Januari 29, 2015

Gadis Berpurdah Melayu Pun Rasanya Ada Yang Dah Ter-Layan Porno Melayu Sekarang Ni

1. Dunia politik kita digemparkan dengan ugutan akan disiarkan video lucah Daim Zainuddin.

2. DAIM ZAINUDDIN ye bukan DAHLAN ZAINUDDIN. Bekas Menteri Kewangan kita yang orangnya nampak agak kecil saiznya.

3. Aku tak tau lah nak komen apa lagi dah.

4. Politik kita memang dah tahap sampah gila. Dah tak ada integriti langsung dari peringkat bawahan hinggalah ke peringkat atasan.

5. Ramai benar the so-called "pemimpin" ni yang hidupnya hari-hari duk merancang macam mana nak korek rahsia orang supaya satu hari nanti, dia boleh kawal orang yang dia perlu kawal dengan adanya rahsia tu.

6. Memang itu ke politik?

7. Atau politik sebenarnya adalah perebutan kuasa beberapa pihak yang mempunyai idea yang berlainan, cara yang berlainan tetapi matlamat yang sama, serta mengamalkan integriti yang tinggi.

8. Kita bukan orang Barat di mana politician dan skandal tidak dapat dipisahkan. Skandal pula dijadikan senjata utama jatuh bangun karier politik mereka.

9. Frust kan bila tengok orang Melayu sendiri seolah-olah lupa diri dihasut syaitan dalam bab berpolitik.

10. Bila non Muslim non Malay persoal pasal kenapa Pemimpin Melayu tak ada moral dan tak mengikut tunas-tunas Islam, dikatanya oleh mereka dan penyokong mereka "nyah kau dari Malaysia wahai pendatang."

11. Bila Melayu sendiri persoal kenapa Melayu tak serupa Islam dalam berpolitik, disuruhnya kita berhijrah ke negara lain jika mahu terus menderhaka kepada bangsa sendiri.

12. Kau nak jadi pemimpin tapi cara kau berpolitik tu jelas benar pada masyarakat style politik berpaksikan zakar dan telur kerandut sahaja.

13. Dalam mana2 gagasan kerajaan, berapi2 cakap "nak melahirkan masyarakat yang bersatu, nak melahirkan masyarakat yang berakhlak tinggi."

14. Dalam parti pulak, perjuangan katanya "nak memperjuangkan agama, bangsa dan negara."

15. Apa kejadahnya cakap tak serupa bikin ni? Sampai bila masyarakat nak bergelumang dengan politik video seks ni?

16. Kau tak suka Ustaz? Video seks. Kau tak suka artis? Video seks. Kau tak suka pembangkang? Video-video seks. Kau tak suka sekutu separti tapi kepala lain? Video seks.

17. Nak ada matapelajaran baru dalam sekolah ke yang bertajuk "Penghasilan Video Seks Tahap 1" untuk KSSR?

18. Nanti video keluar...orang ramai duk membincangkan "eh betul ke tak tu Daim? Muka macam bukan tapi kote besar sangat la untuk saiz dia? Betul ke ah?"

19. Masyarakat Melayu duk tergopoh gapah bincang pasal video seks. Budak-budak pun terikut sama.

20. Perfect package lah apa yang masyarakat Melayu ambik sebagai norma. Riba, seks, amalan karut. Lengkap.

21. Jom kita lakukan survey mudah. Jawab dengan jujur.

22. Siapa sini pernah tengok porno?

23. (Mungkin tak ramai yang kata 'ya')

24. Tukar soalan;

25. Siapa sini pernah tengok video "Anwar","Azhar Idrus", Chua Soi Lek dan "Mustafa Ali" demi mendapatkan kebenaran?

26. Ramai pulak yang jawab ya.

27. "Tengok sebab nak tau kisah sebenar bro...kita kena tau bro...nanti tersalah pilih pemimpin bro..."

28. Habis tu, kenapa kau kata kau tak pernah tengok porno?

29. Wahai pemimpin Melayu...

30. Sampai bila? Takkanlah kau nak masyarakat doa korang mati cepat sikit baru hidup rasa tenteram?

31. Selalunya yang ugut2 sesama parti ni video dia takkan keluar. Tapi dari situ dah jelas....betapa jauhnya terkebelakang pemikiran politik Melayu masakini jika dibandingkan dengan orang2 bukan Islam.

32. Macam mana lah orang Cina tak bertepuk tangan kalau aku sendiri rasa nak bertepuk-tepuk dahi tengok kelakuan orang Melayu ni?

Januari 27, 2015

Kepada Yang Masih Tak Memahami Apa Bahayanya Undang-Undang Larang Rotan Anak Kepada Ibu Bapa

"Biasalah orang malaysia. Baca berita tak habis dah menyampuk bagi komen macam2.

Hari ni lepas dengar radio BFM baru aku faham isu ni pasal apa sebenarnya. Bukan pasal nak jadikan mak bapak rotan anak satu kesalahan, tapi nak hadkan hukuman rotan kanak2 yang dijatuhkan oleh mahkamah tak melebihi 10 sebatan."

Ini komen aku dapat 9.40 tadi. Dekat BFM pukul 8.20 tadi memang ada talk pasal isu ni. Memang betul dalam BFM sebut undang2 yang akan dipinda adalah undang2 melarang kanak2 bawah 18 tahun mengalami hukuman sebatan atas sebab jenayah.

Tapi rancangan radio takkan berani sebut benda2 lain yang bersangkut paut dengan permintaan CRC ke atas negara kita. Sebelum kau mulakan membaca, kalau kau tak faham English, kau boleh ambik kelas English dengan aku. RM50 sejam. Aku serius. Atau yang lebih murah, kau copy ayat tu dan masukkan ke Google Translate. Takyah bayar aku RM50 sejam.

1. Kita fahami dulu apa dia bentuk hukuman yang CRC ni cuba jadikan satu jenayah jika dilakukan ke atas kanak-kanak.

“Any punishment in which physical force is used and intended to cause some degree of pain or discomfort, however light. Most involves hitting (“smacking”, “slapping”, “spanking”) children, with the hand or with an implement – whip, stick, belt, shoe, wooden spoon, etc. But it can also involve, for example, kicking, shaking or throwing children, scratching, pinching, biting, pulling hair or boxing ears, forcing children to stay in uncomfortable positions, burning, scalding or forced ingestion (for example, washing children’s mouths out with soap or forcing them to swallow hot spices). In the view of the Committee, corporal punishment is invariably degrading. In addition, there are other non

Physical forms of punishment which are also cruel and degrading and thus incompatible with the Convention. These include, for example, punishment which belittles, humiliates, denigrates, scapegoats, threatens, scares or ridicules the child.”


2. Kita cuba pula memahami apa yang disarankan kepada Malaysia untuk diubah atau disemak semula undang2 negara kita supara sesuai dengan perjanjian CRC

The Committee submitted its Concluding Observations to Malaysia in 2007, which included the following recommendations:

a. Review and abolish Malaysia’s reservations to the CRC
b. Ratify the two Optional Protocols and other international laws
c. Review Malaysia’s dual legal system (Civil and Syariah) as some domestic laws are obstacles to the realisation of the CRC in Malaysia
d. Review and reform domestic laws such as the Essential (Security Cases) Regulations 1975
e. Abolish capital punishment for children
f. Review the Children and Young Persons (Employment) Act 1966 to ensure that acceptable conditions of work are clearly and strictly defined to comply with international labour standards.

Sila baca point C betul-betul. OBSTACLES!
Apa maksud OBSTACLES? Halangan...


3. Ini adalah artikel 14 dasar CRC berkenaan dengan agama kanak-kanak.

Article 14

1. States Parties shall respect the right of the child to freedom of thought, conscience and religion.

2. States Parties shall respect the rights and duties of the parents and, when applicable, legal guardians, to provide direction to the child in the exercise of his or her right in a manner consistent with the evolving capacities of the child.

3. Freedom to manifest one's religion or beliefs may be subject only to such limitations as are prescribed by law and are necessary to protect public safety, order, health or morals, or the fundamental rights and freedoms of others.

4. Ini recommendation dari Child Rights Coalition Malaysia mengenai langkah2 yang kerajaan patut ambil dalam menyelaraskan undang2 supaya sepadan dengan apa yang diusulkan oleh CRC.

"Outlaw judicial corporal punishment (whipping) of child offenders including those under Sharia
laws, and prohibit by law all forms of corporal punishment in the school and the home."

5. Ini point last aku berkaitan LGBT, CRC dan apa yang UNICEF tengah perjuangkan menggunakan CRC ni.

Further steps should be taken to change attitudes and protect children and families from discrimination based on their sexual orientation and gender identity. Positive social norms that recognize and welcome diversity in cultures around the world should be reinforced to include the recognition, protection and promotion of the human rights of all people, regardless of real or perceived sexual orientation or gender identity.

