Julai 15, 2010

Permintaan Seorang Suami Yang Dahaga

Waktu aku duduk Alor Setar dulu,aku ada sorang member.Nama dia Ijan.

Dia ni tak pernah join geng aku naik basikal merayau2 keliling taman.Aku tak tau kenapa?Dia lebih suka duduk rumah.Jarang benar dia lepak kat padang dan sebagainya.Satu hari lepas sekolah,dia ajak aku gi rumah dia.Segan aku nak gi rumah dia sebab pada aku,rumah dia rumah dua tingkat,rumah aku setingkat aje,jadi aku assume dia orang kaya..nak masuk pun takut-takut.Bagi la can,aku masa tu darjah satu jadi bila rumah tu lagi besar dari rumah aku,aku assume mcm tu la...

Masuk rumah dia,dia suruh aku dengan member aku sorang lagi ni tunggu kejap kat living room.Ada la bapak dia lalu sekali dua.Gerun aku tengok bapak dia.Tunggu la kami seminit dua kat situ tercongok jakun melihat hiasan dalaman rumah dia.

"Jom main ni.Aku ada banyak,"kata dia sambil tangan dia angkut satu kotak.Dalam tu penuh dengan Transformers."Huyooo!Transformers!!"Aku jadi takjub gila tengok robot2 tu walaupun aku tak tau langsung apa kejadahnya benda tu."Haa,dia ni boleh tukar jadi kereta bomba!" sambil dia dok pulas-pulas robot tu."Wow,dia boleh jadi kereta bomba la!" Semenjak daripada hari tu,tiap2 kali aku pegi Hankyu Jaya Alor Setar aku akan lalu dan usha Transformers.

Mahal gila waktu tu pada aku.Aku memang aim aje Optimus Prime satu set sekali dengan kontena dia.Tapi waktu tu harga dia $80 lebih tak silap aku (tak pakai RM lagi waktu tu) jadi bila aku mintak kat mak aku Optimus Prime,mak aku takkan beli tapi dia belikan aku sebijik robot lain yang murah harga belas-belas ringgit atau mainan He-Man.

Sebab frust punya pasal aku tak dapat Optimus Prime,aku pun buat la Optimus Prime pakai kertas.Itulah first time aku buat papercraft seumur hidup aku dan aku cukup bangga dengan hasil dia sebab Optimus Prime aku boleh berdiri tapi sayangnya tak boleh transform.Optimus Prime tu lah yang aku buat gaduh2 dengan Voltron aku yang aku dapat masa main tikam-tikam kat kedai.Kemik-kemik badan dia sebab plastik keras terajang kertas,konfem plastik menang.

Dari hari Optimus Prime aku terkoyak sampailah sekarang,maksud aku,hari ini,dan esok-esok,aku akan terus menyimpan azam supaya satu hari nanti aku dapat beli Optimus Prime Generation 1,bukan Optimus Prime dalam movie yang sangat hodoh dan tungkik,tidak ada langsung ciri2 pemimpin.

Tujuan aku menulis ni sebenarnya hanyalah untuk memaklumkan kepada isteri aku,besday aku dah dekat dan apa salahnya jika impian aku dari kecil itu dipenuhi dan seterusnya,untuk memaklumkan kepada isteri aku yang aku dah terbeli sebijik lagi Transformers.Hari tu masa isteri aku datang melawat aku di rumah,dia tanya aku,"ni robot dinosaur ni nak buat apa?" Yang,dia ada nama yang,nama dia Grimlock!


 Aku harap agar selepas isteri aku membaca benda ni,dia paham lah kenapa aku beli robot-robot ni yang sepatutnya dimainkan oleh budak-budak 5 tahun dan ke atas.Ini semua impian dari zaman kecil.

Satu hari nanti,bila abang dah puas bermain2 dengan permainan ni, abang akan pass kan la dekat anak-anak kita. Yang!Optimus Prime satu!

