1. Lihat sekeliling,ada berapa ramai rakan anda ada DSLR?
2. Buat sedikir survey,tanya mereka apa yang membuatkan mereka membeli DSLR?
3. Jika mereka katakan,brand X membuatkan gambar lagi clear dan brand Y gambar lagi sharp,anggukkan kepala anda sahaja.
4. Selepas puas mereka memberikan hujah,tanya kepada mereka,jika mereka pengguna brand X kenapa tak pilih brand Y dan sebaliknya.Anggukkan kepala bila mendengar hujah2 mereka sambil senyum.
5. Minta pendapat mereka mengenai kelemahan DSLR yang tidak dibeli oleh mereka.Sila tunggu sebentar kerana penjelasan ini agak lama.Pastikan anda senyum.
6. Untuk mendapatkan respons yang lebih baik,jika rakan anda itu pengguna brand X,beritahu mereka anda nak beli DSLR brand Y dan begitu juga sebaliknya.Provoke response mereka.
7. Katakan kepada mereka,brand yang mereka beli tidak berkualiti.Lihat reaksi mereka.
8. Bila nampak rakan anda itu sudah jadi terlalu defensive mengenai kamera mereka dan hasil fotografi mereka,tanyakan soalan ini," f stop tu apa dia?"
9. Jika dia mampu menjawapnya,tahniah,rakan anda sekurang2 nya tahu apa yang dia cakapkan.Jika dia kata f stop adalah " keinginan untuk menyebut the F word tapi berjaya distopkan terlebih dahulu oleh hati..." cari kawan lain.
10. Ulangi langkah 1 dengan mencari rakan anda yang lain yang mempunyai DSLR.Langkah ke 9 boleh divariasikan dengan soalan2 lain seperti;
a. Apa itu bokeh?
b. Apa itu aperture?
c. Apa itu shutter speed?
d. Apa itu Rule of Third?
e. Apa itu ISO?
f. Apa hubungan antara aperture dengan bokeh?
g. Apa hubungan antara shutter speed dengan motion blur?
h. Apa hubungan ISO dengan environment?
i. Apa hubungan aperture dengan shutter speed?
j. Apa itu Sunny 16 Rule?
k. Mana aperture yang besar,2.8 ke 22?
dan beberapa soalan lain yang lebih menarik seperti;
a. Aku tengok gambar kau biasa aje,kau pakai henfon ke DSLR kau?
b. Apsal gambar longkang ada bunga pun kau nak taruk watermark "Photography by.." kau?
c. Kau tak rasa kalau hardware paling best macam mana pun kalau tukang tangkapnya tak reti,takde guna ke?
Anda juga boleh menggunakan langkah2 yang diberikan dengan gadget selain DSLR,seperti henfon,laptop,kasut,kereta dan sebagainya.
Good luck mencuba mengenal pasti mana satu yang tulen dan yang mana satu mat atau minah hardware semata-mata.Ramai benar sekarang ni yang baru beli DSLR terus berminat nak buat wedding photography sebab dengar income buat wedding ni masyuk.
'yg penting kita ade,nampak bergaya dan punya cita-cita dan x nampak poser'
BalasPadamagak2 ini la yg dorg tahu sahaja
kah kah kah
sekurang2nya dia ada duit beli DSLR..apasal plak ko sibuk ni..lantak dia la 0 knowledge pon...ko ada duit lebey suka ati ko la nk beli kete kebal tapi xtau bawak pon kan...
BalasPadamke ko dengki ngn kawan ko yg ada DSLR tapi ko perasan henpon cap ayam ko lawa lg gambo?
kuat sangat komplen la ko ni...ntah apa2..
kalau tak komplen sampai bila-bila pun sampah akan jadi sampah. kalau nasib tak baik, melarat laa jadi sampah-sarap.
BalasPadamBiar customer dia la yg menilai..kalau dia sampah..cukup la dia ada 1 customer..konpem kna band...xpayah nk ajar le itu sampah ini makanan...org lain pasti bijak menilai...ke korg xleh beza sampah dan makanan?
BalasPadamhaha.. ada lak org terasa kat sini ye? :) baiknya kalau dah ada dslr tu selidiki cmana cara nk guna baru tak kena boo dgn org pakai auto je.. hehe
BalasPadamyes fanboy/fangirl, menarik istilah2 ni, dan istilah ni bukan saja boleh guna utk brand2 atau gajet tertentu malahan juga bidang2 atau perkara2 khusus yang lain
BalasPadamAku sokong ngan statement n post ko mantot.. and disebabkan poser-poser nie jugakla dunia photography dah jadi tak sihat. Baru pegie workshop photography 2-3 hari dah terus bukak class ajar org plak..parah..parah...
BalasPadamSaya sokong pendapat hanee ghani dan mantot!
BalasPadamLambakan poser dslr buat orang yang betul2 dlm bidang ni pun turut sama rasa tempiasnya.
"sekurang2nya dia ada duit beli DSLR..apasal plak ko sibuk"
BalasPadamHahahahahahaha butthurt! Ni la jawapan org2 yg butthurt. kalo dh kalah ilmu tu, last2 guna alasan kekayaan utk sokong hujah. bodo giler. kamon la weeeyyyy!