Abuse based on real or perceived sexual orientation or gender identity should not be tolerated. All measures to protect LGBT children and LGBT parents should be enforced in a manner that truly is in the best interests of children, and does not simply silence the victim or drive the discussion
underground.

............

Ada banyak lagi isu lain yang bagus yang diutarakan dalam konvensyen CRC ni tetapi apa yang dah disebutkan oleh menteri kita dan bila dia menjadikan kes Sweden sebagai satu contoh; ini mungkin memberi sedikit gambaran bagaimana pelaksanaan negara nanti. Adakah kita akan mengikut jejak langkah Sweden?

Apa yang aku nampak, pelaksanaan sepenuhnya CRC akan membawa kepada beberapa perubahan dalam undang2 syariah kita.

Mungkin...ini semua kemungkinan ya...

Aku suka fikir kemungkinan2 camni. Prepare for the worst. Senang aku nak lari ke bukit sebab dinyatakan sampai satu masa nanti di akhir zaman, kau nak amalkan Islam pun, kau kena lari menyorok dalam hutan atau bukit.

a. Ibu bapa yang mempunyai anak LGBT tidak dibenarkan untuk melakukan apa2 terhadap tingkah laku anaknya kerana itu rights dia.

b. Kebebasan untuk memilih agama akan diberikan jadi mungkin undang2 yang dipakai selama ni iaitu mak bapak Islam anak Islam akan cuba dilupuskan. Kau tengok lah sendiri sekarang ni macam mana. 10 tahun lagi mungkin lebih ekstrim.

c. Berkemungkinan besar jika kanak-kanak Muslim ingin murtad, ibu bapa tidak lagi mampu menghalangnya sebab jika dihalang, ia akan berlawanan dengan apa yang dipersetujui dalam konvensyen CRC.

d. Apa yang CRC cuba push setiap negara buat adalah banned semua corporal punishment dan mereka akan jadikan Sweden sebagai negara contoh kerana kempen itu sangat berjaya. Ni benda yang ramai orang tak sebut lagi; penganjur2 CRC ni dah terang2 sebut hak perlindungan yang akan diterima oleh kanak-kanak ni bersifat universal jadi sedikit sebanyak, ia akan overwrite apa yang agama mintak kau buat; contohnya...paksa anak kau solat kalau dia tak nak solat. Paksa anak kau pakai tudung kalau dia tak nak pakai tudung.

Macam kes dekat Sweden tu lah.

Ini semua kemungkinan2 yang boleh berlaku.

Aku tau kerajaan kita tak sebodoh ni untuk declare yang diorang akan laksanakan apa yang dipersetujui bulat2 camtu. Isu yang akan timbul mungkin pada masa hadapan adalah apabila ada kanak2 yang menggunakan artikel2 yang terdapat dalam persetujuan CRC ni dan dibawa ke mahkamah dan undang2 negara kita dicabar oleh sesuatu yang telahpun negara kita persetujui.

Kau mungkin nampak pasal kes rotan tapi apa yang telah dipersetujui oleh kerajaan kita melalui konvensyen CRC ni berkemungkinan besar akan mengubah pelbagai benda lain. Part rotan tu sebenarnya kecik aje. Tapi implikasi dia..mak aih....

Ada banyak lagi benda yang kau boleh cuba baca untuk paham benda ni dari segi perspektif orang Islam dan kenapa benda ni bahaya jika dilaksanakan sepenuhnya. Aku harap kerajaan akan ambil langkah yang betul. Kita tak perlu tunduk pada desakan antarabangsa.

Aku setuju Akta Kanak-Kanak 2001 dinaik taraf. Memang outdated gila akta tu. Tapi, kenapa perlu kita berkiblatkan barat dalam membentuk undang2 yang bakal melahirkan generasi kita yang akan datang?

ps - kepada tuan punya komen yang aku siarkan di atas, tahniah. Anda salah. BFM pun sedikit salah sebab tak menerangkan betul2 apa isi kandungan yang nak diperkenalkan ni. Aku dengar talkshow tu bang.

Januari 26, 2015

Kalau Nak Jugak Rotan Anak, Baik Kau Tak Payah Ada Anak. Senang!

"Sayang anak, tangan-tangankan."

Orang Melayu memang dah terkenal dengan cara mengajar anak mereka yang sedikit ganas. Merotan, memukul, melibas, kena tempeleng, kena tampar dan macam-macam lagilah cara yang kita boleh nampak, yang dilakukan oleh mak ayah untuk memastikan anak mereka jadi manusia. Orang Cina pulak aku nampak pendekatan diorang lain....maaflah kalau aku silap tapi aku kerap nampak orang Cina maki dan pukul anak diorang dekat public kalau anak diorang tak dengar kata.

Agak sedih tengok tapi peduli hapa, anak dia.

Kerajaan pula baru-baru ni mengumumkan mereka sedang meminda satu undang2 baru yang berkemungkinan besar akan menyelarikan undang2 selaras dengan permintaan dunia yang bermesyuarat melalui persidangan Convention of the Rights of the Child atau CRC. Pengumuman kerajaan kita dibuat melalui media kita hari Sabtu dan topik yang diterangkan...hanyalah menggunakan kaedah "kalau rotan anak, nanti kau penjenayah."

Aku tak tau mana satu yang lebih tak kompeten dalam menerangkan isu sebenar dalam bab ni, media kita atau menteri tu sendiri. Ini kerana CRC punya keputusan sebenarnya merangkumi terlalu banyak perkara dan mungkin ada pihak yang nak mudahkan cerita, dia kata "rotan anak nanti2 salah dan kau boleh didakwa."

Kenapa tak sentuh pasal banyak bab lain sebagai contoh? Contohnya macam mana kanak2 di negara kita dijadikan umpan sindiket minta sedekah? Ada orang nak jual paper atau ada orang nak sensasikan isu untuk jaja muka dia dekat paper? Wallahuallam. Baru minggu lepas ada budak2 datang mintak sedekah dengan aku untuk Sekolah Tahfiz kat Kedah yang dah terbukti...fraud.

Mana tindakannya pihak berkuasa?
Mempergunakan anak yatim untuk minta sedekah?

Dalam bab rotan anak ni, aku tengok ramai pulak yang keluarkan hadis dan ayat nak justify rotan anak ni perlu. Janganlah dangkal sangat. Ya, memang ada disebut...tetapi kita kena la tengok situasinya. Situasinya dah kronik, anak tak nak dengar langsung kata kau, solat pun tak nak, rotan lah. Tapi jangan la kau sebut agama benarkan rotan tanpa kau tau kat mana sebenarnya agama bagi kau rotan.

Kat mana kau buleh rotan ni?
Hehe. Carilah sendiri.

Berbalik kepada isu besar...aku tak setuju jika undang2 yang bakal diperkenalkan tu nanti memudahkan orang untuk eksploit. Kau perlu tau, jika undang2 itu dilaksanakan (memang pun, cuma caranya dan aktanya masih belum jelas) akan merangkumi mereka2 yang berumur 18 tahun dan ke bawah.

18 tahun dan ke bawah!

Jadi cuba kau fikirkan, jika ada seorang minah emo yang tak suka dengan larangan2 yang mak bapak dia perkenalkan, "TINA TAK BOLEH KELUAR DENGAN BUDAK LELAKI TU! TINA TAK BOLEH BALIK MALAM !" mudah rasanya budak2 yang dah besar dan ada akal ni provoke mak bapak dia supaya hentak anak dia sikit dan buat laporan abuse.

Apa yang akan berlaku adalah sistem tu hanya akan membuatkan mak bapak jadi lagi takut dengan anak. Aku pulak nampak sistem ni sebenarnya nak diperkenalkan ke seluruh dunia supaya orang ramai takut nak ada anak, hahaha. Ini teori orang2 yang suka berkonspirasi.

Mungkin dari positifnya, ada banyak sebab seperti yang dah disebut. Nak ajar mak bapak jadi mak ayah yang lebih baik, nak train mak ayah supaya ubah cara pendidikan anak tapi bukan semua mak bapak sempurna! Yang lebih penting, bukan semua budak bawah 18 tahun tu sempurna, boleh diajar lemah lembut, boleh dibentuk dengan didikan yang tidak bersifat korporal.

Kalau tak, tak adalah kita Sekolah Henry Gurney kan? Sekolah tu....banyak menyalahi undang2 CRC kan rasanya. Cuba semak balik.

