Mei 11, 2015

Adakah Kita Sudah Sampai Ke Tahap di Mana Majlis Fatwa Kebangsaan Adalah Penyelamat Kepada Kerakusan Pemimpin?

Satu Malaysia ketika ini hangat memperkatakan mengenai isu Tabung Haji.

Telah pelbagai hujah dan informasi yang dikeluarkan oleh pihak tertuduh dan juga pihak yang gemar nak menuduh. Pada hari Ahad lepas (10hb Mei 2015) keluarlah satu artikel yang memaparkan Pengerusi Tabung Haji...Azeez something nama dia..(aku tak ingat) menyebut yang transaksi yang dilakukan oleh Tabung Haji itu sah dari segi syariah dan telahpun dipersetujui oleh pihak Majlis Fatwa.

Aku ada sedikit marah dengan Majlis Fatwa kebelakangan ni selepas fatwa mengenai GST itu Harus dikeluarkan kerana pada aku, hujah yang digunakan itu lebih mirip kepada ayat kerajaan untuk mengharuskan GST.

Pada aku, tak nampak langsung keperluannya GST ini dan selagi aku nampak kerajaan masih kekal dengan gaya bermewah-mewah, aku takkan percaya langsung fatwa tu dan aku akan lawan sampailah aku mati.

Semalam juga, Dr.Asri Zainal Abidin telah mengeluarkan kenyataan melalui Facebook yang menyebut "tidak pernah pun dia dipanggil menyertai perbincangan mengenai isu tersebut." Kalau kau belum sedar, dia dah pun dilantik jadi Mufti Perlis semula jadi dia sepatutnya terbabitlah dengan perbincangan berkenaan fatwa ni.

Ini perkara yang anda perlu tekankan pasal isu ni.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan adalah Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji.

Kah kah kah kah.
Lawak kan?

Nak keluar fatwa pun boleh berlaku conflict of interest yang boleh membuatkan masyarakat kata, fatwa tu jadi AYAT BODOH NAK JAGA KEPENTINGAN KRONI.

Ok. Aku malas nak mengutuk panjang-panjang benda ni tapi aku nak tau satu benda yang aku harap orang kita especially Majlis Fatwa tak terlepas pandang.

Soalan aku mudah;

1. Apakah dibenarkan dalam Islam, sesebuah organisasi itu menghukum seseorang jika dia membocorkan maklumat syarikat atau organisasi, jika dia mendapati berlakunya penyelewengan atau salah guna kuasa dalam pengurusan syarikat?

2. Adakah Islam membenarkan mereka ini dihukum atas dasar kontrak dan perjanjian yang telah dimeterai yang memerlukan pekerja merahsiakan apa-apa penyelewengan yang berlaku?

3. Adakah dibenarkan dalam Islam, kita membocorkan rahsia organisasi di mana kita bekerja dengan niat hendak menegakkan kebenaran?

4. Bolehkah Kerajaan sendiri mengenakan hukuman ke atas pembocor maklumat rahsia penyelewengan kerajaan?

....................

Aku nak tau.
Aku cukup berminat nak tau di mana berdirinya pegangan Majlis Fatwa kita dalam hal ni.

Aku harap ada jawapan.
Soalan aku tahun lepas pasal Fadhilat Tarawikh pun tak berjawab lagi.

11 ulasan:

  1. majlis tu bukannya majlis Fatwa tapi majlis petua,kalau nak baik dengan kerajaan dengan mengampu kenalah keluarkan petua yang baik kalau nak menhukum yang menyalahkan petua kenalah keluarkan fatwa walau pun tiada perpincangan pengerusi majlis boleh guna kuasa vetonya.

    BalasPadam
  2. Soalan aku mudah; (jawaban aku lagi mudah!)

    1. Apakah dibenarkan dalam Islam, sesebuah organisasi itu menghukum seseorang jika dia membocorkan maklumat syarikat atau organisasi, jika dia mendapati berlakunya penyelewengan atau salah guna kuasa dalam pengurusan syarikat?

    rujuk Surah Al Hujurat, ini telah diajar, ke atau kau memang JAHIL AGAMA? dan ada juga hukum siapa yang memfitnah prosedur dia macam mana, dasar kau nih jahil agama, mesti mak ayah biasa minum beer nih macam Chedet, takebeer!

    2. Adakah Islam membenarkan mereka ini dihukum atas dasar kontrak dan perjanjian yang telah dimeterai yang memerlukan pekerja merahsiakan apa-apa penyelewengan yang berlaku?

    Ya, apa punya soalan macam orang bukan Islam aje nih?

    3. Adakah dibenarkan dalam Islam, kita membocorkan rahsia organisasi di mana kita bekerja dengan niat hendak menegakkan kebenaran?

    Ya, terutama kalau bapak munafik macam Rafizi Ramli, Anwar Ibrahim dan sekongkolnya.

    4. Bolehkah Kerajaan sendiri mengenakan hukuman ke atas pembocor maklumat rahsia penyelewengan kerajaan?

    Boleh, ada peruntukan di bahawa Perlembagaan Persekutuan,

    aku harap kau belajar tinggi sikit sebelum tanya soalan abih boreh nih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kepala hotak abah kau... Kau dah dasar mengampu.. Agama pun ko tolak tepi...

      Padam
  3. Orang yang komen atas aku ni nampak mcm cerdik tapi tak. Soalan retorik pun tak boleh bezakan smpai nak label orang lain jahil dan mak bapak minum beer.

    BalasPadam
  4. dia sendiri tak baca surah yang dia sebutkan.

    BalasPadam
  5. Surah Al-Hujurat ayat 11 dan 12, isinya adalah Allah melarang kita merendah-rendahkan orang lain, memanggil dengan panggilan yang buruk dan buruk sangka terhadap orang lain.

    Sekian.

    ~Lily~

    BalasPadam
  6. May 11, 2015 at 3:58:00 PM GMT+8 wrote:
    rujuk Surah Al Hujurat, ini telah diajar, ke atau kau memang JAHIL AGAMA? dan ada juga hukum siapa yang memfitnah prosedur dia macam mana, dasar kau nih jahil agama, mesti mak ayah biasa minum beer nih macam Chedet, takebeer!

    sakit mata aku tengok nama surah Al Hujurat dengan takebeer tu satu sentence.

    May 11, 2015 at 3:58:00 PM GMT+8, baca surah As-Saff ayat 2-3 baik2.

    BalasPadam
  7. Ya Allah... apa nak jadi ni.. kalau semua rakyat Malaysia macam Anon May 11, 2015 at 3:58:00 PM GMT+8.... taktau nak cakap apa... nauzubillahiminzalik, minta dijauhkan..

    BalasPadam
  8. Slm. Aku dh kuar duit aku dr TH. Nak kuar dr EPF takleh.... boleh labur kat unit trust je. Jangan ckp shj buat sesuatu.

    BalasPadam
  9. yup2. dalam proses.. nak tinggal duit cecukup utk daftar haji shj..

    BalasPadam
  10. Anon May 11, 2015 at 3:58:00 PM GMT+8

    aku syak dia ni ahmad bin maslan ni..

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.