Ogos 31, 2010

Menentang Kapitalisme : Terima Kasih British,Our Savior,Our Hope,Veni Vidi Vici!


Sempena ulang tahun ke 53 kepulangan Tanah Melayu daripada tangan perampas iaitu Britain kepada kerajaan Tanah Melayu,aku ingin mengucapkan terima kasih kepada:

1. Tunku Abdul Rahman
2. Tan Cheng Lock
3. Tun Sambanthan

kerana telah mengorbankan masa dan keringat mereka ke luar negara untuk mengadakan rundingan demi rundingan untuk mendapatkan kembali Tanah Melayu.Tanpa jasa dan pengorbanan mereka sudah pastilah kita masih lagi di bawah jajahan British.Aku juga berbesar hati kerana dengan kepakaran pemimpin2 lama kita dalam bermesyuarat,semua hak2 dan hasil tanah bumi Tanah Melayu telah berjaya diselamatkan.

Terima kasih juga kepada Kerajaan British kerana telah memulangkan semula Tanah Melayu kepada tuan punya nya.Tanpa penjajahan British sudah pastilah Malaysia tidak akan dapat diwujudkan.

Bergembiralah semua rakyat Malaysia.

Raikanlah detik gemilang ini.Sambutlah Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 53 secara besar-besaran kerana kita semua wajib bergembira atas jasa baik pihak British yang sudi memulangkan semula tanah yang telah mereka rampas.

Selamat Menyambut Hari Kebebasan ke 53!

Sebelum anda keluar clubbing dan bersuka ria,fahamlah dahulu,apa benda sebenar yang anda sedang raikan itu.

Seorang pencuri curik kereta anda kemudian beberapa tahun kemudian setelah puas dia berjalan merata2 dengan kereta anda dan tak pernah servis pun,dengan tiba-tiba pencuri itu memulangkan kereta anda itupun lepas anda terkantoi dia tengah drive dan anda merayu2 mintak balik kereta anda.Adakah anda berasa gembira tatkala anda mendapat semula kereta anda itu?

Ogos 30, 2010

Menentang Kapitalisme : Apa Sebab Anda Nak Jadi Perempuan Paling Seksi di Dunia?

Aku cerita pasal ramai perempuan jadi seksi sebab pengaruh daripada barat,korang pegi bantai pempuan tak pakai tudung.Soalan aku mudah aje;


Gambar diganti dengan gambar yang lebih tak 
senonoh atas permintaan.

Aku cukup suka tengok perempuan pakai macam ni.
Apatah lagi dengan mesej yang cuba disampaikan dan lukisan tangan 
di baju yang diletakkan di tempat2 yang strategik.Minah ni memang lawa.
Kalau aku nampak sure aku letak tangan aku ganti logo baju tu.

Perempuan dilahirkan dengan sifat malu,jauh lebih tinggi dari lelaki.Kalau Maya Karin mintak aku bukak seluar depan dia,aku akan bukak tapi jika aku mintak Maya Karin selak kain depan aku,konfem aku akan menggelupur kekecewaan.

Jadi,mana datangnya sumber perasaan seseorang perempuan tu bila :

1. Dia pakai baju,nak kena tunjuk cleavage
2. Pakai seluar mesti nak ketat
3. Pakai skirt mesti nak singkat
4. Gaya berjalan mesti nak kena meliang-liuk

Adakah itu godaan setan?Atau nafsu perempuan?Aku tak rasa benda tu nafsu.Mungkin lebih kepada attention seeking.Berapa ramai yang kat sini ada rasa malu2 kucing bila pakaian anda tak seseksi,se-glamour atau se-vogue rakan-rakan anda yang lain?Takde pun orang yang menjawab kenapa dia kena berpakaian seksi?

Adakah sebab dia rasa diri dia tak cun jadi seksi adalah satu-satunya cara untuk dia mendapatkan perhatian? Kadang2 yang paling seksi dalam satu grup perempuan adalah perempuan yang paling diharapkan untuk memakai sebanyak mana pakaian yang dia mampu,harap maaf kalau terasa atau kata aku kutuk ciptaan Tuhan tapi,benda ni benda betul,mana2 pun boleh nampak fenomena ni.


Aku cukup memandang rendah kepada mana-mana perempuan yang pakaiannya ada tertulis "Sexy" atau "Georgous" di dada atau di punggungnya.Perempuan2 seperti itu adalah...attention whore. Tah la,pada aku,perempuan tu dah memang nurani dia malu,jadi bila perempuan tu dah tak berapa malu,dia bukan perempuan.

Ogos 27, 2010

Menentang Kapitalisme : Adakah Anda Ada Rasa Keinginan Untuk Jadi Perempuan Paling Seksi di Dunia?

Trend baru gadis Melayu yang perlu disemai ke akar umbi neraka.

Antara benda yang aku paling tak paham sekali dalam dunia setiap kali aku menonton siaran sukan adalah; kenapa pakaian atlit perempuan perlu lebih seksi dan terbuka berbanding dengan atlit lelaki? Cthnya; kalau kita tengok sukan tenis,bandingkan pakaian Roger Federer dan Venus Williams.Atau pakaian Tiger Woods dan Michelle Wie.Nak lebih local,tengok baju Shalin Zulkifli dan mana2 player bowling lelaki negara.

Kenapa Shalin Zulkifli perlu berseluar pendek? Kenapa lelaki pulak yang berseluar panjang?Apa salahnya Shalin Zulkifli memakai seluar panjang?Adakah dengan memakai seluar panjang akan membataskan pergerakan seorang wanita dalam sukan?Pada aku takde beza pun.Kalau betul berpakaian seksi membantu pergerakan atlit wanita kenapa tidak di applikasi kepada atlit lelaki juga?