Media kita ada satu masa dulu demam drama gangster sekolah. Filem kita pulak sampai sekarang duk demam cerita kongsi gelap, samseng dan taiko Melayu berbicara dengan loghat Cina. Jika kerajaan betul2 nak wujudkan masyarakat yang harmoni dan tak perlu rotan, pelaksanaannya kenalah menyeluruh.

Nak banned ibu bapa dari rotan anak?

Banned sekali filem2 samseng yang banyak merosakkan masyarakat kita ni. Kau nak hukum mereka2 yang menghukum anak2 mereka selepas tu, fine. Takde masalah. Pendekatan kerajaan kenalah menyeluruh dari segi akta dan pengawalan gejala sosial kepada masyarakat. Kawal apa yang industri kita cuba jaja kepada masyarakat.

Macam mana nak bantu ibu bapak kawal tingkah laku anak kalau TV duk tayang drama peluk cium Melayu, gaduh potong Melayu dan hantu seram Melayu? Kepala buto la nak masyarakat jadi elok kalau benda2 camtu kau galakkan orang kita tengok.

Aku ada beberapa benda yang bermain dekat kepala aku.

Antaranya;

1. Cikgu macam mana statusnya? Kalaulah ada satu kes di mana cikgu belasah pelajar sebab pelajar tu nak belasah cikgu, undang2 nanti memihak kepada siapa? Adakah kerana dia kanak-kanak, undang2 akan melindungi dia dan automatiknya cikgu tu salah?

2. Kalau seseorang budak didapati memang bersifat gangster tak sesuai dengan umurnya, macam mana?

3. Aku suka kaitkan dengan isu hudud. Ramai dari pihak kerajaan kata hudud tak sesuai dengan negara kita, jadi diharapkan pihak kerajaan dapat jelaskan kat mana sebenarnya yang sesuai benar undang2 ni dengan negara kita? Dengan budaya yang sangat berlainan, sesuai ke undang2 ni diperkenalkan di negara kita?

Orang barat, anak nak berzina, diorang tolong belikan kondom. Anak bawak balik laki masuk bilik, takdehal. Anak gi parti minum arak senyap2, diorang boleh pejamkan mata. Banyak benda buruk yang diorang boleh buat, kita tak benarkan buat. Kita sebagai satu bangsa,sangat sensitif dengan perangai anak kita. Jadi, macam mana undang2 tu akan bersesuaian dengan kita nanti?

................

Aku harap kerajaan nampak beberapa side effect yang akan berlaku akibat dari pengenalan undang2 mengarut ni.

1. Lebih ramai ibu bapa yang akan cuba menjauhkan diri dari anak yang bermasalah disiplin. Anak akan meluangkan lebih banyak masa dengan pengasuh or worse, cikgu. "Takpelah, biarlah dia duduk sekolah sampai senja."

2. Mungkin lebih ramai para bapa yang malas nak layan kerenah anak menghabiskan masa di pejabatnya semata-mata kerana takut terbidas anak sekali dua dengan rotan.

3. Purata jumlah anak per keluarga akan menurun.

4. Mempunyai anak sudah menjadi satu risiko besar.

5. Apa akan jadi pada anak yang ibu bapanya ke penjara? Siapa nak jaga? Makciknya? Pakciknya? Nenek? Atuk? Waris terdekat? Jabatan Kebajikan Masyarakat? Seri Perdana? Parcel A? Mampu ke kerajaan menjamin kebajikan budak2 tu terjaga sedangkan mak bapak sendiri pun kelam kabut menjaganya? Yang penting...siapa yang nak carik pendapatan untuk besarkan anak2 tu kalau diri sendiri pun kelam kabut?

Nak harap bantuan kerajaan?
Last sekali aku dengar, kerajaan takde duit.

6. Akan wujud lebih banyak gosip untuk masyarakat kita borakkan. Kes suami isteri Sweden tu, punyalah banyak gosip tersebar. Ada yang kata bini dia buruk perangai lah, ada yang kata diorang tu memang dah level syaitan lah, ada yang kata diorang ni baik dan jangan fitnah orang lain.

Kau nampak tak apa akan berlaku ni, kerajaan? Kau akan melahirkan uncertainty dalam masyarakat dan melahirkan masyarakat yang hanya berminat nak speculate benda2 sensasi yang terjadi."Ni mesti mak dia yang jahat, Ni mesti ayah dia yang jahat. Patutlah garang semacam, dia ahli seumur hidup PAS!" Nak lindungi kepentingan kanak-kanak, akhirnya yang jadi huru-hara, masyarakat.

Dah la kerajaan galakkan riba dalam masyarakat, nak ajak ramai2 fitnah memfitnah lagi? Kes liwat pun tak setel2 lagi sampai sekarang bro.

7. Kalau cubit anak, kira jenayah jugak ke? Lastik anak pakai batu? Camne?

Tolonglah buat kajian betul-betul. Yang baik untuk orang barat tak semestinya baik untuk orang kita. Buatlah undang2 yang sesuai dengan kita, yang mengikut acuan Islam ni.

Kenapa kita perlu ikut acuan barat? Entahlah.
Yang pastinya pengusaha rotan kini sedang menggaru kepala memikirkan stok yang bakal tak terjual.

Januari 22, 2015

Kenapa Maksiat Lebih Mulia Berbanding Menagih Dadah Pada Masyarakat Melayu?


"Zamani lewtuw.. Ni kalau lokap tu boleh cakap mmg dah boleh panggil nama dia. kenai sangat…
Dok keluaq masuk…. haihhh…"

" kalu dah ke tahap heroin dan syabu (ais), memang sah “addict” la. kronik la engko ni bro… :("

"penagih2 ni patut kena hukum cuci tandas awam je….tak berhasil pada negara. loser!"

"nak kesian apa? ada duit beli dadah, ko sedekah kat masjid pun dpt juga pahala."

"x payah nak kesian la weh,,,mat rempit2 semua tu ambik apa sebelum lumba dan ragut??? melayu2 camni….macam haram jadah je. kasi humban dalam loji kumbahan."


"Sweetnya."

"Mesti tengok! Tahniah TV9 kerana menyiarkan drama yang berkualiti!"

"Ni yang shoot kat obersea tu kan? Syoknya dapat tengok negara orang."

"Cantik poster dia."

"Abang Remy Ishak hensem la. Aku tak minat dengan Sara Ali."

"Harap endingnya nanti tak mengecewakan."


Januari 21, 2015

Sebuah Cerpen Cinta Ringkas Dikarang Dengan Kata Kunci Yang Tak Asing Dalam Penulisan Kisah Lucah Melayu

Raba

"Ada ke?" tanya Anisah. Ahmad meraba-raba dalam poketnya sambil diperhatikan Anisah. Dia dah agak gadis itu akan kembali keeseokannya mencari kerongsang yang kini berada dalam poketnya.

Gentel

Ahmad menggentel kerongsang berbatu hijau Anisah dijari dalam poketnya. "Ada," angguk Ahmad. Anisah memandang penuh rasa syukur.

Ramas

Lega hati Anisah. Dia menjenguk ke dalam beg tangannya. Beberapa gumpalan wang kertas RM10 yang diramas sebelum dicampak ke dalam tas tangannya kelihatan.

Sedut

"Baru aje keluar duit semalam, dah nak habis dah duit aku, macam kena sedut dengan vakum," renung Anisah dalam hati.

Mengendap

Rakan Ahmad mengendap dari tingkap keretanya. Sudah agak lama Ahmad berdiri di depan gadis tersebut untuk memulangkan kerongsang yang dijumpainya semalam.

Gebu

"Turun beli pau kacang sedap jugak ni, dah la gebu-gebu belaka pau sini," fikir Wan lalu mematikan enjin kereta sebelum melangkah turun.

Lazat

"Ya dik. Mau makan apa? Sini semua makanan lazat-lazat semua!" sapa pelayan Indonesia kedai makan tersebut.

Basah

"Mee goreng basah ada, nasi goreng kampung ada, nasi padang ada, mee kolok ada, bihun singapore ada," sambung kakak pelayan tersebut.

Jolok

"Apa? Mee jolok?" tanya Wan kehairanan. Dia tak pernah dengar lagi ada mee jolok. Mungkin resipi tradisi Indonesia. Kakak itu tersenyum. "Mee kolok lah.."

Tebuk

Durrr! Durr! Bunyi gerudi menebuk dinding membuatkan Ahmad dan Anisah berpaling ke belakang. Seorang pekerja kedai menggantungkan menu yang kemas dibingkaikan ke dinding.

Lubang

"Nasib baik awak jumpa kerongsang saya. Saya pun tak sedar rupanya tas tangan saya dah berlubang, Arwah mak saya yang bagi tu, peninggalan moyang saya tu," Anisah menceritakan kisahnya kepada Ahmad.

