Januari 14, 2015

Kenapa Ramai Orang Melayu Meniaga Benda Yang Sama Aje dan Strategi Pemasaran Pun Sama Aje?

1. Ubat kurus cepat

Anda mahu kurus? Tetapi dengan kesibukan hidup, selalu menghalang kita dari meluangkan masa untuk bersenam tetapi kini tidak lagi dengan produk kami. Anda tidak perlu bersenam, tidak perlu berlapar dan yang seronoknya, anda boleh makan macam biasa. Tak percaya? Sapukan saja krim kurus yang disertakan sekali dalam pek pembelian dan saiz pinggang anda serta merta akan turun 2 inci.

Tak perlu bersenam, instantly boleh turun 1 inci dalam 5 minit dan boleh makan apa saja yang anda nak? Apa tunggu lagi?

Counterpoint - "Aku nampak pinggang kau sedikit menggeleber. Cuba sapu sekarang ubat tu dan bernafas seperti biasa."


2. Program duit masuk sambil goyang kaki

Jadilah affiliate kami! Anda hanya perlu masukkan surat ke dalam sampul dan jana pendapatan RM300 satu hari! Satu hari! Jika anda tak mahu masukkan surat, kami ada opsyen-opsyen lain yang mampu menjana pendapatan mudah dan senang kepada anda. Sila letakkan nombor telefon anda di sini dan kami akan memberi respon kepada anda.

Counterpoint - "Kalau camtu, baik kau buat sorang-sorang."


3. Program Emas Beranak Tapi Kami Yang Beranakkan Emas Anda

Anda ada emas? Kenapa biarkan ia terperap sebegitu saja? Beri kepada kami untuk kami laburkan. Setiap 10g anda laburkan, KAMI JAMIN, bukan, KAMI JANJI akan bertambah menjadi 12g selepas 3 bulan. Yang paling menarik, anda akan dapat duit poket RM30 sebulan untuk setiap 10g yang anda laburkan. Mudah, cepat dan senang. Anda hanya perlu duduk goyang kaki di rumah dan tunggu duit masuk.

Counterpoint - "Err....siapa kau nak ambik emas aku?"


4. Krim Ubat Licin Instant

Masya Allah! Selepas saya memakai produk ini, serta merta wajah saya bertambah berseri. Sumpah Demi Allah saya tak tipu. Kesan parut jerawat saya berkurangan dan suami terus kata yang saya kelihatan muda 10 tahun. Saya terus buka album gambar lama-lama dan boleh nampak lah perbezaannya. Terus suami nak masa tu jugak. Rasa seolah berbulan madu kali kedua :)

Counterpoint - "Suami puan nampak sangat tak suka puan gelap."


5. Krim Payudara Tegang

Puan risau dengan payu dara yang makin jatuh? Suami dah mula pandang wanita lain? Apa yang ditunggu lagi, dapat krim penegang payudara kami dan lihat kesannya serta merta. Bukan setakat itu, malahan jika diizinkan Allah, cup size puan-puan akan bertambah. Dijamin berkesan kerana saya dah menggunakannya selama 3 bulan ni dan memang benar, makin ramai mata-mata nakal yang memandang saya.

Counterpoint - "Kalau saya sapu kat bahagian lain, tegang jugak ke? Saya tak nak cuping telinga saya jadi tegang."

6. Ubat Vagina Ketat

Selepas bersalin anak ketiga kami melalui kaedah normal, saya mula gelisah mengenangkan takut tidak dapat lagi bersama dengan suami seperti dahulu. Mujurlah ada ubat ini yang bertindak secara semulajadi untuk merapatkan apa yang sudah sedikit longgar. Setelah saya mengambil ubat ini, saya mula merasakan perubahan ke atas hubungan suami isteri dan suami saya mula jarang keluar malam dan lebih gemar berada di rumah.

