Februari 04, 2015

Review Buku : Prognosis (Diagnosis 2)

Aku dah lama menanti-nantikan sekuel kepada buku Diagnosis terbitan DubookPress ni.

Walaupun aku bukan seorang doktor dan family aku tak ada sorang pun jadi doktor, kecekalan seorang doktor menjalankan tugas dia sehingga terpaksa meninggalkan pelbagai perkara membuatkan aku ingin mengenali lebih rapat lagi bagaimana kehidupan seorang doktor.

Lagipun, aku selama ni mencari jawapan kepada satu persoalan "Kenapa Doktor hanya kahwin dengan Doktor?"

Ramai orang yang sharekan petikan-petikan dari buku Prognosis (Diagnosis 2) yang telah mereka beli dan khatam di Twitter aku. Ada satu part di mana Doktor Lelaki ini telah sedar yang wanita yang didepannya (juga seorang Doktor) adalah jodoh kepada dia dan memang dah ditakdirkan akan menjadi pasangannya till Jannah membuatkan aku sedar, mungkin hanya Doktor yang mengerti bagaimana perasaannya berkahwin dengan Doktor.

Aku suka part jiwang2 ni. Mungkin memang Melayu camtu kot.

Jadi aku berkobar-kobar membeli buku Prognosis(Diagnosis 2), sekuel kepada Diagnosis atau dalam kata publisher, sebenarnya adalah prekuel kepada Diagnosis 1, karya hangat yang popular seantero Malaysia. Pada mulanya aku beranggapan karya di dalamnya mungkin sama seperti Diagnosis tempohari, ditulis oleh 3 orang doktor dan kini sekuelnya pula ditulis oleh seorang Doktor sahaja. Dr. JackNaim? Siapa tu?

Hahaha. Tah! Aku bajet ini mesti Dr.Anwar Fazal punya nama pena. Tak perlulah cuba merendah diri dan menggunakan nama pena lain Doktor, kerana rasanya, satu Malaysia dah tau, siapa Doktor Anwar Fazal yang jadi kegilaan ramai gadis kerana suara merdu anda. Mungkin sebab itu juga tajuk tidak menggunakan perkataan Diagnosis. Tepat tajuk "Prognosis" dipilih kerana prognosis digunakan untuk menggambarkan ketidak tentuan/ tiada kesimpulan dalam sesuatu rawatan perubatan. (yang aku paham la, aku tak suka medic2 ni)

Tajuk itu gamaknya lebih sesuai untuk menunjukkan di mana penulis sedang berada ketika itu. Zaman sebelum beliau established diri beliau sebagai seorang pakar perubatan.

Aku baca buku tu dalam masa dua hari jugak la sambil berperang dengan anak dan curi-curi masa. Yang pelik, ini aku betul2 pelik, mana dia bab bercinta dengan kekasih yang orang ramai Twitkan tu? Kalau ada yang dah baca, tolong bagitau aku bab mana part bertentang mata Doktor dan Doktor Wanita tu sebab dah berkali2 aku cari, tak jugak aku temui.

Kesimpulan yang aku dapat, Doktor Anwar Faz...eh...sori2...Doktor JackNaim MD telah berjaya menulis prekuel yang menampakkan peningkatan dalam penulisan beliau. Jika sebelum ini Diagnosis 1 boleh dikatakan boleh membuatkan pembaca sedikit bosan dalam beberapa babak, sekuelnya pula iaitu "Prognosis" membawakan rentak yang lebih matang dan boleh dikatakan lebih dekat masyarakat.

Kalau dalam ayat aku, lebih humble.

Pembaca seperti aku lebih mudah relate kerana aku dapat merasakan diri aku diletakkan di dalam kasut Dr.Anw...eh..Dr.JackNaim MD dan boleh aku rasakan penat lelah beliau. Jika dibandingkan antara Diagnosis 1 dan dalam Prognosis,  aku boleh katakan penulisan beliau kali ini lebih personal, lebih jujur, ikhlas dan lebih dekat dengan masyarakat berbanding buku pertama beliau. Ini mungkin kerana penulisan kali ini diwartakan daripada pemerhatian beliau sendiri dan tidak perlu beliau berkongsi lampu limpah dengan mana-mana penulis lain.