Betik

"Biar betik! Dah berapa tahun dah kerongsang ni?" kata Ahmad sambil membelek kerongsang tersebut.

Tembikai

Ahmad lihat warnanya hijau cantik, seperti warna tembikai yang masak ranum, lalu tangannya menghulurkan kerongsang itu pada Anisah.

Batang

Wan memasukkan batang penyedut minuman ke dalam air teh o ais yang dipesannya. Sedikit disedut, terus lega rasa tekaknya menunggu Ahmad yang masih belum selesai cuba ajak perempuan bercinta.

Panjang

"Berbual panjang nampak!" Remy datang mendekati Ahmad. "Dah dapat dah kerongsang awak?" tanya Remy kepada Anisah. Remy menjeling Ahmad.

Tegang

Suasana menjadi tegang. Ahmad sedikit gementar melihat Remy yang badannya nampak seolah banyak menghabiskan masa di gimnasium.

 Hisap

"Bro, rokok?" tanya Remy sambil menghulurkan kotak rokok berjenama John kepada Ahmad. Ahmad menolak dengan sopan. "Tak, saya tak hisap rokok."

Dayung

"Ok lah. Jom, I nak ke kelas dayung kanu sekejap lagi," pinta Remy berbisik kepada Anisah. Anisah mengangguk. Anisah menghulurkan RM30 kepada Ahmad. "Nah, hadiah dari saya."

Henjut

Wan memandang dari jauh. "Jangan tolak Mad. Rezeki datang kena henjut," pesan Wan kepada Ahmad secara telepati.

Jilat

Ahmad menjilat bibirnya. "Rezeki ni. Lepas jugak kalau aku beli buku CursingMalay jilid 1 terbitan DubookPress sekali dengan CD lagu Mantot. Ngam-ngam RM30 termasuk Pos."


Januari 19, 2015

Cerpen - Zanariah Anak Derhaka Yang Tidak Komited

"Bukannya ayah tak bagi Zana kawan dengan dia. Cuma sekarang ni bukan masanya lagi."

Haji Kasim meneguk kopi panas dengan perlahan. Bibirnya sedikit melecur tapi ditahan sahaja kerana hatinya sedang berkecamuk. Makcik Leha melihat dari tepi sahaja, dia tak mahu masuk campur. Keputusan ini biarkan suaminya yang tentukan.

"Ayah dah baca semua mesej-mesej kamu dengan kawan kamu, Zana.." beritahu Haji Kasim.

"What! Ayah tak ada hak tau! Ayah dah masuk campur privasi Zana!" Zanariah meninggikan suara. Dia betul kecewa tindakan ayahnya itu.

"Ayah! Zana dah besar! Zana dah 19 tahun. Dengan siapa Zana nak berkawan, itu hak Zana! Ayah tak boleh masuk campur! Mak, tolonglah sokong Zana mak!" rintih Zana kepada ibunya. Makcik Leha hanya merenung Zana sambil tersenyum.

"Ini antara kamu dengan ayah, Ana. Kamu bawah tanggungan ayah," beritahu  Makcik Leha.

Zanariah mendengus. Hatinya geram.

"Ayah bukannya tak bagi, cuma ayah tengok si Boy kawan Ana tu, ayah tak berapa suka dengan perwatakan dia, dia kan dah terkenal dengan perangai samsengnya," pesan Haji Kasim. "Ramai lagi lelaki yang Ana boleh kawan, Ana. Dia, abah kenal benar lelaki jenis Boy tu Ana."
Zanariah memusingkan kepalanya apabila sedar ayahnya merenung tepat ke wajahnya.

"Apa ayah? Hati baik? Ada kerja tetap? Memang dia nampak seperti kutu rayau ayah, tapi dia ada visi. Dia ada hasrat. Dia nak sambung belajar dekat politeknik tahun depan," terang Zanariah. Haji Kasim mendengar dengan tekun.

"Zanariah anakku..." Haji Kasim diam.

"Jiran-jiran ada cerita, mereka nampak Ana dengan Boy naik motor sama-sama, jalan peluk-peluk pinggang dekat pekan, ayah tak nak percaya Ana...sebab ayah tau Ana anak ayah," Haji Kasim memandang ke arah lain. "Tapi ayah dah nampak sendiri depan mata ayah sendiri apa yang Ana dengan Boy buat, itu bukan kawan loagi dah Ana, itu dah macam suami isteri."

Tangan Haji Kasim menggigil mengangkat cawan kopi.

"Ayah tak benarkan Ana jumpa dia lagi, Ana." Haji Kasim menghirup kopi, melegakan sedikit tekak yang meronta-ronta.

Zanariah menangis tersedak-sedak. Makcik Leha menghampiri anaknya lalu diurut belakang anaknya yang bernafas kencang. "Sabar nak, ini semua untuk masa depan Ana juga. Kita orang Islam, kena jaga agama kita."

Zanariah merenung ibunya. Matanya merah.

"Balik-balik agama! Balik-balik agama! Memang betullah macam kata Abang Boy! Ayah dengan ibu perasan alim," Zanariah mengamuk.

"Astaghfirullah Ana, ingat Tuhan, Ana," Makcik Leha cuba menenangkan Zanariah tapi tangannya ditepis.

Zanariah bangun.

"Ana nak keluar rumah. Ana nak duduk tempat lain! Selagi ayah dengan ibu tak dapat terima Abang Boy selagi itulah Ana takkan balik rumah ni!" Makcik Leha menggeletar. Haji Kasim melihat setiap gerak geri anaknya dengan mata yang terbuntang luas. Dia tak sangka akan ke tahap itu pertelingkahan mereka.

Zanariah melangkah membuka pintu lalu berlari keluar. Dia cuba dikejar Makcik Leha tapi apakan daya tenaga si tua dapat mengatasi kuasa si muda. Makcik Leha termengah-mengah berlari mengejar tetapi akhirnya Ana hilang dari pandangan. Dia pun melangkah kembali ke rumahnya.

Haji Kasim masih lagi duduk di tempat yang sama sambil menghirup kopi panasnya.

"Abang tak sayang anak abang ke?" jerit Makcik Leha.
Haji Kasim hanya diam.

................

"Abang Boy, jauh lagi ke bang?" mesej Zanariah.

"Jauh lg, tunggu skjp!" balas Boy.

Zanariah lega mesejnya dibalas segera. Boy memang cekap mengendalikan motorsikal LC nya sambil menaip mesej ditelefon. Dia menunggu di perhentian bas itu sudah hampir setengah jam. Perasaannya berkecamuk.

Dia tau dia perlu keluar rumah untuk mencari hidupnya sendiri kerana ayahnya yang terlalu mengongkong membuatkan dia jadi canggung.

"Nanti-nanti aku minta maaf ayah, ibu.." fikir Ana.

Jarinya kembali menaip di skrin telefon. "Dah dkt mana?" Butang send ditekan.

Dari jauh dia nampak motorsikal Boy. Boy pula yang baru menerima mesej memeriksa telefon. Matanya dialihkan sebentar dari jalan.

Ana menjerit. Boy tak sedar ada kereta sedang mengundur. Disapunya sedikit bahagian belakang kereta tersebut. Nasib baik perlahan. Ana berlari ke arah Boy pantas.

"Abang Boy! Abang Boy! Ya Allah! Ya Allah!" Ana menjerit.

Boy bangun. Kepalanya masih lagi memproses apa yang berlaku. "Aduh mak ai! Motor gua! Bodoh ke woi!" Maki Boy kepada pemandu kereta tersebut.

"Nasib baik Abang Boy ok..." bisik Ana dalam hatinya.

Selepas bertenang dan dibayar hampir RM300 untuk kerosakan dan rawatan kecederaan, Boy dan Ana duduk di perhentian bas. Dia menceritakan segala yang berlaku kepada Boy.

"Abang faham Ana...cuma sekarang ni, sebab dah kes kecemasan ni, kita kena lakukan apa yang kita perlu lakukan," terang Boy.

Ana mengangguk.

....................

Pintu rumah Haji Kasim diketuk.

Haji Kasim membuka pintu. Dia lihat anaknya sedang berdiri di luar. "Ayah, maafkan Ana ayah!" Zanariah menghulurkan tangannya. Haji Kasim menjenguk ke luar tanpa menyambut salam anaknya.

"Assalamualaikum Pakcik!" kata Boy sambil menghulurkan tangannya.

Haji Kasim hanya diam. Kaget Boy.

"Abang Boy eksiden tadi ayah," Zanariah cuba memancing simpati. "Dia nak mintak tolong ayah hantar dia balik rumah dia, motor dia rim bengkok tak boleh jalan dah."

Haji Kasim terus memandang Boy yang berdiri tersengih di luar pintunya.

"....Errmmm...Pakcik?"

Boy memaksa dirinya tersengih.