Adakah naluri seorang perempuan itu memang suka menayangkan tubuhnya?Tak semua perempuan macam itu tapi aku tanya ikhlas ni,adakah anda ada rasa urges untuk berpakaian seksi?

Banyak betul NGO yang wujud untuk mempertahankan hak wanita daripada dieksploitasi.Girl power!Woman's right!Hak wanita untuk sama rata dengan lelaki!Jangan jadikan wanita habuan halwa mata lelaki!Tapi macam mana nak sekat mata lelaki yang memandang kalau fesyen baju nampak pusat dah berlambak2 jual merata-rata?Jarang betul aku jumpa baju lelaki berkain jarang sehingga boleh menampakkan nipple di dada.

And so,we go back to the basics.Perempuan tidak mahu dieksploitasi.Tapi kenapa masih ramai lagi budak Melayu nak jadi Gadis Litar untuk perlumbaan Cub Prix kat Malaysia ni?Atau masih ada lagi muka2 "pelakon meningkat naik" yang berendam dalam kolam untuk Majalah Mangga.

Adakah sebenarnya perempuan tidak suka dieksploitasi....tapi mereka suka perhatian yang diperolehi apabila mereka rela mengeksploitasi diri sendiri?Pernah tak korang nampak sekumpulan lelaki berjalan ramai2 pakai short sambil short itu ditarik ke atas sket untuk menampakkan sedikit "cleavage skrotum" mereka?Tak pernah kan?Sebab kita tau kalau ada lelaki buat macam tu,salah dari sisi undang2 Malaysia.Menunjukkan alat sulit di khalayak ramai.Tapi..kenapa cleavage tidak salah?Kenapa butt crack tidak salah?Kenapa nipple tersembul tidak salah?Kenapa cameltoe gadis Melayu kadang2 dapat dilihat?Takde ke orang yang nak tengok cameltoe lelaki kalau ada seorang lelaki hensem dan kacak nak tunjuk?

Kadang2 gadis2 Melayu ni dia pakai seksi bukan sebab dia suka,tapi sebab dunia masa kini sudahpun mengajar "gadis mesti seksi" dan ramai gadis Melayu mengekspoitasi diri mereka kerana itu adalah trend.Pakai tudung?Mesti pakai baju dan seluar ketat.

Senyap2,sifat manusia makin berubah.Yang nurani semulajadinya malu jadi makin tak malu.

Bila ada demand,supply perlu diwujudkan.Sebab itu bila kita tengok rancangan2 keperempuanan macam America's Next Top Model atau The Hills dan apa saja rancangan yang melibatkan Paris Hilton BFF (Rancangan televisyen paling bodoh dalam dunia),jelas sekali perempuan2 di dunia sedang diasuh untuk menjadi bitches atau skank yang tidak mampu berfikir sendiri.

Kepada yang sudah terpengaruh,terima kasih kerana memenuhi permintaan masyarakat lelaki global.

Ogos 26, 2010

Gosip-Gosip : Cinta Beberapa Ela

Gosip-gosip ada menyatakan Roslin Hashim,player badminton negara yang paling kacak telah pun bercerai untuk kali KEDUA selepas perkahwinan pertamanya.Malangnya,Roslin meneruskan tradisi "kahwin cerai sekelip mata" dan terus mempertahankan rekodnya.Untuk pengetahuan anda yang tidak tahu,perkahwinan pertama Roslin kekal selama 12 hari dan perkahwinan nya yang kedua telah pun berakhir selepas lebih kurang 30 hari.Tapi aku tak nak menulis pasal Roslin.Aku nak menulis pasal gosip2 yang mengatakan Roslin Hashim bercerai dengan isteri keduanya kerana perempuan lain...iaitu pengarah kontroversi;Raja Azmi.

Adalah seorang dua makhluk yang mempersoalkan kenapa Roslin nak dekat Raja Azmi.Komen2 yang aku baca menulis Raja Azmi dah tua,selera Roslin pelik dan sebagainya.Tapi mereka tak paham!

Sebagai seorang yang pernah bekerja bersama Raja Azmi; aku boleh simpulkan begini...Raja Azmi memang hot.Walaupun dia dah berumur tapi dia mampu membuatkan aku "mempunyai fikiran jahat" dan mempunyai imaginasi nakal.Benda ni bukan aku seorang aje rasa.Ada lagi seorang member aku mempunyai pemikiran yang sama.Dia memang hot.Daya tarikan dia sangat2 sensual,seolah2 mempunyai vibe seorang "DOMINATRIX." (Google kan sendiri apa maksudnya)

Jadi,kepada sesiapa yang tak paham lagi;aku jelaskan lagi sekali.Raja Azmi memang hot.Aku tak main2.Aku ikhlas ni.Kalau betul Roslin Hashim bercerai sebab Raja Azmi aku boleh la paham kenapa.Dia memang hot.Ada sesuatu dalam pandangan mata dia yang mampu membuatkan lelaki jadi lemah.

Sayangnya,Roslin Hashim tidak hot.

Ogos 24, 2010

Menentang Kapitalisme : Bagaimana Sistem Kapitalisme Mampu Menelanjangkan Anda?

Sistem kapitalis sangat handal dalam membuatkan masyarakat dunia ketiga merasai sifat inferiority apabila kita tak punya produk mereka.

Detik paling menggembirakan bagi seseorang adalah apabila seseorang itu berjaya beli barangan branded.Betul bukan?Tipulah kalau anda tak ada perasaan macam itu apabila baru saja selesai shopping di butik2 upscale,branded dan mahal? Apatah lagi bila anda pulang ke rumah dengan sehelai t-shirt Adidas berwarna hitam dengan logo Adidas terpampang besar di dada.Gaya jalan pun tiba-tiba bertukar kerana bangga "anda pakai baju Adidas."