Either he's just trolling, or he's a total idiot.
Anon, anda berdua tak kenal sapa Mantor rupanya. Kahkahkah.
BalasPadambut its true bro. kluar dgn kwn2, dslr tergantung di leher, dah bersepah. konon cool la tuh. noob tetap noob. baik main holga.
agaknya brader Anon nih 2 2 ada DSLR, tu yg terasa sampai lubuk hati.
BalasPadamhahahahahahaa...hencek anon terlupa nk bace kat comment box nie..
BalasPadam"Jika tak bersetuju dan nak maki aku,harap jangan pakai Anonymous."
aku ade dslr,n klu mmbr aku tny soalan2 gitu...9 dari 11 tu,insyaALLAH leh jwb ngn yakinnye..=)
I support you mantot!!...wahahahahaha
sejak akhi2 ni ramai tul dok tayang dslr kehulu hilir, terutamanya perempuan. siap x taruk dalam case lg. kena ragut baru padan muka
BalasPadamalang2 perli, ltak gambar hasselblad trus ko ye tot.. kekeke..
BalasPadamBtul, aku tgk ramai yg beli sbb trend.. sampai aku sendiri pun dah malas nak kuar kamera dah. aku lebih senang ambik gambar pakai digital camera je skang. aku jadi malas sebab budak2 yg baru up ni suka usha2 gadget org lain.. ye, aku pakai D70.. tp xyahlah nak jeling2 sambil wat muke "ceh, D70 je".
ada segelintir dak2 lak, bila ajak outing, xnak join. pg outing sendiri pastu kasi up kat FB, tag budak2 noob. dah tentu kena komen 'nice', 'lawa' 'perghhh..' dan sebagainya.. cuba tag kukubesi tgk ada bran x?
bila kita share pendapat, dorg reply balik mcm dorg dah tau semua.. baru pegang kamera 2-3 bulan dah berani buat wedding.. kursus apa pun xdak ikut. 50mm pun xd. charge sampai RM1K. gila kentang..
bab komputer pulak...aku kat umah pakai pentim 3 lagi..masih digunakan untuk menaip tugasan.
BalasPadamWalaupun pada persepsi aku pakai kamera henpon nokia aku 5MP dah cukup, tapi aku hargai minat budak-budak shutter.
BalasPadamAyat last kau tu mantot mcm nak jahanamkan motivasi budak dslr nak buka kedai. kau jangan. cuba pikir, kalau ramai2 pakat check in business wedding photo, bukan ke nanti rege dia kasi adjust ke sebelah kanan graf supply and demand. kan bagus tu.
kat kg aku satu gulung negatif 400 hingget, lantak la aku pakai kamera phone je gmbr kawin. 400 baik aku tempah hotel 5 bintang mana2 malam tu untuk projek kali pertama. lagi best.
Biaq p la mereka2 itu... arap2 mereka itu ade usaha nk belajar gune dslr... pd aku,duit beli dslr tu baik aku gune utk bende len yg lbh pekdahnya...hahaha
BalasPadamhaahaha point yang bernas!
BalasPadamkalo target bli dslr mmg tuk dpt income,bahaye gak tu..kalu mmg minat fotgrafi msti dorg bace manual,msuk forum,gi outing,join bngkel dll n nmpak hala tuju fotogrfi kat mesia ni camne..jgn jdkn sbg trend plak..hancus nnt..hehe
BalasPadam"kalau setakat ada minat, tapi tak disulami dengan bakat tak guna jugak...." kihkihkih..
BalasPadamaku guna Sony Alpha 200 jek..hua3..aku tibai je ISO ke apeture ke janji kuar gmbr yg aku suker..
BalasPadamTrend bro.. member gua pun ada gak jenis ni. sorang dh jebak pakai dslr, yg lain pun folo..
BalasPadamamik gambar sana sini, taruh dlm fb, teg sana sini. gambar haram gua tak tau apa beza kamera dslr dgn kamera fone. gua usha sama je.
dari apa yg gua npk melalui kwn2 gua tu, tu psl gua ckp benda ni trend.
gua pun ada kamera jugak. tapi jenis pakai kodak. tu pun dh jahanam! haha~
aku agree ngn ko mantot..haha, bdk2 niy sbnye bkn de dwet, bli DSLR pn pki dwet bapak dorg, nk ikot trend sgt, syap bli lense+flash sume2, poyo sgt pn de gak..aku bkn nk dengki ke pe,agk nyampah gak la, even ak de gak selai canon 1000d...hahahhaha, idop idong mantot!!
BalasPadamsuka point2 abg mantot dan point2 komen diatas!
BalasPadamtapi takpa, mula mula memang poseur, lama lama depa belajar la segala benda dslr tu.
ramai sangat keluar dengan DSLR, sampai naik malu kita nak keluarkan DSLR juga. baik pakai compact.
betul, sepupu aku baru budak archi sem 2, dah beli d5000. HAHA. tapi pic raya haram macam amik pakai digital cam je, digital cam lumix aku ni je pun lagi cantek gambar dia aku rasa. teknik n skil aku tengok xde langsung fangirl/fanboy ni. harap nak stylo je bila pegang dslr tu.