 Ni la Optimus Prime yang aku aim dari kecik.

PS - Kalau ada sapa2 yang ternampak mainan Transformers Animated yang dijual RM30 kat mana-mana,sila bagitau aku.Kat Alamanda,stok dia dah nak habis.

37 ulasan:

  1. Hankyu Jaya? Hang hidup zaman mana ni??? City Plaza tadak lagi ka time hang kecik dulu?

    BalasPadam
  2. alahai... ini hadiah beday yg nko nak... ok la... klu akak diluluskan :)

    BalasPadam
  3. Bang Mantot, iSetan KLCC ada. Try ushar sana atau kat Toy'R'Us!

    BalasPadam
  4. aku ingt lg masa kecik suka gak main mainan yg boleh transform2 ni..rsnye dulu ada jual mainan yg beli dpt robot2 ni, murah je..tp aku suka kpl terbang robot tu ala2 skyscream hehe..apa ke nama coklat kotak tu..ade sesape ingt

    BalasPadam
  5. hepy besday mantot. smoga dapat optimus prime yang cun tu.

    BalasPadam
  6. sian ko tot...tp mmg,klu kita tk dpt permainan time dulu2..terbwk2 sampai skrg..

    BalasPadam
  7. cayalah tot..

    boys always be boys... so to kaum perempuan jgn nk meradang bila laki anda berminat ntuk mengumpulkn mainan bdk2 sbb itu adalah jauhhhhhhhh lebih baik dari lelaki yg dok menggatal nk mengumpul awek or tambah bini... harharhahar...

    bro lu try carik kt Jusco Balakong or Pyramid, rase2 mcm ade nmpak la kalo x salah la... (aku x nk terlalu memberi harapan)

    pst : even gua dah 25 pon still gua kumpul Gundam harharhar...

    apenzz tensai

    BalasPadam
  8. hahahahahahahahahaha..ikhlas permintaannya...

    ayat ni ta bleh blah...
    "dia tanya aku,"ni robot dinosaur ni nak buat apa?" Yang,dia ada nama yang,nama dia Grimlock!"

    ahahahahahah....

    terbaik la!!....

    BalasPadam
  9. haha, gua harap isteri lu faham.

    BalasPadam
  10. terbaek aa bro.. impian waktu kecik ingat sampai skang..

    BalasPadam
  11. aku duduk Alor Setar masa zaman City Plaza tu takde lagi,waktu tu masih lagi dipanggil City Point.Hankyu Jaya tu dah takde skrg,dah tukar jadi apa aku pun tak sure.Dia sebelah bus stop lama.

    Kat ToysR'Us ke tempat lain,memang ada jual tapi harga dia mahal..harga yang aku beli tu sebijik robot,RM30..

    BalasPadam
  12. Aku ade robot tu. aku hempas2 letak bawah katil.
    skrang jadi lori. esok aku main buat jadi robot balik. berat dowh. badan diye besi. pastu ade stand boleh kuar bunyi kalau tekan.
    serious ke ni yg budak lelaki minat.
    aku simpan tas meje kat hostel. semua org nak pigang2

    BalasPadam
  13. haha bila besar, baru impian tertunai eh....

    BalasPadam
  14. hahaha..menarik gile permintaan birthday...lain dari yang lain..haha

    Post Terhangat...
    Fuck:Antara Yang Tersurat Dan Tersirat..

    BalasPadam
  15. Senasib ka kita,dah besar panjang baru mampu beli.

    entry ni menyerlahkan nilai romantik dlm diri lu beb,haha.

    BalasPadam
  16. wow mantot, x sangka kau pun minat transformer gak. dlu aku x dpt bli sbb mak abah aku x kasi, skrg ni dah keje aku pulun btul2... haha

    kalau nak, aku bole kot carikan optimus prime mcm gmbr kau post tu. kat ebay or mudah.com kadang2 ade org jual murah sket la. forum lowyat pun ade je...

