Oktober 02, 2014

5 Langkah Rakyat Miskin Boleh Ambil Agar Dapat Hidup Dalam Negara Berpendapatan Tinggi

1. Mudahkan perkahwinan

Kau perlu paham, belanja perkahwinan besar..kerana kau aim besar. Kalau kau aim kenduri simple, belanja kau pun Insya Allah kecik. Ni first step yang cukup besar jika kita dapat ubah mentaliti bertempur tengok siapa punya kenduri lagi grand ni. Hantaran tu....kalau boleh, berpada-pada lah. Macam mana nak bantu masyarakat khasnya lelaki kalau kau komplen kos hidup tinggi tapi kau berdegil jugak nak hantaran tinggi. Akhirnya mentaliti tu tak membawa kepada mana2 pembaikan langsung. Dah la susah...kemudian disusahkan lagi. Anak khalwat, marah.

2. Ajar anak-anak masak

Skill paling utama untuk survival. Semua orang kena tau masak sebab bila kau tak ada duit banyak, kau perlu tau masak. Aku dah pernah tulis pasal benda ni dulu. Kau jugak boleh tengok dekat channel EC Inspirasi/Youtube ada program "Dapur Bujang" di mana kita diajar macam mana nak masak 2 lauk dengan total kos tak lebih RM10.

3. Potong unnecessary things yang berbayar

Jika kau rasa TV Satelit adalah satu TV yang bullshit, penuh dengan siaran ulangan dan program yang dia buat in house sampah...kenapa kau masih lagi melanggan TV Satelit?

Potong aje. Bila benda tu ada, memang kita takut nak tak adakan perkhidmatan tu tapi bila kau dah potong, kau akan sedar...why the hell i need to pay for my television programme that i cant control what i want to see? Perkiraan mudah...satu tahun, kau akan save RM480 kalau kau tak subscribe TV berbayar ni. RM480! Itu yang minimum channel.

4. Berhenti merokok

Rokok turun harga, minyak naik harga. Seolah2 nak menggalakkan orang merokok pulak kan?

Aku perokok tegar. Aku merokok dari umur aku 14 tahun. Aku pernah kena gantung sekolah sebab kena tangkap pasal rokok dan mak aku memandang aku dengan penuh hina sekali bila aku dicutikan pihak sekolah selama 2 minggu tu. Aku cakap kat kau, benda yang paling berbaloi yang aku buat adalah berenti hisap rokok secara cold turkey method.

Berapa aku spend rokok sehari? Rm10 sehari hanya untuk rokok (pada waktu tu). Sebulan RM300. Setahun?RM3600 aku spend hanya untuk rokok. Aku cakap betul....aku perokok tegar satu masa dulu. Rm3600 setahun. Gila kaya aku dulu.

5. Banyakkan spend masa dekat rumah

Apa yang aku perasan, kalau aku bawak keluarga aku jalan keluar rumah, mesti akan spend bodoh2 RM50. Mesti. Itu minima habis la tu.

Average kita makan untuk seorang sekarang ni dah cecah Rm12. Aku tak tau siapa yang buat market survey dan buat recommendation "air teh o ais harganya RM4.50 dan orang akan beli jugak" atau "air suam harganya RM1 dan orang akan beli jugak jika kita letakkan signboard jangan bawa masuk makanan atau minuman luar ke dalam restoran kami."

Sebab yang merungut pasal minyak naik ni ramai, yang merungut pasal kos sara hidup tinggi ni pun ramai....TAPI MASALAHNYA, yang jadi customer benda2 yang pricing dia ridiculous ni pun ramai.

Kalau kau jumpa orang England, kau tanya la dia nak ke tak dia beli kereta "50,000 pound" mesti dia akan jawab "must be a supercar mate! Bloody hell expensive!"  Set lunch 12 pound sekali makan? "What's in the God's name are you eating mate? Lobster?" Minum kopi Starbucks untuk 15 pound? "Holy Mary! What kind of coffee is that? The best coffee in the world?"