BalasPadamSetuju sgt dgn entry nih...trend X kekal lama...masa terus berlalu pergi...tp manusia terus mengejar train, oops silap! 'trend'.
BalasPadamSorry terkluar tajuk jap, Mantot, ko pernah layan drama Jepun 'Densha Otoko'(klau X silap aku tu kot tajuk nye) cite pasal mamat Otaku minat kat Awek 'cun gile' dlm komuter?
Klau dpt lepak borak2 ngan ko mesti best ek...
Drp,
Rakyat yg Setia mcm Haiwan Peliharaan.
(FYI:aku keje kat Nilai,stay kat Bandar Seri Sendayan,married,da lama X klua lepak2 ngan member,always Family 1st)
haha masih ada jugak ke org nk pakai dslr sbb trend je? mmg gamba2 dr dslr lawa tp sllnya yg gambo lawa2 tu dtg dr org yg mmg blaja la. the rest, gamba blur2 jugak kah3
BalasPadamdah la besar gabak, berat plak tuh. nk taruk dlm beg pn ssh. baik beli semi-pro. even x boleh tukar lens, tp boleh setting manual...cukup la tuh kan, nk tuka lens beriye2 last2 tangkap gamba awek ko dpn pavilion jugak kah3.
impian: lumix gf1 atau lx3 pn ckp la huhu
aku ade sebijik dslr dan aku tau hampir kesemua jawapan soalan2 ko. but that doesnt make me a photographer. dan aku paling benci bila sme orang tanya aku current price + 2nd hand dslr seolah2 aku ade sebijik kedai menjual camera.
BalasPadambesar tanggujawab pegang sebijik dslr nih rupanya..sigh.
Klau X reti guna, X pandai menilai quality pic, X de bakat, X de duit, X de minat, X de life...X de maknenye. DSLR tu apa?(bleh transparent kan/undress mana2 gamba amoi/aweks?)
BalasPadamDrp,
Jejaka Gatal
point yg bernas!
BalasPadamkehebatan seseorang jurugambar tu bukan terletak pada kamera nya tapi pada skill nya. bagilah kamera beratus ribu, kalau skill tu takde, macam shoot pun macam taik jugak hasilnya. tapi yg memang ada skill, pakai kamera handphone VGA pun die akan ambik gambar yg menarik.
so, kalau agak2 skill takat tekan sana sini pastu bajet power, LUPAKAN! adik aku umur 12 tahun pun boleh buat! HAHAHAHAHAH!
aku pernah jumpa seorang mamat dan kawan2 dia dalam forum photography yg agak top yang fanboy brand "C" dan kemudiannya terdengar cerita ada satu mamat buat wedding pakai brand "N" paling cikai,D40.
BalasPadam"Ak eleh...pakai D40 dah berani buat wedding.Nak buat wedding paling2 kurang mesti la pakai D90 ke,D200 ke..7D ke,5D ke..baru la sesuai.."
(Kalau tak paham apa nombor2 tu,baca la,tak penting pun,lagi bagus kalau korang cuba research pasal 11 soalan yang aku taruk kat posting tu)
Nak buat,buat la.Hardware hanya membantu kau.Kau suck,hardware kau akan suck.Hardware kau suck,gambar tu tetap akan jadi acceptable kalau kau hebat.
Masalahnya skrg ni...
mudah benar orang claim dia jurufoto..sebab dia ada kamera.
sorry to say..i just get lost when scrolling Google. no harm...this all is about to embarrassed peoples. then i come to this conclusion after all;
BalasPadam1. this blog writer is dumb. no info dan dia perasan bagus. can i see ur so called bagus photos? are u claim urself a phographer? are u earn ur life fully with cameras?
2. this comparison is stupid and meaningless. wasting time.
3. so called fanboy and fangirl are stupid too. y? a big company like nikon and canon yg kaya sebab korang beli barangan diorang...korang? korang just tau bertekak menyalak sana sini tapi dada kosong sebab malas timba ilmu. loser.
4. Buying a X/Y doesn't make you a photographer, it makes you a X/Y owner.
5. U want challenge? try film dslr or else just cut the crap. dont edit with any software then u know ur level.
just delete this entry and get a life, will u?
tu laa sebenar nyer..dslr jadi overrated sbb orang2 camnih. padahal tade ape pon..hak peribadi masing2 nak pakai camera ape pon. ade aku kesah? hahaha
BalasPadamaku suka entry nehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
BalasPadamkt open house stadium shah alam semalam, bersepah masing2 pegang dslr. bila jeling model dslr macam bukan noob punya level, tapi tiap kali ambik gambar guna 'live view'. kembong perut aku tahan gelak..
BalasPadamtudia aih translate seketoi2.. hehehe
BalasPadamyou might want to consider posting in malay for better understanding :p
by the way.. since when pulak mantot kata dia photographer? pornographer ye la..
setuju sangat dengan Daooze dan MakcikOrange
BalasPadambanyak anon butthurt lolol, bagi aku mantot ni faham pasal theory photography bagi dia cam slr pun buleh amik gambar.
