Februari 06, 2015

Awkward Agama : Kalau Kau Islam, Cuba Kau Habiskan Cerita Ini

Satu hari, kau sedang duduk sambil menikmati secawan teh tarik kat kedai. Kau dapat mesej dari kawan kau, seorang non Muslim, "tanya kau kat mana?"

Kau pun balas kat kedai tengah minum. Dia jawab balik,"nak join." Kau balas "OK. Jom!"

Dia sampai, duduk borak dengan kau pasal kerja yang korang tengah hadapi. Sampailah satu tahap di mana dia diam, kemudian dia cakap kat kau;

"Aku ingat aku nak masuk Islam."

Kau terkejut. Dalam diri kau, ada rasa gembira dan ada rasa nak bertanya lebih lanjut. Kau pun tanya dengan dia "kau dah bagitau pasangan kau?"

Dia diam.

"Aku nak masuk Islam lepas aku pegi tolong orang banjir haritu. Ada orang mintak aku tolong basuh masjid. Mungkin dia ingat aku Islam kot," beritahu kawan kau. "Aku tak tau kenapa aku rasa bila aku masuk masjid tu aku rasa lain."

"Aku nak tanya dengan kau ni...sebab tu aku nak jumpa kau sekarang," tanya kawan kau.

Kau renung dia, sabar menunggu soalan.

"Aku dah ada anak dua orang, pasangan aku non Muslim, family aku semua non Muslim...kau pun tau," terang dia.

"Pasangan aku, tak pernah lupa agama dia. Anak-anak aku kami dah ajar macam mana nak jaga agama kita orang," terang dia lagi.

Giliran kau pula diam.

"Aku dah tanya pasangan aku. Dia tak mahu Islam."

Kawan kau hirup milo suam perlahan-lahan.

"Aku nak tanya dengan kau sebab aku takut nak pergi ke Pejabat Agama tanya diorang, sebab dah boleh agak apa jawapan dia orang nanti," kawan kau menyambung cerita.

"Kenapa..."

Kawan kau diam.

"Kenapa kalau aku nak masuk Islam....dan pasangan aku tak mahu masuk Islam.." Kawan kau terdiam sebentar.

"......aku kena ceraikan dia?"

Kau tersentak.

"Kenapa perlu aku ceraikan pasangan aku, tinggalkan anak-anak aku, pecahkan keluarga aku, kalau aku sanggup terima Islam dan pasangan aku tidak?"

Kelu kau waktu itu.

"I trust you. Aku dah kenal kau lama, sebab tu aku nak tanya kau...apa pandangan kau?"

Kau diam, berfikir.

"Aku dah cuba pujuk pasangan aku. Dia tak mahu. Dia tak suka Islam."

Kau senyum kambing mendengar ayat kawan kau tu.

 "Hope you don't mind when I say that...dia bertegas yang jika aku masuk Islam, our relation is over."

Nampak dia rasa lega.
Mungkin masalah tu dah lama dia pendam seorang.

"Kalau kau jadi aku, apa kau buat?" tanya dia kepada kau.

Kemudian, kau buka mulut dan beritahu dia;

..........................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................

..........................................................................................................................................................

(Sila isi tempat kosong, 10 markah)


23 ulasan:

  1. Bismillah Ar Rahman Ar Rahim.

    maka aku pon jawab. kita kawan da lama kan. jadi aku harap dengan jawapan aku ni kau tak salah faham. sebab aku pun bukan ade ilmu sangat.

    jadi aku boleh simpulkan kau ade 2 isu.
    isu 1: kau berminat nak masuk islam. maaf aku tanya kenapa? kau tak bace paper? tak tengok berita. kami selalu dicop terorist.kami dicop kolot, kami dicop menindas wanita.
    jadi sebelum kau masuk islam aku harap kau kenal dulu islam itu apa. bagaimana islam berfungsi. bagaimana peraturan agama islam. sebab agama kau sekarang mesti ada peraturan betul? mulakanlah dengan mengenali islam tu dahulu. tak kenal makan tak cinta. jika kau sudah mengenali islam maka kau perlu bandingkan dengan ajaran agama kau. kelebihan dan kekurangan. kerana mengikut agama aku "tiada paksaan dalam beragama" dan kitab aku al quran ada sebut. "marilah kita berbincang. dalam perkara yang sama dengan syarat kau yakin tuhan tu ada dan tuhan tu satu"


    isu yg kedua pulak :
    ya, mengikut agama kami, jika kau memeluk islam maka kau tidak boleh bersama dengan isteri kau. tetapi tanggungjawap kau sebagai suami masih perlu diteruskan. kau masih perlu menghormati ibu dan ayah kau walaupun dorg bukan muslim. kau wajib patuh arahan ibu kau selagi dia tidak menyuruh kau tinggalkan ajaran islam. kau masih perlu memberi belanja kepada isteri kau selagi dia belum menikahi lelaki lain jika kau bercerai. dan kau wajib memberikan belanja anak2 kau walaupun dorg tidak memeluk islam. kerana dalam islam jika kau bercerai sekalipun dengan isteri kau, kau masih tetap perlu menanggung isteri dan anak2 kau. smpai isteri kau berkahwin. manakala anak2 kau masih kau perlu tanggung sehingga dorg besar.

    hubungan kekeluargaan kau tidak putus walaupun kau masuk islam. cuma kebanyakan keluarga non muslim membuang ahli keluarga yang masuk islam. dan kau harus tahu. islam tidak memaksa. jika kau pilih agama islam. inilah nilai pengorbanan yang kau perlu tanggung.