Tapi kita, kereta 50 ribu murah. Rm12 sekali makan normal. Kopi Starbucks 15 ringgit tu standard. Kau paham tak apa aku tulis ni? Kalau kau convertkan pound tu kepada ringgit memang la nampak mahal,  tapi itu menunjukkan kau tak paham apa aku tulis ni.

Keluar rumah adalah sesuatu yang menakutkan, apatah lagi bila kau dah berkeluarga. Dan trend ni nampaknya takkan stop sebegitu saja sebab kita, entahlah kenapa, sayang benar dengan sistem ekonomi pro kapitalis ini.

10 ulasan:

  1. Aku setuju dgn cadangan ko..memasak adalah perkara asas utk survive x kisah laki atau pompuan..jgn malas..jgn ajar diri beli kt luar bile lapar..bile rasa lapar je kena memasak..msk lebih2..boleh bwk bekal utk bfast dgn lunch kt ofis..kemas rumah sdiri..bkn call cleaning service..kalau pompuan..blaja kemahiran2 yg penting mcm menjahit..at least ade mesin jahit asas kt rumah..x perlu beli blouse dan tudung overpriced tu..wat sdiri..jimat..bab kahwin tu pn boleh jimat gak..x payah nk wedding planner sgt la..wat sdiri je decor2 tu kalau perlu..bab makanan je kena panggil catering psl skang sape nk gotong royong mskkn..kalau pegi shopping complex tu utk beli brg yg perlu je..selebih tu lebih baik gi taman rekreasi, muzium, tepi pantai atau tpt yg x perlu byr..lebih berfaedah..gi tpt yg leh access dgn public transport..guna park n ride yg disediakan utk kereta...selain tu wujudkan pendapatan kedua..boleh nk jimat..instead of astro..subscribe for unifi..hiburan dan pengetahuan..nk beli kereta..ukur baju di badan sdiri..x perlu asyik nk tukar kalau condition stil ok..lastly say no to credit card..

    BalasPadam
  2. Mohd Hafizee Bin Md Zin
    017-2552993

    Terbaek Tot..aku setuju ngan pendapat kau.

    BalasPadam
  3. Mantot,

    penggunaan Telefon pintar bole masuk dalam nomber 3 jugak.

    BalasPadam
  4. Maaf, aku terpaksa tanya.
    kau bagi no.fon tu kenapa?

    BalasPadam
  5. Die ingat ko ade jual barang kot tot..tu jela yg terbaik aku nak pikir..taknak pikir yang bukan2 pulak..

    BalasPadam
  6. bro,
    aku nak advise hang sikit laa...
    aku dah tak masuk blog lu, jadi lu rentikanlah bantai aku macam aku bagus gila ba**, aku bagi pandangan kalau tak nak terima tak per...

    apa kau cakap dengan Edrie Hashim sampai dia berbulu dengan aku? Dia yang suggest link nih kat aku...aduhai...

    come on laa aku tak pernah maki hamun orang kat net bro...sekadar nak kasi tau aje, aku dah tutup semua blog aku, kalau cenggini laa bagai aku malas laa...

    dislaimer, kalau lepas ni ada siapa-siapa nak troll aku silakan aku tadak hal...pahala pun dapat...

    ya aku belum makan ubat, aku dah lama tak makan ubat, Alhamdulillah aku belum ada niat nak bunuh orang lagi ha ha ha!

    okay stop...

    kau nak no phone aku ke ha ha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa ke bodoh mamat ni waktu org lain tgh berwukuf....dah pegi main jejauh

      Padam
    2. Apa ke bodoh mamat ni waktu org lain tgh berwukuf....dah pegi main jejauh

      Padam
  7. Apa kau nak ni sebenarnya?

    Bila masa aku boleh bercakap dengan Edrie Hashim ni?

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.