Mana datang perasaan hebat tu?Adakah perasaan hebat itu datang dari diri anda sendiri atau sebenarnya datang daripada baju yang anda pakai itu?

Sedarlah, you are nothing but a moving billboard atau dalam BM nya~ Anda hanyalah sepasang iklan bergerak.The worst thing is; anda yang membayar mereka untuk mereka menjadikan badan anda sebagai iklan percuma mereka.Jika logo-logo mereka tidak ada pada badan anda;anda rasa longlai,lemah,tidak yakin.

Mudah bukan sistem itu?Mereka buat produk guna khidmat buruh murahan,jual kepada anda dengan nilai yang tinggi kemudian jadikan anda sebagai tukang iklan mereka.Jika tiada produk mereka,anda loser,low class civilian bila beli kasut Bata.

Berapa orang kat sini bila beli kasut jenama Power,orang tanya kasut apa tu,anda akan jawab,"kasut ni beli kat Bata aje....brand Power" dengan muka malu. Cuba kasut tu kasut Nike...konfem jawapan anda,"ni kasut Nike yang terbaru,aku baru beli,harga dia ok la dalam 3 ratus lebih.Ada shock absorber kat sini.Design dia cun la,ada 3 choice colour...dapat paperbag Nike.Kasut ni teknologi yang paling latest,aku lari rasa macam terbang."

Aku pernah nampak ada seorang lelaki Bangladesh terpaksa pakai kostum yang diperbuat daripada karpet dekat Nilai 3 Negeri Sembilan (pusat beli belah kain dan karpet) sebab dia kena promote kedai karpet kat situ.

At least kostum dia free....dan dia dibayar gaji.

BA ALIF BA YA BA ALIF CHA WAU LAM !


Jumpa mamat ni...sagat skrotum dia dengan kertas pasir gred halus.

Ogos 23, 2010

Menentang Kapitalisme : Peniaga Kecil-Kecilan Habis Dibaham Raksasa Hypermarket

Isteri aku adalah seorang gadis desa yang tak berapa mahu beli barang-barang dapur dekat hypermarket.Jadi hari tu aku gi dengan dia beli barang2 nak masak untuk bersahur.Komen dia masa beli barang hari tu,"ni apa bawang buruk benar ni?Apsal sayur dia macam layu aje?Takyah lah beli ikan tu,semua ikan lama.."Sepanjang hidup dia,oleh kerana dia duduk di kawasan luar bandar,jadi segala keperluan harian dapur di beli di pasar-pasar tani atau pasar malam.Aku terpaksa bersetuju dengan pandangan dia mengenai kualiti barang2 yang di jual di hypermarket jika dibandingkan dengan barangan-barangan yang dibeli direct oleh peniaga2 pasar tani.

Boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia terlalu bergantung dengan hypermarket,membuatkan kualiti barangan yang mereka beli menurun.Kualiti barangan hypermarket...agak hampeh.

Cuba lihat sekeliling kawasan tempat anda tinggal,ada berapa hypermarket?Jika ada hypermarket,cuba kira berapa bilangan kedai runcit kecil-kecilan yang ada.Jika tiada hypermarket,sudah pastilah masyarakat di situ akan bergantung dengan kewujudan pasar tani dan pasar malam yang kebanyakan peniaganya adalah warga tempatan.

Hypermarket-hypermarket yang wujud bagai cendawan mencerminkan status sesebuah kawasan.Jika anda nak beli rumah,anda mesti akan usha sama ada tak hypermarket di sekitar kawasan rumah itu.Hypermarket sudah menjadi satu simbol sesebuah kawasan.Tetapi,kewujudan hypermarket sebenarnya banyak menutup peluang  orang tempatan berniaga.Tanpa kita sedari sebenarnya hypermarket menjadikan orang tempatan lebih miskin.

Nilai aliran duit kini dikawal oleh beberapa buah syarikat sahaja.Jika kita masuk ke hypermarket,kita akan dapat lihat terdapat pelbagai department yang menjual pelbagai jenis benda.One stop shopping centre.Semua benda ada.Nak beli sayur,nak beli buah,nak beli TV,nak beli pakaian,nak beli kasut,nak beli makanan...semua ada di situ.Tapi apa nasibnya kepada peniaga-peniaga Melayu yang berniaga sayuran di pasar tani?Atau peniaga Cina yang membuka kedai barangan elektrik di rumah2 kedai?Bisnes mereka kebanyakannya merosot dan lebih teruk lagi,banyak kedai-kedai terpaksa gulung tikar.

Apabila masyarakat Malaysia terlalu bergantung dengan hypermarket2,ini menyebabkan duit kita semua hanya tertumpu kepada syarikat-syarikat itu.Tidak akan wujud lagi rakyat tempatan yang hidup senang kerana berniaga kerana semua aliran duit hanya akan pergi kepada pihak-pihak tertentu.

Yang lebih menyedihkan lagi,duit kita kebanyakannya diperolehi oleh syarikat-syarikat yang berasal daripada luar negara.Kerajaan selalu menyebut salah satu cara untuk memajukan ekonomi adalah dengan memastikan duit Malaysia tidak terbang ke luar negara tapi sayang...cakap tak serupa bikin.Mungkin faedah kutipan cukai yang diperolehi oleh Kerajaan daripada syarikat2 pengelola hypermarket ini lebih tinggi berbanding kutipan cukai yang dapat diambil daripada peniaga kecil-kecilan,tapi sebenarnya kita sedang melemahkan ekonomi orang kita sendiri apabila kita terlalu bergantung dengan hypermarket2 itu.

