Oktober 14, 2014

Surat Terbuka Kepada Aidil Zafuan Abdul Razak. Kalau Rita Rudaini Nak Baca Pun Boleh.


Assalamualaikum Saudara Aidil Zafuan, player bolasepak negara yang jadi idola ramai gadis dan budak-budak.

Tujuan saya menulis surat ini adalah kerana aya dah tahap menyampah dengan apa yang berlaku antara anda dan bekas isteri anda iaitu Rita Rudaini. Saya tak nak masuk campur langsung atas apa yang terjadi sebab selama ni hanya tersebar dekat blog gosip, tetapi apabila suratkhabar kita mula memaparkan berita2 bodoh seperti ini;




......untuk tatapan khalayak ramai, saya ingin menyuarakan kebimbangan saya terhadap apa yang berlaku. Dah berapa lama dah kes ni berlanjutan? Tak boleh ke berenti bergaduh dan setel senyap2? Kenapa perlu jaja cerita personal kepada public? Trial tengah berjalan dekat mahkamah...tapi nampaknya mahkamah aje tak cukup, mahkamah Instagram pun nak kena run trial sekali.

Saya faham status anda sebagai pemain bolasepak negara dan bekas isteri anda pulak seorang pelakon tetapi apa yang berlaku tidak boleh sepatutnya disalahkan ke atas wartawan semata2 kerana, anda dan bekas isteri anda juga seolah-olah nak orang ramai tahu apa yang terjadi melalui penyebaran gosip di media sosial.

Media sosial adalah di mana kita sepatutnya berkongsi maklumat, pandangan dan pendapat tetapi entahlah mengapa, masyarakat kita suka menggunakan media sosial sebagai medan meluahkan perasaan peribadi. Status anda sebagai pemain bolasepak sepatutnya menunjukkan yang anda sepatutnya wujudkan sempadan diantara perkara yang personal dan perkara yang public dengan orang lain, dalam media sosial.

Contohnya, nak share gambar boot bola koyak dalam media sosial? Share la. Nak share pandangan anda yang nak membuktikan bekas isteri anda buruk gila perangainya? Kenapa nak share? Apa yang anda dapat? Kepuasan nak memalukan? Nak membersihkan nama? Aku berikan satu senario...jika selepas ni ada rasa nak memalukan lagi bekas isteri dekat media sosial, stop! Jangan share dulu.

Keluar rumah, pegi dekat shopping kompleks yang ramai orang. Cakap dekat tiap2 orang yang kau jumpa;

"Salam, saya Aidil Zafuan, player bolasepak negara. Bekas isteri saya, Rita Rudaini buruk perangainya. Harap maklum"

Ulang benda tu dekat tiap2 orang yang kau jumpa. Sanggup buat apa yang kau hebahkan dekat media social in real life face to face?

Kalau tak sanggup tolong lah, hentikanlah berenti jaja kes perceraian anda dekat media sosial ni. Gi mahkamah, balik rumah, tengok TV. Ada wartawan tanya apa2, jawab "Saya sedih atas apa yang berlaku dan saya hormatkan maruah Rita, jadi saya terpaksa minta maaf dan jawab semua pertanyaan anda dengan no komen...kami dah berpisah. Itu aje yang anda perlu tahu."

Encik Aidil, tak payah nak tulis dalam Instagram pun pasal Tuhan tahu...sebab Tuhan memang dah tau..kalau betul percaya jumpa dekat Akhirat, percayakan benda tu 100%. Dekat Akhirat nanti kita tau la sama-sama,ye?

Akhirnya ; Kenapa aku tak tulis surat kepada Rita Rudaini? Dia perempuan, dia emosional. Kau lelaki. Player bola NEGARA pulak tu. Hensem. Body six pack. Berapa pun income kau, aku tak peduli tapi be a man la. Protect maruah mak anak2 kau, walaupun dia bekas isteri kau.

Harap dapat berentilah membuka aib masing2 dalam media sosial. Kau nak gaduh, maki, kata dia macam-macam dan sebagainya takkan mengubah yang dia tu mak kepada anak-anak kau dan sampai kau mati, kau akan still ada hubungan dengan dia melalui anak2 kau.

Terima kasih.

ps - Yang ramai sangat mengekploitasi kes cerai orang ni kenapa? Kerajaan perlu keluarkan akta, tiap2 wartawan yang suka tulis pasal kes cerai orang, bila ada benda buruk jadi dekat dia, ada syarat wajib tayang dalam TV.

12 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. I second that.
      Aku tak pernah minat aidil. .aku tak pernah minat rita.
      Sebagai seorang yang x tengok cerita melayu n thinks bolasepak mesia z best...aku x tahu pun 2 ketul manusia nih...
      Tapiiiiiii aku asyik tgk magazine n instageam rita rudaini meroyan tak habih habih.
      Rita honestly kena stop meroyan and cakap berbelit. Kalau still cinta agung kat aidil pun kena control dalam hati je ok rita.

      Padam
  2. jap ap kamal adli ngn intan tu dh kawin ker..lom kan..so tak sesuweiiii sgt kot cntoh ni..hadoi la..hero filem mlayu mmg ilek jer kot mlutut..stuju patut laki rita ni settle cara gentleman..maruah mak anak2 dia..buat pe nak buka aib..pasal katanya rita buka aib..sooo nampak tak...childih bukan,,satu lagi..nak gelak..kamal adli,,intan..aduhhh mcm masalah negara lak

    BalasPadam
  3. haha..wartawan xde idea.
    yg dua org ni pon attention seeker.

    BalasPadam
  4. xde pe pun yg pntg.byk lg isu negara kau bleh komen.lamtak diaorg la

    BalasPadam
  5. bila ko nak buat kisah akhir zaman 02 plak mantot?

    BalasPadam
  6. sorry to saya ,bukan semua perempuan emsional.rita sorang je . menghabiskan boreh cakap pasal dorang berdua ni.belum lagi kena bantai kalau kena bantai entah macam mana dia punya kecoh.sabau jelah

    BalasPadam
  7. Korang kene tau..kalau kes yeorng setel..harga minyak trun,harga rumah murah,kos hidup rendah,pasukan bola malaysia dpt msk WC, pejabat zakat dh xjupe org miskin & PM bertukar d

    BalasPadam
  8. Eh...pegi mam la dgn diaorg ni. Byk lg hal ko bole up mantot wei. Emosional? Meroyan? Manusia bro, biasala. Berwarna warni dunia ni sebab rasa dan perasaan.

    BalasPadam
  9. baca, senyap sudah..nak lagi tenang, xyah baca n amik tahu..takut esok2 kena kat diri sndiri beb..

    BalasPadam
  10. agreed!kesian rita.dia perempuan .emosi.tambah bila start jadi dia hamil...hampa ingat hamil tu senang ka?dahle emosi kene jaga..fizikal pu dalam zone tak selesa..ia akan terbawa2 emosi tu..jangan plak nak salah rita..tu kira dia kuat sbb harung ja jaga hero 2 org...patut laki allah bagi akal 9 pun takley fikir ka?fikir la sewajarnya..tu mak anak2 dia jugak...duk pulun mengata apa kat bekas bini..Hang jugak pilih dia dulu...bukan dia paksa hang

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.