September 30, 2010

Hukuman Dalam Islam Adalah Hukuman Yang Tidak Berperikemanusiaan...Kata Ramai Orang


Memanglah kejam kalau kau suka beromen tak tentu hala.

Pasal video ni,jangan percaya sangat.Nampak macam propaganda Amerika.

Cerpan : Suami, Isteri dan Ibu Mertua

Azman resah memikirkan mengenai perkahwinannya.Sudah terlalu lama dia berkahwin dengan isterinya, Nina tetapi sehingga sekarang masih belum sekalipun isterinya mengandung.Tidak pernah langsung isterinya mengandung.Sudah hampir 3 tahun lebih Azman mencuba.

Selepas makan malam yang hambar,Azman duduk di sebelah isterinya menyatakan kemahuannya untuk mengajak isterinya berjumpa pakar,manalah tahu ada apa-apa yang tak kena pada mereka.Nina menolak,dia kata tak perlu.Cubalah lagi,katanya.Mungkin rezeki mereka belum tiba.

Azman sedar,rumahtangganya bosan.Tidak ada apa-apa lagi percikan api asmara yang muncul untuk menghangatkan suasana.Semuanya menjadi rutin,seolah-olah apa saja yang dilakukan mereka dirasakan seperti siaran ulangan yang selalu keluar di mana2 channel Astro.Nina kebelakangan ini endah tak endah sahaja mengenai penampilannya.

Asyik-asyik kain batik,baju t-shirt bergambar penyu yang dibelinya di Terengganu.Menyesal betul Azman membelikan 4 pasang t-shirt bergambar penyu itu tapi berlainan kaler.Setiap hari ditatapnya gambar penyu tu sehingga naik mual rasanya.Paling cantik Nina hanyalah pada waktu pagi hari apabila Nina ingin keluar bekerja..itupun dapatlah ditatap Azman beberapa minit.Makan malam juga semakin lama semakin mudah masakannya.Nasi putih,telur goreng,ikan masin.Kalau pun ada variasi,ditukarnya ikan masin jadi ikan goreng.Kuahnya selalunya kicap.Yang lainnya hanyalah kicap manis atau masin malam itu.

Azman mengeluh panjang bila sampai dirumah,keadaannya gelap.Nina masih belum pulang.Sudah hampir Maghrib.Azman memasang lampu dan duduk termenung disofanya.Terlena sebentar dia di sofa,sedar2 Nina sudah pun berada di depannya memohon maaf kerana ada kerja yang perlu disiapkan di pejabat.Azman hanya mengangguk dan bangun beredar ke bilik mandi.Hari ke hari,Nina makin lambat pulang ke rumah.Banyak sangat ke kerja yang perlu dibuat,fikir Azman.

Tidak mahu bersangka buruk,Azman hanya mendiamkan diri tapi sudah hampir kerap benar Nina pulang ke rumah hampir jam 10 malam.Sehinggalah satu hari apabila Azman tak dapat bertahan lagi,ditunggunya Nina di luar pejabatnya selepas waktu kerja.Dapatlah Azman melihat kelibat Nina keluar dari pejabatnya,masuk ke kereta dan berlalu pergi.Azman meminta pemandu teksi itu mengekori kereta Nina.Mahu dilihatnya apa yang dibuat isterinya itu.

Sampailah mereka ke satu restoran yang agak jauh dari hiruk piruk ibu kota.Azman turun lalu membayar tambang teksinya.Dia tercegat berdiri di situ sementara teksi itu berjalan pergi.Azman melangkah perlahan menghampiri tepi restoran itu kemudiannya mengeluarkan telefon bimbitnya,pantas mendail Nina."Nina,awak kat mana?Hari ni kena stay ofis lagi ke?"tanya Azman."Ak aah,hari ni Nina kena stay ofis lagi...ada hal sikit la abang.." beritahu Nina.

Nina bohong!Fikir Azman. Senyap2 diintainya celahan tingkap yang meliputi sekeliling restoran itu.Dapatlah matanya menangkap kelibat tubuh Nina sedang duduk di satu meja yang agak ke dalam sedikit."Haram jadah punya jantan!Siap kau aku ajar kau!"gertak Azman,dalam hati.Matanya pantas,melilau mencari siapa yang duduk semeja dengan isterinya.

Gugur jatuh hati Azman tatkala melihat isterinya sedang duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan yang bertudung labuh dan agak sopan penampilannya.Bertepuk tampar dan saling bergelak ketawa.Pada waktu itu terjawablah segala persoalan pada dirinya kenapa selama ini hubungan mereka agak dingin....

Azman kaku,terpinga-pinga di luar restoran.
"Bini aku.....les....bi....an..?" (Bersambung)

September 27, 2010

Pengumuman Tidak Penting Hari Ini : Saya Demam

Aku demam.Aku mengharapkan belaian isteri aku.Tapi isteri aku takde sini.Jadi,sebagai penggantinya,aku cuba membelai diri sendiri.Seronok jugak rasanya.Hari ni takde update.Tapi sebab nak jugak postkan benda berfaedah (selepas posting yang takde faedah sblm ni) aku tolong promote kedai ni.Kepada gadis2 yang tak nak pakai seksi tapi nak pakai sopan2,silalah melawat blog dia.Kepada yang baru2 nak berjinak2 dengan tudung pun apa salah nya melawat.

Kalau lelaki nak suruh awek dia ke,bini dia ke,adik dia ke,anak dia ke,nenek dia ke pakai baju yang sopan,bolehlah jugak melawat sekali.Kepada yang nak bagi present baju kat awek tetapi mendapati selection baju di kedai teramatlah seksi,lawatilah blog ni.Order la banyak2.



Tolong member2.Aku suka tengok pempuan bertudung pakai style camtu jadi aku suka la kalau makin ramai pempuan Melayu pakai camtu sebab taste aku mmg camtu...lagipun kalau nak kawin lagi sorang,konfem isteri aku tak bagi carik yang seksi2.Mesti nak kena sopan dan bertatasusila.Makin ramai pakai sopan2,makin ramai lah yang dapat dijadikan kenalan dan seterusnya...ehem2...

Ciow.Aku dah mula rasa efek ubat yang aku makan.Makin merepek aku tulis.Wassalam.

September 25, 2010

Cerpen - Malam Pertama Aku dan Dia

Rashid melihat kembali dirinya di cermin.

Dia ingin benar memastikan dirinya kelihatan tampan dan bergaya.Deodoran Rexona 4 Men dan perfume terbaru yang dibelinya petang tadi sudah siap sedia dikenakan di tubuhnya yang agak kurus tetapi masih boleh dikatakan tegap.Terdengar bunyi air dicurahkan di dalam bilik air.Kekasih hatinya sedang membersihkan dirinya.Rashid tidak dapat sabar menanti.Dia bangun,lalu berdiri di depan pintu bilik air.Ingin saja dibuka pintu bilik air itu.Mau benar hati Rashid masuk dan menerkam dia.Sudah pasti hangat.Sudah pasti lencun.