Januari 16, 2015

Cerpen Jumaat : Bagaimana Melayan Perasaan Seorang Isteri Yang Gemar Ber-"Till Jannah?"

"Sayang, sayang, kalau lah ditakdirkan kita masuk syurga nanti.....macam saya selalu sebut dalam Facebook, saya harap kita pasangan yang till jannah," Alina bertanya kepada Halim.

Halim bersedia. Ini nampaknya satu cubaan untuk memerangkap beliau dengan soalan yang dijawab betul salah, dijawab salah pun salah.

".....Mahu tak awak meneruskan kehidupan perkahwinan kita disyurga, sedangkan ada ramai lagi gadis penghuni syurga yang boleh awak pilih sebagai pasangan awak di sana?"

Halim terdiam.

Dia terus menatap surat khabar yang dipegangnya. Memang dari dulu dia menyampah dengan isterinya yang setiap masa duk update Facebook dengan apa yang mereka lakukan bersama-sama. Habis aje posting, Alina akan sudahi dengan till Jannah dan feeling blessed.

Dah berkali-kali ditegur tapi Alina selalu menjawab itu semua untuk sharing kebahagiaan. Kongsi sesuatu yang positif sebab terlalu ramai yang suka letak benda-benda negatif dalam internet seperti sebuah blog ini yang hari-hari cerita benda negatif.

Halim pula adalah pembaca setia blog itu.

"Tengoklah berapa lama awak duduk dalam neraka tu, nanti saya pergi melawat dulu. Bila awak dah lepas, tengoklah macam mana lepas tu. Tapi saya tak boleh janji apa-apa lagi," jawab Halim dengan yakinnya.

"ABANGGGGG!!" jerit Alina.

Januari 14, 2015

Kenapa Ramai Orang Melayu Meniaga Benda Yang Sama Aje dan Strategi Pemasaran Pun Sama Aje?

1. Ubat kurus cepat

Anda mahu kurus? Tetapi dengan kesibukan hidup, selalu menghalang kita dari meluangkan masa untuk bersenam tetapi kini tidak lagi dengan produk kami. Anda tidak perlu bersenam, tidak perlu berlapar dan yang seronoknya, anda boleh makan macam biasa. Tak percaya? Sapukan saja krim kurus yang disertakan sekali dalam pek pembelian dan saiz pinggang anda serta merta akan turun 2 inci.

Tak perlu bersenam, instantly boleh turun 1 inci dalam 5 minit dan boleh makan apa saja yang anda nak? Apa tunggu lagi?

Counterpoint - "Aku nampak pinggang kau sedikit menggeleber. Cuba sapu sekarang ubat tu dan bernafas seperti biasa."


2. Program duit masuk sambil goyang kaki

Jadilah affiliate kami! Anda hanya perlu masukkan surat ke dalam sampul dan jana pendapatan RM300 satu hari! Satu hari! Jika anda tak mahu masukkan surat, kami ada opsyen-opsyen lain yang mampu menjana pendapatan mudah dan senang kepada anda. Sila letakkan nombor telefon anda di sini dan kami akan memberi respon kepada anda.

Counterpoint - "Kalau camtu, baik kau buat sorang-sorang."


3. Program Emas Beranak Tapi Kami Yang Beranakkan Emas Anda

Anda ada emas? Kenapa biarkan ia terperap sebegitu saja? Beri kepada kami untuk kami laburkan. Setiap 10g anda laburkan, KAMI JAMIN, bukan, KAMI JANJI akan bertambah menjadi 12g selepas 3 bulan. Yang paling menarik, anda akan dapat duit poket RM30 sebulan untuk setiap 10g yang anda laburkan. Mudah, cepat dan senang. Anda hanya perlu duduk goyang kaki di rumah dan tunggu duit masuk.

Counterpoint - "Err....siapa kau nak ambik emas aku?"


4. Krim Ubat Licin Instant

Masya Allah! Selepas saya memakai produk ini, serta merta wajah saya bertambah berseri. Sumpah Demi Allah saya tak tipu. Kesan parut jerawat saya berkurangan dan suami terus kata yang saya kelihatan muda 10 tahun. Saya terus buka album gambar lama-lama dan boleh nampak lah perbezaannya. Terus suami nak masa tu jugak. Rasa seolah berbulan madu kali kedua :)

Counterpoint - "Suami puan nampak sangat tak suka puan gelap."


5. Krim Payudara Tegang

Puan risau dengan payu dara yang makin jatuh? Suami dah mula pandang wanita lain? Apa yang ditunggu lagi, dapat krim penegang payudara kami dan lihat kesannya serta merta. Bukan setakat itu, malahan jika diizinkan Allah, cup size puan-puan akan bertambah. Dijamin berkesan kerana saya dah menggunakannya selama 3 bulan ni dan memang benar, makin ramai mata-mata nakal yang memandang saya.

Counterpoint - "Kalau saya sapu kat bahagian lain, tegang jugak ke? Saya tak nak cuping telinga saya jadi tegang."

6. Ubat Vagina Ketat

Selepas bersalin anak ketiga kami melalui kaedah normal, saya mula gelisah mengenangkan takut tidak dapat lagi bersama dengan suami seperti dahulu. Mujurlah ada ubat ini yang bertindak secara semulajadi untuk merapatkan apa yang sudah sedikit longgar. Setelah saya mengambil ubat ini, saya mula merasakan perubahan ke atas hubungan suami isteri dan suami saya mula jarang keluar malam dan lebih gemar berada di rumah.

Counterpoint - "Kau sepatutnya lebih risau tak dapat bersama dengan suami kerana tak cukup masa, dah ada 3 orang anak berbanding vagina yang tidak ketat."

7. Ubat kote tegak

Dulu, saya hanya mampu beraksi seminit, dua minit sebelum tewas. Alhamdulillah selepas diperkenalkan dengan krim zakar power ni, saya dapat mengawal sendiri tubuh saya sehinggakan kadangkala isteri pun terpaksa minta berhenti kerana tak mampu menanggung lagi. Saya dapat rasakan hubungan kami mula kembali pulih, kami jarang bergaduh dan yang paling seronok, setiap hari, makan malam sedap-sedap belaka.

Counterpoint - "Isteri bahagia bukan sebab kote kau tegak lama. Isteri kau bahagia sebab kau tolong kemas rumah. Kenapa ramai lelaki gunakan kote tegak sebagai penanda aras kebahagiaan keluarga?"


8. Air yang bukan H20.

Tuan-tuan dan puan, ini bukan air biasa. Ini air yang telah dipecahkan molekulnya dan kandungan enzim-enzim, amilase, acidity dan alkaliknya telah dipertingkatkan. Struktur air yang lebih halus menjamin kelancaran penghadaman dalam perut dan sistem nano dalam air tersebut mampu mengembalikan semula elektrolit yang diperlukan. Baca dulu bismillah dan selawat ke atas Nabi sebelum meminum air ini. Insya Allah kesan baiknya akan dirasai serta merta.

Counterpoint - "Kalau betul nak membantu ke arah jalan di redhai, kenapa sebotol RM10 ni?"

9. Satu produk pelbagai khasiat

Anda ada kencing manis? Sakit jantung? Darah tinggi? Sakit buah pinggang? Usus membengkak? Makan tak hadam? Berak tak lawas? Migraine? Asthma? Halitosis? Masalah pendengaran? Pernafasan selalu tersekat? Selsema berpanjangan? Thiroid bengkak? Buasir? Perlu perkhidmatan mesin dialisis setiap hari?

Makan ubat kami ni dan dengan izin Allah yang Maha Kuasa, akan berkuranganlah penyakit-penyakit yang ada dalam badan anda. Kenapa perlu mengambil supplement-supplement tambahan yang dijual dari negara barat, yang tidak diketahui apa bahan kimianya? Dengan mengambil ubat kami, anda juga sedang menyumbang kepada tubuh anda Vitamin A,B1,B2,C, folic acid, DHA, nitrogen dioksida, sukrosa, gelatin, zat besi dan 8 lagi khasiat yang diperlukan dalam badan.

Counterpoint - "Oh, dah boleh tutuplah hospital dan klinik tu semua ya? Akak ada ambik medical insurans tak? Kenapa ambik kak? Kan akak ada ubat ajaib ni."

..............

Dalam banyak2 benda, benda aku paling sedih tengok, adalah orang2 Melayu ni jual barang2 yang sebenarnya scam.Dan kemudian mati-matian diorang pertahankan produk diorang tu bila ada orang kritik.

Padahal, dia sendiri tak tau, syarikat mana yang produce produk tu.

Januari 13, 2015

Siapa Sebenarnya Yang Tengok Drama Islamik Waktu Maghrib dan Beli Novel-Novel Cinta Fantasi Wanita Dahaga Kasih Sayang Ni?

