November 13, 2014

Adakah Satu Masa Nanti Sasterawan Negara Perlu Menulis Gosip-Gosip Artis Untuk Cari Makan?

Dulu waktu aku belajar, aku suka buat karangan. 

Aku ingat lagi ada satu hari di mana aku buat karangan BM yang cikgu aku kata bukan level budak darjah 4. Pergh. Bangga betul aku waktu tu. Kemudiannya bila aku cemerlang UPSR, masuk SBP dan teruskan pelajaran ke sekolah menengah, aku agak lupakan pasal benda2 penulisan ni.

Sebab aku tak berapa minat nak menulis masa sekolah menengah.

Waktu sekolah menengah, pelajaran subjek sastera macam BM dan BI sudah tidak lagi memerlukan kau luahkan apa imaginasi kau tapi lebih kepada cuba mengolah sesuatu fakta supaya benda tu ada dia punya bukti dan hujah.

Aku tak tau zaman sekarang ni tapi kalau zaman aku dulu, bila hendak menulis sesuatu karangan yang non fiction, kau akan diberikan satu ayat penyata atau maklumat yang perlu kau tau, contohnya;

"Kegiatan pelacuran adalah berfaedah untuk membantu masyarakat mengawal kes rogol. Bincangkan."

Apa yang cikgu kau akan ajar apa kau buat?

Pilih sama ada nak sokong atau nak bangkang. Kau perlu pilih side. Nak senang? Sokong. Nak carik jalan susah sikit? Bangkang. Aku pernah tanya cikgu aku dulu, kalau kita pilih untuk bahaskan hujah dua2 side, boleh ke?

Dia jawab tak boleh. Sebab dalam sesebuah karangan, kau perlu berdiri belakang hujah kau dan bila kau tak menyokong atau tak membantah, karangan tu takkan ada isi. Kau tak mampu berdiri teguh belakang hujah2 kau.

Lebih kurang camtula penerangan cikgu aku.

Bila aku fikirkan balik dalam beberapa tahun ni, aku rasa keperluan untuk memilih sama ada menyokong atau membangkang satu2 tajuk dalam penghasilan karangan di sekolah adalah sesuatu yang tak munasabah. Kerana ini akan melahirkan manusia yang fikirannya tak fleksibel.

Sastera sepatutnya fleksibel. Sastera sepatutnya boleh pukul dua-dua pihak. Tapi oleh kerana aku dah diajar supaya hanya jadi satu pihak, selalunya aku pilih nak membangkang la. Lagi mencabar. Walaubagaimanapun...aku prefer supaya pelajar2 sekolah dapat diberikan kelonggaran untuk hujahkan kedua-dua pihak punya pandangan dalam karangan mereka.

Ini bukan program debat di mana kita perlu ada pihak yang nak menang hujah. Pendidikan penulisan adalah sesuatu yang perlu diajar tanpa belenggu. Tanpa rantai.

Biarkan saja apa jenis hujah pun ditulis dan dikarang. Biarkan saja pelajar itu mengaku dalam penulisan mereka, mereka cuba bersikap neutral tetapi lebih cenderung kepada satu pihak jika keadaan memerlukan.

Tapi aku dah diajar supaya pilih satu side sahaja.
Aku tak tau la zaman sekarang ni macam mana. Sama aje ke?

Dengan memberi fleksibiliti dalam penulisan karangan peperiksaan, pelajar diajar supaya pilih haluan sendiri, pilih pandangan sendiri dan yang paling penting, mereka belajar supaya memandang kedua-dua pihak sama rata. Itu adalah proses pelajaran ni. Jika proses pelajaran sendiri menekan kemampuan seseorang untuk berfikir guna akal sendiri, itu salah. Itu bukan mendidik.

Aku rasa la, aku tak ada fakta benda ni, sedikit sebanyak kemampuan kita berfikir ni disekat oleh cara kita diajar dalam pembuatan sesebuah karangan. Dah dari kecik bila kita nak menulis aje kita dah diarah untuk sama ada sokong atau bangkang sesuatu hujah.

Masalahnya, kadang2 kita bukannya peduli pun pasal sesuatu topik yang dijadikan isu tapi kita terpaksa jawab kerana dah kertas peperiksaan tertulis topik tu. Topik yang dipilih tak ada masalah. Boleh aje gebang bagi cukup satu karangan lengkap.

Sayangnya, kenapa kita diwajibkan declare kita sokong atau tidak pernyataan tersebut? Benda memang nampak simple, karangan sekolah. Benda cap ayam.

"Budak2 yang suka sastera ni budak2 pemalas nak belajar dan budak2 yang belajar sains ni la yang pandai-pandai belaka."

Tu lah dia falsafah pendidikan negara yang tak dimaktubkan secara rasmi.