Rashid berkawan lama dengan dengan si dia sejak di bangku sekolah lagi.Hati Rashid sudah terlalu lama menyimpan perasaan ingin bersama.Tapi Rashid sedar dirinya siapa dan dia juga tidak mahu jika persahabatan mereka terungkai akibat daripada perselisihan yang mungkin timbul.Takut Rashid untuk meluahkan isi hatinya,menunjukkan hatinya kepada orang lain.Perasaannya pada waktu itu bercampur gembira,bercampur terharu kerana impiannya selama ikni akan terlaksana.

Rashid sudah dapat impiannya.Impiannya sudah ada di depan mata.Yang memisahkan mereka kini hanyalah sebuah pintu dan mungkin sehelai curtain shower.

Pintu bilik air tiba-tiba di bukak.Rashid terus kaget di depan pintu.

"Kenapa ni Shid?" tanya dia kepada Rashid. "Kau tak sabar2 ya?"

Rashid angguk terus mereka berpelukan.Tuala mandi masih melekat di badan dan wap panas water heater masih lagi bertebaran di udara menghangatkan suasana.Bibir bertemu bibir.Misai bertemu misai.Geli rasa Rashid apabila misai si dia menyapu bibirnya."Aku pakai perfume ni untuk kau,Zam...." jelas Rashid manja.Azam pun menarik tangan Rashid dan mengajaknya ke katil.Bau tubuh Rashid habis dihidu Azam.Dada Rashid yang sedikit berbulu membuatkan Azam jadi tak tentu arah.

Air sudah bertakung di kepala.Darah sudah habis berkumpul di satu punca.
Malam itu,Rashid hilang daranya.

Nota : Khas untuk mereka2 yang setiap hari termasuk ke sini sebab mencari kat Google "Malam pertama pengantin." Harap cerita ini mampu memuaskan hati dan nurani anda.You know who you are.Aku memang tak suka menghampakan orang.

Gambar sekadar hiasan.

September 24, 2010

Menentang Kapitalisme : Langkah-langkah Untuk Mengenal Fanboy dan Fangirl.

1. Lihat sekeliling,ada berapa ramai rakan anda ada DSLR?

2. Buat sedikir survey,tanya mereka apa yang membuatkan mereka membeli DSLR?

3. Jika mereka katakan,brand X membuatkan gambar lagi clear dan brand Y gambar lagi sharp,anggukkan kepala anda sahaja.

4. Selepas puas mereka memberikan hujah,tanya kepada mereka,jika mereka pengguna brand X kenapa tak pilih brand Y dan sebaliknya.Anggukkan kepala bila mendengar hujah2 mereka sambil senyum.

5. Minta pendapat mereka mengenai kelemahan DSLR yang tidak dibeli oleh mereka.Sila tunggu sebentar kerana penjelasan ini agak lama.Pastikan anda senyum.

6. Untuk mendapatkan respons yang lebih baik,jika rakan anda itu pengguna brand X,beritahu mereka anda nak beli DSLR brand Y dan begitu juga sebaliknya.Provoke response mereka.

7. Katakan kepada mereka,brand yang mereka beli tidak berkualiti.Lihat reaksi mereka.

8. Bila nampak rakan anda itu sudah jadi terlalu defensive mengenai kamera mereka dan hasil fotografi mereka,tanyakan soalan ini,"  f stop tu apa dia?"

9. Jika dia mampu menjawapnya,tahniah,rakan anda sekurang2 nya tahu apa yang dia cakapkan.Jika dia kata f stop adalah "  keinginan untuk menyebut the F word tapi berjaya distopkan terlebih dahulu oleh hati..."  cari kawan lain.

10. Ulangi langkah 1 dengan mencari rakan anda yang lain yang mempunyai DSLR.Langkah ke 9 boleh divariasikan dengan soalan2 lain seperti;

a. Apa itu bokeh?
b. Apa itu aperture?
c. Apa itu shutter speed?
d. Apa itu Rule of Third?
e. Apa itu ISO?
f. Apa hubungan antara aperture dengan bokeh?
g. Apa hubungan antara shutter speed dengan motion blur?
h. Apa hubungan ISO dengan environment?
i. Apa hubungan aperture dengan shutter speed?
j. Apa itu Sunny 16 Rule?
k. Mana aperture yang besar,2.8 ke 22?

dan beberapa soalan lain yang lebih menarik seperti;

a. Aku tengok gambar kau biasa aje,kau pakai henfon ke DSLR kau?
b. Apsal gambar longkang ada bunga pun kau nak taruk watermark "Photography by.." kau?
c. Kau tak rasa kalau hardware paling best macam mana pun kalau tukang tangkapnya tak reti,takde guna ke?

Anda juga boleh menggunakan langkah2 yang diberikan dengan gadget selain DSLR,seperti henfon,laptop,kasut,kereta dan sebagainya.

Good luck mencuba mengenal pasti mana satu yang tulen dan yang mana satu mat atau minah hardware semata-mata.Ramai benar sekarang ni yang baru beli DSLR terus berminat nak buat wedding photography sebab dengar income buat wedding ni masyuk.

September 23, 2010

Aku,Shin Chan dan Yoshito Usui Serta Perasaan Ingin Jadi Bapa

Satu benda yang agak menyedihkan berlaku weekend hari tu bila aku tengah jalan-jalan dengan wife aku,aku nampak Dik Cerdas isu 50.

Kepada yang masih tak tahu atau tidak peduli,pelukis Dik Cerdas,Yoshito Usui telah meninggal dunia apabila melakukan aktiviti memanjat bukit rutin dia tahun lepas.(Fakta - Yoshito Usui meninggal dunia pada 11 September 2009 sama tarikhnya dengan pengeboman World Trade Centre)Mungkin untuk menghormati Yoshito Usui,isu terakhir Dik Cerdas ini juga dikeluarkan genap setahun selepas kematian mendiang.

Aku mula membaca Dik Cerdas waktu aku sekolah menengah.Dulu waktu sekolah,bila kelas Bahasa Jepun,cikgu aku bila dia malas nak mengajar atau kelas terhabis awal,dia akan pasang kartun Shin Chan ni.Mungkin sebab sekolah aku sekolah lelaki semua jadi takde la takut sangat nak tengok kartun2 tak senonoh macam tu.Walaupun kartun tu bahasa Jepun tapi kitorang buat2 aje la paham apa diorang cakap.Apa yang membezakan kartun Shin Chan yang aku tengok dengan kartun yang keluar kat NTV7 adalah version yang kitorang tengok tak censored.Semua aksi belalai Shin Chan ditunjukkan secara terbuka.Cikgu aku seorang perempuan dan bila ada bab2 camtu..biasanya dia buat2 la nak fast forwardkan.