Setiap hari pasti ada berita "menggembirakan" apabila keluarnya pengumuman "Syarikat XYZ akan membuka hypermarket mereka di kawasan tempat tinggal anda." Majoriti kita pasti akan menyambut baik berita ini,kononnya nilai hartanah akan naik dan taraf kawasan anda akan jadi lebih popular.Walaupun kewujudan hypermarket ini menggembirakan anda,anda perlu sedar,anda sedang mengorbankan kualiti barangan harian anda dan syarikat2 besar ini mungkin akan memastikan matinya perniagaan rakyat di tempat anda.Sedarlah,tujuan hypermarket membuka cawangan di kawasan anda bukan untuk membantu anda....takde kaitan langsung dengan komuniti.It's all about business.

Kualiti atau kuantiti?Nampak hebat atau nampak sederhana?
Kita akan makin tersepit dan yang kaya akan jadi bertambah kaya.

Mungkin ramai yang akan membantah apa yang aku tulis ni,tapi cubalah ke pasar tani sekali sekala.Lihat perbezaannya.Beli ikan kat pasar tani,beli ikan kat hypermarket..rasa ikan tu bila siap dimasak konfem lain. Seperti kata isteri aku,"buat apa beli ikan yang dah berapa minggu duduk dalam peti kalau kita mampu beli ikan yang baru pagi tadi diambik kat jeti."

Ogos 21, 2010

Cerpen Tiada Moral : Ahmad dan Wang RM50 Miliknya

Ahmad sedang bergegas ke sebuah bangunan yang terletak di tengah-tengah kota metropolitan Seremban.Bos nya,merangkap Pengarah syarikat Encik Amin sedang menghadiri satu meeting projek juta-juta bersama beberapa orang tokoh dan orang-orang penting Malaysia.Encik Amin pulak sangat genius,dia boleh pulak tertinggal thumbdrive yang diperlukan untuk presentation waktu meeting itu.

Mungkin kerana bosan di ofis akibat tidak ada apa-apa kerja,setiausaha Encik Amin iaitu Suzana atau nama panggilan manja nya Sue ingin turut serta sambil melihat keindahan jalan raya Kuala Lumpur.

"Laju jugak kau bawak Mad,"kata Sue dengan muka ketakutan."Rilek,rilek,aku dah biasa,"jawab Ahmad.

"Toot toot too,"henfon Ahmad,Nokia 3210 berbunyi.Ahmad menjeling telefonnya,"Aiseh,bos sudah call.." Sue merenung muka Ahmad,"Takpe,meh aku jawab.Kau konstret driving."

"Eh,takpe,takpe,aku jawab,aku selamba aje drive sebelah tangan.Otak aku mampu memproses dua pemikiran berasingan dalam satu masa." Ahmad pun memicit butang "Jawab" dan kedengaran lah suara Encik Amin sedang memaki hamun bertanya "KAU KAT MANA?APASAL LAMBAT SANGAT?KAU BAWAK KERETA KE BAWAK KURA-KURA?"

"Rilek bos.Saya dah dekat dah ni.5 minit lagi sampai!"jawab Ahmad.Sue hanya mendengar cebisan2 makian Encik Amin daripada bunyi2 yang kedengaran sipi2.Ahmad pun membelok ke Jalan Chan Sow Lin dan tiba-tiba ada road block di depannya."Aiseh polis!Pakai seatbelt!Bos,nanti saya call balik!Road block!"Ahmad meletak telefon.Sue tenang saja,seat belt dah pun diikat kemas ke pinggangnya yang seksi dan diidamkan ramai lelaki tua dan gatal.

Ahmad kelam kabut memakai tali pinggang dan berenti betul2 depan seorang polis trafik."Cik,mintak maaf la Cik,tali pinggang ni jam..." rayu Ahmad."Mana boleh Encik,tali pinggang tu wajib dipakai.Dah la tadi saya nampak encik tengah cakap telefon,kan?" Ahmad kelu sekejap."Tadi tu bos saya call cik,takkan tak nak jawab kot?" rayu Ahmad.

Polis itu diam sambil merenung Ahmad."Camne nak setel ni Cik?Tali pinggang tak pakai,memandu sambil cakap telefon?Banyak kena saman ni Encik.."

"Aa..saya ada sikit je ni Cik,cukup la kot.Takyah la saman2 ni.." kata Ahmad sambil menyelitkan wang RM50 dicelah2 buku saman polis tu."Encik,jangan buat lagi ya?Boleh jalan.Assalamualaikum,"kata polis itu.Ahmad pun meneruskan perjalannya.

"CILAKA PUNYA POLIS MAKAN RASUAH!BURN 50 DUIT AKU!"jerit Ahmad langsung tidak sedar dia sebenarnya adalah punca kecelakaan.

Ogos 20, 2010

Cerita Ramadhan : Peristiwa Silam Yang Meningkatkan Keyakinan Diri

Ada satu masa dulu dalam tahun 1999,sewaktu aku kurus dan muda,aku baru balik dari kelas.Sebab aku lapar,aku gi food court nak makan.Dengan kepala berserabut penuh dengan benda2 yang dipanggil networking,aku pun jalan la ke arah food court sambil otak tengah ingat pasal programming,satu benda yang aku cukup tak suka,dengan lecturer dari India yang ayat English nya siap ada pelat Tamil sket2.

Waktu aku tu masih lagi mat rempit yang hanya mampu membawa sebiji EX5 jadi kat tangan aku mesti aku pegang helmet.Dari jauh kalau orang nampak aku mesti takut dengan baju serabai tak pernah bergosok dan seluar jeans yang mesti carik2 kat bahagian kaki sebab aku suka tempah jeans labuh2 biar jalan sapu lantai sekali,senang sket kerja makcik cleaner.

(Aku tempah jeans bukan sebab aku kaya,aku tempah sebab waktu tu pinggang aku kecil,jadi tidak ada jeans ready made yang mempunyai kepanjangan yang cukup untuk cover 45 inci panjang kaki aku.Kalau aku pakai seluar tu dan seluar tu tergantung,gadis2 pasti akan menjauhkan diri.)