BalasPadamkalo tengok soalan-soalan yang dia bagi tu dah lengkap untuk photographer, ada 2-3 jugalah buat aku konfius. yang butthurt tu guna camera mahal tapi guna AUTO kot haha.
tambah satu soalan lagi macamana nak set custom white balance? apa tu custom white balance? baru merangkumi kesemua sekali.
tak semua DSLR boleh buat custom white balance.
BalasPadamKau pegi kedai kamera,kau tanya dia ada jual Grey Card tak.Kad yang aku maksudkan tu sekeping kad berkaler kelabu 18% yang akan dijadikan guide untuk kau measure white balance kau.
Kamera akan baca kaler dekat kad tu dan akan setkan white balance kau secara automatik.
pakai kad kalau nak accurate.
kalau kau try2 sendiri boleh aje tapi kena paham situasi dan environment nya temperature warna.
aku rasa fanboys and fangirls knows how to answer that. tapi they will offended la kalau ko cuba compare. tapi kalau wannabe dorang tak tau ape2, tapi kalau ko compare, ada possibility dorg akan ditch their gadget and buy a new one.
BalasPadambior le anon tu.
BalasPadamdia kata aku dumb kemudian dia pegi kutuk jugak fanboy dan fangirl tu.setuju jugak dia sebenarnya.tah bila masa gua claim gua HANDAL ambik gambar.
sama2 dumb.fair la.
sayang grammar kau hancur lebur.
are you claim..
are u earn...
are u claim...
BalasPadamare earn??
blajo engrish dulu anon...
zzz...
ade sorg ni penah berkata tapi aku dah lupa sape..
BalasPadam"A great painter doesn't choose his brush"
ni jela aku pegang selama pakai dslr ni walaupun ramai kawan2 aku beli lagi power dari aku:)
Abang aku kata kamera tak memainkan peranan bila mengambil gambar yang berkualiti...ia berkenanaan dengan orang yang amik gambar tu....kalu kamera mahal riban2 pon kalu amik gambar cam hampeh buang masa orang je....aku ni blaja fotografi pakai Lumix je...dan tak berhasrat nak upgrade sebab aku still failed amik gambar kualiti jurufoto pro
BalasPadamoi tuan tanah, xtau ape2 pasai kamera xyah sembang la oiii
BalasPadamhampir separuh daripada soalan2 tu aku boleh jawab.
BalasPadambanyak lagi x tau ni. bz skang ni agak malas nak amik pic banyak2.
so ilmu stop skejap.
terasa gak nak beli dslr, tapi pikir2 balik agak x berbaloi kalu pakai pun sekali sebulan hmm...
pastu seminggu dua yg lepas ada kawan aku beli Sony Nex-3, perghh ni memang best. macam compact camera i.e. tak berat mcm dslr, tapi ada focusing capability like a dslr. tp mahal lagi benda tuh
double sigh...
siyes ramai anon butthurt kat sini...
BalasPadamhahaha...
aku rasa tagline airasia bleh diguna pakai kat sini. cuma kene modified sikit bagi jadi...
"kini semua orang pun buleh jadi fotografer"
hahaha...
kdg2 aku rasa aku guna kamera henset 3.2mp aku pun ada setengah orang yang konon bijak pandai pasal dslr tu takleh nak beza gambar diamik...
haihh... pro apa kejadah camni...
anon kalau butthurt AKAN cakap:
BalasPadam1) author tak tau apa dia cakap
2) author jeles sebab die tak de bende tu
sudah2 la anon...hahaha
aku? dslr? ak berpegang pada satu prinsip : tak kira jenis cam apa kau pakau, kalau kau di tempat yang sesuai, saat yang sesuai, kau akan dapat gambar yang elok.
letak gambar dgicam burok dalam FB pon, kalau gambar best comment 100++ jugak. ade album dslr juta2 pun comment seciput. ohyeaaa
Aku seriously rasa mamat anon ni pakai google translate.. kihkihkih pecah perut aku baca...
BalasPadamAku benci giler poser..
BalasPadamNak-nak apple fanboy
Poyo nak mati
lol.
BalasPadammende remeh cmni pun nak hujah sana hujah sini.
kite tgk skali pandang pun da tau la either he/she is a camera owner or guy/girl with the camera.
aku ni pun as amateur photographer skg pun da segan nak bawak kuar dslr sb?
kang kalo bawak kuar nnt dicop poyo/koya/mcm ko sorg ade dslr.
tp kene pk sampai bile nak peram dslr tu kalo tak g outing photoshoot outdoor?
to improve ourself beb.
semua photographer starts from zero.
so hrp korg simpan jela rasa menyampah tu dlm hati.
lantak lah kan user lain nak koya ke apa.
if korg berani g tegur/usha bro/sis with the dslr, tny ape url blog/website n tgk hasil dieorg.
jgn pakai cakap je sesedap rasa.
menyampah tu bukan dtg dr org yang ada DSLR...menyampah tu dtg daripada orang yang beli brand kamera DSLR tertentu dan kemudian claim kamera org lain tak bagus padahal dia zero pasal teknik,cuma rely dengan brand yang dia percaya mati-matian.