Mungkin kepada orang yang tak minat,Dik Cerdas ni adalah satu kartun dan komik yang tah apa-apa.Ye lah,sket2 tarian belalai,tarian punggung dan bermacam2 lagi la adegan lucah yang ditunjukkan.Dengan lukisannya yang macam budak baru belajar melukis,lagilah orang tak minat nak baca.Pada aku,daripada simplicity yang ada pada siri komik ni lah yang menunjukkan Yoshito Usui ni seorang yang talented.Kisah-kisah yang ditunjukkan di dalam cerita tu adalah cerita yang agak matang dari segi mesej dan cara penyampaiannya.Walaupun lukisan dia simple,cuba lihat dari segi framingnya,dari segi angle yang dipilih,amat mudah untuk menjelaskan kisah yang cuba ditonjolkan.

Apa yang lebih menonjol adalah apa saja yang cuba dipaparkan dalam komik tu adalah kisah sebenar realiti bagaimana sepasang mak bapak berusaha membesarkan anak mereka yang tidak normal menjadi seorang yang normal di sebuah bandar di Jepun.Terlalu banyak mesej2 yang harmoni tersirat dalam komik itu jika pembaca cuba melihat disebalik lawak2 lucah yang kerap ditonjolkan.

Ada satu isu Dik Cerdas yang mempunyai satu jalan cerita yang sangat berat dan agak kurang sesuai untuk bacaan kanak-kanak melibatkan kematian salah satu watak penting yang dipaparkan dalam bentuk komik bisu yang sangat2 dramatik.Aku agak terkejut bila membaca isu tu sebab ketelitian yang ditonjolkan dalam komik bisu tanpa dialog itu mampu mempermainkan emosi siapa saja.Bila Dik Cerdas memaparkan cerita kematian seseorang akibat serangan terrorist dan kesannya kepada mereka yang berkait hidupnya dengan si mati,Dik Cerdas sudah memasuki satu dimensi lain yang kurang disentuh sebelum itu.Mungkin Yoshito Usui ingin memberikan petanda kepada pembaca mengenai tragedi yang bakal menimpa dirinya..mungkin.

............

Jadi,aku balik rumah,aku baca Dik Cerdas nombor 50.Lawaknya masih berbisa.Sudah boleh nampak ke mana Yoshito Usui ingin membawa kisah hidup Shin Chan dan adiknya jika dia masih hidup lagi dan mampu untuk melukis.Sayangnya,kenangan aku membesar bersama Dik Cerdas mungkin telah berakhir selepas 50 isu.Habis membaca,ada nota untuk pembaca yang ditinggalkan untuk mengucapkan terima kasih kerana menyokong Dik Cerdas.Dimaklumkan juga Dik Cerdas nombor 50 adalah isu terakhir hasil tangan Yoshito Usui.

Hati aku berasa sayu.Sayang benar rasanya tidak dapat melihat Shin Chan jadi dewasa.

Banyak dah hilang.Ada sikit adik aku simpankan dekat Alor Setar


Yoshito Usui membuatkan aku nak kahwin,nak ada anak dan nak berkeluarga.Tidak ada apa yang lebih indah melainkan sifat kasih sayang antara seorang abang dan adiknya,kasih ibu bapa kepada anaknya dan kasih sesebuah keluarga yang kerap benar jadi topik paling penting dalam Dik Cerdas.

Aku ingin punya anak seaktif Shin Chan.Selepas 50 isu dan hampir berbelas tahun memeriahkan hidup aku dan tanam semangat aku untuk jadi bapak,...Pakcik Yoshito Usui,terima kasih tidak terhingga kerana melukis komik yang sangat cincai tapi mampu menceriakan hidup aku.

September 22, 2010

Sebab Lain Untuk Anda Menonton Bolasepak


 Tandas portable.


Rambo mengamuk!
dan yang last sekali..memang terbaik.


Memancing ikan.Menggelupur memang macam ikan betul.

September 20, 2010

Surat Dari Pembaca dan Jawapan Yang Tidak Berhati Perut

Salam encik Mantot,

Suka entry ni..sedang elok dgn masalah saya dgn diri saya sendiri...sebab sekarang ni selalu tny diri sendiri...'Is He The One?'Dari point 1-5,saya rasa da cukup lega da..tp saya down bila baca point 6-7...but all i can say we never had sex..saya admit saya mmg rasa bersalah tp saya xtau kenapa saya suka bila die pegang tgn saya ke peluk saya...and die pun vice versa...
tp haritu,yg wat saya saket hati skrg, saya tersasul ckp kat die bila die tny saya,'U nak apa?'...and saya luahkn apa yg saya pendam slama ni, 'Nak kawen...'..and tbe2 die gelakkn saya n cakap saya ni miang da ke? sedey sgt...skrg saya xe motivation da..xtau nak wat ape..jumpa die pun xnak..saket hati sgt2..sbb die paling xlayak nk ckp camtu kt saya...ke saya ni bodoh sbb berangan?

saya harap encik mantot bley kasik jawapan paling jujur...kutuk pun xpe da biasa...agar saya dapat muhasabah diri...

.....................


Kau tanya aku jawab,tapi kasar la,ready aa,jangan nangis,aku bukan tukang kaunselor yang sedaya upaya menjaga hati org yang mintak nasihat.


1. Aku tak pernah jumpa lagi lelaki normal yang tak suka peluk perempuan.

Aku rasa lelaki gay pun kalau peluk perempuan nafsu dia ada naik sket walaupun mungkin tak berapa jelas ke-buasannya.Masalah dia skrg,kau pun suka.Mesti masa mula2 tu kau tak nak kan?(Lainlah kalau sblm2 tu kau mmg dah biasa camtu) Mcm member aku,seorang gadis yang agak hot,mengaku..."Aku silap sebab first boifren aku,aku terbagi dia peluk aku.Bila dah ada boifren lain,aku pulak yang offer diorang peluk aku sebab aku dah rasa mcm mana kena peluk.Addicted."

Kau dah bagi..agak payah la kau nak stop kecuali kau betul2 kuat.Aku tak berapa pandai bab2 agama jadi aku takde la nak suruh kau pegi solat ke,mengaji ke,ambik wuduk ke tapi kalau benda2 camtu membantu kau,try la.Mcm mana pun fikir camni,apa akan jadi kalau kau tak kawin dengan dia?Adakah kau mampu tanggung rasa bersalah satu hari nanti bila kau tengok muka laki kau mengenangkan apa yang kau dah terbuat sblm kau kahwin dengan dia.

Lagi satu,kalau kau dah kahwin dan ada anak,fikir la kalau anak pempuan kau nanti buat benda yang sama mcm kau buat tu,apa kau rasa kalau kau dapat tau anak kau berpeluk2 dengan boifren dia.

2. Dia gelakkan kau sebab dia kata KAU YANG MIANG?WAHAHAHAH!

Ini taktik buaya darat dan lelaki durjana.

