Ogos 12, 2010

Rungutan Seorang Suami Yang Lonely


Aku tak berapa sihat sehari dua ni.Jadi hari ni,aku gi beli makan nak bukak puasa.Masuk aje waktu maghrib aku pun tibai kueyteow goreng.Hampir-hampir aku muntah.Aku makan separuh aje lepas tu aku buang.Aku makan pulak burger daging,langsung tak rasa apa-apa sedapnya.Nasib baik aku ada beli cakoi 3 batang cicah dengan kuah pandan.Sedap jugak rasanya.

Bila aku demam,badan jadi tak sedap,makan apa pun jadi tak lazat,aku terbau asap rokok pun aku boleh muntah.Dengan kepala peningnya,mulut rasa tak sedap dan jantung yang berdegup kencang lebih daripada biasa.

Waktu aku demam,aku hanya mampu terbaring dan tengok benda2 yang takde faedah kat komputer.

DAMN YOU KEMENTERIAN PENDIDIKAN ATAU JABATAN PENDIDIKAN ATAU SIAPA2 LAH YANG JAGA TRANSFER CIKGU SEKOLAH, SEBAB BUATKAN AKU DUDUK ASING-ASING TERPISAH DENGAN BINI AKU!

30 ulasan:

  1. sabar dan ikhlas pasti hasilnya manis..wakawaka..slm 2 ramadhan..!

    BalasPadam
  2. Salam bro,

    sian ko kena puasa siang malam. semoga tabah. aku kena hantar g sarawak, nasib baik la aku bujang lagi. kalau tak gerenti gersang jugak. hehe

    BalasPadam
  3. baru transfer ke or dah lama kau duduk menjauh ni? kalau baru transfer, takkan kementerian tak ambil kira cikgu yg dah ada suami?

    BalasPadam
  4. hari tu ayah aku dapat transfer dr melaka ke selangor.. so mak aku pun kena la pindah sekolah.. sekali sekolah tu sangat jauh dari rumah dalam 40km n jalan memang terkenal dgn jem... bapak aku nak suh mak aku pindah dekat sikit dgn rumah sebab dia kesian.. then bapak aku gi jumpe straight ketua pendidikan daerah (apa2 la aku tak tau pangkat ke apa yang aku tau ketua pendidikan utntuk daerah tu) n merayu "saya ni takde kabel cik.. tak kenal sesiapa.. tak boleh mintak tolong sesiapa so saya berharap kat encik je untuk tukarkan wife saya ke sekolah lain".. encik tu nak tak nak je layan n cakap sekolah yang mak aku mintak tu waiting list sangat ramai... ayah aku lak pas jumpa tu asyik la kal sampai orang tu serabut agaknya.. tapi 2-3 bulan pastu sampai la surat pindah..n ayah aku bukan org besar.. just pekerja bawahan... tp ye la.. depends kat pegawai tu jugak

    BalasPadam
  5. sabar je la hencek mantot... cekgu ni kenkadang tgk kekosongan jugak, kat n9 ni.. kabel kena besar kayu balak .. kalu x .. jeling pun x nak.. kalau wife hencek tu guru J-qaff.. tukar suka sama suka je.. x yah tunggu jabatan pun..

    >> cekgu jugak <<

    BalasPadam
  6. lorr..kesiannyer...yela, jauh ngan bini mmg tak best tambahan bila time sakit gini, sabo ek..berdoa byk di bln pose ini :)

    BalasPadam
  7. DAMN! hentak je depa bro mantot!

    BalasPadam
  8. ka dah ada isi? len mcm ja..

    -MamaTakBosan-

    BalasPadam
  9. Salam,

    selalu jadi silent reader je.
    saya simpati dengan encik mantot. saya boleh rasakan penderitaan encik sebab saya pun dulu 3tahun PJJ(perkahwinan Jarak Jauh).

    takpe, mohon je tiap2 kali kuar iklan pindah. tepon je sampai org yg uruskan pindah tu menyampah. biar dlm hati dia geram n sumpah seranah akhirnya kita dapat pindah.

    setiap yg pahit pasti ada manisnya (^_^)

    bertabahlah!!!