BalasPadamsbb tu title dia fanboy dan fangirl..ramai photographer yang terlalu bergantung sangat dgn brand2 sehingga lupa yang brand itu sebenarnya meaningless dalam pencarian ilmu photography.
either nikon or canon masing2 boleh capture a good image.
BalasPadammende2 ni seme kite dah tau kan from the ppl behind the camera.
not the camera itself tp tu kite tak nafikan lah jenis camera pun boleh jadi juga gmbr tu superb ke x depends kat specification that dslr lah.
kan?
agree?
pro takkan guna Canon 1000D instead of using Canon 50D or using D40 instead of using D300s.
masing2 ada kelebihan.
yeah fanboy/fangirl tu takpelah taksub sgt kot.
yg penting minat tu kena ada.
biarla start from compact camera pun kan.
orang lebih tau menilai mana satu yang terbaik ;)
shahira, bukan branding camera sahaja jadi penentu untuk dapat gambar cantik ttp lens juga main peranan. dapat 70-200mm f2.8 dan 16-35mm f.28 pon dah cukup untuk kaver apa jenis event pon...cume sport kene lebeyh skit..:-D tapi yang penting skali the person behind the camera itself. Mcm mantot ckp tu aku setuju sangat-sangat mengenai fanboys dan fangirls coz ramai sangat poser-poser yang menyakitkan mata dan hati aku dan kawan-kawan aku yang dah lama berkecimpung dalam bidang ni. Kalau betul-betul nak belajar, kami dengan senang hati boleh ajar, cume jgn blaja 2-3 hari pastu bukak workshop sudahla.. hehhee...tima kacih.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamRasa nak cium tangan ko...cium2 sangat2 tot (dapat duit raya x?)
BalasPadamHonestly, post ni bukan sahaja merungkai permasalahan manusia yang suka ikut trend dan juga suka amik gambar sendiri (mostly yang ada DSLR amik gambar sendiri, xpaham aku) Tapi juga sifat segelintir manusia yang penakut sebab menghina pandangan orang lain tanpa mendedahkan identiti sendiri.
Aku rasa ruang ni elok je sebagai tempat untuk discuss.
mAne tau ada yang kami salah faham terhadap FANBOY/FANGIRL
kawan aku pernah kata
BalasPadam"klu pakai kamera besar, susah nak ada gambar ko dalam kamera ko tuh"
aku fikir2, betul juga. beli ribu2, nak bagi orang pegang camtuh je. mesti la berat hati nak bagi
aku pun memang xsuka dengan size DSLR
mane ade yg kecik cam handset
seb baik sony ericsson ada yg 12 mg lebih tuh
tapi xde duit lagi nak beli
ti ada duit lebih, insyaallah la kot rembat satu. =P
cuma ingat2 la
"orang2 yg membazir tu saudara syaitan"
nak beli apa pun, beli la
asal jangan membazir
ISLAM marah tau
~ Mr Somebody ~
true story
BalasPadamade kawan
diorang 4 orang
4-4 pakai DSLR!
pergh!
gile kentang!
masing ikut trend
beli lah sume lens bagai
sampai 5 ribu ok!
student kot.
last2..
"weh,amek r kan gambar..gambar aku lak takde langsung dalam gambar.."
aku mahu gelak guling2 dengar
yg buat ak pikir 4 5 kali nk bwk kuar DSLR noob ak sbb ni la... xpasal2 di cop fanboy... huhuhu... da la ak baru lg dibidang nih... bknnyer tau sume jwpn kalo org tanye... skit2 tu blh la...
BalasPadamtp ak taram je, lantak la org nk ckp ape... xbwk kuar cmne nk improve... kan??? noob2 pon mahal gak beli, dari simpan baik pakai...
tp xde plk ak terpikir sampai nk buat duit... kalo ltk watermark pon xnk bg org mudah2 claim gambar kite jd gambar die je... walaupon hudoh... wakakakakaka...
kah kah kah. ujung minggu pegi bukit broga.
BalasPadamakhir nyer aku pakai canon G11 je la..
BalasPadamnow everyone can own a DSLR and claimed themselves as a photographer. who gives a fuck? haha
BalasPadamOkay, this is the first time I agree with ur post. I mean, TOTALLY agree. I dont know why, I feel annoyed and irritated with so called DSLR-ownner-yang-konon-cool-tapi-xtau-apa2. Heh, no offense.
BalasPadamSgt setuju dgn matot. Soklan2 tU sumer aku leh jwb kcuali Sunny 16 tuh (thanks sbb kasi tmbah ilmu aku).
BalasPadamAku amatur dlm DSLR nih. Start suka lyn sbb dlu aku minat sgt manipulate gmbar pkai photohop pastu suka amik gmbar org wlaupun aku xde gmbar time majlis tu.(dan aku x pndai posing)
Mula2 dlu bli 350D terpakai..berguru dgn mbr aku 2mlm sbb nk pahamkan knp org bli dslr ape kelebihanye. Ble dh dpt, pegi shot sana sni pastu aku kecewa sbb gmbar aku mcm point n shoot je. Blaja lagi smbil ushar2 kamera lain sbb rs x puas ati (noob katekan..hehe).