Tapi bila direnungkan dalam sikit, kesannya amat menusuk dalam sistem politik negara kita, pengkelasan identiti dan behavior control seseorang manusia. Adakah kita sebenarnya melakukan kejuruteraan manusia, dalam bentuk pengawalan kebebasan minda dalam penulisan sastera, tanpa kita sedari?

Atau kita sedar....tapi kita tak peduli, kerana sastera di negara kita adalah tahap ayam. Sedangkan, semua tamadun yang maju...mesti ada tiga benda ni untuk jadi maju; sains, seni dan sastera.


14 ulasan:

  1. Bak kata John Keating dalam Dead Poets Society,

    "And medicine, law, business, engineering, these are noble pursuits and necessary to sustain life. But poetry, beauty, romance, love, these are what we stay alive for."

    Aku sendiri tak tahu kenapa kita memandang remeh pada sastera, maksud aku, segala fakta dan kebenaran bukan ke lebih lembut kalau dihidupkan dalam dunia sastera?

    Sama macam aku, dulu di sekolah pun keluar ayat sinikal begitu juga. Orang tua kita semua waktu tu akan beritahu yang memilih aliran sastera bukanlah suatu pilihan yang bijak. Deme kata dunia dan Malaysia perlukan ahli professional untuk melompat ke dalam dunia sains dan teknologi, bukannya penulis yang pakai boxer kat rumah sambil cuba tahan diri dari merokok (ni aku quote siapa tah, lupa).

    Kalau kita patah balik ke subjek sejarah SPM, ada kandungan awal yang berikan definisi ketamadunan. Dan Ibn Khaldun katakan pembangunan tamadun bergerak dengan dua hala (perlu seimbang) antara lahiriah dan rohaniah. Jadi sains dan teknologi tadi dah ambil bahagian lahiriah - kereta terbang, bangunan mencakar atmosfera bumi, ubat lawan kanser yang mustajab - tetapi bahagian rohaniah ni kebanyakan kita lebih selesa untuk katakan, 'alah kita dah ada agama, kita ada kitab suci, buat apa nak letakkan pembangunan nilai moral dan etika bagai ke tangan manusia yang menulis cerita fiksi - hancur bumi nanti.'

    Jadi di sini ia agak menyakitkan.

    Sebab selepas kita berpaling pada sastera, kita akan remehkan juga falsafah. Kita mula hidup dengan semangat untuk percaya negara sekarang tengah harmoni walhal masing-masing dari kita hanya buat hal sendiri dan kejar selesa hidup individu. Kita mula berhenti bertanya. Persoalan tentang kehidupan kita letak tepi, atau lagi dahsyat, kita kata untuk menyoal kehidupan adalah benda tabu dan buang masa. Kita tak akan pandang ayat dalam makna terdalam - nasib baik majoriti Melayu suka sarkastik dan menyindir, hey kita ada pantun sinis! - dan anggap kebenaran adalah mudah; segalanya soal hitam dan putih. Kita mula letakkan tujuan hidup adalah untuk ada kerja, pasangan bak artis dan rumah baglo atas bukit. Kita putar dan putar lagi kekunci kat belakang badan kita untuk jadi mesin yang bernafas hari demi hari.

    Maaf metafora. Dah alang-alang cakap pasal sastera.

    Nasihat akhir, orang muda perlu menulis tanpa fikirkan diri mereka penulis. (ni quote penulis lain jugak, aku lupa siapa)

    — axm

    BalasPadam
  2. Bro. You argument is invalid.

    Aku budak sastera. Sampai ke STPM ambik BM. STPM 2 tahun lepas. SPM 4 tahun lepas. Rasanya zaman kami dah berubah dah. Pelajar digalakkan dan dialu-alukan untuk buat 2 isi sokong + 2 isi bangkang. Malah ada sesetengah guru mewajibkan. Hujah guru kami, menyokong dan membangkang pada masa yang sama menunjukkan kematanganan kami berkarya.

    Mungkin bro dah tak ikuti perkembangan mata pelajaran BM di sekolah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. argument mana ada invalid bero..apa yg berlaku time mantot dan aku telah bentuk cara kami fikir..

      Padam
    2. Sebenarnya ikut guru juga . Guru saya tak benarkan untuk dua-dua side melainkan karangan tu sendiri yang minta .

      Padam
  3. Zaman aku pun rasanya cuma boleh pilih sokong atau bangkang sahaja.

    Bagus la kalau zaman sekarang dah boleh hujah dua-dua.

