Ogos 07, 2015

Antara Dua Security Guard

Dalam sistem kawalan komuniti masyarakat kita ada dua jenis pengawal yang kau boleh nampak.

Pengawal A

Berasal dari Nepal. Mereka di kenali sebagai orang Gurkha. Muka garang, Haram tak senyum ketika bekerja. Takde toleransi.

Kau nak berbincang dengan dia dengan alasan kau nak masuk sekejap atau kau nak ambik kawan ke atau kau nak hantar barang ke, jawapan dia tak boleh. Takde kompromi. Dia clamp kereta kau, kau kena bayar denda ikut amaun yang dah ditetapkan. Dia akan ronda kawasan ikut jadual. Sesiapa yang dia nampak mencurigakan, dia akan tegur atau terajang.

Kesimpulannya, dengan orang Gurkha ni, ikut peraturan nombor satu. Kau sebagai owner rumah yang dijaga, jika kau ada melakukan kesalahan, jangan haraplah dia nak maafkan.  Tak kiralah sebesar merompak atau sekecil meletakkan kenderaan ditempat yang salah.

Cuma, negatifnya, bayaran yang mereka minta agak mahal. Kebanyakannya meminta lebih kurang Rm1800 seorang untuk khidmat pengawal keselamatan mereka.

Pengawal B

Boleh berasal dari mana-mana negara sebenarnya walaupun Kerajaan kata ada rakyat negara tertentu sahaja boleh kerja sebagai pengawal keselamatan. Muka hensem ada, jambu ada, smart ada, muka pecah rumah pun ada. Jumpa kau, dia terlebih friendly.

Kau nak masuk sekejap jumpa kawan? Dia bagi. Kau nak hantar orang sekejap aje? Dia bagi. Rondaan? Ikut mood dia. Kalau dia clamp kereta kau, kau rayu-rayu sikit, boleh dapat takyah bayar langsung ataupun dapat diskaun. Jika jadi apa-apa insiden, dia tengok dari jauh sebagai backup jika diperlukan.

Mereka ni adalah golongan pelbagai kaum, dari Pakistan ada, Bangladesh ada, Melayu ada, India ada jadi peraturan yang ditetapkan bergantung kepada sikap toleransi pengawal yang bertugas pada ketika itu. Peraturan setempat nombor dua, yang penting, dia ada kerja.

Negatifnya mereka ini, oleh kerana kerja pun sekadar ala kadar, bayaran yang dikenakan pun agak berpatutan. Seorang pengawal keselamatan dibayar purata Rm1100 ke Rm1400 untuk perkhidmatan selama sebulan.

Persoalannya, kau sebagai penduduk Malaysia;
Kau mahu A atau kau mahu B? Mesti kau akan jawab A la.

Tapi, dengan memilih Pengawal B, kau dapat perks dan benefit serta kelonggaran untuk dapat apa yang kau nak, ketika kau memerlukannya. Siapa tak rasa gembira dapat lepas dari kena bayar denda kereta kena clamp?

Betul ke kau sanggup?

Begitulah juga dengan sistem kerajaan sebenarnya. Kau terapkan benda yang sama dalam sistem kerajaan kita, mana kau nak pilih. Kerajaan A atau Kerajaan B?


5 ulasan:

  1. Mantot,
    Hidup dalam negara kita ni dah macam takde undang2. Walaupun yang sebenarnya ada undang2, yang kurangnya adalah penguatkuasaan. Apabila penguatkuasaan takda, yakni bila orang buat salah tak dikenakan penalti/hukuman, lama2 orang ramai akan anggap perbuatan salah tersebut sebenarnya tidak salah. Ataupun berfikiran, kalau polis nak saman aku, ada berapa ramai lagi yang lain pun sama patut kena saman.

    Baru2 ni rakan sepejabat dok pertikai pasal boleh kena saman kalau pakai selipar semasa memandu. Setelah aku buat semakan, rupanya memang ada peruntukan undang2. Tapi sebab selama ni tak pernah aku dengar pemandu kenderaan persendirian kena saman, so aku pun assume tak salah la. Yang selalu kena saman kalau pakai selipar ialah pemandu kenderaan awam atau komersial.

    Kawan aku yang study law dulu cakap, "ignorance is a not bliss"

    BalasPadam
  2. Salam Tot....
    Aku rasa apa yang ko cuba sampaikan ni mempunyai maksud yang banyak tersirat...
    Tapi bro ko bagi satu perbandingan yang tak sama atau tak sepatutnya kontek dia...
    Come on lah bro...

    BalasPadam
  3. Bergantung pada najib.najib A ke B.kalau najib A aku pilih B.vice versa

    oke cam tu tot.

    BalasPadam
  4. weh tot..mmg ade ke kerajaan A??

    BalasPadam
  5. Kita kerajaan C wei...

    Mahal, Nak flexible pun boleh, rayu lah dengan kebaikan.... tapi bila orang mempersoal je, terus serious dan ganas macam A. Dalam hal harian perlaksanaan sama macam B.

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.