Ogos 17, 2010

Nasihat Rosmah Kepada Mereka Yang Terumbang-Ambing Di Lautan Gelora Kerana Beraya Tanpa Suami

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menasihati isteri dan keluarga anggota tentera yang terpaksa bertugas di dalam dan luar negara semasa Aidilfitri supaya bersabar dan tabah menghadapi
situasi tersebut.Katanya, beliau sebagai seorang isteri begitu memahami perasaan apabila suami yang juga ketua keluarga terpaksa meninggalkan keluarga demi menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada negara meskipun pada sambutan Aidilfitri.

"Percayalah, saya pernah melalui situasi yang sama ketika suami saya (Datuk Seri Najib Tun Razak) pada ketika itu bertugas sebagai Menteri Pertahanan terpaksa meninggalkan saya di Rome disebabkan beliau ingin menyambut Hari Raya dengan anggota tentera kita yang bertugas di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Bosnia Herzegovina.

"Ketika dalam perjalanan pulang, helikopter yang dinaiki beliau 'delay' (lewat) dua jam disebabkan ada anggota rombongan yang sesat dan dalam masa dua jam itulah saya ni cukup risau memikirkan keadaan suami saya dan masa dua jam tu pula terasa lama, ibarat macam 20 hari," kata Rosmah.

............

Komen : Kalau Rosmah boleh survive 2 jam dekat Rome,apa salahnya rakyat merana suami terpisah dengan keluarga,isteri beraya sorang dengan anak-anak?Sama aje...ingat lah,bukan anda seorang yang menderita raya berseorangan,Rosmah juga pernah merasai penderitaan itu.Tak reti bersyukur la rakyat Malaysia ni.Cuba beraya sorang2 kat Rome,apa rasa dia? 2 JAM!2 JAM!Kalau aku terpaksa beraya 2 jam sorang2 kat Rome,memang aku gila agaknya!

Yang paling penting...persoalan sebenar dia..kenapa dia tak ikut suami pegi Bosnia Herzegovina?

24 ulasan:

  1. kalau pergi bosnia nanti banyak habuk debu tanah. melekat kt rambut.

    BalasPadam
  2. kah kah kah..rosmah btol2 isteri yang cekal dan tabah !! idop rosmah !

    BalasPadam
  3. kah..kah..kah..sarkastik betol la ko ni mantot..

    ya, aku kagum dengan ketabahan 2 JAM rosmah..

    BalasPadam
  4. 2 jam kat rome?

    2 jam macam 20 hari?

    pejam celik, lipat baju, pegi mandi, berak, makan aiskrim, tengok siaran rachel ray. dah abes 2 jam.

    hampeh sehampeh hampeh nya.

    BalasPadam
  5. bosnia mana ada shopping complex dowhh masa tuuu...

    BalasPadam
  6. haha..
    siot betul. siap letak list shopping area kat rome plak tu.. haha

    BalasPadam
  7. hey hey! apa neh mengata kak rosmah aku!!! kesian kak rosmah taw 2 jam risau laki kat bosnia! hampa apa taw? hampa mana penah pi Rome!!!

    BalasPadam
  8. 2 jam mana cukup masa nak shoppin???? Sungguh tabah Kak Rosmah Gendut ni.....

    BalasPadam
  9. tak baik tau ngata rosmah dan lain lain bulan pose nih.. heheheh

    BalasPadam
  10. 2 jam shopping pun nak complaint lebih minah rambut kembang ni. menyampah, noks!





    she's such an idol. let us all be like her women!

    BalasPadam
  11. kurang pahala posa masuk sini...ishhh :(

    BalasPadam
  12. Tot, aku dah la baru arini start posa..entri ko buatkan aku terasa nak maki hamun je pompuan dot dot dot ni!! Isy...sabar, sabar...beraya di Rome...2 jam ditinggalkan..aduh, nak gelak pun ye gak.

    BalasPadam
  13. harharharharhar...

    hampeh... hampagas... hancur...

    BalasPadam
  14. 2 jam je? hekeleh...hahaha,wt lawak r 1LADY niy..

    BalasPadam
  15. 2 jam ibarat 20 hari????, har! har! har!, nnt kt akhirat lg lm, 1 hr = 1000 thn, cb la kira kalu sejam brp lm??? nonsense la puaka ni (krng pahala posa aku...), abis tu isteri yg suaminya msk penjara, msk ISA apa tu yg brthun2 tu lg trok mnderita

    BalasPadam
  16. 2 jam mana cukup nak shopping wig baru.
    rambang mata wa cakap sama lu.

    BalasPadam
  17. sumpah geli aku tgk minah ni

    BalasPadam
  18. berdekah dekah kah kah!
    cerita ini memang kelakar!

    *tanak ckp byk sbb bulan puasa.

    BalasPadam
  19. pedih gila entri ni.

    BalasPadam
  20. cuba kalau tempat bertukar, rosmah 2 jam kt bosnia, najib pergi ROM, hehehe , guess guess guess??

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.