Aku gi makan nasik lauk ayam.Dah kenyang dan aku nak jalan balik ke arah motor "superbike" aku,tiba-tiba ada seorang minah senior yang bergaya ala-ala ranggi tegur aku.Aku tak kenal dia pun tapi memang aku perasan dia dah tunggu aku habis makan agak lama kat situ (gadis hot tidak bertudung sangat mudah dihinggapi oleh mata aku)

"Hey!" kata dia.Aku pun jawab la balik "hei" jugak.

"Takde bang,saya ni sebenarnya nak carik talent untuk jadi model, kitorang ada fashion show nanti under faculty," kata dia.

"Huh?Model?Bior betol?" tanya aku."Iye!Ok apa,nanti kitorang guide la camne camne.." jawab dia.Aku pusing kepala aku tengok sekeliling mana lah tau aku sedang menjadi mangsa rancangan kamera tersembunyi.

"Tak nak lah.Terima kasih la.Saya tak reti catwalk.Bearwalk boleh la," jawab aku.Aku blah dari situ sambil memberikan satu senyuman paling manis dekat minah tu.Minah tu cuba jugak memujuk aku dari jauh siap buat2 gaya "please..please..." Ingat aku cair?Apa dia ingat semua orang kacak berangan nak jadi model?

Aku balik apartment cerita kat member,takde sorang pun percaya cerita aku.Jadi,aku cerita kat korang pulak.Nak percaya ke tak,suka hati.Yang aku tau,ada minah cun mintak aku jadi model fashion show.Aku yakin dengan pandangan mata minah tu jadi semenjak hari tu aku belajar satu benda yang aku tak pernah tau pasal diri aku sebelum tu...

"Aku hensem macam model."
Terima kasih.

Ogos 19, 2010

Prolog Siri Menentang Kapitalisme : Salesman Apple Yang Annoying


Kenapa bila seseorang itu menggunakan produk dari syarikat Apple secara automatiknya dia akan menjadi spokesperson,marketing executive,salesman,tukang demo dan tukang iklan syarikat Apple?

Ogos 17, 2010

Nasihat Rosmah Kepada Mereka Yang Terumbang-Ambing Di Lautan Gelora Kerana Beraya Tanpa Suami

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menasihati isteri dan keluarga anggota tentera yang terpaksa bertugas di dalam dan luar negara semasa Aidilfitri supaya bersabar dan tabah menghadapi
situasi tersebut.Katanya, beliau sebagai seorang isteri begitu memahami perasaan apabila suami yang juga ketua keluarga terpaksa meninggalkan keluarga demi menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada negara meskipun pada sambutan Aidilfitri.

"Percayalah, saya pernah melalui situasi yang sama ketika suami saya (Datuk Seri Najib Tun Razak) pada ketika itu bertugas sebagai Menteri Pertahanan terpaksa meninggalkan saya di Rome disebabkan beliau ingin menyambut Hari Raya dengan anggota tentera kita yang bertugas di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Bosnia Herzegovina.

"Ketika dalam perjalanan pulang, helikopter yang dinaiki beliau 'delay' (lewat) dua jam disebabkan ada anggota rombongan yang sesat dan dalam masa dua jam itulah saya ni cukup risau memikirkan keadaan suami saya dan masa dua jam tu pula terasa lama, ibarat macam 20 hari," kata Rosmah.

............

Komen : Kalau Rosmah boleh survive 2 jam dekat Rome,apa salahnya rakyat merana suami terpisah dengan keluarga,isteri beraya sorang dengan anak-anak?Sama aje...ingat lah,bukan anda seorang yang menderita raya berseorangan,Rosmah juga pernah merasai penderitaan itu.Tak reti bersyukur la rakyat Malaysia ni.Cuba beraya sorang2 kat Rome,apa rasa dia? 2 JAM!2 JAM!Kalau aku terpaksa beraya 2 jam sorang2 kat Rome,memang aku gila agaknya!

Yang paling penting...persoalan sebenar dia..kenapa dia tak ikut suami pegi Bosnia Herzegovina?

Ogos 16, 2010

Bangun Sahur Makan Nasi,Tengok Bola Pagi Hari


Hukum karma.

Ps.- Aku ngantuk tak cukup tidur.Esok aku update.
Selamat Berbuka Semua!Hujan lebat...tidur sedap ni,lagilah sedap kalau
orang tersayang (yang sudah berkahwin) ada kat sebelah.

Ogos 13, 2010

Ogos 12, 2010

Rungutan Seorang Suami Yang Lonely


Aku tak berapa sihat sehari dua ni.Jadi hari ni,aku gi beli makan nak bukak puasa.Masuk aje waktu maghrib aku pun tibai kueyteow goreng.Hampir-hampir aku muntah.Aku makan separuh aje lepas tu aku buang.Aku makan pulak burger daging,langsung tak rasa apa-apa sedapnya.Nasib baik aku ada beli cakoi 3 batang cicah dengan kuah pandan.Sedap jugak rasanya.

Bila aku demam,badan jadi tak sedap,makan apa pun jadi tak lazat,aku terbau asap rokok pun aku boleh muntah.Dengan kepala peningnya,mulut rasa tak sedap dan jantung yang berdegup kencang lebih daripada biasa.

Waktu aku demam,aku hanya mampu terbaring dan tengok benda2 yang takde faedah kat komputer.

DAMN YOU KEMENTERIAN PENDIDIKAN ATAU JABATAN PENDIDIKAN ATAU SIAPA2 LAH YANG JAGA TRANSFER CIKGU SEKOLAH, SEBAB BUATKAN AKU DUDUK ASING-ASING TERPISAH DENGAN BINI AKU!