Cik....masalah paling besar dlm masyarakat Melayu kita skrg khasnya anak2 gadis mcm Cik adalah anda semua lebih mempercayai Lelaki2 Miang mcm tu berbanding dengan Tuhan anda sendiri.Ramai yang sanggup serah tangan serah tubuh semata2 nak memastikan ada lelaki yang nak kahwin dengan dia.Ramai benar yang takut nak tegas dalam bab nafsu serakah ni sebab takut kehilangan boifren.

Entahlah.Aku bukan orang kuat agama.Semayang pun selalu jugak aku miss.Tapi satu benda yang aku percaya mati-matian adalah "kalau Tuhan kata kita ada jodoh,datanglah jodoh kita tu nanti." Jangan paksa diri dan serah aurat anda kepada seorang lelaki hanya semata2 sebab takut staying single.Kalau berperangai baik sebelum kahwin,Insya Allah dapat jodoh yang baik yang hanya miang selepas berkahwin dengan anda,dgn harapan miang dgn anda sahaja,hehehe.

Macam mana nak dtg motivation kalau boifren sendiri yang kau dah bagi peluk2 panggil kau miang masa kau tanya pasal kahwin kan?Kalau kau tanya aku,aku jawab secara jujur,mamat tu bukan calon yang baik untuk jadi pilihan kau.Kalau dia tak puas hati nak pukul aku ke,datang la Cyberjaya.Aku ada kat Terminal bas situ selalu.

3. Okeh,kau kena ready,aku nak tulis satu benda yang sangat2 menyakitkan hati kau.

Buat apa seorang lelaki pegi kedai beli susu lembu kalau kat rumah dia dah ada lembu yang bila2 masa boleh diperah susunya?Sama lah jugak kalau kau ajak dia kahwin,buat apa dia nak kahwin dengan kau?Sebelum kahwin dah boleh peluk2,jadi buat apa kahwin?Lesen dah dapat,takkan tak nak bawak kereta?Mula-mula drive slow2,lama2 nanti mula la memecut.

Percayalah cakap aku,nafsu lelaki ni tak mudah dipenuhi.Sama lah jugak mcm keinginan perempuan nak rantai emas lebih walaupun kat lengan dah penuh sampai ke siku.Kau bagi lengan,dia nak pinggang.Kau bagi pinggang,dia nak bibir,kau bagi bibir,dia nak memanjat dua bukit tu.Dah bagi bukit,mesti dia nak yang bawah pusat kau,depan ke belakang tu aku takut nak imagine,hahahaha.Satu aje cara nak stop benda ni...JANGAN BAGI DIA START!

4. Carik la lelaki yang menjaga maruah kau.

Sebab nanti2 dia nak kena jaga kau dan anak2 kau.Kalau maruah kau sendiri dia tak nak jaga sebelum kahwin....orang macam tu ke yang kau nak jaga kau sampai ke tua nanti?Sehensem mana pun dia,biarlah.Tak berbaloi untuk kau tanggung rasa bersalah seumur hidup kau,dengan Tuhan dan suami kau (kalau kau kahwin orang lain).

Orait.Aku nak tengok The Twilight Saga : Eclipse.
Robert Pattinson,here I come!

September 18, 2010

Tips-Tips Mencari Cinta Yang Tak Pernah Keluar Majalah

Jika seseorang itu terlalu terpengaruh dengan filem atau drama yang selalunya memaparkan adegan cinta dan rindu,sudah pastilah expectation orang itu akan melonjak-lonjak apabila ingin berpasangan.

Bila dijumpai seseorang yang berminat,mulalah di lihat luar dan dalam (maksud aku fizikal dan mental,bukan luar baju,dalam baju).Bila nampak sikit imperfections pada seseorang,habislah,hati mula rasa tak sedap.Aiseh,buah dada dia keciklah.Body tak bestlah.Muka tak macam Maya Karin,Jehan Miskin.Muscle kurang,gemok,boroi,perut berlemak,lengan ada sellulite,perangai buruk,tak sama taste muzik,filem dan mcm2 lagi.Orang selalu tertanya2 "macam mana nak tahu dia tu the one?"

Entahlah.Aku tak pernah percaya ada "The One." Tapi aku percaya ada cara kita nak tau sama ada orang tu boleh hidup dengan kita ke tidak sampai ke tua.Mungkin hati boleh berubah bila2 tapi at least janganlah kahwin cerai 12 hari.Ada orang tanya aku,"mcm mana nak tau dia tu sesuai?" Aku lelaki,aku jawab ikut apa yang aku paham.

1. Terlalu menjaga penampilan sebelum kahwin?Setiap masa nak berlawa aje semasa keluar dating?Jangan amalkan.Sekali-sekala keluar lah dgn si dia dengan memakai pakaian yang super buruk,lihat reaksinya.Jika dia kansel nak keluar dgn anda sebab malu,toksah kahwin dengan dia.

2. Terlalu manis pertuturan adalah salah satu wabak yang perlu dielakkan sebelum berkahwin.Biasakan diri anda bergaduh.Jika ada benda yang kurang berpuas hati,cuba maki dia betul2.Jika dia boleh tahan dan masih lagi sayang anda,sila berkahwin dengan dia.Tapi bersedialah untuk dimaki balik lepas kahwin.Satu benda yang aku belajar dari sitkom Everybody Loves Raymond,dalam perkahwinan,kewujudan sifat benci antara satu sama lain adalah natural.Jangan takut untuk bencikan sesuatu mengenai pasangan anda dan masih menyimpan harapan semuanya akan menjadi sempurna.Sebab takkan wujud kesempurnaan langsung dalam perkahwinan.Gaduh2 mesti ada.Rasa nak lempang mesti ada.

3. Sekali-sekala cuba kentut depan dia.Jika tiba-tiba si dia muntah2 atau beredar pergi meninggalkan anda keseorangan,bayangkan bagaimana kehidupan anda nanti bersama dia.Duduk serumah tapi tiada kebebasan untuk kentut merata-rata adalah satu bentuk penyeksaan mental.Anda perlu mencari seorang yang boleh bermain kentut-kentut dengan anda.

4. Sekali sekala,usha gadis lain atau jejaka lain.Lihat reaksi dia.Sebagai seorang lelaki MUSTAHIL anda tidak punya keinginan melihat cleavage atau punggung gadis lain.Seorang gadis yang dapat menerima teman lelakinya itu normal adalah seorang yang sihat dan sesuai untuk anda.Tetapi jika dengan membabi buta si dia memaki  hamun anda kerana anda terjeling punggung amoi jauhkan diri anda dari dia.Hubungan sesama manusia perlu normal.Perempuan akan gila tengok handbag dan kasut,lelaki akan gila tengok awek.Terima benda itu.Tapi kalau si dia tu pegi spank punggung wanita tu....kasutkan dahi dia.

