar Online telah melaporkan aku quote kan "Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abdul Kadir ketika mengesahkan perkara ini kepada mStar Online sebentar tadi berkata, kenaikan itu bertujuan mengelakkan jurang harga besar antara RON95 dan RON97"

Kemudiannya...jika anda cuba cari petikan berita di atas,laporan tersebut telah ditukar kepada berita ni.Aku letak petikan dia aje.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata, kenaikan harga ini merupakan sebahagian daripada gelombang kedua dalam program rasionalisasi subsidi yang diambil oleh kerajaan.Harga RON95 dan diesel telah dinaikkan sebanyak 5 sen seliter sementara gula dan LPG dinaikkan 25 sen dan RM10 pada 16 Julai lalu sewaktu pelaksanaan gelombang pertama program rasionalisasi subsidi.Langkah ini telah menjimatkan kos subsidi kerajaan kepada RM779 juta. Kata Idris, gelombang kedua ini akan membantu mengurangkan kos subsidi kerajaan sehingga RM1.18 bilion.

Address sama,website yang sama!

Tapi berita tu ditukar terus sehingga jadi berita lain sebab berita asal dah tak dapat dijumpai.Nasib baik ada Google Cache!Cuba tengok apa Google Cache dapat tangkap.


Di atas ni adalah berita asal.Aku tak sure berapa lama lagi akan ada dalam Google Cache. (Link kpd Google Cache) Kan ada link kalau tengok kat screenshot atas tu?Link tu akan bukak page tersebut yang paling latest.

Ini adalah page yang latest. (Link)
Even kalau kau try carik dekat search box Mstar Online tu pasal "Datuk Ruhaidini Abdul Kadir," satu2 nya link yang kau akan dapat adalah pasal Idris Jala cakap mengenai "rasionalisasi subsidi" seperti di atas.

........................

Terdapat perubahan yang sangat drastik dalam laporan berita.Siapa yang bercakap dah ditukar dan apa yang dicakapkan pun dah ditukar.Seolah-olah berita asal dah jadi satu berita yang lain yang menyimpang menyampaikan satu benda yang lain,tetapi mempunyai tujuan yang sama.

Kenapa aku buat ni?

Kadang-kadang,ramai orang mengamuk tak tentu pasal bila keluar berita benda negatif jadi selalunya aku akan carik dulu mana source dia.Jadi,dalam bab ni...aku ada merasakan...ada orang dah terlepas cakap kemudian kenyataan tu terpaksa dibetulkan balik.Jadi,ada basisnya untuk anda mengamuk!Silakan!


Jadi,sempena 1 Muharram ini,mari kita cuba bertanya kerajaan,"Bang,Kenapa minyak dinaikkan sebenarnya?Sebab beza harga ke sebab pelarasan subsidi?"Bukannya orang biasa yang keluar statement tu.Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.....kalau Pakcik kedai kopi mana2 boleh lah jugak ditepis2 hujah dia.Satu lagi persoalan,adakah Kerajaan melantik Idris Jalan sebagai punching bag rakyat?

Jika anda merasakan apa yang aku tulis ada gunanya,sila sebarkan tanpa rasa segan silu.

......................

ps - Sori.Seperti yang aku janjikan,aku nak post benda lain hari ni tapi,aku rasa benda ni perlu didedahkan.Lagipun,hari ni 1 Muharram,tak baik lah nak berbicara pasal pempuan aje,kang aku terkeluar ayat2 pervert ke,segan.1 Muharram ini menandakan aku dah genap setahun kahwin.Tahniah kepada diri sendiri dan tahniah kepada isteri aku sebab tolerate perangai aku yang tak menentu.

Aku lagi kerap PMS berbanding isteri aku.

Selamat Tahun Baru!

Disember 06, 2010

Bahagian 01 - Tendency Untuk Berlaku Curang

Mesti ramai lelaki yang pelik bila suami Nora Danish ceraikan dia untuk bercouple dengan Fasha Sandha.Gila kau,Nora Danish tu!Lazat!Aku pun teguk air liur bila berimaginasi pasal Nora Danish.

Fasha Sandha?.......pada aku,no komen...kang dia kutuk aku dalam Facebook dia.Yes.Lelaki2 diluar sana pasti menyimpan impian nak dapat Nora Danish ke sebagai awek atau lebih best lagi...perempuan simpanan.Sapa yang tak nak kan?Kalau bagi aku pun aku nak,tapi sebagai gundik la,tak lebih dari itu."Bodoh siot laki dia ceraikan dia!Gila body melentik macam tu,muka cute2 ala Melayu mix dengan kucing,"kata mana-mana remaja atau lelaki yang masih bujang."Kalau aku dapat..aku tak tidur punya 2 minggu berturut-turut!" Pasti ada juga perempuan yang terliur tengok gambar duda Maya Karin.

