Ogos 28, 2014

Pendatang Asing Pun Tak Mahu Berjihad Seksual, Kenapa La Gadis Malaysia Nak?

1. Pendatang asing merusuh makin ramai.

Apa kau rasa bila kau dengar pekerja asing merusuh di Malaysia? Kau rasa disgust kan? Kau rasa diorang ni datang Malaysia, dapat kerja, bawak keluar duit, balik tanah air diorang dan jadi hartawan...kemudian nak merusuh?

"Ada hati nak merusuh? Nak merusuh jangan kerja la Malaysia la woi!"

Sekarang kau cuba bayangkan, sekumpulan lelaki orang putih, yang bekerja sebagai Engineer dekat Petronas, merusuh...sebab Petronas ada buat slack dengan diorang.

Sama tak perasaan kau bila kau dengar ada pendatang asing merusuh? Lain kan...takyah tipu. Padahal..kedua2 nya adalah pendatang asing.

Kau tau kenapa diorang merusuh? Kalau sorang dua aje merusuh, itu boleh dikira logik kau nak bantah. Tapi bila Bangladeshi, Myanmar dan Vietnam bergabung tenaga merusuh...kau perlu paham...ada something wrong tu.

Sila rujuk sini , sini dan sini untuk mengerti betapa "taraf binatangnya" bisnesman kita layan diorang. Tolong ubah pandangan. Jika kau tengok video di bawah ni, kau pun rasa nak merusuh kalau kau dapat treatment sama dekat negara lain.



Jangan prejudis hanya kerana kau rasa kasta dia lagi rendah dari kau. Kau sedarlah...jika semua orang dijaga hak mereka, tak ada orang nak merusuh. Sama ada dia expat atau "buruh kasar"...siapa kita nak bezakan diorang?


2. Jihad seksual

Pada satu hari Makcik Halimah mendapat panggilan telefon dari anaknya...

"Hello..mak....Alia ada satu benda nak cakap ni. Mak dengar aje tau..jangan cakap apa2 balik..."

".........."

"Mak, Alia nak pergi Syria.."

"Mak, askar berperang di Syria itu perlukan isteri..tapi siapa yang akan jadi isteri diorang, mak? Biarlah Alia pergi."

"Yang penting Alia pergi dengan niat baik. Alia nak perjuangkan Islam. Alia nak berbakti kepada agama. Jangan risau mak...sebelum Alia berjimak dan berasmara, Alia akan nikah dengan diorang dulu..halal mak.."

"Macam mana diorang nak lancarkan roket bunuh musuh Islam kalau kepala duk terbayang nak berjimak, mak?"

"Daripada diorang tengok porn, biarlah Alia jadi isteri mereka..."

"Alia tau benda ni berat nak diterima mak...tapi Allah tau apa yang Alia lakukan. Mak doakanlah agar Allah terima pengorbanan Alia ni.."

" Insya Allah bulan 11 nanti Alia balik ke Malaysia semula....tolong bagitau Abang Romzi, Alia mintak tangguh pertunangan Alia dengan dia.."

"Assalamualaikum mak. Harap halal makan dan minum Alia kalau Alia tak dapat pulang..isk isk.."

"......"

"APA? MAK NAK IKUT?"


.ps - aku rasa macam tu la kot perbualan diorang sebelum diorang berangkat. Itupun kalau betul la benda ni berlaku.  Sori kepada mana2 gadis bernama Alia.  Untuk berita betul dia, kau boleh baca sini.

10 ulasan:

  1. nak menghalalkan cara. mcm perkahwinan kontrak jugaklah ni

    BalasPadam
  2. ataupun berita fitnah terhadap isis... renung2kan...

    BalasPadam
  3. Well,orang Melayu kan memang.Bangsa penjajah juga dia agungkan.

    BalasPadam
  4. Kenapa ISIS tak berperang dengan Israel? Hah! Jawab jawab!

    BalasPadam
  5. apa la... org kalo berani mati kerana Allah... dunia ni dh takde benda dh bagi dia. didepannya Allah lagi besar berbanding nikmat yg tahap sampah mcm tu.
    Allah dh pesan jika datang sebarang berita selidik dulu. bukan main percaya mcm tu.. dah tu pulak siap buat posting/komen dn memberi pandangan yg busuk tentang islam..

    BalasPadam
  6. Bro berhati hati sebelum sebarkan fitnah terhadap mujahidin.

    BalasPadam
  7. Kau tak baca ke link yang aku bagi tu?

    BalasPadam
  8. Isis ni amat diragui tiba2 muncul. Pengaruh kuat , keewangan kukuh, ada perancngan nak robohkan kaabah dan makam nabi, tapi x de niat nak bebaskan palestine. ??

    BalasPadam
  9. Semua pihak boleh keluarkan berita.
    Umno boleh keluarkan berita pasal pr.
    Org yg x suka islam boleh keluarkan berita pasal islam n muslim.
    Selidik betul2 sebelum sebarkan berita pasal mujahidin sebab kita betul2 x tahu.

    BalasPadam
  10. kerja wahabi tot. aku pun baru je post benda ni. tp blog aku xramei folo hehe.

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.