Counterpoint - "Kau sepatutnya lebih risau tak dapat bersama dengan suami kerana tak cukup masa, dah ada 3 orang anak berbanding vagina yang tidak ketat."

7. Ubat kote tegak

Dulu, saya hanya mampu beraksi seminit, dua minit sebelum tewas. Alhamdulillah selepas diperkenalkan dengan krim zakar power ni, saya dapat mengawal sendiri tubuh saya sehinggakan kadangkala isteri pun terpaksa minta berhenti kerana tak mampu menanggung lagi. Saya dapat rasakan hubungan kami mula kembali pulih, kami jarang bergaduh dan yang paling seronok, setiap hari, makan malam sedap-sedap belaka.

Counterpoint - "Isteri bahagia bukan sebab kote kau tegak lama. Isteri kau bahagia sebab kau tolong kemas rumah. Kenapa ramai lelaki gunakan kote tegak sebagai penanda aras kebahagiaan keluarga?"


8. Air yang bukan H20.

Tuan-tuan dan puan, ini bukan air biasa. Ini air yang telah dipecahkan molekulnya dan kandungan enzim-enzim, amilase, acidity dan alkaliknya telah dipertingkatkan. Struktur air yang lebih halus menjamin kelancaran penghadaman dalam perut dan sistem nano dalam air tersebut mampu mengembalikan semula elektrolit yang diperlukan. Baca dulu bismillah dan selawat ke atas Nabi sebelum meminum air ini. Insya Allah kesan baiknya akan dirasai serta merta.

Counterpoint - "Kalau betul nak membantu ke arah jalan di redhai, kenapa sebotol RM10 ni?"

9. Satu produk pelbagai khasiat

Anda ada kencing manis? Sakit jantung? Darah tinggi? Sakit buah pinggang? Usus membengkak? Makan tak hadam? Berak tak lawas? Migraine? Asthma? Halitosis? Masalah pendengaran? Pernafasan selalu tersekat? Selsema berpanjangan? Thiroid bengkak? Buasir? Perlu perkhidmatan mesin dialisis setiap hari?

Makan ubat kami ni dan dengan izin Allah yang Maha Kuasa, akan berkuranganlah penyakit-penyakit yang ada dalam badan anda. Kenapa perlu mengambil supplement-supplement tambahan yang dijual dari negara barat, yang tidak diketahui apa bahan kimianya? Dengan mengambil ubat kami, anda juga sedang menyumbang kepada tubuh anda Vitamin A,B1,B2,C, folic acid, DHA, nitrogen dioksida, sukrosa, gelatin, zat besi dan 8 lagi khasiat yang diperlukan dalam badan.

Counterpoint - "Oh, dah boleh tutuplah hospital dan klinik tu semua ya? Akak ada ambik medical insurans tak? Kenapa ambik kak? Kan akak ada ubat ajaib ni."

..............

Dalam banyak2 benda, benda aku paling sedih tengok, adalah orang2 Melayu ni jual barang2 yang sebenarnya scam.Dan kemudian mati-matian diorang pertahankan produk diorang tu bila ada orang kritik.

Padahal, dia sendiri tak tau, syarikat mana yang produce produk tu.

5 ulasan:

  1. Need to agree. 😔😔😔

    BalasPadam
  2. Beratus2 jenis respon iklan2 produk Melayu di Fesbuk:

    - PM harga plz
    - Berapa harga
    - Tag nama laki/bini/awek/balak/etc

    Kah...kah..kah..

    BalasPadam
  3. X pernah percaya dgn iklan mengarut.

    BalasPadam
  4. Yg paling syiok..dibacakan DOA.. Mcm mana agaknya..pasang kaset masa production kot

    BalasPadam
  5. tot..since ko sentuh bab ni..aku nk ko baca sket pasal movement ni..https://www.facebook.com/pages/Pseudoscience-Watch/402738909901198?fref=nf
    Sama tp modus operandi sedikit berbeza..lebih banyak penipuan..

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.