Azman resah memikirkan mengenai perkahwinannya.Sudah terlalu lama dia berkahwin dengan isterinya, Nina tetapi sehingga sekarang masih belum sekalipun isterinya mengandung.Tidak pernah langsung isterinya mengandung.Sudah hampir 3 tahun lebih Azman mencuba.
Selepas makan malam yang hambar,Azman duduk di sebelah isterinya menyatakan kemahuannya untuk mengajak isterinya berjumpa pakar,manalah tahu ada apa-apa yang tak kena pada mereka.Nina menolak,dia kata tak perlu.Cubalah lagi,katanya.Mungkin rezeki mereka belum tiba.
Azman sedar,rumahtangganya bosan.Tidak ada apa-apa lagi percikan api asmara yang muncul untuk menghangatkan suasana.Semuanya menjadi rutin,seolah-olah apa saja yang dilakukan mereka dirasakan seperti siaran ulangan yang selalu keluar di mana2 channel Astro.Nina kebelakangan ini endah tak endah sahaja mengenai penampilannya.
Asyik-asyik kain batik,baju t-shirt bergambar penyu yang dibelinya di Terengganu.Menyesal betul Azman membelikan 4 pasang t-shirt bergambar penyu itu tapi berlainan kaler.Setiap hari ditatapnya gambar penyu tu sehingga naik mual rasanya.Paling cantik Nina hanyalah pada waktu pagi hari apabila Nina ingin keluar bekerja..itupun dapatlah ditatap Azman beberapa minit.Makan malam juga semakin lama semakin mudah masakannya.Nasi putih,telur goreng,ikan masin.Kalau pun ada variasi,ditukarnya ikan masin jadi ikan goreng.Kuahnya selalunya kicap.Yang lainnya hanyalah kicap manis atau masin malam itu.
Azman mengeluh panjang bila sampai dirumah,keadaannya gelap.Nina masih belum pulang.Sudah hampir Maghrib.Azman memasang lampu dan duduk termenung disofanya.Terlena sebentar dia di sofa,sedar2 Nina sudah pun berada di depannya memohon maaf kerana ada kerja yang perlu disiapkan di pejabat.Azman hanya mengangguk dan bangun beredar ke bilik mandi.Hari ke hari,Nina makin lambat pulang ke rumah.Banyak sangat ke kerja yang perlu dibuat,fikir Azman.
Tidak mahu bersangka buruk,Azman hanya mendiamkan diri tapi sudah hampir kerap benar Nina pulang ke rumah hampir jam 10 malam.Sehinggalah satu hari apabila Azman tak dapat bertahan lagi,ditunggunya Nina di luar pejabatnya selepas waktu kerja.Dapatlah Azman melihat kelibat Nina keluar dari pejabatnya,masuk ke kereta dan berlalu pergi.Azman meminta pemandu teksi itu mengekori kereta Nina.Mahu dilihatnya apa yang dibuat isterinya itu.
Sampailah mereka ke satu restoran yang agak jauh dari hiruk piruk ibu kota.Azman turun lalu membayar tambang teksinya.Dia tercegat berdiri di situ sementara teksi itu berjalan pergi.Azman melangkah perlahan menghampiri tepi restoran itu kemudiannya mengeluarkan telefon bimbitnya,pantas mendail Nina."Nina,awak kat mana?Hari ni kena stay ofis lagi ke?"tanya Azman."Ak aah,hari ni Nina kena stay ofis lagi...ada hal sikit la abang.." beritahu Nina.
Nina bohong!Fikir Azman. Senyap2 diintainya celahan tingkap yang meliputi sekeliling restoran itu.Dapatlah matanya menangkap kelibat tubuh Nina sedang duduk di satu meja yang agak ke dalam sedikit."Haram jadah punya jantan!Siap kau aku ajar kau!"gertak Azman,dalam hati.Matanya pantas,melilau mencari siapa yang duduk semeja dengan isterinya.
Gugur jatuh hati Azman tatkala melihat isterinya sedang duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan yang bertudung labuh dan agak sopan penampilannya.Bertepuk tampar dan saling bergelak ketawa.Pada waktu itu terjawablah segala persoalan pada dirinya kenapa selama ini hubungan mereka agak dingin....
Azman kaku,terpinga-pinga di luar restoran.
"Bini aku.....les....bi....an..?" (Bersambung)
oo..mesti bini die tengah carikkan calon untuk jadik madu die tu..tu alim alim sikit..sambil tu harap harap subur supaya dapat zuriat ngehngeh
BalasPadamhaha ciot tol bersambung..
BalasPadamaduyai..hahaha
BalasPadambest2..xsabar nk bace smbungan cerpan tu..hikhik..
BalasPadamCepat bro. Potong stim pepagi nak keje nih.
BalasPadamadehhh.. bersambung plak..
BalasPadamtot.. bila nk sambung nih....
esok aku sambung.
BalasPadamhahah.adeh
BalasPadamKo ni Tot, aritu cite Gay..ni cite Lesbian lak...hai...arah mana otak blue ko ni? hehehee..
BalasPadamaku pn rase smbngn die mcm yg anon September 30, 2010 1:17:00 AM citer. btul x? haha
BalasPadamKe kita kena vote ending crite nih....
BalasPadamtak sabar nih...
DC
siut mantot!!...
BalasPadamcepat la smbung....
debar2 nie....
tak ah, mantot da sebut kat title tu, suami,isteri & ibu mertua... tu musti mak mertua, dia yg tak perasan tuh..
BalasPadamisteri pegi mengadu, si azman asyik tido je kat umah..malas keje, tau2 nak anak..cakap je pandai. setakat adiah baju cap penyu ape barang! beras kat umah pun tak cukup la wei!
Apapun, jgnlah menipu suami. Berdosa juga tu. Gi minta maaf cepat2.
BalasPadamcter LESBIAN plakk... adeyh... cpt2 wat sambungn yer en mantot.. huhu
BalasPadamKo ni mantot..pandai buat ceritera berbaur seks ye. cam raja azmi hahahahaha. eh ko penah keje ngn dier kn? hahaha
BalasPadamaku masih tggu citer cinta agung (part brp tah..dua ek?) ko sampai skrg? sambung la weh
Gua tertekan la baca cerita bersambung2 ni. boleh buat jiwa kacau mcm ni, duk predict2 ending dier. tlg jgn siksa jiwa gua. sambung cepat2 weh! ha ha ha!
BalasPadam