Semalam aku tengok drama Islamik yang tak Islamik langsung kandungannya. Hanya pada nama sahajalah Islamiknya.

Sama seperti jika seorang pelacur gelarkan dirinya Pelacur Muslimah. Luarannya nampak macam ada label Islam tapi pekerjaannya masih lagi.....tak betul. Melainkan jika ada seorang Ustazah kata boleh jadi pelacur jika dalam darurat.

Kenapa banyak benar lambakan drama-drama dan novel-novel yang nampak macam Islamik tapi pada asasnya nak ajak orang berfantasi semata-mata? Khayalkan masyarakat dengan cinta, dengan harta, dengan imej lelaki kacak memandu kereta mewah, punya rumah besar dan orang gaji Indonesia. Terlanjur atau termengandungkan anak orang, kemudian cinta berputik. Dari zina jadi benci, dari benci jadi leka, dari leka jadi biasa, dari biasa jadi suka.

Dari suka jadi cinta.

Basah gadis-gadis Melayu ini apabila aktor melafazkan kata cinta pada perempuan yang telah disetubuhinya tanpa pernikahan.

Itu seolah-olah acuan yang digunapakai oleh penerbit-penerbit drama ni dan masyarakat kita seolah-olah menelannya bulat-bulat.

Aku tau aku selalu berbicara mengenai hal ini sebab perkara ini memang mengganggu aku dan mungkin kau pun dah bosan dengar aku cerita pasal benda ni tetapi pokok pangkalnya, mana puncanya?

Jika kau tanya orang yang ada sebelah kau sekarang, "kau layan tak drama Islamik waktu Maghrib dan novel-novel cinta Melayu? "100% orang yang kau tanya takkan mengaku dia suka dua benda tu. Sebab dalam banyak-banyak perkara, benda yang orang kita susah nak mengaku adalah kita suka kepada sesuatu yang bergelar guilty pleasure.

Guilty pleasure aku?
Filem Pitch Perfect. 

Dah berapa puluh kali aku tengok. Memang setiap masa ada saja dalam telefon aku untuk aku layan bila-bila masa. Mungkin ini juga sebab emosi aku yang tak berapa menentu apabila melihat Anna Kendrick. Kau lupakan dia pernah berlakon dalam Twilight, kau cari satu filem nama "Up In The Air."

Dan, aku memang lemah kot dengan perempuan macam tu.
Kalau dia potong rambut pendek....huhuhu.

CUKUP PASAL ANNA KENDRICK BRO!

Berbalik kepada isu guilty pleasure ni, kalau kau masih belum sedar lagi, majoriti hiburan mainstream di negara kita adalah berbentuk guilty pleasure.

Jika kau nak sesuatu yang thought provoking atau drama yang memaparkan isu yang agak berat, kau perlu cari betul-betul dalam industri tempatan, cari filem luar atau drama luar. Perlu effort untuk dapatkan sesuatu karya yang ada makna dalam negara kita. Apa yang ditayangkan, dipaparkan dan dimainkan di Malaysia yang popular dan menjadi, adalah karya-karya guilty pleasure ni. Rujuk sendiri kutipan filem tahun lepas dan tengok filem mana yang laku besar. Filem yang cukup-cukup balik modal? Filem yang cuba bawa isu baru yang menjana minda. Ada juga yang rugi rasanya walaupun rebiu orang ramai cukup bagus.

Kau sedar tak kenapa rebiu dalam internet cukup bagus, dalam blog cukup cantik tapi kutipan wayang rugi? Kumpulan orang yang suka guilty pleasure ni tak akan buat ulasan dekat internet. Jadi, kau akan nampak ramai memuji sebuah filem yang deep dalam internet, tapi on the ground, lebih ramai yang keluar duit untuk tengok filem-filem guilty pleasure Melayu.

Mungkin sebab kerana taraf hiburan kita yang lebih mementingkan guilty pleasure berbanding karya yang membina, ini kot yang menyebabkan lambakan drama-drama cinta Islamik yang cheesy, kosong, tak Islamik dan sebenarnya lebih memesongkan akidah orang kita?

Pelabur-pelabur apabila lihat karya yang membawa maksud mendalam tidak laku dan karya bodoh jugaklah yang pergi jauh, akhirnya memilih untuk mementingkan kuantiti berbanding kualiti.

Untuk seorang penggiat seni atau pembikin karya; ada satu persoalan yang perlu kau jawab sebelum kau mulakan karya kau.

Kau nak buat apa yang orang mahu atau kau mahu buat apa yang mereka perlu?

Jawapannya pula, oleh kerana pasaran Malaysia ni yang lebih mementingkan karya guilty pleasure, memerlukan pengkarya menghasilkan karya yang dimahukan masyarakat. Mana yang pilih mahu mendidik masyarakat, bergeraklah mereka secara kecil-kecilan.

Kau maintain la tak berduit jika kau tetap degil nak teruskan integriti kau.

Baliklah kita kepada isu besar sebenar.

Kenapa tak ada orang berani mengaku dia gilakan drama cinta Islamik waktu Maghrib dan novel-novel cinta sampah yang ditulis hasil fantasi wanita yang dahaga kasih sayang? Seolah-olah golongan ni tak wujud, tapi permintaan mereka tu senantiasa ada. Siapa yang tengok dan beli sebenarnya? Novel laku. Drama, berjuta-juta yang tonton.

Akuilah, orang kita suka karya-karya guilty pleasure ni adalah pihak majoriti.

Jika kau rasa perkara tu perlu diubah, cuba ubah. Aku pun setuju sebab melihatkan drama Islamik ni, betul ke dia dah rujuk panel agama sebelum dia labelkan drama dia "Drama Islamik" ? Apa kaitannya Islam dengan drama tu jika isinya penuh dengan maksiat?

Tapi masalah yang paling besar adalah MAJORITI ORANG MELAYU SUKA BENDA-BENDA NI dan DIORANG TAK PEDULI PUN DRAMA TU BETUL ISLAMIKNYA atau NOVEL TU LUCAH AJAK LELAKI DUDUK KAT KETIAK WANITA YANG LEBIH TUA.

Mereka suka. Ini hiburan mainstream diorang. Makanan ruji diorang.
Bukan guilty pleasure mereka.

Kita sebagai minoriti?

Teruskan usaha menyebarkan kebencian kau kepada perkara-perkara lagha ni sebab nampaknya, pihak berkuasa sendiri tak nak masuk campur dalam isu kebanjiran drama Islamik penggalak maksiat ni.

Sekurang-kurangnya kau boleh bagi jawapan kenapa gadis-gadis Melayu dengan mudah beri kebenaran kepada jejaka pondan Korea Selatan untuk mencabul mereka. Tapi cuba kau bayangkan, kalau kau adalah sebahagian daripada mereka-mereka ni, yang saban hari duduk dengar K-Pop, layan novel cinta busuk, tunggu Maghrib bukan untuk solat tapi untuk tengok Zul Ariffin punya biceps, apa kau nak jawab kalau orang kata pengaruh siapa yang merosakkan gadis-gadis Melayu ni?

Dalam banyak-banyak benda; ini adalah antara isu yang aku rasa perlunya kita semai kebencian terhadapnya. Kau jangan kutuk siapa yang tengok. Tolonglah. Ramai yang buat macam tu. Tetapi kutuk lah siapa yang tulis, siapa yang buat, siapa yang karyakan dan siapa yang tayangkan.

Mereka yang bertanggungjawab.

Mereka dah diberikan anugerah kesedaran. Sayangnya, anugerah kesedaran itu digunakan untuk merosakkan ahli masyarakat yang gullible.

Oh Anna Kendrick.
Kalau kau pakai tudung mesti cun.

Januari 10, 2015

Terrorist Agama, Bangsa dan Videogame

Al-kisah ada tiga orang sekawan yang hidup di sebuah negara Eropah.

Seorang bernama Abdul Malek, lelaki berdarah Arab beragama Islam berketurunan Morocco dari Datuknya yang berhijrah ke negara Eropah tersebut. Seorang lagi bernama Akinbiyi, anak pelarian Senegal yang mempunyai salasilah keluarga yang kucar-kacir, tetapi kini menjadi warga negara tersebut dan dia adalah keturunan ke empat yang menetap di situ. Yang terakhir, Jean Picard, seorang warganegara negara tersebut, seorang pelajar yang average tetapi kacak wajahnya.

Pada satu hari, Abdul Malek berjalan lalu ternampak sebuah majalah memaparkan karikatur Muhammad yang dijadikan jenaka. Dia menyelak majalah tersebut dan baru dia tahu, itu adalah isu istimewa "Jenaka Islam dan Mari Melawak Bersama Muhammad."

