Julai 14, 2010

Pengguna Genius : Tips Membeli dan Memilih Rumah


Tips membeli rumah:

1. Beli rumah yang 60% siap untuk mengelakkan kes pemaju lari
2. Nilai kawasan jangka panjang bukannya jangka pendek.
3. Nilai rumah mengikut kemampuan semasa bukan kerana nak berlagak atau nak selesa
4. Selalu tengok promosi di akhbar dan lihat perancangan masa depan kawasan yang berhampiran. Mungkin rumah di kawasan yang berhampiran lebih sesuai daripada projek yang dipromosikan.
5. Lihat dan baca mengenai developer rumah dan track record mereka
6. Tahu apa yang anda mahu.Belilah rumah yang sesuai dengan perkembangan saiz keluarga anda.
7. Carik salesman yang bukan kaki auta.
8. Walaupun atap simen dan rata membuatkan rumah anda kelihatan futuristik,atap itu agak kurang sesuai untuk keadaan dan cuaca di Malaysia.

Tips memilih rumah:

1. Pilih rumah yang mengadap matahari terbit supaya cahayanya masuk membawa keberkatan sebelah pagi di pintu hadapan.
2. Kalau rumah tengah (teres) cari yang paling hampir dgn corner lot supaya senang bila kenduri kendara.
3. Kalau rumah teres, cari yang tidak berhadap-hadap. Senang parking kereta seberang jalan. Kalau jenis berhadap-hadap, ramai yang meneropong tingkap bilik yang terbuka.
4. Ada 3 jenis rumah secara general;corner,end dan intermediate lot.Mana satu terbaik?Terpulang kepada anda dan poket anda.Mungkin jika anda suka bercucuk tanam,corner lot lebih sesuai.
5. Untuk mereka yang sensitif mengenai anjing,sila cuba usaha dapatkan lot yang sesuai.

Terima kasih kepada saudara Bingai@Bangang.

10 ulasan:

  1. aku mula rasa pelik.

    2-3 hari ni aku dok survey survey nak beli rumah. Kemudian aku didatangi oleh seorang kawan sepejabat, bagi tips sebijik macam kau kasi.

    takkan lah kau ni kawan pejabat aku yang menyamar sebagai blogger yang bernama mantot.

    kau baru kawen. dia dah beranak 4.

    BalasPadam
  2. ladynoe,
    kawan ko tu refer blog mantot kot.

    BalasPadam
  3. membeli rumah mmg agak berisiko n memeningkan..terima kasih atas tip-tip yng diberi..ada any pendapat jika menggunakan loan gov atau loan bank biasa?

    Baru awal tahun ni bjaya membeli sebuah rumah somewhere kajang mggunakan loan gov. Dapat amik rumah teres tp intermediate type, nak amik corner lot or end lot mmg x mampu, harga dekat setengah juta mcm tak percaya plak bila compare price rumah kt area ipoh, outskirt johor etc rasa mcm nk pindah sana je haha..

    BalasPadam
  4. 1.loan government tak berisiko utk anda perlu bayar balik kalau projek perumahan anda tak siap (tak silap aku,itu yang aku paham sebab gomen akan keluarkan payment kpd pemaju hanya pada percentage2 tertentu siapnya rumah)

    2.buat loan gomen,downpayment 10% utk bayaran mula tu tak perlu jika loan dah cover full cost harga rumah.

    interest sama aje kot.kalau ada silap ke nak tambah ke,mintak tolong.

    Noe,
    takde keje aku menyamar-nyamar ni,hahaha.tu bukan aku.mungkin dia brader yang tinggalkan tips2 ni dalam komen kat sini semalam

    BalasPadam
  5. loan gov mmg risiko rendah berbanding dgn loan bank.. cuma kalo bpp lambat kuarkan cek kena la byr late chargers kepada developer..

    BalasPadam
  6. parents saya nk beli rumah baru, tp sbb mahal sgt rumah dh siap, dorg beli tanah and buat rumah sendiri.

    tanah dlm RM20,000 kot, tak ingat.

    kos buat rumah, dekat RM200,000 or maybe lebih campur beli furniture sume.

    tp still lg puas hati dr beli rumah siap, at least rumah tu boleh ikut design sendiri and rumah tu besar and rumah tu dua tingkat and rumah tua ade 5 bilik and mcm2 lg lah.

    ini bukan nk bragging, just telling the reality of living in Malaysia. :)

    BalasPadam
  7. cuma nak kekalkan privilege yang ada antara aku dengan abang aku je skang.

    ada satu keahlian koperasi yang menyebabkan pemilik keahlian tu akan dapat sebijik umah setiap kali projek perumahan akan berjalan.

    alhamdulillah la sebab kami dua beradik saja dan takde point nak gaduh berebut keahlian tu...

    biasanya bende tu bila jadi perebutan antara adik beradik lepas ahli awal meninggal, dorang bukak tender jual keahlian. selalu cina je beli. harga memang mahal dorang beli... tapi yang dok gaduh ni tak pikir masa depan...

    takde masalah untuk kami dapat rumah dalam kawasan yang orang komplen harga umah melambung tinggi. siap boleh bagi sewa lagi.

    skang kalo ada plan nak beli umah pun... tengah survey2 dekat negeri lain pulak... :)

    BalasPadam
  8. 1. Loan government hanya kenakan kadar faedah sama rata 4% setahun sepanjang tempoh pinjaman. Kalau Islamic, ada asas pengiraan yang lain.

    2. Kalau projek bermasalah (terbengkalai) government akan hanya mengutip bayaran balik apa yang telah dikeluarkan oleh mereka (pembayaran).

    3. Pemaju sebenarnya TIADA hak untuk mengenakan charge lewat bayar kepada pembeli sekiranya government lewat menjelaskan pembayaran berperingkat kepada mereka. 90% daripada punca kelewatan pembayaran sebenarnya berpunca daripada pemaju sendiri yang mengemukakan dokumen tidak lengkap. Biasanya dengan hanya sekeping surat daripada BPPP, charge lewat tersebut akan diketepikan oleh pemaju kepada pembeli. Tips: rajin2 la telefon BPPP sekiranya anda menggunakan pinjaman kerajaan untuk membeli rumah.

    4. Website BPPP: http://bpp.treasury.gov.my

    BalasPadam
  9. rumah ngadap kiblat la..lagi berkat kot..ahaha

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.