Pas dh keja bli D90 upgrade sana sni..last aku penat sbb aku rasa aku byk buang ms kat technical berbanding skill. Pastu aku stick dgn apa yg ada. Blaja dan blaja..aku perasan minat aku pada strobist. Then aku start baca2 psl photographer yg wat 365 yg kemudiannye aku tau..dia pun mcm aku belajar dari bwh dgn apa yg ada.
Pnh try join wedding. Setup dgn sorang mamat nih pastu dia nk letak harga mahal2.. aku argue ckp baru lagi watpe nk mahal...tp sb dia mcm power aku lynkan. Sblum wedding dia ckp dia suka shot outdoor je..gmbar time sanding kat mana2 majlis kawin sama. Aku lynkn. Lps tamat majlis aku tgk sumer gmbar outdoor die buleh tahan tp gmbar indoor aku agak kecewa...xreti nk aplikasikan flash dgn shutter. Pastu aku mls dh..aku pkai SLR ni utk hobby. Kalo member2 rapat suruh shoot baru aku wat. Tu pun aku letak harga rendah. Support tambang aku pegi balik.
Skang ni aku lg suka lyn dslr utk kepuasan sendiri. Sbb aku kembali kpd sbb aku bli dslr utk create beautiful image..bukan create duit.
Debate psl brand benda pling aku mls..kalo org mintak pndpt aku lg suka ckp; kalo mbr ko ramai pki brand X ko bli brand X sbb ko leh tukar2/pnjam2 lens.
Xpyh ssh2 nk compare antara top 2 brand sbb dua2 kuar produk yg specnya sama.
uish anon kutuk ko tot? stakat SLR manual tuh celah gigi mantot je..siap tere wat pinhole camera lagi. apatah lagi cuci gamba sendiri..mantot tu the next ansel adams ok.
BalasPadamtot..aku dah backing..banje jamming jom? hehe
Salam,
BalasPadamhanya ign bagi pendapat dan x berniat nak menyebelahi mana2 pihak atau menyakitkn hati mana2 pihak...
pada pndangan aku, biarlah apa pon korang nak bli.dslr ka, keta lambo ka, smua duit korang.tp bg aku, kalau beli dslr, tp x tau apa2 mcm na nak gna, x da gna jgak.kalau asyik pakai auto(p) ja, x discover bnda lain, baik guna digtal camera biasa.x salah nak bli, kalau nak belajar sbb dia still satu ilmu dan agama galakkan kta utk mencari ilmu baru.tp kalau sekadar nak menunjuk, memng dah salah niat tu.aku sbgai pgguna film slr memng berfkir pnjang utk bli dslr sbb bnda tuh mahal n x mau membazir duit aku beli bnda tu.sesapa yg dah bli/baru beli, tp niat nak menunjuk, cpt2 tkar niat, n belajarlah sedalam yg mgkin pasal dslr/slr.bla dah niat btul, bruk pasal kta dah dpt dosa blik.ok terpnjang plak komen.haha.salam
entry ini memang terbaik!
BalasPadamyg tak tahan dgr, ''kalau aku pakai dslr musti gambar lagi cun''..
mcm gampang! pakai jela apa2 camera skalipun,kalau tangan tu dah ala2 parkinson,kualiti gambar sure ke laut lah!
Gambar dari cam biasa dan diedit sikit lebih berbaloi dari DSLR cam yang kemudian di edit jugak..
BalasPadamklu korang nak kahwin n nak tempah photographer
BalasPadamkorang salin semua soalan mantot kat post ni then korang tanya
klu si photographer tu bleh jawab semua, beres
klu x? rebes
ahaks
~mr somebody~
hahaha. aku pun pakai Dslr dan aku pun pernah buat gak cam ni kat kwn2 aku yg baru beli dslr ni secara tidak sedar. hahaha. memang aku angguk2 senyum2 je lah.
BalasPadamarticle ko memang real lah! *thumbs up*
ha. meh tambah lagi. empat tempat utama untuk mencari fanbois/fangirls.
BalasPadam1) bukit broga.
2) putrajaya.
3) KL (klcc, taman tasik whuteva)
finally no 4) adalah dekat UPM dua minggu lagi.
sebab ada GRADUATION! kahkahkhaaahakkk
Nih aku ada tulis tips2 mengambil gambor cun.
BalasPadamXkira lah pemilik DSLR ke, camera digital biasa ker, camera fon ker, sume leh follow tips nih, janji gambor korang CUN!