5.Benda yang paling penting dalam menentukan sama ada orang itu sesuai dengan anda atau tidak adalah jika dia ,adapat menerima anda dalam keadaan asal.Maksud aku,bila anda tak make up atau pakai deodoran.apa reaksinya.Keluar dating adalah waktu yang indah kerana kedua2 pihak cuba berusaha menjadikan dating itu indah.Perempuannya make up,pakai cantik2 dan gaya pun penuh keayuan.Lelakinya pulak siap mandi dan shave,siap pakai perfume beratus-ratus.Tapi cuba kita buang semua tu dan hilangkan ilusi keindahan tu.Mampukah anda hidup dengan seseorang yang bau stokingnya jauh lagi indah dari ketiaknya?

6. Bagi gadis,cara paling mudah untuk mengetahui sama ada lelaki itu "The One" atau tidak adalah dengan tidak membenarkan diri anda disentuh lelaki itu.Lihat reaksi dan tindakan dia.Anda sebagai gadis juga perlu kuat.Trust me,once you let a guy touch you,they can never stop.Once you sleep with a guy before getting married,you want more and more penis inside you.Hah!Lucah gila tapi betol.Sayangi vagina anda.Ia milik suami anda seorang.

7. Bagi lelaki,cara paling mudah untuk mengetahui sama ada perempuan itu "The One" atau tidak adalah dengan meminta tangan gadis itu untuk dipegang.Jika dibenarkan oleh perempuan itu,jauhkan diri anda dari dia.Masalah dia sekarang,lelaki punya mentaliti mcm gampang.Sebelum kahwin nak awek untuk ringan2 dan easy.Bila nak kahwin nak carik awek yang baik-baik.Ini perangai gampang,jangan amalkan.

Kesimpulannya,cara paling mudah untuk mengetahui sama ada si dia itu The One atau tidak adalah dengan meminta dia mengawal nafsu dan perasaan apabila bersama anda serta masih kekal menjadi dirinya sendiri.Secara teorinya benda itu sangat mudah untuk difahami tapi benda itu adalah yang paling susah untuk diaplikasi.

Good luck para kekasih!

September 17, 2010

Menentang Kapitalisme : Kerajaan UMNO Kerajaan Yang Gagal Dalam Bab Halal Haram

Kita hidup dalam Malaysia.Malaysia adalah sebuah negara yang diketuai oleh Sultan sebagai Ketua Agama.Agama Islam adalah agama rasmi.Perdana Menteri kita juga tidak pernah datang dari golongan bukan Islam.60% rakyat Malaysia adalah golongan orang Melayu,Muslim atau tidak wallahuallam .....tapi sayangnya kita masih ragu-ragu haram halal makanan kita.

 Tak pernah ke orang Melayu ni rasa was-was makan kat kedai kopitiam yang berlambak-lambak wujud sekarang ni?Atau kedai mamak yang depannya ada tulisan jawi tapi pekerjanya orang India yang datang dari India?Orang-orang Cina yang berniaga makanan juga tak pernah faham apa itu halal haram.Aku pegi satu kedai kat Cyberjaya aku tengok kat luar ada signboard besar "NO PORK." Cuba tanya pekerja kedai tu halal ke tidak,bet dengan aku dia tak paham apa itu "halal.".Bila aku tanya,dia hanya jawab kat aku,"No pork,no pork!Ada signboard luar tu abang!"

Orang Melayu tak peduli,orang Cina pun tak paham.Sebab bila Cina cuba belajar pasal Islam ada orang melenting.Melayu?Asal kedai tu nampak bersih dan ada pekerja Melayu,setel.Telan aje.Nampak ayat Quran gantung kat belakang cashier...setel!

1) Fakta : Mana-mana restoran makanan luar mewah yang menyediakan steak daging atau burger daging  ada menggunakan wain sebagai pemanis daging.Aku tak nak sebut mana tapi pandai2 fikir sendiri.Aku dah makan sekali sumpah aku tak nak pegi lagi dan aku tak pernah jumpa lagi makan daging semanis yang aku makan sekali tu kat mana-mana pun.Lembu baru sembelih sehari pun daging dia tak semanis tu.

2) Fakta : Sehingga tahun 2008,hanya ada satu saja Kopitiam yang disahkan halal.Sehingga 2010,hanya ada 2. DUA SAHAJA!Dan masih ramai orang Melayu yang selamba rock !

3) Fakta : Seseorang yang bekerja sebagai cashier yang menjaga transaksi penjualan arak mempunyai rezeki yang bercampur haram dan halal,kerana; terlibat dalam urusan jual beli dan juga penyusunan arak tersebut.Sila lihat mana2 sebuah francais 24 jam,adakah kerap anda terjumpa pekerja nya berbangsa India atau Cina? Melayu jugak pekerjanya.

4. Fakta Tidak Sahih : 7-Eleven di Kelantan tidak menjual arak.Betul ke?Jikalau betul kenapa Kelantan boleh buat,1Malaysia tak boleh?

..........

Ada bermacam cara untuk membendung masalah-masalah ni tapi tak pernah pun wujud gerakan2 yang serius dalam memantau dan menyelia benda2 camni.Mungkin pihak berwajib kurang kakitangan tapi takkan diorang tak nampak,sekadar keluarkan sijil aje tak cukup.Undang-undang negara perlu dirombak.

Media massa dah dikawal Kerajaan.Apa kata selain digunakan untuk meluaskan "propaganda bodoh" media massa juga mampu digunakan untuk memberitahu masyarakat mengenai perihal ni.Bursa saham boleh list tiap2 hari takkan tak mampu kot broadcaster keluarkan senarai syarikat mana yang sijil halalnya telah ditarik balik atau dah expired.Kalau sekadar bergantung kepada internet,macam mana jika seseorang itu tak ada perkhidmatan internet?

Selain tu,undang2 mengenai pekerja2 yang diambil bekerja di restoran2 perlu dikaji dan diperketatkan.Kadang2 kita tengok muka aje Melayu tapi agama lain.Rupa macam India Muslim sebab pakai songkok tapi....datang dari Bombay.Tukang masak orang Burma,tukang serve orang Vietnam.

Untuk menjamin ke "bersihan" pendapatan seseorang Muslim,undang2 baru perlu diperkenalkan di mana seseorang Muslim itu perlu diharamkan untuk terlibat dalam penyusunan dan transaksi mana2 produk yang dilabel haram.Sebuah kaunter khas untuk pembayaran barangan non-halal perlu diwujudkan di semua pasaraya dan kaunter ini perlulah dijaga oleh mereka2 yang bukan Muslim.Begitu juga kiraan stok dan penyusunan display perlu dilakukan oleh mereka yang bukan Muslim.Bayangkan nasib anak muda kita yang bekerja di supermarket terpaksa pegang daging babi mentah yang berbungkus.Takde ke orang fikir pasal diorang ni?

Agak sedih memandangkan sudah lebih setengah abad kerajaan orang Islam memerintah Malaysia tapi sayangnya masih wujud lagi perasaan was-was dikalangan orang Islam sendiri dalam perihal makanan dan minuman mereka.Terlalu banyak syak wasangka yang timbul walaupun banyak suara angkuh dari pihak kerajaan mengatakan "Malaysia ini orang Melayu yang punya!"