    BalasPadam
  17. +2 thumbs bro!

    smoga pjg umur, murah rezeki, diberkati hingga akhir hayat! (wish awal2. takot tak berkesempatan jenguk2 blog. hehe)

    BalasPadam
  18. hahaha..terima kasih beb!

    takpe.aku ingat aku nak susahkan bini aku suh dia carikkan.

    BalasPadam
  19. hmm...aku teringin gundam wing. dr skolah lagi..tp kalo aku mintak..mesti kene maki ngan ayat "tak ladylike lansung!" ..kan? dunia ini tidak adil! :(

    BalasPadam
  20. Sekarang umur aku dah 33 tahun.Ha ha ha... aku mula kumpul mainan transformers ni sejak berumur 25 tahun, sebab nak memenuhi impian aku yang tak tercapai masa budak-budak dulu. Nasib baik isteri aku sporting dan paham minat aku ni. Koleksi pertama aku ialah Megatron Armada yang dihadiahkan oleh isteri aku masa besday aku. Kini aku dah ada hampir 200 buah mainan transformers. Dan sekarang anak lelaki aku pulak ikut minat ni.Syoknya.

    BalasPadam
  21. Ohh..terase sadis kejap!
    Betape penah aku
    "terliur",just mampu leh berangan tengok patung barbie satu set (siap umah oke!)kat shopping mall!
    *sedeh mode*

    BalasPadam
  22. awek aku marah gila bila aku kata nak beli optimus prime kat toys r us kat jusco tebrau.. huhu.. one day aku pun mesti terbeli jugak mcm hang.. huhuhu..

    BalasPadam
  23. hehe..aku ada robot transformers oiginal tap versi war machine punya...leo prime=) jojo - kotak biskut yg ada robot trnsform dalamnya

    BalasPadam
  24. mantot... nah... tgk link ni... cepat sementara stok masih ada...

    http://cgi.ebay.com.my/Transformers-Takara-Encore-G1-Convoy-MISB-/320562791326?cmd=ViewItem&pt=LH_DefaultDomain_207&hash=item4aa308039e

    BalasPadam
  25. aku ade optimus prime masterpiece ni...
    beli rm750..
    mmg terbaek mantot...
    skrg dah reissue balik rm500++ dah bleh dapat dah...
    kat times square kat kedai toys tingkat 7 ade tot..

    BalasPadam
  26. Oooo..... Suke transformers rupenye....

    BalasPadam
  27. same lah cam bf i.... nak tak nak kenelah paham, siap support lagi, da sayang tak leh nak kate ape... kadang2 spent sebulan 2-3 rtus nak beli bende tu... die happy i pon happy=)movie transformers sia tengok 2x lagi kat wayang.... aduhhhh

    BalasPadam
  28. tergelak aku baca entry ko pasal transformers. actually stumbled upon ur blog. nice read on an afternoon sementara tunggu time balik.

    same situation.masa kecik parents xmampu nak beli all those toys. bila dh beso ada duit sket, mana yg mampu. aku harap wife ko belikan ko G1 OP tu.

    syukur our wives faham fascination kita./

    BalasPadam
  29. aku pompuan tapi aku admit aku suka gak la robot2 transformer ni sampai tunang aku kasi pezen (saja2) bumblebee dekat aku, hehee beshnye ~ aku siap sorok kot takot nanti adik aku rembat buat main, thanks bb , love you hehe

    ZH

    BalasPadam
  30. bro cube tny bro ni mane tau nak jual dia byk kumpul toys -http://www.facebook.com/sosoi85-

    BalasPadam
  31. salam buat semua,
    tujuan post comment ni cuma nak verify rega optimus tu pada masa tu, memang $80. aku pon dulu2 dok usya gak, tapi tak mampu nak beli, bleh tengok saja la. sekian

    -Pigeons-

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.