Disember 31, 2010

Benda Basic Yang Kerajaan Perlu Ubah Sebelum Buat Projek MRT Yang Mega Super Duper

Aku pergi kerja hari-hari mesti lalu highway.

Sebagai seorang pengguna highway yang "terpaksa," kemudahan penggunaan Smart Tag atau Touch n Go sangat banyak menjimatkan masa aku.Tanyalah mana-mana orang yang setiap hari kena ulang alik Tol Batu 3 Shah Alam macam mana membuang masa nak beratur dan bayar tol secara tunai setiap hari.Aku pun pakai Smart Tag sekali-sekala,selalunya aku malas nak reload jadi Smart Tag aku akan terbiar keseorangan.Tapi,aku admit la Smart Tag agak menjimatkan masa aku.

Tapi...kadang-kadang,ada sesetengah persimpangan yang tak sesuai untuk guna Smart Tag sebab selalunya,lorong Smart Tag mesti kat belah kanan sekali.Jadi,kalau aku nak balik rumah dari KL,aku terpaksa melalui satu Tol ni.Kalau aku pakai Smart Tag,aku kena himpit kanan.Masalahnya,lepas tol tu,exit rumah aku.


Exit yang aku lalu tu,agak lain sket sbb selalunya,kalau penunggang motor keluar dari laluan motor,diorang kena turun ke bwh,keluar dr highway sekejap dan masuk balik highway dari simpang empat bawah flyover.Exit aku ni,laluan motor kena terus masuk highway balik sebab bawah tu,diorang tak boleh nak terus jadi penunggang motor akan himpit2 nak masuk balik.

Apa yang akan menyusahkan semua orang adalah apabila ada kereta yang menggunakan Smart Tag dan kemudiannya diorang kena terus cilok laju-laju ke kiri sebab nak keluar exit.Bila trafik dah dibentukkan macam tu,akan berlaku criss crossing antara pemandu kereta yang bayar tunai,penunggang motor dan punca masalah,pemandu yang datang dari kanan terus terpaksa ke kiri.Aku tak pernah lagi nampak orang kena langgar tapi aku selalu nampak orang nak kena langgar,khasnya penunggang motorsikal.

Tiap2 plaza tol,kita ada banyak toll booth ni tapi kenapa lorong Smart Tag atau Touch n Go diletakkan di kanan sekali jika dah nampak depan mata ada exit untuk pengguna keluar highway?Kalau di Tol PLUS Kajang (keluar ke Bangi,Cyberjaya,Putrajaya),boleh diletakkan satu toll booth cash di belah kanan sekali untuk orang yang bayar cash nak ke Putrajaya,kenapa ditempat2 lain pengguna Smart Tag masih perlu mencilok ke kiri selaju mungkin sebab takut terlepas exit yang jaraknya dari tol selalunya kurang 500 meter?

Remedy after accidents adalah satu bentuk bad management.Nak tunggu ada orang mati dulu ke baru  masalah ni dikaji?Baru tadi,lagi sekali aku nampak motor kena himpit sebab ada kereta nak masuk exit lepas pakai Smart Tag.

10 ulasan:

  1. smua tmpat mcm tu.. ad mlapetaka baru na amek tindakan. xblajar dari ksilapan barangkali.

    BalasPadam
  2. memang samy vellu suruh letak kat situ

    BalasPadam
  3. NPE memang mcm celaka. waktu puncak dh la jem teruk..nk charge mahal2. sial tul. bagila diskaun pd waktu puncak. dah la highway pendek jer..merbahaya lak tu. adoi.

    BalasPadam
  4. kerajaan dari dulu sampai skrg mmg bongoknye dekat transportation n kerja raya

    buat putrajaya besar2 parking tkde

    bwat tol mcm cibai

    cilako

    sedangkan jalan dan cukai jalan dibayar tetapi hak utk jln free ssah nak bagi

    cibs

    BalasPadam
  5. owhh... penah tengok jalan camni... penah lalu dan hampir2 kene langgar jugak...

    memang kesian la sape2 yg kebetulan takde cash dan memang ade smart tag je penyelamat hidup... 500 meter tu tak jauh mana pun kalo bawak keta... kene driver lorong toll lain bawak keta mcm lahanat, memang bleh miss exit tu...

    cube kalo exit tu masih lingkungan 2km di depan, takde la menyusahkan org yang dari kanan nak himpit ke kiri... btol tak?

    motorcyclist pun tak risky sangat...

    BalasPadam
  6. hoho lorong kecik tu. kau leh lajak ke depan keluar ikut jalan besar kan. cuma jd mcm u turn.

    dekat situ je umah kau ye hehe.

    BalasPadam
  7. ape punyer engineer laa buat jln cam kimax tuh! sure buat keje janji siap jer ni...haih! bad engineering praktis.

    BalasPadam
  8. company yg manage tol kt Msia ni sume pikir untung je..

    kalu ade accident ape diorg peduli..

    BalasPadam
  9. blame JKR and LLM lah sebab lulus jalan cam tu !!!!

    BalasPadam
  10. mantot... tol balakong nak masuk ke Cheras Perdana / Hussien Onn ek... ehehehheheh

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.