Bodoh ke lelaki dia?
Takde ah.Laki dia tak bodoh,Nora Danish juga tidak bodoh.Takde sapa yang bodoh dalam benda ni.Sangat senang dalam diri kita untuk membina imaginasi tentang sesuatu yang kita tak nampak.Samalah jugak masa sebelum kahwin,awek anda atau boifen anda adalah orang yang paling hebat dan baik.

Lepas kahwin?
Waktu tu baru keluar taring,keluar kuku.Biarlah isteri se-hot Nora Danish atau sehensem Brad Pitt sekalipun,once kita dah kawin,topeng yang selama ni kita pakai akan ditanggalkan.Waktu tu kita tak akan nampak lagi awek kita yang cantik,make up dan dressing lawa-lawa setiap kali berjumpa..apa yang kita akan nampak hanyalah....realiti.Topeng dah tanggal.

Kita tak pernah puas.Kita tak pernah cukup dengan apa yang kita ada.
Dalam fikiran kita dah ditanam..."Semua yang kita tak ada adalah lebih baik daripada apa yang kita ada."Dah ada kereta?Takkan tak nak upgrade kereta?Dah ada henfon?Takkan tak nak pakai henfon touchscreen?

Dah ada isteri?Kalau sebelum ni bini 34C,upgrade la 36D ke,baru upgrade!Puas sket "anak" nak menyusu.Bila lelaki dah berfikiran macam tu,si isteri ni akan jadi takut.Waktu tu,adalah yang buat breast enlargement atau cucuk botox kat muka.Aku kasihan dengan perempuan.Mereka adalah golongan pengguna yang paling mudah dibeli.Semua atas dasar kecantikan,sama ada untuk kepuasan diri atau kepuasan suami,wallahuallam.Sebab itu kot slimming centre dan ubat kurus adalah salah satu benda yang paling laku kat Malaysia.Tanya dR.Rozmey berapa dia untung sebulan.

Tapi,kuat macam mana pun perempuan usaha,lelaki tadi nak jugak carik pempuan lain?Sebab apa?Sebab boleh kahwin empat ke?

Jadi,berbalik kepada kenyataan asal aku...
Adakah suami Nora Danish bengap sebab dia dah menceraikan seorang wanita yang badannya melentik,breast makin besar lepas bersalin,mempunyai bentuk punggung yang sangat2 menggiurkan itu dan wajah macam kucing parsi berbulu lebat/hamster yang comel?Anda mesti bertanya,apsal?Kenapa?Tak puas hati ke bini lawa macam tu?

Jawapan dia senang...
Once kita dah kawin,isteri orang atau awek orang atau adik perempuan orang adalah perempuan yang lebih baik berbanding isteri anda,tak kira lah isteri anda itu Nora Danish ke,Juliana Evans ke,Yuna ke,Vanida Imran ke,Angelina Jolie ataupun Katy Perry.Siapa cakap?..............Setan cakap.

This is the hardest challenge of being a husband.
"Upgrade....upgrade..." bisik Setan setiap masa.

Esok : Bahagian 2 - Masalah Perempuan Dalam Malaysia

Disember 05, 2010

CCTV Ada,Traffic Light Tak Nak Pasang.Pandai!


Bagus!Memang pandai.
Video CCTV dr jalan di China.

Disember 04, 2010

Pangkahlah Apa-Apa Logo Pun Selain Logo Dacing...

Malam ni aku hanya nak merungut.Minyak naik lagi.Gula pun naik.Aku harap esok kerajaan tak keluar statement kenaikan gula untuk jaga kesihatan rakyat.First sekali,mari kita baca satu statistik yang Pemuda PEKEMBER (UMNO dlm BM) keluarkan nak menyokong betapa hebatnya kerajaan BN ni mengangani masalah kemiskinan.(link)

Kadar kemiskinan di Malaysia terus berkurangan seperti berikut :
Tahun - Peratus (%)
1970 - 52.4
1988 - 17.3
1990 - 16.5
1999 - 7.5

- Kadar kemiskinan luar bandar berkurangan daripada 12.4 peratus pada 1999 kepada 11.4 peratus pada 2002.Kadar kemiskinan bandar berkurangan daripada 3.4 peratus pada 1999 kepada 2.0 peratus pada 2002.

