Ogos 22, 2014

Perlahankan Hidup Kita Untuk Lindungi Generasi Akan Datang

Dua hari lepas, negara kita dikejutkan dengan berita seorang bapa tertinggal anaknya dalam kereta sehingga mengakibatkan kematin. Macam biasalah, pelbagai reaksi yang menempelak bapa kanak2 tersebut akan keluar dari mulut individu yang rata2 nya langsung tak pernah buat sebarang kesilapan langsung seumur hidup dia.

Kerap benar kes macam tu berlaku kan?

Kau boleh cuba ingatkan mak bapak agar ebrhati2, periksa kereta dua tiga kali, pastikan tak ada apa yang tertinggal dan sebagainya...tapi, ikhlas cakap, benda tu tak berkesan.

Sebab cara hidup kita AKAN membuatkan kita cuai, macam ayah malang tersebut.

Bila seorang dua terbuat benda yang sama, kita boleh salahkan kecuaian mereka...tapi bila isteri aku sendiri cerita kawan dia tertinggal anak dia dalam kereta sebab terlupa yang dia ada tambah baby lagi seorang....kau takleh nak salahkan mak bapak yang dikatakan cuai tu lagi. Sebab benda tu dah jadi common benar kejadiannya.

Kalau kau tanya aku, aku sarankan agar kita, ramai2, dalam masyarakat yang sama tanahnya ni, tengok balik, faktor sebenar kenapa perkara2 tu berlaku.

Kita hidup dalam kelam kabut. Kita terkejar2 nak ke sana ke situ sehinggakan mengakibatkan, kita cuai.
Kecuaian kita lahir daripada gaya hidup kita yang serba hectic.

Kenapa perlu hidup kita hectic?

Hidup kita dah jadi terlalu fast paced sehinggakan kita jadi kelam kabut. Tanya dekat diri kau sendiri, "adakah itu hidup yang kau nak?" Kita takkan mampu catch up dan keadaan itu akan create risiko2 yang tak kita inginkan. Macam terkejar2 masuk waktu kerja akan mengakibatkan kau jadi cuai.

Jom kita bertafakur sebentar selama seminit dan fikir, macam mana kita nak slow downkan hidup kau bila kau dah berkeluarga? Anak kau masuk sekolah 7.15 pagi, kau masuk kerja 8.30 pagi...perjalanan kau ambik masa 45 minit ke sejam...itu belum kira sesak jalan raya lagi. Kau bangun awal pagi pukul 6...kau kelam kabut nak solat, kau kelam kabut nak mandi, kau kelam kabut nak siapkan anak kau, kau kelam kabut nak berkejar ke tempat kerja, kau berebut nak punch card...

Dan sebagai mak bapak, kau pun paham betapa senangnya nak siapkan anak kau untuk ke nursery, tadika dan sekolah, kan?

Bangun2 pagi kau dah stress. Kau bawak kereta kau stress. Kau sampai ofis kau berlari kejar punch card. Kau termengah2 nak mula kerja. Kemudian kau stress bila ada officemate yang kaki report komplen kenapa kau lambat padahal dia tak perlu sibuk pun...

Hidup kita fast paced, hectic dan stress. Kenapa kita biarkan? Sebab dunia macam tu? Sebab orang lain macam tu? Sebab semua orang ikut sistem tu jadi kau pun perlu turut sama? Itulah yang menyebabkan ada mak bapak malang yang sampai terlupa anak ada dalam kereta ni. Itu punca sebenarnya. Kita hidup terkejar2.

Dan masalahnya, semua orang tak suka sistem tu tapi tak ramai yang berani nak cuba ubah sistem hidup kita ni.

Aku ada cadangan. Memandangkan nampaknya traffic jam kat Malaysia langsung tak ada improvement dan the stress factor nampaknya akan berterusan....kita ubahlah budaya hectic kita ni.

1. Lambatkan masuk waktu kerja. Mungkin kebanyakan company dan Jabatan Kerajaan boleh mula pukul 9 pagi....ni ada kawan aku masuk kerja pukul 7.15 pagi, apa kebendanya? Bila masa nak spend quality time untuk prepare family?

2. Push waktu kelas sekolah ke 7.45 pagi. Jadi, mak bapak ada masa tambahan setengah jam untuk masak benda yang lebih elok untuk anak2. Ni duk bagi nugget, hot dog aje tiap2 hari mana la McDonald tak maju2 dan Malaysia mempunyai rakyat bertahap obese paling tinggi Asia?

3. Untuk melambatkan waktu sekolah, langkah paling penting sebenarnya perlu bermula dari Perdana Menteri kita sendiri. Beliau perlu mengotakan janji beliau yang sekolah satu sesi bakal dilaksanakan di Malaysia. Jangan lupa janji dia ni tau.

Slow downkan sikit hidup kita ni.  Aku tak taulah kenapa ramai orang suka benar life yang hectic. Hectic tak semestinya mencerminkan productivity. Kalau sesuatu yang malang berlaku dekat kau atau orang yang kau sayang hanya sebab kau terkejar2 mesin punch card, hidup jenis apa yang kita hidup ni sebenarnya?

Siapa2 pun boleh tertinggal anak dalam kereta sebab kelam kabut ni. Jadi, daripada kau nak salahkan mak bapak yang cuai ni, jom lah kita buat perubahan mentaliti sikit.

12 ulasan:

  1. Ini sebabnya kenapa aku sangat2 benci & sangat2 tidak redha dgn sesiapapun yg suka hukum, komplen & umpat org lain semata-mata sebab punch card dia selalu merah.