Abdul Malek marah.

Dia menulis email kepada penerbit majalah tersebut dan sehari kemudian, dia mendapat balasan yang menyatakan;

a. apa yang mereka lakukan tak menyalahi undang2 negara tersebut
b. apa yang mereka lakukan adalah menepati konsep penerbitan mereka
c. apa yang mereka lakukan selaras dengan kebebasan bersuara yang diaplikasi di negara tersebut

"Get used to it."
Itu ayat terakhir email tersebut dihantar oleh Ketua Pengarang majalah tersebut.

Makin berang Abdul Malek. Dia membuka Whatsapp lalu menghantar mesej kepada Akinbiyi dan Jean Picard. "My bro, aku memerlukan pertolongan mu. Majalah mempermainkan agamaku. Apa kita boleh buat?"

Akinbiyi membalas, "kita baling cat dekat ofis mereka dan ludah muka mereka."Jean Picard menambah, "kita pancitkan tayar kereta pengarang majalah tu." Abdul Malek membalas. "ok. Set. Esok pukul 9.30 pagi kita buat."

Keesokannya, mereka bertiga melaksanakan rancangan mereka. Akinbiyi ditugaskan untuk meludah ketua pengarang majalah tersebut kerana kahaknya yang pekat berbanding mereka semua. Abdul Malek pula akan memancitkan tayar kereta ketua pengarangnya dan Jean Picard pula, yang paling atlit antara mereka, akan mencantikkan pintu masuk pejabat penerbitan majalah tersebut dengan cat merah.

Tepat 9.30 pagi, rancangan mereka bermula serentak. Tiap2 satu rancangan mereka berjaya tetapi sayangnya Jean Picard tersadung kerusi menyebabkan dia jatuh dan sempat ditangkap pengawal. Setelah disoal siasat oleh polis, Jean Picard terpaksa memberikan nama kedua-dua lagi rakannya. Duduklah mereka di lokap semalam sementara menunggu soal siasat esok hari.

Esoknya, datanglah ketua balai dan ketua pengarang majalah tersebut. Mereka disoal siasat bertalu-talu. Apabila ditanya kembali kenapa ketua pengarang majalah tersebut menghina Islam, beliau menjawab "apa salahnya? Undang2 negara kita membenarkan kebebasan seperti itu. Jadi saya boleh buat apa saja yang saya nak. Saya tak salah. Kamu salah. Kamu vandalize pintu ofis saya, memancitkan tayar kereta saya dan yang paling pedih, ludah dia ni tepat masuk ke dalam mulut saya kerana pada ketika itu sedang ingin makan croissant."

"Apa jenis manusia kamu ni?" tanya ketua pengarang tersebut.

Mereka bertiga diam.

"Tapi saya berasa sangat baik hari ini jadi saya tak akan membuat sebarang pertuduhan. Cuma, ambil ini sebagai pengajaran, jangan buat jenayah!" kata ketua pengarang tersebut. "Tapi saya ada satu syarat."

Mereka bertiga melihat sahaja dia bersuara tanpa memberi sebarang reaksi.

"Saya akan mengeluarkan berita mengenai kes ini di majalah saya minggu depan. Apa yang saya akan laporkan, mestilah dipersetujui oleh kamu semua. Dah ramai yang bertanyakan saya mengenai kes ini jadi saya perlu buat satu kenyataan rasmi," beritahu ketua pengarang tersebut.

"Sila tanda tangan surat ini. Surat ini akan membuktikan tiada tuduhan dilaporkan dan anda semua bersetuju dengan apa yang saya cetakkan minggu depan!" tegas dia lagi.

Abdul Malek bertanya, "apa yang akan ditulis minggu depan?"

"Terpulang kepada saya, soalnya, sama ada setuju atau tidak?" ugut ketua pengarang itu.

Oleh kerana risau akan masa depan mereka, mereka bertiga bersetuju untuk menandatangani surat tersebut. Selepas itu mereka pun pulang ke rumah.

Seminggu kemudian, Akinbiyi berlari2 mencari dua rakannya yang sedang melepak di tepi padang. "Malek, Picard! Majalah tu dah keluar!" jerit Akinbiyi sambil tangannya memegang majalah yang dimaksudkan. Abdul Malek dan Jean Picard bangun lalu Abdul Malek melihat muka depannya.

"Memang cilaka!" jerit Akinbiyi.

Muka depannya tertera gambar poster iklan jawatan kosong yang menyatakan ada jawatan kosong sebagai Muslim dengan syarat "perlu pandai meludah, memancitkan tayar dan membaling cat kepada penerbit majalah."

"Ini sudah lebih..." Abdul Malek merungut.

"Bukak lagi!" Akinbiyi mengarahkan mereka.

Tertera wajah mereka yang telah di hitamkan matanya dengan kotak hitam. Tajuknya tertulis "1 Muslim dan 2 Dumbass."

Abdul Malek membaca artikel tersebut.

Pada minggu lepas, saya, Jeremy Baptiste telah diserang oleh 3 pemuda disebabkan artikel-artikel kami yang banyak memperjuangkan kebebasan bersuara seperti amalan negara kita. Untuk makluman tuan puan, kami sudah menarik kembali dakwaan ke atas mereka bertiga untuk menunjukkan sifat toleransi kami.

Setelah di selidik dan disoal siasat oleh pihak polis, dapat kami simpulkan tindakan sedemikian dilakukan atas faktor berikut;

1. Ketua mereka adalah seorang Muslim, jadi kita sudah tahu bagaimana kita nak klasifikasikan perangai mereka, iaitu orang Islam yang gemarkan keganasan. Sila rujuk ruangan istimewa kami minggu ini untuk melihat bagaimana Muhammad mengajarkan pengikutnya mengahwini budak bawah umur untuk habuan seks.

2. Pemuda kedua berketurunan dari Afrika, jadi punca utama beliau membuat tindakan bodoh itu adalah kerana bangsanya yang sedikit primitif berbanding bangsa kita. Saya beruntung kerana dia bukan seorang Muslim, jika tidak, mungkin saya sudah mati dibunuh.

3. Akhir sekali, pemuda terakhir adalah anak tempatan ibu negara kita. Sayang sekali beliau juga terlibat sama dengan kejadian tempohari. Setelah disoal siasat, beliau bertindak sedemikian kerana terpengaruh dengan permainan video.

Sekian, terima kasih.
Jeremy Baptiste.


Januari 08, 2015

Gambar Rosmah Mansor Bershopping Adalah Fitnah Pembangkang dan Kami Ada Bukti


Kah kah kah pihak pembangkang. 
Ladyboy dengan FLOM pun takleh beza ke?

Januari 07, 2015

Aku Boleh Nampak Sekarang Apa Godaannya Hantar Anak ke Sekolah Hari-Hari Kalau Cikgunya Lawa-Lawa

Selamat berbahagia cikgu-cikgu semua.

Minggu depan anda semua akan masuk mengajar semula selepas cuti yang dipanjangkan tempohari. Seronok bercuti? Sempena kehadiran tahun 2015 ni marilah kita sama-sama berfikir sejenak mengenai kenapa kau jadi cikgu?

Kenapa kau jadi cikgu?

Adakah jadi cikgu itu satu last resort kepada kau setelah puas kau interview kau tak dapat? Atau kau give up dengan kerja kau dan kau jadi cikgu? Atau kau rasa kau boleh sumbang sesuatu yang lebih kepada masyarakat? Atau kau memang nak jadi cikgu dari awal dan kau sambung belajar pun kau buat majoring pendidikan?

Apa saja reason kau jadi cikgu; itu tak penting lagi dah. Usah dipedulikkan apa saja orang kata. Kau cikgu terpaksa ke, kau cikgu bidan terjun ke yang penting, kau dah jadi cikgu. Jadi cikgu ni......adalah kerja paling mulia dalam dunia. Kau tak puas hati kalau ada orang kutuk kau apa2, ingatkan kau benda tu.

Cuma masalahnya, ada satu mentaliti guru yang aku harap kita boleh ubah dalam sistem pendidikan negara kita. Sistem? Itu kau layan aje la apa saja eksperimen Kementerian kita nak buat. Kalau kau rasa tak setuju dengan Kementerian, voice out la. Korang ramai. Apa nak takut? Kau tau tak Kementerian lagi takut guru2 boikot tak masuk mengajar berbanding tunjuk perasaan depan bangunan Kementerian sebenarnya?

Tapi aku tau kau sayang anak murid....sebab tu apa saja Kementerian buat, betul atau salah atau karut, korang tahan aje.

