Hari ini, kau akan nampak satu isu berkaitan dengan seorang nurse hospital swasta yang dibuang kerja kerana dia tak nak pakai baju lengan pendek waktu bekerja, atas alasan membuka aurat.
Bila jadi kes macam ni, susah kan nak tau siapa yang salah dan siapa yang betul.
By law, memang la hospital ada kuasa untuk mintak dia berpakaian sedemikian tapi as a Muslim, kita ada beberapa larangan yang perlu kita patuhi.
Benda ni clash dan aku tak rasa clashing ni akan berakhir sampai kiamat, unless ada sesuatu guideline yang dikeluarkan untuk bantu jaga kepentingan kedua-dua pihak, tapi nampaknya, aku jangkakan yang rugi adalah orang Melayu.
Kau kerja. Kau nak sumber pendapatan.
Masalahnya, kau diwajibkan membuka aurat bila bekerja.
tetapi, kau wajib menutup aurat sebab kau Islam.
Paradoks betul benda tu.
Alih2 respon yang diterima adalah "kalau nak kerja kena la ikut" atau "ada banyak lagi tempat boleh kerja dik." Ikut pandangan dan kepercayaan masing-masing. Orang bukan Islam boleh la keluar statement nak kerja ke tak nak...yang sedih, orang kita pun boleh ikut sama?
Aku, percaya, yang apa Allah pesan akan overwrite segala benda. Mungkin kau lain, wallahuallam.
Dah tiba masanya umat Islam kena hidup dalam sengsara rasanya kalau nak jaga agama ni.
Aku dah tengok kawan aku sendiri tak boleh solat Jumaat sebab kena attend meeting. Dah banyak dah kes wanita Melayu tak boleh pakai tudung waktu bekerja. Tak masuk lagi gaji kena tolak sebab kau kena ambik waktu bekerja untuk solat.
Kita selalu gunakan alasan "melayu malas, melayu culas, melayu suka melilau" untuk kata semua benda tu ok...tapi cuba kau buka kepala kau sikit dan pandang dari sudut, "benarkah itu semua ok?"
Atau kita anggap benda macam tu remeh?
Atau mungkin juga sebenarnya kita takut nak admit yang ekonomi bukan kita pegang, jadi nasib umat Islam terserah dekat orang yang tak memahami kehendak Islam?
Tak faham Islam tak apa. Kalau dia nak belajar, bagus.
Kena dengan orang yang anti Islam, anti Melayu, macam mana?
Nasib kau dekat tangan dia. Kau tak pernah terfikir?
Link ke Berita Astro Awani
Pemimpin ramai org Islam pun tak dapat nak buat undang2 ikut cara Islam. Nama je negara Islam. Kita org Islam mcm x ada tempat dalam negara sendiri.
BalasPadamHakikat kita di akhir zaman. Banyak hadith Rasulullah berkenaan akhir zaman ni. Satu-satu perkara tersebut dah jadi. Jagalah diri dan keluarga daripada api neraka.
BalasPadamBetul ke dia kena pecat pasal tak nak ikut dress code? Ke pasal dia memang kaki ponteng kerja/EL/MC dan tak hadir kerja lebih 3 hari berturut-turut?
BalasPadamJangan main sebarang tuduh mantot...
Pemimpin kita bodoh, sepatutnya bila Agama Islam adalah agama Persekutuan, maka apa2 pertindihan atau pertikaian isu budaya mahupun tatasusila haruslah diselesaikan mengikut standard tatasusila dan akhlak Islam.
BalasPadamAllah buat bumi ni dengan law Dia, law yang membolehkan besi terbang bila manusia install enjing, sayap dan material yang betul.
BalasPadamsetiap proses yang kita buat mesti berpandukan law yang Allah tetapkan supaya hasilnya menjadi.
setiap proses yang tidak menjadi pastinya kerana proses itu dibuat tidak mengikut law Allah, tapi buatan manusia.
dan ramai manusia buat law sendiri sambil mendakwa apa yang mereka buat untuk mengikut kehendak Tuhan.
jika Islam yang digunakan pakai di Malaysia tidak berjaya membuat orang melayu berdaya saing dan pandai, boleh jadi Islam yang selama ini kita ikut telah dicemari benda buatan manusia.
lalu kita lihat orang islam, di malaysia atau di seluruh dunia banyak yang bangang daripada yang cerdik.
bukan salah Islam sebab Islam bukan sejenis benda hidup yang boleh membuat keputusan.
'setiap kerosakan berlaku di muka bumi tiada lain kerana perbuatan tangan2 manusia'
menjawab persoalan isu yang dibawa pos ini, jururawat itu perlu membuka auratnya yang 'ringan' - rambut, lengan, betis - jika diperlukan untuk menyelamatkan nyawa, mengubat sakit, atas dasar darurat lebih kecil dibenarkan untuk mengelak darurat lebih besar. jika tak mampu menurut, resign saja dan tak perlu kecoh-kecoh kerana benda ni fardu kifayah yang kalau anda tak boleh, orang lain insyaAllah boleh. jika seorang lelaki mahu jatuh bangunan dan seorang gadis yang mahu menolong tidak ada cara lain selain memegang kote lelaki itu dengan kemas dan kuat maka dia kena lakukan.
doktor lelaki yg membidankan para wanita bersalin perlu melakukan kerjanya kerana ia antara hidup dan mati dua nyawa.
kita di malaysia ni ramai yg perasan warak dan alim tanpa ilmu. iman kita dibina benda2 tahyul dan ajaib dalam blog dan fesbuk yang menyebabkan islam kita tak praktikal dan dangkal dan menghampirkan kita kepada spisis kuno bernama lembu.
kita terlalu sensitif dengan benda tak penting dan tak praktikal. sebab iman kita dibina benda2 tahdul dan ajaib dalam blog dan fesbuk, bukan kerana kita explore sistem 'cause dan effect' yang telah Allah terapkan dalam penciptaan bumi dan manusia itu sendiri.
kita mendengar ceramah dari ustaz yg bercerita tentang keajaiban wali, keajaiban orang Arab, keajaiban hadith, batu hitam, tanah suci, air suci, benda ghaib, lalu agama bagi kita adalah sejenis benda sacred, benda suci yang kalau kita kutuk 'berhala-berhala' ni kita akan dipanah petir. kita tidak mendengar ulasan-ulasan pakar astronomi, pakar perubatan, pakar biologi, pakar sosiologi, pakar perundangan manusia kerana bagi kita mereka ini sekular, saintis yang tidak mempunyai ilmu agama. walhal mereka inilah orang yang paling tahu law Allah, bukan ustaz.
ustaz hanya pakar ilmu falsafah, ilmu tekstual, ilmu sejarah, yang hanya berkait dengan satu law sahaja iaitu sosiologi dan mungkin psikologi.
Dari apa yg aku baca, pengurusan hospital ini cerdik. Dia terminate nurse atas basis "absence without leave". Dan ada peruntukan undang2 untuk kalau pekerja tak hadir bekerja lebih 48 jam, tidak menghubungi majikan dan tidak dpt dihubungi oleh majikan maka pekerja tersebut jadi self-terminate.
BalasPadam