Ogos 11, 2010

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan


Aku ada seorang kawan,
Nama dia Ramadhan,
Pandai jaga hati kawan,
Sayang dia kaki pempuan.

Ramadhan juga kaki kereta,
Habis semua awek diangkutnya,
Dia tak peduli siapa,
Asal awek nak ikut dia.

Tapi bila bulan Puasa,
Ramadhan berenti buat dosa,
Alang-alang bulan puasa
Kalau boleh nak kejar syurga

Lalu Ramadhan berenti berplayboy,
Mana taknya hampir-hampir kantoi,
Ramadhan serik nak jadi toyboy,
Bukak puasa minum asam boi.

Bila saja 1 Ramadhan.
Gua demam tiba-tiba.
Cerita ini cerita rekaan.
Aku tak tau nak tulis apa.

Cilaka buffet McD pun dah RM24 sekarang!Masa aku pegi dulu RM17 aje.

Ogos 10, 2010

Menentang Girl Power Bahagian 01 - Suami Anda Masih Suami Anda

Aku diajukan satu soalan oleh kawan aku yang dah berkahwin agak lama dan ada anak seorang."Tot,camne perasaan kau marah kat awek dengan marah kat bini?Ada lain tak?Aku kadang-kadang ada gak rasa nak lempang bini aku bila dia melawan cakap aku..sebelum kawin takde pun aku rasa camtu.Kau camne?"

Secara ikhlas dan terus terang,aku pun menjawab,"Lepas kahwin ni kalau marah kat bini darah yang menyirap tu agak lain,dia punya mendidih tu lain."

Member aku mempunyai masalah di mana kehidupan dia agak terlalu dikontrol oleh isterinya membuatkan kadang-kadang dia rasa terlalu diikat sehinggakan banyak keputusan hal rumahtangga ditentukan oleh isteri. Mana nak duduk,mana nak menetap,rumah nak beli kat mana,nama anak,apa nak makan,keluar makan mana,makan apa...semua tu ditetapkan oleh isteri.

Dan,isteri tu jadi makin kuat apabila keluarga belah isteri tu tu pun menyokong anak mereka membuatkan menantu mereka ni agak tertekan.Seorang suami yang tertekan macam tu kebarangkalian dia untuk makan luar atau kahwin lain adalah sangat besar,kerana...jika seorang lelaki yang sudah bergelar suami,hilang kuasanya sebagai seorang suami,dia akan menegur isteri dia atau lebih kejam lagi, memberontak.Kecuali dia dayus.

Dan member aku ni pun agak kuat memberontak.Mungkin kerana hidup dia terlalu teruk dikawal dia buatlah macam-macam.Come on la,nak ajak isteri keluar jalan2 pun susah.

Aku rasa,perasaan paling teruk yang boleh dirasai oleh seseorang lelaki adalah apabila isteri tu melawan cakap dia.Apa yang lagi teruk dari tu?Seorang isteri yang menggantikan tugas suaminya dalam membuat keputusan dan si suami tu terpaksa berdiam diri kerana tak nak isteri berkecil hati.Ramai kaum isteri menggunakan taktik kecil hati dan merajuk untuk mendapatkan kemahuan mereka.Adakah diorang tak sedar sebenarnya mereka memperkecilkan tugas sebenar seorang suami yang dia setuju nak kahwini sebelum tu?

Raya dah dekat.Mesti akan ada kisah-kisah suami isteri bergaduh sebab berebut nak balik kampung masing-masing.Persoalannya, kenapa sampai bergaduh?Kahwin nak,kenapa tak nak patuh pulak?

Ogos 09, 2010

Pengguna Genius : Doktor Kucing Ku Suka Miao-Miao Dengan Ku

Minggu lepas saya bawak kucing saya pegi klinik haiwan di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Kucing saya kena infection dekat kulit dia. Jadi dah jumpa doktor dia bagi la ubat antifungal dengan syampu. Ubat tu untuk seminggu, lepas tu kena 'rehat' seminggu, lepas tu sambung lagi seminggu. Tu kira method of treatment dia la. Dia tulis dekat botol ubat tu tarikh dia 10/7/ - 16/7. Untuk hari Sabtu 10/7 tu doktor dah bagi time dekat klinik, jadi saya bawak balik la ubat untuk 6 hari seterusnya. Saya bayar RM55 untuk ubat dan consultation.

Pada hari Rabu 14/7 saya bagi ubat kat kucing saya tapi saya tengok ubat tu macam dan nak habis sangat-sangat. Memang tak cukup untuk sehari pun lagi. Sebab klinik tu dekat je, saya ingat nak singgah la waktu balik kerja suruh dia tambah ubat tu sebab mungkin dia tersilap sukat ke apa ke time dia bagi tu.

Sampa di klinik, saya explain la dekat pekerja belakang counter. Dia masuk lepas tu bawak keluar satu botol baru dan suruh saya bayar RM30. Saya kata saya nak suruh dia top up je. Maka dari sini bermulalah perbalahan. Dia kata diorang tak pernah silap sukat ubat, bagi lebih ada la. Lepas tu kata mungkin saya yang silap sukat waktu bagi ubat. Time ni memang dah marah dah. Silap saya sekarang diorang dah ambik botol tu jadi tak ada bukti ubat tu tak cukup. Lepas saya argue dekat situ dia kata kena jumpa doktor. Bila saya kata nak jumpa doktor dengan kerek nya penolong tu kata doktor busy. Saya tanya lambat ke sebab time tu dah nak maghrib jadi saya nak cepat dia kata "kalau nak cepat memang tak boleh la, doktor tengah busy".