Jika benar Malaysia ini orang Melayu yang punya,buktikan.Aku,seorang Melayu sendiri kadang-kadang merasa ragu makan di negara sendiri.Tak taulah kalau pihak orang kerajaan sendiri tak peduli dan tak kisah halal haram,sebab ada juga banyak ADUN kerajaan sekarang yang dah sah pernah makan duit haram masih lagi jadi pilihan diorang.

Selesaikan masalah halal haram makanan dan minuman rakyat Malaysia yang Muslim sebelum menggelarkan diri mereka,pejuang Melayu dan pejuang Islam.Walaupun halal haram ni patut dijaga oleh individu itu sendiri tetapi peranan pemimpin yang Islam dalam mentadbir sesebuah negara juga sangat perlu dalam membantu rakyat menjaga pemakanan mereka.Badan yang dijaga baik buruk pemakanannya akan melahirkan individu yang baik.Mungkin akibat kurangnya penumpuan pentadbir negara dan mak bapak yang tak berapa peduli mengenai isu ini melahirkan generasi2 yang semakin lama semakin MENGARUT akhlaknya.

Jangan panggil UMNO pejuang Melayu jika benda basic tapi sangat penting ni pun tak mampu dikawal.
Ini adalah satu cabaran besar kepada kerajaan Najib Tun Razak sebelum 2013.

Bacaan Lanjut
Sue Anna Joe Terasa Jahil dan Kesal
Halal Directory JAKIM

September 16, 2010

Hanya Hukuman Mengikut Undang-Undang Islam Cukup Untuk Mententeramkan Hati Suami Ini


1. Kenapa tiap2 kali aku tengok video pempuan kena kantoi main dengan boifren dia dan boifren dia sedang dibelasah,mesti minah tu menjerit "Ya Allah,Ya Allah!" ?Masa projek,adakah dia juga menjerit benda yang sama?

2. Kenapa mesti orang utara?Kenapa bukan orang Selangor?Kalau ini adalah orang Selangor,KONFEM keluar RTM dan TV3 kata "ini adalah hasil daripada pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat."

3. Saksi dah cukup.Ikut undang2 sekular,kena cerai dan kena bayar denda,dosa masih ada.Ikut undang2 Islam,dah mati,dosa insya Allah dah setel sebab dah kena hukuman kat dunia.Tapi semua orang sayang dunia,tak nak mati cepat.Boleh beromen2 lagi dengan bini orang.

September 14, 2010

Senandung Lampu Brek Kereta

Jalan jam gila.First time aku merasakan balik kampung naik keretapi sangat2 selesa walaupun lambat.Kedah-Negeri Sembilan 13 jam.

Kat Penang sesak teruk sebab ramai benar orang nak ke Penang walaupun kabel jambatan terbakar.Mungkin ramai nak tengok mcm mana rupa kabel yang terbakar tu.

Dalam kepala aku waktu tu bertanya-tanya;"Adakah ada kemungkinan,berapa ramai manusia yang perlu masuk ke Pulau Pinang untuk memnuhi setiap ruang kosong yang ada kat situ?Kalau 27 juta rakyat Malaysia serentak pegi Pulau Pinang,penuh ke tak pulau tu?"

Nampak sangat aku mengantuk masa bawak kereta.

September 08, 2010

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin


Balik kampung bawak kereta elok-elok.Balik naik bas pesan kat driver suruh jalan elok-elok.Yang perempuan jangan sampai kena raba masa berebut naik bas tambahan.Yang nak jalan kaki stesyen bas,jaga,area stesyen bas banyak kaki pau,aku tak tau apa yang menariknya pada diorang.Yang bawak motor,kalau konvoi ramai2,tolong jangan nak berborak2 sebelah menyebelah masa bawak motor.Yang naik keretapi,bila dalam terowong jangan pegi pegang2 orang lain.Yang naik flight,baguslah,selesa,jangan tepuk punggung peramugari.

Kepada yang tak balik kampung dan masih ada kat KL waktu raya,pegi la jalan-jalan Kuala Lumpur waktu pagi hari Raya kalau nak rasa macam mana hidup kat negara lain.

Rindu betul aku,seorang Melayu waktu pagi Raya dua tahun lepas nak tengok orang Cina atau orang India,apatah lagi orang Melayu.Bila dah takde depan mata barulah rasa dalam hati sebenarnya,rakyat Malaysia memang punya identiti sendiri.

Aku cuti lama.Kalau ada sesiapa dari kaum Hawa yang merindui aku,sila tinggalkan pesanan.Kepada kaum Adam yang merindui aku,sila jangan tulis apa-apa pesanan.

September 07, 2010

Balada Rempit : Lu Tak Mau Spend,Lu Second Class Citizen!

Tahun ni adalah tahun pertama gua beraya sebagai seorang "husband."Hehehe.Nasib baik gua tak bergaduh besar dengan isteri,kampung mana nak balik raya macam cerita-cerita tipikal yang selalu kedengaran di televisyen atau di mulut2 makcik gosip.Sebelum2 ni gua balik kampung naik motor.Dari KL ke Kedah gua naik motor.Bawak maintain 110km/j kadang2 gua besit jugak naik 140km/j.Bawak motor beb! Dulu masa gua balik,bila lalu aje tepi kereta yang tengah beratur panjang sebab jam teruk,gua pandang slack aje kat mana2 kereta2 mahal.."Hak eleh,lu bawak BMW tapi lu sangkut jam!" tapi sekarang gua tak dapat la nak berperasaan macam tu lagi sebab gua pun akan jadi sebahagian daripada mereka2 yang tersangkut dekat trafik jam dan gua tak bawak BMW.

Dulu-dulu,aku sanggup naik EX5 balik Kedah.Sekarang ni gua dah tak sanggup walaupun motor EX5 gua sudahpun diganti dengan sebijik motor yang besar sket.Waktu dulu,tiap2 kali balik raya,gua hanya akan sediakan Rm50 dalam wallet.Cukup untuk minyak dan cukup untuk makan minum.Gua terpaksa mengaku,tiap2 kali gua balik Kedah naik motor,gua takkan puasa.Dengan tangan menggeletar dan meredah hujan,gua nasihatkan jugak la,sapa2 yang bawak motor,ganti lah puasa sehari tu kalau tak larat.

Tapi sekarang ni gua dah kena bawak kereta.Takkan gua nak angkut bini gua naik motor?Kalau hujan lepas tu baju dia basah lencun,gua tak nak la nanti driver2 kereta dapat melihat baju bini gua see thru atau baju gua yang see thru.Gua malu beb kalau orang lain dapat tengok nipple gua.