    BalasPadam
  2. disclaimer : tadi aku tak pergi solat Jumaat. aku tidur.

    Senang je. Suruh je la dia peluk Islam sebab nabi pun pesan jangan lambatkan benda2 mcm ni. Segerakan. Bawa jumpa sesiapa berkenaan dan ucap syahadah. Kalau diaorang suruh isi borang kau lepuk muka dia dengan borang tu. Proses ke status kahwin ke datang kemudian.

    Xero Mohamad pun satu. Nak pergi kenal dulu buat apa? Tanya soalan2 yang bagi orang tak berminat ke arah Islam. Kalau dia dah berminat pi bawak syahadah je la. Kalau dia mati sebelum ucap kan dah rugi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita skrg nak umat islam ada kualiti bro. Bukan kuantiti. 100 org masuk islam hari ni pun tapi esok lusa aqidah ke mana sbb x betul2 paham islam pun x guna jgk.

      Padam
    2. Pandai pulak dia nk buat keje tuhan samada org tu kualiti muslim ke tidak. Jwpn ko sndiri pon da bkn jwpn kualiti muslim

      Padam
    3. Kau tu yg pelik. Aku bagi analogi satu. Kau nak beli buku apa2 ada kau beli tgk luaran ja? Kau baca jugak apa dalaman dia kan. At least kau baca sinopsis supaya tau apa yg ada dlm buku tu. Sama lah jugak isu brother ni nak masuk islam. Xero Mohamad bagi hujah dengan dalil kukuh? Kau guna apa? Akal fikiran yang cetek. Derrr..

      Padam
  3. teruskan niat kau...Dan bergantunglah kepada Allah... jalankan tanggungjawab sebagai bapa Dan jadilah contoh pada mereka...inshaallah... Allah Dah aturkan hidup ko dgn sebaiknya...berserah Dan berdoa...akan tiba saat ITU bila wife ko akan terbuka hati...have faith bro...for HE knows what best for us

    BalasPadam
  4. Yang dikira syahadah tu faham tuan. Lafaz dengan Mulut. ikut dengan perbuatan dan yakin dalam hati. Kalau tak faham mana dtg yakin?

    BalasPadam
  5. Yang dikira syahadah tu faham tuan. Lafaz dengan Mulut. ikut dengan perbuatan dan yakin dalam hati. Kalau tak faham mana dtg yakin?

    BalasPadam
  6. Maaf tuan ilmu saye tak tinggi. Die nak tukar agama. Dari kecik dia taw agama dia saja. Kalau dia tak kenal islam mcm mana dia nak sayang. Kalo Allah sayang dia. Allah mudahkan hijrah dia. Bila tiba2 convert. Tak tau apa. bila dia nmpak muslim tp aurat tak tutup. muslim tp tak solat. Muslim tp tak ikut syariat. kesian kat dia nnt.

    BalasPadam
  7. Maaf tuan ilmu saye tak tinggi. Die nak tukar agama. Dari kecik dia taw agama dia saja. Kalau dia tak kenal islam mcm mana dia nak sayang. Kalo Allah sayang dia. Allah mudahkan hijrah dia. Bila tiba2 convert. Tak tau apa. bila dia nmpak muslim tp aurat tak tutup. muslim tp tak solat. Muslim tp tak ikut syariat. kesian kat dia nnt.

    BalasPadam
  8. Raju (bukan nama sebenar),
    Kau tahu,.. antara makna perkataan Islam tu ialah "selamat".
    Dalam keadaan sekarang kau sebagai seorang not-yet-muslim, menjadi muslim adalah tindakan kau untuk menyelamatkan diri.

    Bagaimana mungkin kau menyelamatkan orang lain jika kau belum dapat menyelamatkan diri kau sendiri.
    Jangkamasa dunia ini terlalu pendek jika dibandingkan dengan akhirat.
    Susah-payah kau di dunia ini untuk membawa keluarga kau ke Islam adalah perjuangan kau selepas memeluk Islam. Susah-payah itu adalah sesuatu yang dinilaikan oleh Allah, bukannya pada hasil usaha kau itu.

    Nabi Nuh A.S. berdakwah kepada keluarga dan umatnya selama 900 tahun, tak berapa kerat aja yang menerima Islam. Hinggakan anaknya sendiri pun tidak menerima Islam. Adakah beliau dikira gagal? Sesungguhnya tidak pada pandangan Allah.