    BalasPadam
  10. mantot,

    berapa lama dah duduk asing2 ni? hehehe jauh ke bini ko? dulu kawan teman transfer dari sabah-perak. bini dia cikgu. jadi dia dah anta borang hujung tahun ikut laki balik ipoh. sekali bukak sekolah transfer tak jalan. tepaksa le balik kk dgn anak2 kecik. kawan teman jadi bujang kat ipoh 6 bulan. kadang2 hal transfer ni byk buat laki bini jadi gila mantot.

    BalasPadam
  11. oleh yg demikian kepada yg masih bujang...

    elakkanlah dari mengahwini seorang cikgu...

    kekekeke...

    (gile x muasabah)

    BalasPadam
  12. huhu~ sabar jelah.. selalu2 la tanya kabar bila boleh mintak tukar..

    BalasPadam
  13. semoga cepat sihat..

    ko dah cakap dah dlm seloka ko sebelum ni. tp aku takut aku salah baca..

    jaga diri baik2

    BalasPadam
  14. demam tu kifarah la tu...duk maki org je...hahahaha..

    BalasPadam
  15. sabar tot.. ko buat mcm apa yg aku bg tau. mana tau rezeki wife ko dpt tukar.

    BalasPadam
  16. masih belum terlambat tot apply KPLI... at least boleh ngajar satu sekolah macam yuk...at least ko jd GTOlah.. kurang2x boleh bantu chaon selesaikan masalah murid...

    BalasPadam
  17. kalu bab nie kor damn ajer semua tp kalu bab buleh elaun gaji yang masukkkk sampe tebal poket xder pulak kor nk damn,..... kita sbg manusia harus ler ikhlas dlm segala aper yang kiter buat.

    BalasPadam
  18. tu ler kau mantot selalu sangat kutuk kerajaan.haha.sbb tu permohonan ko tak dilayan.hahaha

    ~akukyut~

    BalasPadam
  19. cuaca akan kering sampai september. so body akan cpt dehydrated and lg cpt demam..member aku sme demam kot 2-3 hari ni..so minum la air masak banyak2 weh seblom pose.

    BalasPadam
  20. relek la mantot, kutuk la lagi kutuk HAHAHAHHA :D

    BalasPadam
  21. haih..dulu masa isi borang perjanjian nak jadi cikgu sanggup dihantar kemana saja kan :p

    bukan ko sorang je bro,ada ramai lagi yg mcm ko terpaksa berjauhan dgn SUAMI yg jaraknya seluas laut cina selatan.

    BalasPadam
  22. AKU RASA KO ANTI UMNO.. TAPI RUPANYA ORG UMAH KEJE NGAN GOMEN.. HMM :p

    BalasPadam
  23. ahahaha, setuju dengan komen di atas. kutuk kerajaan, bini keje kerajaan...nice~

    BalasPadam
  24. Apa masalahnya nak komen ke tidak kerajaan?
    Tak boleh ke?

    BalasPadam
  25. Kerajaan dengan parti politik adalah 2 elemen berbeza la anonymous

    dahla komen tanpa nama.

    wat da heck!!

    nampak sangat kurang pengetahuan

    Kalau pekerja gomen,PAS ke PKR ke DAP ke yang menang pilihanraya

    derang tetap kekal sebagai PEKERJA KERAJAAN la

    tuhla mentaliti puak2 TOOOT

    memang katak bawah tempurung

    BalasPadam
  26. woi rosmemeysuhaiza. tak kisah lah ada nama ke tidak. kau bukan tuan blog ni. tak payah nak spesifik sangat taip parti umno, kerajaan bn, parti dap, kerajaan pas, parti pas, parti kerajaan rosmemey bagai. slow macam kau je yang pertikaikan perbezaan parti dan kerajaan. aku paham je apa yang anon September 2, 2010 5:04:00 PM GMT+08:00 cuba nak sampaikan. tak payah defensive sangat sampai terserlah selenga kau tuh!

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.