Nak balik pulak,oleh kerana pembangunan Malaysia yang sangat menitik beratkan keselamatan rakyat,kerajaan telah menyediakan lebuh raya dengan syarat anda mampu membayarnya.Jika anda tak mampu,masuk lah jalan lama dengan sempitnya dan bahayanya.Pernah sekali gua balik Kedah naik motor ikut jalan lama tapi sampai Ipoh gua give up...takut.Memang rasa tak selamat.Nak rasa selamat,kita rakyat Malaysia mesti keluar duit,kerana Kerajaan tak nak keluar duit buat jalan free yang selamat.Jadi,untuk itu,gua nak salute dan terima kasih Kerajaan Malaysia.You rock!

Tiap2 kali nak balik Kedah dengan rasa selamat,gua terpaksa bayar RM150 untuk bayar PLUS satu hala perjalanan.Itu gua yang kerja agak ok.Tapi cuba fikir pasal orang2 yang transport dia seharian satu family naik motor.Mesti lu orang selalu nampak satu family naik motor dengan anak terkepit kat celah perut ibu dan bontot bapak dia.Lu ingat diorang saja suka2 nak naik motor camtu?Lu tau kan naik motor lebih had orang kena saman?Jadi cuba bayangkan macam mana family macam tu hidup kat negara sendiri.Tiket bas balik Kedah sekarang dah RM35.Kalau beli 4 orang,dah RM140..tu baru satu hala.Dua hala RM280.Naik kereta total cost untuk balik Kedah RM300.Itupun pakai kereta yang save minyak.Kalaulah menteri2 tu nak balik kampung beraya apa kau ingat diorang keluar duit diorang?

Dah kaya,duit takyah nak keluar sebab elaun tampung.Dah miskin,duit makin banyak kena pakai.
Realitinya macam tu.Yang dah senang akan makin senang,yang miskin perlu struggle mati-matian semata-mata nak hidup.Kenapa bila gaji basic menteri-menteri atau mana-mana pegawai kerajaan ni makin besar,elaun dia makin bertambah?Dia siap dapat driver dan dia siap dapat macam-macam lagi untuk menyenangkan hidup dia YANG DAH MEMANG SENANG?

Hidup gua ok.Gua bukan mengeluh pasal hidup gua tapi bila tiap2 masa gua nampak satu family naik motor ramai2 dengan anak ada sorang berdiri dalam bakul,darah gua menyirap.Gua selisih dengan satu family tadi kat Senawang.Life kepada diorang dah memang susah,apa salahnya elaun2 menteri2 tu POTONG dan bantu senangkan hidup diorang ni.Lu cakap pasal negara nak bankrap lah,kerajaan rugi lah,negara tak cukup dana...tapi,bukak la mata.Hidup diorang dah senang,benefit tu potong la,tak perlu dimewahkan orang2 yang dah mewah menggunakan duit cukai yang dibayar bapa kepada family yang naik motor tu.

Sama la jugak macam cerita highway gua tadi.Lu nak rasa selamat,lu ikut highway.Lu tak cukup duit?Miskin?Papa kedana?Lu lagi sanggup beli susu anak berbanding bayar tol?Lu ikut jalan lama.Padan muka!Lu lalu la jalan2 gelap dan bengkang-bengkok serta banyak lori dan banyak lubang.Lu tak layak untuk menikmati perjalanan selesa mengikut pendapat Kerajaan Malaysia.Sebab itu lah gaji minima rakyat Malaysia perlu dinaikkan daripada RM800 ke RM1500.

30% untuk pembayaran kereta dan minyak seperti yang disyorkan dalam pengurusan ekonomi yang baik,dalam menjamin anda ada saving dan anda ada duit untuk hidup.30% daripada RM800?Baru RM240.RM240 untuk beli kereta dan support minyak dan maintenance?

Dengan bangganya negara kita ada pengeluar kereta sendiri tapi dengan gaji minima RM800,berapa orang mampu dan beli kereta dengan 30% gaji dia tiap2 bulan?

September 06, 2010

Tolong!Tolong!Api Itu Terbakar!Tolong!Tolong!Air Itu Telah Cair!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching telah melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan apabila beliau memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang bulan lalu.

Najib berkata, fatwa yang dikeluarkan Mac lalu adalah jelas bahawa bukan Islam mesti memperoleh kebenaran daripada masjid dan mengenakan pakaian sopan ketika memasuki kawasan masjid dan surau.Jika bukan Islam memasuki sebuah masjid dan mula memberikan tazkirah kepada Muslim, ia bertentangan dengan ajaran Nabi,” kata Pengerusi BN ini.

"Mustahil bangkai gajah dapat ditutup dengan tudung saji,"

September 04, 2010

Sebuah Persoalan Yang Unik Tetapi Mempunyai Jawapan Template Yang Berbohong


Tanyalah mana-mana menteri atau Perdana Menteri kita sendiri,
"Apakah benda yang paling unik tentang Malaysia?"

...dan majoritinya pasti akan berkata,
"Kepelbagaian kaum yang hidup dalam harmoni dan saling bertolak ansur."

Ironik bukan bila jawapan itu sudah menjadi satu jawapan template untuk persoalan itu.
Tanyalah Ibrahim Ali sekalipun soalan itu,sudah pasti jawapan itu juga yang akan keluar.

Kemudian bila seorang perempuan Cina masuk ke surau tak bertudung dijadikan satu isu besar negara.Kemudiannya keluar pulak gambar perempuan Melayu masuk ke surau tidak bertudung dan tidak menutup aurat,langsung tidak ada bunyi yang keluar dari pihak2 tertentu.



Kuasa mampu membuatkan sesiapa saja diam kerana ramai yang tahu dan berilmu,
takut hilang pekerjaan.Itulah kelebihan empunya kuasa.Mereka lebih tinggi dari segalanya.

Bacaan Lanjut
Racial Harmony Day

September 03, 2010

Sebuah Soalan Situasi : Bayangkan Jika PAS memerintah Malaysia

Situasi nya;

Bagaimana jika apabila PAS memerintah Malaysia,Malaysia bertukar undang-undangnya.Jauh lebih ketat,jauh lebih strict hingga jadi seperti sesetengah negara Timur Tengah yang kebanyakan rakyatnya gemar benar melancong ke Malaysia ketika ini.

1. Anda,sebagai seorang lelaki,di haramkan dalam undang-undang untuk keluar berdua-duaan dengan wanita bukan mahram atau dilarang sama sekali untuk bersukan tanpa menutup aurat. Undang-undang waktu itu membolehkan anda dipenjarakan,disebat atau dhukum jika anda melakukan perkara-perkara yang haram dalam Islam.

2. Anda sebagai seorang perempuan,diwajibkan untuk bertudung dan wujud pula garis panduan untuk tertib wanita Muslim berpakaian . Undang-undang waktu itu membolehkan anda dipenjarakan,disebat atau dhukum jika anda melakukan perkara-perkara yang haram dalam Islam.

3. Anda sebagai seorang rakyat Malaysia yang Muslim  dikenakan Undang-Undang Am yang merangkumi batas-batas agama Islam.Contohnya seperti duduk berasingan di dalam pawagam atau konsert dan pengenalan syarat pengawalan unsur2 dalam media massa diwajibkan perlu bersesuaian dengan Islam.


