Mei 27, 2015

"Good Solds Are Not Returnable" Adalah Bullshit Yang Perlu Diubah di Malaysia

1. Ahmad beli baju RM30. Baju itu baju terakhir last stock yang ada.

2. Dia pulang ke rumah lalu mendapati ada ketidak sempurnaan pada baju tersebut yang dia tidak perasan ketika di kedai. Cetakannya sedikit herot.

3. Ahmad kembali ke kedai. Dia mengadu tentang perkara itu.

4. Tauke itu pun mengatakan "you exchange aje la atau you ambil baju design lain maa!"

5. Ahmad bertegas, dia nak balik duit dia semula kerana dia hanya mahu baju tersebut.

6. Tauke itu pun membalas dengan ayat "itu you punya silap maa sebab you tadak cek masa you beli."

7. Ahmad membalas dengan ayat "You tak cek ke sebelum you jual?" Tauke itu diam.

8. Kemudian Ahmad bertanya kepada anda,"patut ke aku bawak kes ni ke Tribunal Pengguna?"

9. Anda pun berfikir. "Hummph, tidak berbaloi rasanya kes baju RM30 sampai nak dibawa ke Tribunal Pengguna."

10. Itulah dia pemikiran yang masyarakat kita pegang yang membuatkan banyak perniagaan ambik kesempatan kepada kita semua.

11. Kau sedar tak perkara itu berlaku tanpa kau sedar?

12. Pada kau, tak berbaloi mengadu pasal produk yang harganya RM30.

13. Tapi lebih berbaloi mengadu harga gula naik 20 sen.

14. Itulah sebabnya kita masih belum layak jadi penduduk negara maju.

15. Kita suka sabotaj diri sendiri sehingga kita kehilangan kuasa kita sebagai pengguna di Malaysia.

16. Kau tau kan dekat negara maju, kau boleh tukar banyak jenis barang dalam tempoh 30 hari lepas kau beli, kalau kau berubah fikiran? Asal kau jaga dia punya label dan kondisi barangan.

17. Dengan orang Malaysia, kalau kita cakap cuba perkenalkan benda camtu, nanti akan ada mulut yang kata "mesti akan ada rakyat kita yang ambil kesempatan nanti. Orang kita, kau faham-faham lah..."

18. Tu lah sebabnya kita, akan terus kekal sebagai pengguna terpaksa ikut syarat pengeluar dan penjual. Kita sendiri tak nak hak pengguna diperluaskan.

19. Ni la simbol masyarakat bodo. Sabotaj diri sendiri dan takut nak minta hak sebab rasa apa yang diminta tu tak berbaloi.

20. Ubahlah. RM30 sebagai contoh aku tu banyak tu.

13 ulasan:

  1. "Goods sold" bang, bukan "good solds".

    spm english dapat berapa? heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menteri cakap englishpun berterabur. Guna bahasa melayu je.

      Padam
    2. Duh... Dia tulis pun guna "..."

      Aku nampak signage camtu bersepah kot.

      Good solds
      One broken consider sold

      Dan yang paling common:
      Buy 1 free 1

      Padam
    3. apa poin dia kau amik la..kalo stakat kompelin english jd bodo la masyarakt

      Padam
  2. Memang ramai nak mengadu tu... Tampi, prosesnye hampeh... Mengadu kek blog lai bebaloi.... Ramai yg respon... Silap2 jd viral...

    BalasPadam
  3. kesian mak ayah kau, gagal mendidik anak, jangan kerana marah pasal duit RM30, masyarakat Malaysia semua kau bodohkan, macam laaaaaa kau nih pandai sangat, cakap tak serupa main, main tak serupa cakap, pi toron bini kau tiga kali lepas tu doa ada anak supaya berkembang keturunan "kesian" macam kau. ha ha ha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anon 8.16. Aku kesiankan mak kau. Aku syak mesti bapak kau toron mak kau tiga kali lepas tu doa ada anak yang mentally agak kesian lalu kau pun terkeluarlah.

      Masyarakat yang bodoh adalah masyarakat yang takut untuk minta hak mereka. Kau ada hak atas setiap barangan yang kau beli. Kau beli barang tu with your hard earned money. Lain lah kalau bapak kau Najib jenis suka perah wang rakyat.

      Padam
  4. 110% setuju..mentaliti dunia ketiga, ada hajat nak jadi negara maju..puihh

    BalasPadam
  5. thanks for sharing, nice blog and article

    BalasPadam
  6. sumber informasi yang sangat bermanfaat

    BalasPadam
  7. Pe nak jd melayu skg... lontaran suruh fikir skt pun komen benda yg remeh... ambik point admin... gayanya nampak mcm org klur U.. tapi ini ler lulusan org skg.. malas berfikir.... tahniah admin... lontaran yg bagus..

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.