Jadi saya kata saya balik dulu, nanti saya datang balik. Botol ubat tu ada dengan diorang. Malam tu saya datang balik, penolong tu still kata diorang bagi ubat cukup. Bila tanya doktor kata apa, dia kata doktor pun kata diorang tak pernah silap sukat ubat. Lepas tu dia keluarkan botol ubat saya dan tunjuk kat saya. Diorang tambah ubat!!! Dia kata ni botol saya kan, ubat dia cukup je. Marah nye!!! Nak tipu pun beragak la! Lepas tu saya kata nak jumpa doktor jugak. Doktor dia pulak perli-perli kata saya tertumpah kan la, apa la. Lepas tu dia kata "Ok la, kita tambah ubat la". So saya ingat dah settle la.

Jadi keluar balik kat kaunter depan tu, dia bagi 'botol lama' dengan botol baru. Botol baru tu memang lebih banyak ubat dari yang lama. Apakah??? Tapi lepas tu suruh saya bayar lagi RM15. Saya tanya la kenapa, dia kata memang doktor suruh. Time ni saya dah malas nak layan saya bayar dan blah je.

Saya tak paham kenapa diorang tak boleh mintak maaf lepas tu tambah je ubat tu. Susah sangat ke nak kata mungkin tersilap sukat. Tak boleh buat silap lansung ke??? Kenapa ada orang buat business macam ni ye?

Reza,
Bangi

Komen - Aku takde komen.Aku kurang arif mengenai doktor haiwan cuma aku sangat berminat nak tengok orang bawak lipas ke,katak ke,cicak ke,pegi klinik haiwan dan cakap kat doktor tu "Apa sakit pet saya doktor?Dia dari semalam tak lalu makan"


Aku nak tau berapa doktor haiwan akan cas untuk consultation camtu.

Ogos 06, 2010

Bahagian 3 - Kerja?Kau Jual Skill atau Masa Kau?

Aku cukup tak suka satu law pekerja kat Malaysia ni yang menyatakan;

"Jika seorang pekerja bergaji lebih RM1500,dia tidak layak dapat overtime claim."

Banyak syarikat-syarikat di Malaysia ni mempergunakan undang-undang ni untuk mengerah habis-habisan pekerja dengan alasan kena kejar deadline,pekerja perlu stay kat ofis sebab takut2 ada job masuk dan sebagainya.RM1500..bukannya eksekutif sangat pun nilai gaji tu kalau itu yang dikira sebagai "Gaji Eksekutif."

Ramai jugak rungutan-rungutan yang aku dengar daripada pekerja-pekerja government yang bergred 41 apabila diorang tak boleh claim tapi staff gred 27 boleh claim,jadi perbezaan total gaji+elaun tak banyak beza...dan biasanya pekerja bergred 41 ni pun kena buat overtime jugak,tapi overtime tak berbayar (ada sesetengah Kementerian aje yang bayar jugak overtime claim untuk gred gaji 41 ke atas tapi tak semua)

Lagilah teruk bila kita nak bercerita pasal syarikat swasta.Jadi,kalau benda2 camni,aku akan ikut back to basic.Aku ambik pengalaman aku lah ya.

Satu masa dulu aku kerja satu company,gaji aku RM2000.Tapi stat keje pukul 9,biasanya balik pukul 11 malam.Maknanya aku dah kerja 14 jam.Jadi,nak senang,kita ambik average aku kerja 12 jam sehari,5 hari seminggu.

Pengiraan dia;
RM2000/22 hari = RM90.90 sehari.
RM90/12 jam = RM7.50 sejam.

RM7.50 sejam dan itu tak termasuk lagi dengan aku kena kerja weekend dan lain-lain.Paling teruk satu masa tu,aku hanya cuti hari Ahad saja dalam sebulan.Jadi dalam sebulan aku dah kerja 26 hari.

RM2000/26 hari = RM76 sehari
RM76/12 jam = RM6.33 sejam

Selagi undang-undang kat Malaysia ni tak mengambil kira nasib pekerja dengan lebih serius,kualiti hidup orang-orang Malaysia akan makin parah.Biasanya syarikat-syarikat akan mengambil kesempatan dengan menulis dalam kontrak;"Jika anda diperlukan untuk bekerja di dalam tempoh luar waktu kerja,anda diperlukan datang untuk bekerja tanpa overtime claim."

Kerajaan haram tak membantu langsung nak improve situation ni.Nak buat camna?Benda dah sign kan?Biasanya waktu tu aku bekerja dalam sekitar 60 jam lebih seminggu.Undang-undang ada tapi undang-undang banyak betul loophole nya.Jadi pekerja2 senang benar dibuli kerana ramai majikan tahu,diorang ni nak bekerja.What's the point ada undang-undang "gaji Rm1500 tak dapat overtime" kalau banyak company tak boleh pun ikut law satu hari tempoh bekerja adalah 8 jam,seminggu 40 jam?

Mau spend masa dengan keluarga dan bergaji kurang?Atau mau spend masa di ofis tapi bergaji besar sket?Pilih!Cuba kira balik berapa sebenarnya anda dibayar.Mungkin gaji anda bunyinya besar tapi..sebenarnya kecik.

Masa atau duit?Ramai sangat orang sekarang pilih duit sebab tu kualiti hidup kita walaupun berharta tapi sebenarnya agak rosak dari segi kekuatan institusi berkeluarga.So,berapa value anda untuk bekerja sejam di tempat kerja anda?

Ogos 04, 2010

Murid Yang Keliru Diajar Oleh Cikgu Ber- IQ Enam Belas


Pihak bomba padam api,
Gunakan air.
Cikgu syok sendiri,
Otak kat batang pelir.



Perasaan Insecurity Menjadikan Aku Pemalu Tapi Pervert

Katy Perry
Zooey Deschanel


Kadang-kadang bila tengok cermin,mesti kau ada terfikir,"muka aku ni macam sapa?"