    BalasPadam
  9. kalau orang dulu dia suh sunat dulu.. :P

    ok..tak lawak..

    apa apa hal syahadah dulu.. dia dah dapat hidayah.. pasal wife tu.. tanggungjawab kena teruskan jugak walau pun bukan suami isteri.. mana tau satu hari nanti terbukak hati wife dia pulak..

    BalasPadam
  10. terima kasih atas jawapan2 yang diberikan. serius shit, kalau aku berada dalam situasi tersebut, aku akan blur.

    dan mungkin kawan non Muslim aku tu terasa berat nak masuk Islam, sebab aku tak dapat nak justify soalan dia.

    teruskan perbincangan. kepada yang belum sedar, secara kebetulan...MEMANG KEBETULAN...benda ni diumumkan hari ni..

    http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/02/06/Divorce-first-then-convert/

    BalasPadam
  11. Suruh die follow cara hidup islam dulu b4 syahadah.. negara kita ni je sibuk2 nak suruh org mengucap dulu, belajar kemudian. Masalahnye lepas mengucap ditinggal terkapai2. Kat US tu org belajar islam 3 thn 5 thn baru mengucap. belajar isi quran dlm toilet, pegi masjid belajar slow2, dah ready (ikut masing2 punye keselesaan nak cpt ke lmbt) baru ckp I'm ready, pastu baru declare syahadah. Org yg amik masa 3-5 tahun belajar b4 syahadah tu skg pendakwah kuat kat tmpt masing2. Aku petik 2 nama je la.. imam shuhaib webb.. nicole queen.. bkn pagi ni masuk masjid ptg dah sibuk org suruh syahadah sbb 'kalo x sempat ngucap kan rugi'..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau bagi contoh sikit orang yang terkapai kat msia ni. Aku tak nak yang dekat US sana. Sini pun dah ada contoh yang baik la.

      Dan lepas tu memang tanggungjawab kita utk support dan bawak dia pergi belajar ke, baca kitab ke dll. Ni mcm nak masuk dalam geng atau persatuan pulak kena follow dulu baru join membership. Rilek la cara kita asing sikit bukan mcm nak masuk MLM kena p dengar talk atau bentang fail dulu.
      Dan tentang kalau mati sebelum mengucap tu bukan aku saja2 petik nabi yang kata. So kalau aku salah aku tak rasa apa pun.

      Padam
  12. xero mohammad ni kboard warrior sgt...

    BalasPadam
  13. Jalan terus bro. Jangan risau sebab kini kau dah ada Allah. Doa dan usaha agar isteri kau juga berubah sama.

    BalasPadam
  14. Tanya dia dh betul2 yakin dgn aqidah islam ker. Kalau dah yakin dalam hati ucapkanlah syahadah.. syariah pasal hubungan suami isteri dibincangkan kemudian. Kalau dia nak masuk islam kerana allah mesti ada jalan keluar permasalahan dgn wife dia tu nnt. Wallahua3lam.

    BalasPadam
  15. salam

    jawapan aku : kalau aku jadi kau, aku kawin pasangan baru yg agama islam.

    jawapan ni based on personal experience, ada family member aku kawin muallaf.

    sebenarnya Mantot, walaupun nampak "kejam" yg divorce tu, tapi aku rasa one of the best way ialah thru perkahwinan, provided pasangan tu memang responsible.

    sebab, pressure ko bleh handled bersama. pegi surau berteman bini. bleh hantar bini mengaji. roh islam tu ada dalam family ko. dengar ceramah sesama. benda2 mcm ni yg kuatkan semangat islam.

    kalau sorang2, agak susah.

    pasal family lama, pasangan tu kena still ensure hubby take care of ex-wife dan kids yg agama lain.

    ni jawapan based yg aku tengok depan mata aku.

    dalam masa sama, banyak juga kes, ramai juga muallaf yg keluar dari islam balik agama lama sebab pasangan dia tak bimbing dia satu apa pun.

    tapi insyallah, kalau mmg ikhlas, tuhan permudahkan.

    BalasPadam
  16. just share.

    dengan muallaf, kita kena kurangkan preachy.

    tunjuk benda baik2 je.

    kekadang dia akan tanya soalan pelik2, contoh "kenapa org islam suka sembelih2 orang atas nama jihad".

    the best answer "dalam semua agama pun ada orang jahat".

    klu citer agama kena style rilek2 mcm ust azhar idrus, x leh berat2 mcm dr maza.

    BalasPadam
  17. Suruh dia pergi Indonesia dan convert kat sana. Orang sana rilex je kahwin lain-lain agama.

    Tak tau la mazhab ape diorang pakai, malas pulak nak google.

    BalasPadam
  18. trpakse ceraikan bini die kalo xnk convert gak..selamatkan diri sndri dlu bru org laen.
    aku ade pengalaman ngn sorg amoi..dh setahun lbih baljo psl Islam,bace Al Quran..last2 gtau aku xnk msk Islam sbb xnk tglkan 'kesenangan dunia'..pastu ckp Islam byk sgt undang2 yg die rase leceh nk ikot..

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.