    BalasPadam
  2. Kalau kerja private sector, lambat waktu masuk, lambatlah waktu balik. Mana ada baby sitter nak jaga anak sampai 9 pm - 10 pm. Lepas tu time masuk kerja ikut majikan. Kalau majikan suruh 8 pagi, maka 8 pagilah kena punch card.

    BalasPadam
  3. aku setuju, benda ni boleh jadi kat sapa pon.
    esp bila tiba2 mak bapak buat benda yang tak routine, utk case ni, pak dia lalu jalan lain and hantar isteri pi sekolah dulu.

    kita sekarang buat benda2 hari dah macam robot. ada program automatic. bila ada hari yang sequence command lari, teruih haywire segala benda.

    the sad truth of our life.

    BalasPadam
  4. aku setuju , dan sedar benda ni berlaku kepada yg dah bekeluarga . aku teringat betapa rushingnye family aku dulu . dan ada yang ambil initiative untuk keluar awal pagi . aku taktau la tot , aku bujang . semua benda aku rilek . takda terkejar-kejar . masuk keje rilek , buat keje rilek , mungkin sbb aku bujang kot.


    bg aku solution nya adalah balik kepada agama . contoh , kau bangun awal , solat subuh jemaah di surau perempuan jemaah dirumah . pas suboh jgn tdo , siapkan semua . insyaAllah mudah . dan ingat dunia ni sementara tak salah nak kejar , tp jgn terhegeh-hegeh ngan dunia ni . dan ini hanyalah pendapat orang bujang . sila perbetulkan saya andai ada salah . just my 2cent

    BalasPadam
  5. I totally disagree with you, blogger.

    "Jadi, daripada kau nak salahkan mak bapak yang cuai ni, jom lah kita buat perubahan mentaliti sikit."

    Yes, if parents tak cuai, tak jadi benda ni dekat anak2.

    And if you really want everything LAMBAT, tak payah makan gaji. Buat bisnes sendiri. And apply that concept to your employee.

    Kita kena ubah mentaliti typical Malay bukan cara macam ni. Caranya, usaha lebih, jangan makan gaji. Berniaga lah. You become your own boss, baru mentalii ubah senang nak apply kat pekerja kamu. And from there we will see whether u can succeed in your implementation.

    Period.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mrs. Critical,

      Kalau sume org nk bisnes, sapa nk keje?

      Mmg bapak tu cuai, no need to state d obvious anymore. Instead, what lesson can we learn from the unfortunate event?

      This entry is asking the audience to relax n reflect, but not to be taken literally as relaxing our daily pace which resulting in delays etc. To quite a big margin, it is what most urban dwellers need anyway. Relax, chill, think of how we can improvise with whatever resources we have at the moment. Certainly not with our distant dreams.

      Next time if u beg to disagree, please come out with constructive ideas. Do accept one fact, most malays are employees, eventhough there is a growing number of successful malay entreprenuers these days.

      And there's nothing wrong for being an employee for the rest of Ur life if thats what you're capable of doing.

      Padam
  6. Ujian Allah ni dalam macam2 bentuk. Salah satunya LUPA. mungkin ujian ini adalah kafarah kepada si bapa, atau kalau dia orang yg baik mungkin ujian ini penaikan darjat. Sudah2lah menyalahkan.. bende xjadi kat diri kita sendiri. aku setuju dengan kau mantot.

    BalasPadam
  7. Pendapat aku, bapa tu mmg cuai. Kau mcmana penting pun kau kejar kerja kau, tnggungjawab jaga anak tetap no 1. Kau cari duit utk anak isteri, tapi kau cuai tinggalkan anak dlm kereta sampai mati, apa tujuan kau kerja cari duit?

    Kat luar negara, kalau kau kantoi tinggalkan anak bawah umur dlm kereta, dah tentu kau kena dgn polis. Perlu ke digubal akta sampai mcm tu? Apa anutan agama sekalipun, anak adalah tjawab ibubapa. Kalau kau cuai, kau tak amanah.

    BalasPadam
  8. Banner kau aku suka. Thanks for the respect, Mantot.

    Bg aku, maksud Mantot-pekerja mkn gaji ada HAK utk demand/request/ubah sistem yg 100% pijak kepala mereka hingga hidup hectic, tk tentu arah & stress tk sudah. Bkn komplen.

    Err.. Mantot, bkn Cekgu ke group yg paling ramai bantah sistem sekolah 1 sesi(keje 8-4)?

    BalasPadam
  9. tot, ayat penutup kau kali ni tak mantaplah...

    BalasPadam
  10. mengimbangkan tjawab antara anak dan kerja mmg sgt sukar. membela anak bukan saja memerlukan kos yg sgt tinggi tapi juga masa sbg ibu bapa supaya anak membesar sbg manusia bukan syaitan berdaging.

    sebelum beranak/ tambah anak, bajet2 lah kemampuan diri. jgn sebab tekanan keluarga/ org lain, anda beranak. bila terkejar2, x hairanlah akan ada kecuaian seperti biarkan anak dlm kereta sampai mati. bila anak mati, yg susah dan disalahkan org diri sendiri juga, bukan org lain yg suruh anda beranak/ tambah anak

    BalasPadam
  11. in a way aku setuju kalau waktu sekolah dilambatkan sikit ke jam 8 ke 8.30 ke.. 7.30 awal sangat la.. kesian tengok budak2 yang naik bas sekolah, van.. kul 6.30 dah tercongok kat jalan..

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.