Aku suka beberapa bab yang menceritakan perihal beliau yang kerap hilang peralatan dan tak lupa juga garapan beliau yang masih lagi mencari cinta. Cinta mengenal kerjaya, mengenal jiwa dan mengenal Pencipta.  Adakah Prognosis adalah satu penaik taraf berbanding buku Diagnosis 1?

Ya. Ia lebih personal dan ikhlas aku katakan, lebih mesra dengan orang ramai.

Bila kau pegi klinik, kau jumpa Doktor, kau rasa ada hadangan, ada sempadan yang wujud antara kau dan doktor kau, tetapi dari buku Prognosis ini, doktor yang menulis itu adalah seolah-olah sedang duduk di depan kau, dekat beranda rumah, ditemani angin sepoi-sepoi bahasa sambil pokok bergoyang perlahan....dan kau dengan dia sedang minum kopi bersama-sama.

Tidak ada lagi jurang pemisah antara doktor dan masyarakat. Kau dan dia hanyalah manusia biasa yang boleh melakukan kesilapan dan boleh melalui kejayaan.

16 ulasan:

  1. krik2 krik2 sambil memerhatikan cengkerik belaan doktor itu
    doktor tu bersuara "first!"

    BalasPadam
  2. Penulis ni bukan Dr Anwar Fazal, org lain. Haha.

    BalasPadam
  3. Dr jacknaim bukan dr anwar fazal. Org lain dgn blog lain dan tulisan lain. Totally a diff person.

    BalasPadam
  4. Dr anwar fazal is a poser (not Dr azah or her husband tho), Dr jack Naim is a true life saver. And ed medical officer who loves knowledge and sharing.

    BalasPadam
  5. Apahal pulak ko kutuk2 idola aku ni? Siapa poser? Apa pulak dia buat yang membuatkan kau panggil dia poser ni?

    BalasPadam
  6. Dr Anwar tu poyo!! Xsuka dia. Hahahahaha...

    BalasPadam
  7. Bro, diagnosis 2 and prognosis ni dua dua berbeza... cer check tweet dr anwar fazal and penulis2 lain diagnosis 2. Besides publisher sebenar diagnosis ni bukannya dubook tp whitecoat

    BalasPadam
  8. aku takleh nak cek.

    tah kenapa anwar fazal blok aku dr baca twitter dia.

    BalasPadam
  9. ko dah salah buku ni bro. huhu.
    dan aku rasa dr anwar bukan block twitter, tapi memang dia xde sosial account dah.

    BalasPadam
  10. Salam... i think you read a wrong book. Prognosis is by dubook & has nothing to do with AF. AF skrg dg whitecoat, tajuknya Diagnosis2, ditulis oleh 7 org doktor.

    BalasPadam
  11. Salam..dr jacknaim ni xde kaitan dgn penulis2 buku diagnosis 1 and 2..he is a medical officer currently in sarawak if im not mistaken..dia mmg dah aktif berblog since medical student lg

    BalasPadam
  12. kawan aku la.. dia di hosp lahad datu la skrg.. hehe

    BalasPadam
  13. hai uncle.
    check this out.

    http://jacknaimsquotes.blogspot.com/

    i think he is jacknaim.

    BalasPadam
  14. http://www.jacknaim.com

    www.jacknaimsnotes.com

    BalasPadam
  15. Ulasan terbaik. Aku pernah tengok buku ini di rak mph tetapi teragak-agak untuk membelinya. Aku risau aku akan kecewa spt mana aku akan kecewa dgn buku dignosis 1. Indah khabar dari rupa. Rasanya selepas ini aku akan berlari ke mph mencari buku ini.

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.