Cuma itu pasal sistem. Nak ubah sistem, kau kena ubah Kementerian. Nak ubah Kementerian? Kau kena ubah Menteri. Nak ubah Menteri? Hehehe. Aku alu-alukan apa saja yang kau boleh buat. Sampai bila pihak guru nak dijadikan macai parti politik, tak boleh itu, tak boleh ini, jangan melawan. Korang guru tu woi! Kalau kau sendiri kena rantai, macam mana kau nak lahirkan masyarakat yang bebas fikirannya?

Ok, berbalik kepada satu mentaliti yang kita kena ubah dalam sistem pendidikan kita; adalah betapa berbezanya layanan sesetengah guru kepada pelajar. Ada beberapa faktor yang menentukan benda ni;

a. Tahap kepandaian pelajar
b. Bangsa pelajar
c. Taraf kewarganegaraan pelajar

Seorang pendidik ni, aku boleh kategorikan kepada dua jenis utama. Dia pendidik atau dia penghukum yang mendidik.

Jadi cikgu, kau perlu adil! Tak kiralah pelajar kau pandai, malas, Bangla, Indon, busuk, tak mandi, suka ponteng kelas atau ayah hisap dadah. Cuma masalahnya, kita Melayu....bila ada anak orang bangsa lain dalam kelas, kita jadi agak prejudis sikit. Kemudian bila dipersoalkan kenapa buat camtu...dia akan jawab "hak eleh, kau ingat cikgu bangsa lain tak buat camtu ke kat budak Melayu kalau dia masuk sekolah jenis kebangsaan?"

Masalahnya; kau claim cikgu lain pun buat camtu, tapi kau memang dah buat camtu, sebab kau mengaku kau dah buat camtu.

Penyakit paling besar dalam sistem pendidikan kita adalah sikap cikgu yang mengkastakan budak-budak. Ada yang dia pandang tinggi, ada yang dia pandang rendah. Ada yang dia tak pandang langsung sebab pada dia, student dia tu hopeless.

Kau tau tak, kalau kau cikgu dan kau rasa student kau tu dah tahap hopeless; yang gagal sebenarnya bukan dia....tapi kau? Kau cikgu dia.

Cikgu sepatutnya boleh kenal pasti ke mana hala tuju budak2 hopeless ni  sebab jika kau membiarkan budak2 yang hopeless terus tak ada hope, kau gagal dalam tugas kau sebagai seorang guru. Itu tak masuk lagi bagi layanan double standard kepada anak pendatang asing. Alasannya, diorang ni menyemakkan Malaysia. Tak layak dapat belajar. Tak patut dapat masuk sekolah dan kelas dia.

Sedarlah....guru tak sepatutnya pilih pelajar dia.

Siapa2 saja yang datang belajar dengan kau; kau ajar dia sama macam kau ajar sapa-sapa pun. Kalau dia malas, push dia lagi. Kalau dia masih malas, push dia lagi.

Kenapa budak2 jadi hopeless? Sebab cikgu dia dah stop push budak2 tu lagi dan cikgu dia dah letak dia dalam group hopeless tak boleh diajar. Jadi, kepada sesiapa yang nak jadi cikgu, terpaksa jadi cikgu atau terasa nak bertukar jadi cikgu, ingatlah pesanan ni.

Kalau kau ada rasa nak give up mengajar seseorang hanya kerana kau rasa dia tu dah tak ada peluang lagi.....takyah lah jadi cikgu. Cariklah kerja lain di mana kau akan buat sehabis baik untuk orang yang berada di atas kau. Mungkin itu kerja yang lebih sesuai dengan mentaliti kau.

Cikgu adalah profesion yang memerlukan kau buat sehabis baik dan jangan give up untuk mereka-mereka yang berada di bawah kau. Tak kiralah dia orang negara mana, bangsa apa, mak bapak naik motor aje ke, bangang atau bebal atau bodoh mana sekalipun. Mesti ramai cikgu yang mengeluh kalau dia kena mengajar dan kalau boleh, nak mengelak kena ajar kelas tercorot.

Tapi....apa cabarannya mengajar budak pandai maintain pandai, kan cikgu-cikgu?

Semua orang suka cerita pasal underdog yang tempuh rintangan dan berjaya. Kau bayangkan betapa seronoknya kalau kau dapat jadi cikgu kepada sekumpulan underdog yang defy expectation orang ramai.

Sebelum mengamuk, macam biasa, disclaimer aku.
Siapa terasa nak mengamuk, dia lah yang terasa bila diketuk.

Januari 06, 2015

Aku Selalu Berharap Nak Tengok Macam Mana Scene-Scene Bodoh Filem Melayu Dirakam Dekat Lokasi



"Ha..kau, lepas ni, aku nak kau buat gaya spastik sikit dengan muka gatal."

"Kemudian aku nak kau ramas nenen dia dari jauh...jangan pegang tau!"

"Oh, pelakon wanita...kalau dia terpegang, aku harap kau maafkan lah ye. Kita professional."

"Bila dia dah nak terpegang kau punya buah dada...aku nak....hummm....apa yang kita boleh buat ye?"

"Hummm..."

"Ok...camni.."

"Bila tangan dia dah dekat dalam 5 inci dari buah dada kau...."

"Aku nak kau buat2 kaki kau macam kau nak sepak zakar dia dengan boot kau.."

"Jangan sepak! Just goyang2 kaki kau macam kau nak sepak..tapi acah-acah."

"Kemudian buat muka menggoda.."

"Haa...macam tu.."

"Tapi lebih seksi..."

"OK! Ready semua.."

"Camera rolling..standby...3....2....1"

"Action! Nice!"

Januari 05, 2015

Kenapa Lawak Hisap Nenen Boleh Masuk TV Tapi Filem Berhaluan Kiri Diharamkan?

1. Lembaga Penapisan Filem banned macam-macam filem dari luar malahan yang dari pengkarya tempatan yang kononnya mempunyai unsur-unsur tidak sihat...tapi membenarkan sebuah rancangan lagha, penuh maksiat, penuh awek seksi menayangkan bagaimana seorang lelaki melamar seorang gadis secara terbuka dengan alasan...benda tu sweet.

2. Bangsa kita punyalah sibuk nak carik jalan pasal kes anak luar nikah tapi drama tak habis2 menayangkan cerita pasal perempuan termengandung anak yang tak sure sapa bapak dia, macam mana couple yang terlanjur boleh jadi kekasih agung dan macam-macam lagi.

3. Bangsa Melayu juga adalah bangsa yang cukup takut makan babi tapi diorang langsung tak takut makan riba. Yang ambik loan labur ASB? Melayu! Yang join skim masuk duit emas bulan2 gerenti dapat income? Melayu! Yang takut benar termakan babi? Melayu!

4. Yang paling menakjubkan pada aku setakat ni....yang kutuk drama novel tulisan fantasi wanita mid life krisis? Ramai. Vokal memang vokal. Kutuk memang kaw-kaw. Yang defend nya sikit aje.....tapi buku2 yang laku tu jugaklah buku2 novel cinta fantasi crap ni.

5. Sama macam filem. Yang kata filem Ombak Rindu tu fuck up bodoh punya filem? Ramai. KL Gangster takde faedah? Ramai. Berjuta! Tapi yang pergi tengok pun berjuta! Kau pernah compare apa filem orang Cina Malaysia buat dengan apa filem yang orang Melayu buat? Kau tau filem mana yang lebih dekat dengan Islam? Filem orang Cina!

6. Semalam, sambil brekfes aku tengok satu promo pasal produk kecantikan orang Melayu. Promoter dia kata ubat dia tu dah dibacakan dengan surah berbagai juzuk, ada habbatus sauda, penuh nilai Islamik lah katakan...tapi apahal kau punya promo tu tunjuk perempuan tak tutup aurat tengah demo macam mana nak pakai produk kau?

7. Kenapa taste orang perempuan Melayu dalam marketing sangat teruk? Kau pernah tengok mana2 iklan D'Herbs punya produk kat TV? Ada satu aku tengok, awek nak park kereta dekat valet parking. Muka tak pakai produk, tak ada orang layan langsung. Dan dan dalam kereta dia tepek produk kat muka, terus beratur lelaki nak tolong dia. Kau tak rasa iklan2 macam tu degrading ke dekat wanita?

8. Orang suruh pakai tudung marah. Abang D'Herbs suruh kau tepek produk dekat muka baru diri kau ada nilai dekat lelaki kau tak rasa marah. Peliknya wanita Melayu...

9. Apa kejadahnya Maharaja Lawak Mega boleh buat lawak hisap nenen hakim pertandingan secara live? Mana dia hilang guideline penapisan siaran media woi?

10. Agama rasmi negara kita Islam tak silap aku. Tapi pasaipa banyak sangat adegan maksiat orang Melayu dalam TV ni? Depa tu takdak agama ka?