Soalannya

a. Apakah perasaan anda JIKA undang2 sebegitu diperkenalkan di Malaysia?
b. Jika PAS mengeluarkan manifesto sedemikian,bagaimana sokongan anda kepada Kerajaan tersebut?
c. Secara jujur,adakah anda merasa gembira atau bersedih jika undang2 sebegitu dikenakan di Malaysia?

September 02, 2010

Menentang Kapitalisme : The Electronics Slavery

Aku gi melepak mana-mana,mesti akan ada orang borak pasal personal teknologi.Masa aku bukak puasa dekat Cyberjaya aritu,belakang aku,satu meja berborak pasal iphone.What the hell?Ada sorang antara diorang tu dah memang macam salesman.

Satu masa dulu,aku pun kaki kejar teknologi jugak.Tapi aku tak suka dekat benda2 macam phone ni,aku kejar barang2 PC.Bila ada aje barangan PC baru keluar,mulalah gatal aje tangan nak update hardware,padahal,benda tu still lagi functional dan cukup untuk apa2 aje software yang aku pakai.Tapi lama-kelamaan aku tersedar dan ternampak seolah-olah sudah terjadi satu trend di mana;

Consumer dipergunakan seperti kambing dan akan menurut saja apa2 aje gadget2 terbaru yang dijadikan sebagai hot item yang wajib dibeli oleh kita semua.

Contohnya; para pembeli henfon.Mesti ada antara korang yang baru aje beli henfon tapi 3 bulan lepas tu dengan secara mengejutnya,henfon anda sudah out dated.Keluarlah satu henfon baru yang lebih cantik dan lebih canggih berbanding henfon anda yang baru aje berusia 3 bulan.Dengan kuasa pengiklanan yang hebat dan iklan mulut ke mulut,disamping ada beberapa orang member anda yang baru aje tukar henfon,anda rasa ketinggalan.

Lalu anda ke kedai henfon,trade in henfon anda yang baru berusia 3 bulan itu dan top up duit tu semata2 untuk keep up to date dengan "teknologi." Apa yang berlaku adalah,anda sedang menerima kerugian kerana kos trade in yang rendah dan anda terpaksa keluar duit lagi.

Cycle itu akan berterusan dan berterusan sehinggalah sampai satu masa anda tersedar,semua features henfon anda tu kebanyakannya tak dipakai pun.Tak pernah aku tangkap gambar pun pakai kamera fon aku.Call isteri aku,call family aku,call member,call awek2 aku dan sms.Henfon aku punya features yang paling perlu adalah alarm clock.Itu aje aku pakai.

Lihatlah,sekarang ini semua benda elektronik menggunakan taktik yang sama;menjadikan consumer sebagai "electronic slaves."

1. LCD TV
2. Compact Camera/DSLR
3. Hardware PC
4. Handphone
5. Laptop

Mungkin tak lama lagi,peti sejuk dan mesin basuh pun masuk dalam kategori tu.Cycle tu akan berterusan dalam memastikan pengguna rasa obsolete dan memastikan generated income syarikat2 elektronik ini terus menderu-deru masuk.Ada jugalah beberapa teknologi yang dipastikan dibiarkan untuk matang dulu macam cakera optik (DVD,VCD),konsol game (PS3,XBOX) dan software2 OS (Windows,Mac OS).

Tapi tak banyak dan apa yang lebih menakutkan adalah dengan berkembangnya teknologi hardware,teknologi software juga wujud kejar mengejar.Jika satu masa dulu Adobe Photoshop hanya dipatchkan sekerap mungkin tanpa perlu menukar keseluruhan software tapi kini software itu diganti setiap tahun.

Yang lebih menakutkan dengan perkembangan baru ini?

Setiap kali keluarnya penukaran software yang baru,hardware requirement untuk software itu juga akan meningkat.Pengguna terpaksa update hardware untuk mendapatkan prestasi yang stabil.Jadi,jika cycle ini berterusan,sampai bile sebenarnya hardware2 yang kita beli akan dapat dimaksimakan penggunaan sebenarnya?Sebab tu kat Malaysia kita beli software cetak rompak.Gila apa nak beli software belas2 ribu dan setahun kemudiannya software tu dah out dated.

Jika anda sudahpun terperangkap dalam cycle mengejar teknologi itu,agak susah untuk dihentikan pengaruhnya tapi cubalah kira berapa sebenarnya nilai kerugian anda.Banyak!Tak payah la kejar teknologi.Beli,pakai sampai rosak.Lepas tu usha la replacement dia.

September 01, 2010

Perfecting The Art of Over Reacting : Why Do The Malays Supreme Likes to Talk Cock and Act Like Cockroach?

Have you watch the latest video from that guy name Namewee? It was FUCKING hillarious!It will be taken as a FUCKING hillarious video if those who watch it at least have have a bit of FUCKING funny bone inside.But for those who don't get the joke,they will  find it FUCKING offensive,with all the swear words and lewd gesture of a FUCKING penis shown in the video,represented by a FUCKING middle finger and a FUCKING banana.That is all!


There is nothing that touch on FUCKING RACISM on the video.What actually he is singing about is what we are all been doing all our life.We are all FUCKING racist inside.Admit it. Race do divides us.

Whenever I see a Chinese man driving like crazy I would say FUCKING Chinese.Whenever I see an Indian man spitting around on the pavement,I will say FUCKING Indian.Whenever I see a Mat Rempit riding like they own the road,I will call them "UMNO Malay"  as we never need the added swearing adjective to make the meaning stronger. Put "UMNO" on anything,it shows the lowest grade of everything...even the word of UMNO itself is taken from a British Colonial words. Independence MY FUCKING ASS!

It's all about the frustrations of becoming a FUCKING minority.He is venting his frustrations in a form of FUCKING YouTube video.Everyone can do it.What the big fuss is all about?
What's up with the witch hunt?Why does suddenly everyone is aiming for this FUCKING rapper heads?Does the Police doesn't have anything else to do?Does the FUCKING Perkasa didn't have anything better to preach or take actions on?Is there a lot of spare time for the minister to be wasting their time discussing the impact of one FUCKING single video (that is actually not really FUCKING good) for the country.

It is just one video and for those who are actually using at least one cell of their FUCKING brain,the controversy video is actually quite...worthless.See how FUCKING irrelevant the video actually is?It is just an FUCKING entertainment.Once you take your entertainment seriously,you are showing you are actually FUCKING stupid.

The government minister,Puteri UMNO (or UMNO's Princesses) and law enforcer are reacting towards a video that actually contain FUCKING nothing while those who complain about no electricity or water in their homeland is given a FUCKING cold shoulder.

In Malaysia,for every problem there's only 2 response; no response or over response.How FUCKED our life will be in the future?

PS - Kolum seperti akan selalu keluar selepas ini sehinggalah aku berumur 30 tahun dan matured sket.