Photography Tips
aku ade ramai member yg pakai camera camni... dan yg aku perasan la kn... those yg btul2 tere amek gmbr & ade seni tersendiri biasanya :
BalasPadam1. bole jwb sme soklan mantot tuh dgn sekali lafaz tanpa perlu rujuk google
2. xkn terasa dgn komen2 mantot neh (maklum la, besenye org pro terima komen2 ni secara positif)
3. xde la gembar gemburkn kat org len yg die ade camera bru & promo servis secara besar-besaran.
aku sbnr nye x kesah sgt if fanboys/fangirls ni bk bli dslr brape ratus pn, tp klu takat bli mahal2 pastu gantung kat leher... pastu amek gmbr bru sbln 2 then claim da tere amek gmbr... mmg agak poyo la kot..
baek aku guna duit tu utk bli transformers rodimus masterpiece. sekurang2 nye hati aku puas, impian aku ms kecik tercapai~
ramai sial butthurt, ahahahahahahahaha
BalasPadamaku fangirl.mengaku.setuju.tapi,aku hasut kawan aku supaya dia membeli nikon kerana mudah kami nak berkongsi lens.ish.
BalasPadamgreat mantot... entry kalini sgt menarik... mntk izin post di FB ana...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamdulu henset orng tertentu je pakai.. skang harge da murah, jd trend..
BalasPadamdulu laptop orng tertentu je pakai
skang harge da murah, jd trend..
dulu dslr orng tertentu je pakai
skang da murah, jadi trend..
senang kate, kalu mende da turun harge neh mmng jadi trend je la..
btw.. aku minat gak amek gambar..
pakai dslr membernyer jep..
kalu nak wat wedding photoshoot..
xberani la.. sian la kat diorang, harge newbie ngan otai same taraf
tp kualiti...
IMO, kalau sy cari contohnya wedding photographer sy suka yang mahir tangkap the essences of the moment into the pics..
BalasPadamdi mana kalau di photoshop tak perlu la berlebih2han sebab kalau pics amateur macam mana pun tapi kalau mahir photoshop kompem picsnya lawa2 kan...
so pokoknya more essence,less photoshopping.. :)
ada sesiapa bleh recommend kan wedding photographer sebegini?
'arif : ni lu nak plessing ade nex-3 ke ape? fuck gile perangai
BalasPadamaku redha mantot....redha.
BalasPadamAku kesian budak-budak sekolah yang ada cita-cita nak jadi photographer sebab buat syok dengan DSLR yang mak bapak belikan. Last-last belajar tah ke mana, lepas tu jadik wedding photographer je. Banyak pikir short term. Memang nampak cepat je dapat duit, but for how long?
BalasPadamUnless kau betul-betul rajin, take really really good photos and have great business skills. Memang boleh pergi jauh. Then go ahead.
Tapi. Aku lebih respek yang jadik doktor, engineer, architect, dan ambik photography as a serious hobby, and maybe for some even for side income. Tu memang terbaik.
Komen aku kejam macam tak mengalakkan orang jadi photographer je. Hahaha.
Aku sebab dah memang malas. So aku ambiklah ni sebagai profession aku. Ahahahaha. Sadis.
stakat gantung dslr kt tengkok semata2 nk nmpak kool, bleh blah la gua cakap sama lu org..x kool pon...nk kool, p makan aiskrim mat kool....hahahaha
BalasPadamlast last aku jugak yang hensem.ye tak?
BalasPadamaku menyampah betul dengan ada anonymous ckp dia "lost when scrolling google" sebab bajet nak cakap english dalam blog bahasa melayu tapi english dia berterabur HA HA HA HA kau butthurt ke sayang?
BalasPadamsoalan-soalan tu aku tatau Sunny 16 je. Tapi sekarang ni, nak bawak keluar DSLR pun malu sebab tanak dikaitkan dengan fanboy/fangirl ni. Dah la camera pun D40 je, bawak keluar pun orang jeling.haihh..
BalasPadamTapi pakai kamera cikai pun best apa. Sebab ko tau kamera ko cikai dan banyak kelemahan,memang ada motivasi nak amik gambar lagi cantik, sebab nak buktikan fotografi bukan sekadar hardware, tapi bakat dan kesungguhan :)
http://www.loveydoveydoo.com/2010/01/wedding-photographer-takde-idea-lain-ke.html
BalasPadamHaving A DSLR camera is a trend..
BalasPadamtak caya sila berjalan ke Pavi di hujung minggu, dan I'm sure you pasti nampak dua tiga budak jalan sambil sangkut kamera gedabak kat leher
over rated..:)
HAHAHAH. tq! aku pun macam seybuk2 jugak nak ber'dslr' but just not yet, tapi aku tak kisah lah sape2 nak ade dslr, yang penting kau ambik gambar aku. Hehe
BalasPadamsalam...
BalasPadamseronok baca entri sini.aku baca semua tanpa skip satu pun comments kat sini.bagus juga perbahasan ni. Ye, tak dinafikan ada betulnya sesetengah pendapat tu, tak perlu la aku ulangi yg mana dah terulas pun. tapi aku kurang setuju kalau student habiskan wang utk beli DSLR KECUALI lah mmg parent dia TRULY kaya.
Kita kena accept fenomena ni, dulu HARGA DSLR sangat mahal. So hanya yg benar-benar serius sahaja akan beli. Tapi... sekarang harga dah jatuh hingga ke tahap MAMPU-MILIK utk rakyat Malaysia, so dari segi kaedah sains nya tentu ramai yang akan mampu-beli. Macam komputer la, dulu harga komputer mahal, even pegawai class pertengahan pun belum mampu nak beli komputer. Sekarang ni, hampir semua ada komputer tak kira umur...