    BalasPadam
  4. belajar menyokong dan membangkang pon buat apa, last last pilih BN yang bongok jugak...

    jangan tanya aku apa yang kena mengena k

    BalasPadam
  5. Aku suka apa yang axm tulis. Sangat betul.
    Kalo ko hidup dengan sains sahaja, ko akan rasa..kering..mati. Sastera ni macam mengembalikan kelembutan, kemanusiaan dan kewarasan..bila dah masuk 30an ni,aku tiba g cari balik buku-buku cerita lama..haha...

    BalasPadam
  6. Pelajar aliran sastera - malas baca buku, kurang dari segi akademik...

    pelajar aliran sains - bijak2..pandai...future engineer, dokter, saintis.

    bile ade pertandingan bahas - sekolah2 aliran sains yang menang.

    peringkat sekolah, bila ade pertandingan pantun, sajak, puisi...budak2 aliran sains jugak yg banyak menang...termasuklah pertandingan melukis

    kemana perginya bakat sastera?

    pelajar2 sastera nih masuk U..aliran sastera...ekaun....

    pelajar2 sains amik engineering, medic, sains komputer, it, biotech...kursus yang digeruni.

    Bila politik, pelajar2 aliran sastera ni la yg banyak join - sebab banyak masa dan tak perlu pikir bende2 berat2 macam budak engineering, medic dll.

    hasilnya...ahli politik kita dipenuhi dengan orang sastera.

    peringkat jabatan kerajaan pulak, kebanyakkan Ketua Pengarah - PTD adalah dari aliran sastera...boleh dibilang la bilangan PTD atau ketua pengarah dari aliran teknikal.

    berbanding negara maju dan teknologi tinggi...banyak diterajui oleh orang2 teknikal.

    BalasPadam
  7. Boleh juga dipersoalkan, kenapa bijak pandai, enginner, doktor, saintis tidak diangkat menjadi tokoh agama ataupun mufti?

    Sekurang-kurangnya mereka pernah belajar dengan mendalam sesuatu ciptaan Allah, dan mengaplikasikan kepada ketamadunan manusia.

    Jika mereka pernah menulis jurnal, mereka tahu bagaimana pentingnya fakta, data dan analisis yang tepat dalam sesuatu kajian (semasa peer to peer review, kajian dipersoalkan dan dicabar kesahihannya).

    Aku pernah berangan-angan, aku bersolat Jumaat yang khutbahnya disampaikan oleh ahli fizik yang pernah bekerja di Large Hadron Collider.

    BalasPadam
  8. yang pelik dalam banyak banyak ubat Doktor tak tau khasiat madu

    ciptaan sains makin lama makin memudaratkan manusia...


    Aku tak kira apa saja aliran,
    ko letak agama kat bawah
    KO BODOH!




    BalasPadam
  9. Bagi aku agama kena letak kat bawah sebab agama tak ada makna...

    agama = cara-cara membikin berhala untuk penyembahan dewa-dewa...

    kalau Islam, itu bukan agama...itu sunnah Tuhan.

    Bodoh = fasiq (yang mengetahui kebenaran tetapi menyembunyikan kebenaran)...tidak sama dengan jahil kerana jahil itu tidak mengetahui...jadi kena beza maksud jahil dan BODOH! Jahil berlaku di luar kawalan batas ruang, masa dan kontinuum manakala bodoh merentasi batas akal di letak di kepala lutut kerana kegagalan meletakkan kebenaran kepada yang hakikatnya.

    Aliran = your version of truth.

    Sains = pembuktian bahawa Tuhan itu esa.

    null = pembatalan akal logik bilamana akal sudah tidak boleh sampai kepada pembuktian hakiki.

    iman = percaya kepada diri sendiri.

    ha ha ha!

    ps: aku pernah belajar dengan salah seorang sasterawan negara dalam gambar di atas...memang sempoi...dia tak guna logik akal dah...dia guna logik iman aje ha ha!

    BalasPadam
  10. Ni la dia mangkuk hayun sorg ni..org ckp psl benda lain..dia mcm biasa ke laut dulu..ceh!

    BalasPadam
  11. ha ha kan aku dah cakap

    letak agama kat bawah jawabnya bodoh dengar tu Mantot ingat baik baik ni...

    nampak contoh kat atas, kan dah bodoh nampak guna lah apa sahaja istilah dan analatikal bagai ..TETAP BODOH

    Islam itu sunah tuhan ha ha!! BODOH sungguh...ALLAH tak buat apa yang kita buat lah bongok kita buat apa yang diperintah ALLAH

    tu isteri ker mak ko? nampak macam pakai tudung, aku kira ko islam lah...tapi kalau ko bukan, maafkan aku pasal ko JAHIL siannn...

    Dengar lah nasihat aku masuk lah islam keseluruhanya ko pasti selamat...

    BalasPadam
  12. Sastera itu penting utk lelaki, utk mengorat awek.

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.