Seronok jugak terfikir nak tengok diri sendiri ni rupa macam mana daripada pandangan orang lain.Sama jugak macam aku selalu terfikir,"Besar sangat ke aku ni pada pandangan orang lain?Apasal orang lain pandang aku penuh dengan unsur2 ketakutan?Adakah aku menggerunkan?"

Sure korang pun ada rasa insecurity macam tu.

Ogos 03, 2010

KAU PANGGIL AKU PAKCIK!?

Lepas berkahwin,perhentian RnR dah jadi rumah ke empat aku.Isteri aku suka betul berenti situ.Lagilah aku tak paham bila dia suka betul kopi ais Dunkin Donut yang pada aku takde la sesedap mana.Dah la RM4.20 satu...aku yang kedekut ni selalulah membantah kalau dia nak beli tapi sebab isteri aku nak jugak,biarlah.Lagipun selalunya dia belikan aku satu.Heheheh

Jadi hari tu,aku gi la surau kat situ nak semayang on the way nak ke KL.Sampai aje kat koridor menghala ke surau ada la budak pempuan dua orang mintak derma."Pakcik,pakcik,derma untuk anak-anak yatim,"pinta diorang."Sekejap ye anak-anak,pakcik semayang kejap.." kata aku sambil dalam hati memikirkan "adakah aku seorang pakcik sekarang ni?"

Aku pun setel urusan dan jalan la balik ke arah budak dua orang tadi."Dari mana ni?"tanya aku."Kitorang dari Madrasah kat Kedah,"jawab budak tu."Kedah kat mana?" Budak tu terkaku kejap.Lepas tu dia diam."Takpelah.Pakcik sedekah aje lah.Kalendar tu simpan,"kata aku.

Jadi aku dan isteri aku pun meneruskan perjalanan ke Perak.Selesai urusan kat Perak pantas kembali balik ke Negeri Sembilan.Lalu highway lagi,berenti RnR lagi.Gi semayang zohor,jumpa dengan dua orang budak lain mintak derma untuk madrasah sambil pegang kalendar dan penanda buku yang sama dengan budak2 yang aku jumpa awal pagi tu."Pakcik,pakcik,derma untuk anak-anak yatim.." Sahlah..aku dah level pakcik.Takpe,takpe.

"Adik ni madrasah kat mana?Camne boleh ada kat sini?"tanya aku.

"Kitorang dari Madrasah kat Port Dickson,"jawab budak tu ikhlas nampaknya."Ohoho,Port Dickson ye?Takpelah,pakcik dah bagi kat diorang yang jaga belah sana tu sambil aku tunjuk RnR Seremban menghala ke KL."

"Tapi apa salahnya pakcik bagi jugak derma kat kami.." dia buat muka kesian.
Lu panggil gua pakcik lu nak buat muka kesian dengan gua...

"Dik,dik,nak tanya sikit,apasal budak2 yang mintak derma kat belah sana kata Madrasah ni kat Kedah,adik pulak kat Port Dickson?" tanya aku.

"Oh...saya orang Kedah pakcik!"
Tiba-tiba pulak dia jadi orang Kedah.

PS - Aku tau nak berderma ni kena ikhlas,macam orang Melayu selalu kata bagi aje la asal niat kita betul...tapi,sebab aku orang Kedah dan kat Kedah memang banyak kes-kes tipu "derma pembinaan madrasah" ni...aku akan terus skeptikal.Apatah lagi bila nak bina Madrasah kat Kedah tapi mintak derma kat Seremban.Berapa kos nak pegi balik tu?Lepas la kot beberapa bijik batu bata dan sekampit simen.Langsung tak financially viable.

Aku tak tau budak tu menipu ke tidak cuma aku tau diorang menipu,bila diorang panggil aku pakcik.Sebab kalau diorang panggil aku abang,mesti isteri aku jeles.Bagus budak-budak ni.Pandai hormat orang tua.

Ogos 02, 2010

Korea Utara Adalah Satu Negara Yang Sangat Fascinating Untuk Ditelaah


Selepas tewas ketiga-tiga perlawanan mereka pada WorldCup 2010 baru-baru ni,pemain-pemain2 Korea Utara telah diterbangkan kembali ke negara mereka.Kemudiannya.....mereka telah dihukum kerana memalukan negara mereka,oleh kerajaan dan rakyat.Apakah hukuman itu?

Setiap pemain dalam pasukan itu diminta berdiri di atas sebuah pentas yang didirikan dihadapan 400 orang penduduk Korea Utara yang terdiri daripada atlit dan menteri.Kemudiannya,selama 6 jam,mereka akan dikritik dan dihentam sehabis-habisnya oleh 400 orang tadi.Kutuk dan cakaplah apa saja yang diorang nak selama 6 jam.Kemudiannya..selepas habis sesi 6 jam itu...

Pemain-pemain Korea Utara pula diberikan masa untuk mengutuk dan mengkritik jurulatih mereka sesuka hati mereka.Kemudiannya..bagaimana dengan jurulatih itu pula?

Dia akan dihantar ke mana-mana tapak pembinaan untuk bekerja.Sama ada untuk seumur hidup atau tidak,tak pasti. Jika mengikut tradisi Korea Utara,bolehlah dikatakan,hukuman yang dikenakan itu agak ringan.

Itu adalah hukuman yang dikenakan kepada pasukan yang layak masuk World Cup.

Bagaimana pula hukuman yang sepatutnya diberikan kepada pasukan yang tak dapat pun layak World Cup,dengan Myanmar pun biasanya kantoi,gaji besar,training facilities banyak,stadium besar,makan minum cukup dan biasanya berbinikan artis?Selalunya,pujian2 dihamburkan untuk pasukan itu.

"Ini adalah kebangkitan era kegemilangan pasukan bolasepak Malaysia!" kata Hasbullah Awang selepas setiap kali team Malaysia menang mana-mana game.