Kita kena accept fenomena ni. Dan tentang perasaan menyampah tu, buangakan saja jauh2. Tak perlu itu semua. Aku kalau nampak budak2 bawa DSLR, aku gembira tak kisah lah dia terer atau tak. Aku rasa nak pegi je jumpa dorang dan jadi kawan. kan best ramai kawan sealiran dan se-minat.OK kan. Anggapkan mereka semua kawan2 aje. Kalau kita terer, kita ajar depa. Benda yg selalu aku ajar kat kawan2 ialah pasal kegunaan filter neutral density,kat mana nak beli dan sebagainya. Kalau dia terer, dia juga akan ajar kita something. Ilmu semakin bertambah kan kalau disebarkan. Kawanlah dengan mereka. Huuu... ni pendapat aku aje. Nak promosi sket blog haku bleh? harap dibenarkan...
Kesimpulan aku: aku seronok tengok fenomena DSLR ni dan mereka semua tu kawan kita. nasihatilah mereka kalau mereka buat tak betolll..
http://www.flickr.com/photos/rreezman
http://peninjau.blogspot.com/
biar la nak jadi fanboy..
BalasPadamaku fanboy Nikon tau... tp aku suka Canon sebab Paklan punye lens L dia complete... boleh pinjam.. besst!! boleh pakai 1D Mk4 dia.. fuhh laju tu... gilos.. nanti aku nak try pinjam 2 minggu. nak oprek jadi IR la mk4 dia tu.. hahaha....
tp ape pon NIKON THE BEST!!!
fanboy mode : on
trend baru melanda masyarakat kita..weekend je ramai yg bwk dslr wat photoshoot dgn kwn2..kira bagus lh 2 sbb senario sebegini x wujud dlm era 90an..ada yg serius belaja..ada yg hanya show off..menurut kata seorang photographer otai 'they just camera handler,not a true photographer!'terrer photoshop..ada dslr..dh bole jd photographer!hmm..apa nk buat..bisnes aku pn dh slow skrg ni sbb lambakan ramai photographer instant..rezeki masing2 la kn..terima je lh..saya suka dgn semua soalan yg dikemukakan..semuanya adalah formula yg saya belaja dulu..bynk lagi lingo2 photography yg patut kita tau spt barrel & pincusion distortion,vigenetting,depth of field,inverse square law dll..kalau minat mesti tau semua 2..kita semua boleh pandu kereta..tp x ramai yg boleh pandu kereta sehebat schumacher..so mulai skrg..klo serius nk amek gamba..cabarlah diri sendiri..sblm photoshoot..tutup screen belakang dgn kad hitam.guna setting manual.jgn tipu2..bila dh abis shoot..bru boleh menilai tahap mana anda berada..selamat mencuba!
BalasPadamyeah. suka comment di atas. memang menyampah kadang2 ramai orang pakai dslr tapi tak reti nak guna. asyik guna auto. tapi nak wat cmne kan nak jadi trend. semua nak show off.
BalasPadamfanboy? sya pengguna canon. dan to be honest. antara canon ngan nikon, x ada bnyak beze pon. semua bergantung kepada pengguna. rasa mcm nak spec ni beli la yang spec ni. dan klu nak tolong mmbe kita bli dslr ni spatutnya kita recommend ikut di bukan ikut kita. letak keperluan dia dulu. hehe
bgus post ni. hehe
Pada pandangan sy, terpulanglah kpd individu nak menggunekan dslr ataupun compact dll. Kalau di UK atau negara2 maju lain, harge dslr murah je..jd tak rugi pape pun..sama ada mereka tahu ape itu aperture ataupun tak..tak menjadi masalah kerana ramai orang2 skrg niat waktu beli hendak bergaya tapi lama kelamaan mereka develope skill masing2..bukankah semua ini ilmu..jd tak perlulah nak mencari kelemahan dan mentertawakan kelemahan orang lain. Kalau anda ditanya kenapa beli Mercedez benz tetapi tidak beli toyota vios..apekah anda tahu nak menrangkan tentang enjin?
BalasPadampernah terjumpa D3s user yang tak tau apa beza matrix n center weight metering. pernah juga terjumpa org lama yang berkeras f2.8 is the best for any situation. pernah juga terjumpa a now 5D mark II user yang jadi arif tentang kamera dalam 2 bulan jer.. Poser tetap ramai di luar tu, its just a trend.. bila dah abis season, the die hard genuine users yang tinggal di arena nie.. so, jangan sangka yang baru tu bodoh, yang lama tu hebat... though it is true, even i get annoyed with all this users yang gantung kamera kat leher sambil jalan kat shopping center, tapi kena patut kita judge dia org? biar la yang berduit tu abiskan duit dia org cara dia org nak.. yang penting, kita tau siapa kita... kalau dia tak tau apa tu f-stop, berilah peluang dia belajar.. when ISO was know as ASA, and when CCD/C-MOS was merely a film, it was way too expensive.. skrg, murah... menjana income jugak untuk org2 yang buka kedai gambar tu..
BalasPadammajulah sukan untuk negara...
cheers,
kalis..