- Di Semenanjung Malaysia, negeri Kelantan dan Terengganu mencatat kadar kemiskinan yang paling tinggi. Pada 2002, masing-masing mencatat 12.4 peratus dan 10.7 peratus.


.....................

Orait.Memang drastik betul perubahan yang dilakukan oleh kerajaan BN siap sempat kutuk Kelantan lagi.Aku ucapkan terima kasih lah Barisan Nasional! Aku tak tau macam mana diorang dapat statistik ni dan apa syarat yang di guna pakai untuk mentakrifkan golongan mana yang dianggap miskin ni. Mungkin diorang ambik purata pendapatan isi rumah bawah RM700 sebagai golongan miskin.

Cuba tanya mak bapak anda,macam mana kehidupan diorang zaman dulu?

Apa yang diorang akan cakap aku rasa sama lah macam apa aku dengar,satu masa dulu walaupun gaji ratus2 aje untuk pegawai kerajaan ni,tapi hidup diorang sebenarnya agak selesa.Tak struggle dan tak perlu buat 2 3 kerja untuk tampung sara hidup.Cuba kira berapa ramai adik beradik anda?Aku rasa majoriti orang kita dulu2 suka anak ramai dan diorang hidup selesa boleh tampung keluarga.Tapi kita sekarang ni...pernah ke anda tanya kawan2 anda yang dah ada anak berapa perbelanjaan nak membesarkan seorang anak.Sebab tu kot sekarang ni jumlah anggota dalam family makin berkurangan?Semua takut nak ada family besar sebab takut tak mampu nak tanggung.

Mungkin statistik yang ditunjukkan Pemuda PEKEMBER tu "betul"...tapi satu statistik yang diorang tak pernah tunjuk adalah parity atau jurang antara orang miskin dan orang middle income telah makin mengecil.Maksud aku,sekarang ni makin ramai orang middle income yang besar kemungkinannya akan jatuh jadi miskin satu hari nanti.Purchasing power kita makin kurang.

Berapa percent anda spend gaji anda untuk pergi kerja?Pernah kira?
Terasa berbaloi ke pergi kerja untuk pergi kerja?Sebab tu ke ramai gi kerja naik motor?

Ada sesuatu yang tak betul mengenai taraf ekonomi golongan middle income di Malaysia sekarang ni.Terlalu ramai orang yang spend 10%  ke 20% daripada gaji diorang semata-mata untuk pergi kerja.Itu belum dikira 30% untuk perbelanjaan pinjaman kereta yang bercukai tahap orang kaya.Selebihnya akan digunakan untuk belanja harian dan kegunaan keluarga.

Mana nak cekau saving?Bagaimana orang yang middle income mahu improve taraf hidup mereka jika setiap bulan duit mereka cukup2 untuk belanja?Aku sure masih ramai lagi pasangan suami isteri yang kadang2 mengharapkan pinjaman mak bapak dalam membantu meredakan masalah kewangan, sebab, ramai yang terdesak.

Kualiti hidup kita makin lama makin tiada,luput.Semua orang sekarang ni,hidup dan masanya untuk kerja.Bagaimana kita nak lahirkan generasi yang baik untuk masa depan kalau anak-anak zaman sekarang dapat jumpa mak bapaknya sejam dua aje sebelum waktu tidur?

Ini adalah satu benda yang aku harap kerajaan boleh bagi perhatian.Kualiti hidup kita makin lama makin teruk.Mungkin dari segi prasarana dan kemudahan,Malaysia makin bagus tapi rakyat kita makin lama makin lupa macam mana nak jadi "orang" sebab terlalu ramai yang jadi "robot" di ofis,untuk memastikan diorang boleh survive.Tak guna letak statistik,nombor atau angka yang mengkagumkan kalau hakikatnya,tak ramai rakyat Malaysia yang mampu nikmati hidup diorang.

Minyak dah naik.Gula pun dah naik.Kata negara boleh bankrap menjelang 2019.Kenapa suruh rakyat berjimat kalau kerajaan sendiri tak mampu nak berjimat?Basic rules of reducing deficit adalah melakukan saving dan invest.Tarik investor luar bukak industri.Membina sesuatu yang tak pasti worthwhile investment atau tidak? Ini perkara bangang.Kalau dah tau negara nak bankrap.....yang kau nak buat Menara 100 tingkat tu apa kejadahnya?Mana rasional kau kat situ?Alih-alih,rakyat jugak yang akan dibebankan macam hari ni.Benda yang naik akan naik dan tak turun2,kecuali bila time nak pilihanraya.

Kita boleh merdeka satu masa dulu,aku juga harap satu hari nanti aku merdeka dari BN.Aku dah tak nampak apa2 yang baik lagi pasal Kerajaan BN.Semua masalah, solution diorang adalah membebankan orang ramai.Pada aku,kerajaan sekarang adalah kerajaan yang langsung tak rasional dan boleh kata TAHAP DELUDED..syok sendiri punya kerajaan.

PS - Sebelum ada orang kata "kau tak suka Malaysia,kau gi la duk negara lain!"  kat aku,nak bagitau dulu,anak Najib pun kerja kat UK.Buat apa kerja Malaysia?Payah! Teruk!

Disember 03, 2010

Adakah Anda Seorang Yang Hensem?

Semua orang ada insecurity.

Jangan tipulah kalau kau kata kau sangat yakin dengan diri sampai takde langsung ada perasaan insecure.Bila dah terlalu yakin dengan diri,tu dah sampai tahap berlagak,jalan langsung tak pandang bawah dan mendongak aje.Hehehehe.Tapi mesti ramai lelaki ada tertanya-tanya,"Aku ni sebenarnya hensem ke tidak?"

Salah satu benda yang aku rasa pelik adalah bila orang rasa pelik aku cakap "dia tu hensem aa" atau "tough siot mamat tu." Apsal?Salah ke seorang lelaki mengkagumi kehenseman seorang lelaki lain?Tapi mesti ramai diluar sana yang mempunyai rasa ingin tahu membuak2 nak pastikan,dia hensem ke tidak.Setakat tanya awek atau bini sendiri "saya hensem ke tidak?" konfem jawapan tu sangat2 fake.Jadi,kat sini,aku nak bagitau sket tanda2 nak tau sama ada anda hensem atau tidak.


1. Gadis betulkan tudung atau rambut bila berselisih dengan anda.

Member aku pempuan sendiri mengaku sebab bila dia nampak seseorang yang agak kacak,tangan dia secara automatik akan betulkan rambut dia.Mungkin terdetik dalam hati kerisauan takut kelihatan tak terurus.

2. Gadis atau wanita tidak mampu mengalihkan pandangan mereka 

Atau sekurang2 nya sanggup melihat anda lebih dari 15 saat.Tapi jika anda cuba merenung mata dia,dia akan mengalihkan pandangan dia ke arah lain atau ubah topik perbualan.

3. Baca reaksi awek/isteri anda.

Aku baca dalam buku psikologi wanita,dalam diri pempuan,ada perasaan dengki mendengki antara satu sama lain.Jadi,katakanlah seorang awek dapat seorang balak yang hot stuff,dia akan melakukan taktik ni untuk tunjuk "aku best," : tiap2 kali dia berjalan dengan boifren/suami dan berselisih dengan awek yang dia rasa lagi hot drpd dia,dia akan makin dekat dengan boifren/suami dia untuk menunjukkan dominance diorang.

So,jika anda sedang berjalan2 di shopping kompleks dan dengan tiba-tiba anda nampak ada awek cun nun dijauh sana,tiba-tiba pulak awek/isteri anda makin rapat dengan anda,tahniah,anda hensem dan mampu membuatkan awek/isteri anda rasa insecure dengan diri sendiri.

4. Lelaki lain kata anda hensem.

Bila aku tulis macam ni,janganlah pulak esok kau pegi tanya member kau,"aku hensem ke tak aa?" Tindakan itu akan dianggap sangat gay.Jika seseorang yang anda tak kenal sangat atau seorang stranger kata anda hensem,itu petanda baik untuk anda (atau sebenarnya anda diminati gay)

5. Anda ada secret admirer

Yang ni agak susah nak diaplikasikan selepas tamat zaman belajar.Zaman sekolah atau IPT,berlambak2 kes nak jadikan abang angkat ke,adik angkat ke.

6. Mintak kawan anda aturkan blind date dan lihat resultnya

Janji dengan dia jumpa kat mana2 tempat public.Bagitau dia anda akan pakai baju apa dan akan letak buku ke apa2 atas meja nak jadikan tanda.Datang awal setengah jam,duduk situ.Kalau selepas 2 jam anda menunggu sampai terlepas masa yang dijanjikan....terimalah hakikatnya.Perempuan boleh jugak buat benda ni.Tapi sebab skrg ni dah ada Facebook lah,Myspace lah,blind date dah agak susah nak dipraktikkan.

7. Anda diminati gay

Diorang ni ada requirement yang agak tinggi sebelum meminati mana-mana lelaki.Jika anda terpilih,syabas!Sila pastikan anda berpegang teguh kepada sexual orientation asal anda.