Julai 12, 2014

Aku Baru Tau Orang Mati Syahid Mayat Dia Boleh Di Post di Facebook Untuk Dapat Like

1. Kau cuba justify yang kau boleh letak gambar mayat orang....sebab kau nak menimbulkan kesedaran?

2. Kau dah gila ka?

3. Kau cuba fikir betul2 apa yang kau cuba buat tu.

4. Kau kata BAGUS untuk sebarkan gambar orang2 yang kau tak kenali dalam keadaan badan berkecai...

5. ...dan tujuan kau adalah untuk pupuk kesedaran? Come on orang Melayu.

6. Kau fikirkan, kita ada klasifikasi filem 18SG kalau ada unsur ganas. Ada orang yang tak mampu tengok scene ganas dalam filem. Lembaga Penapisan pun akan potong scene yang menunjukkan adegan badan terbelah dua dalam filem dan drama.

7. Hakikatnya, itu semua fantasi. Tak betul. Mungkin scene2 ganas tu dibuat guna software, visual effects. Darah yang terpancut tu pun tipu.

8. Yang kau share untuk "kesedaran" tu realiti!

9. Kau dah gila? Kau nampak tak yang masyarakat kita sekarang censored benda fiksyen tapi ramai2 pakat share benda2 yang betul2 terjadi secara uncensored?

10. Kalau kau tak percaya apa aku tulis...

11. Dengar apa Ustaz kita kata.

12. Baca ni.

13. Atau baca ni.

14. Lastly baca ni.

15. Aku tujukan benda ni kepada semua tukang komen yang post pasal isu mayat semalam.

16. Khasnya kepada golongan yang cepat benar claim "si polan ni mati syahid jadi dia boleh difamouskan."

17. "Dia mati syahid, jadi bolehlah akupost gambar mayat dia kat Facebook untuk jadi kebanggaan  umat Islam seluruh dunia. Pasti family dia bangga dengan tindakan aku ni sebab anak dia mati syahid," kata kau.

18. Kau sakit bang kalau kau merasakan alasan tu membolehkan kau post gambar mayat orang.

19. Kau bukan family dia. KAU TAK TAU PUN SIAPA NAMA DIA! Macam mana kau boleh pulak jadi representative family dia?

20. Patutlah masyarakat kita ni sakit benar. Filem ganas, ramai2 pakat gi tengok. Tapi bila ada budak sekolah bergaduh, ramai2 pakat tanya, "ni semua ni pengaruh siapa aa?"

21. Kau perlu tengok dan edar gambar ngeri untuk memperingatkan diri kau mengenai nasib orang Palestine? You are one sick human bro.

27 ulasan:

  1. Terima kasih share. Aku rasa knowledge ini perlu semua orang aware. Ataupun mereka dah tahu tapi buat-buat tak paham.

    sick =.=

    BalasPadam
  2. LIKE LIKE LIKE

    SILA BACA LINK YG MANTOT BAGI TU

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. 1 like = 100 pahala
    Gmbr budak palestine mati dgn kepala berdarah merah meleleh

    Ade page yg actually post mcm tu. 1 like = 100 pahala. N ade ratus ribu like. Senang kan dpt pahala? Xyah susah2 smayang puasa zakat bagai, like n share je boleh bwk ko masuk syurga. Kuasa facebook. Perghhhhh

    BalasPadam
  5. Kalau betul nak doa pd saudara seislam di palestine, tak perlu tgk gambar mayat br rasa sedar dan timbul rasa nk berdoa...agama galak berdoa utk saudara seislam tak kira masa

    BalasPadam
  6. Schadenfreude. Ia adalah perkataan yang berasal daripada Bahasa Jerman yang memberikan maksud, KEPUASAN YANG DINIKMATI DARIPADA PENDERITAAN ORANG LAIN.

    BalasPadam
  7. Memang makan dalam bro tapi inilah realiti. Apa yang kita mampu ialah doa yang betul-betul tadah tangan bukan setakat hashtag atau share atau like. Fikirkanlah.

    BalasPadam
  8. Hahahahahahhaha semua yang sentap dah tak bebunyi. Daripada komen2 semalam, dah boleh nampak betapa menyedihkan masyarakat kita ni, ramai mengalami gangguan SAKIT MENTAL rupanya. Schadenfreude.

    Schade (kesian...)

    BalasPadam
  9. nak buat perubahan kena dengan perbuatan dulu. kalau tak mampu, dengan suara. kalau tak mampu baru dgn doa. kenapa cepat sgt nak berdoa terus? cepat putus asa ke? jgn camtu. nanti org cakap agama islam ni agama utk org putus asa. jadi, jom kita mulakan dgn perbuatan yg kecil, tapi mampu dgn persisten. buang bumper sticker mcD. tak malu ke berbangga dgn sticker kompeni sembelih org palestin ni?

    BalasPadam
  10. majoriti yg dok galak sangat share gambar mayat ni rasanya melayu. suka share gambar mayat/ngeri. suka share gambar makanan yg dia makan, resit bayar zakat fitrah pun nak post kat FB. berdoa utk rakyat palestine pun dah publish, sumbang derma pun nak publish.

    kau punya ibadah, diam-diam cukup tak perlu kepoh.

    BalasPadam
  11. org melayu ni sgt suka tayang/tgok mayat. ini bukti org melayu sgt berpotensi besar kerja doktor bedah/ bilik postmortem.

    BalasPadam
  12. dan kerja kat polis department bahagian CSI. boleh buat filem CSI - KL.

    BalasPadam
  13. Salam. Macam mana dengan gambar yang dipamerkan sendiri oleh ahli keluarga palestin di depan kamera utk tatapan kaum islam di seluruh dunia atas dasar menunjukkan kekejaman zionis? Harap dapat mengetahui pandangan saudara. Terima kasih

    BalasPadam
  14. Hahaha...mne De La Rocha nie..tak sabar nak lihat reaksi anda..haha...and biarlah montot berkeyboard warrior...haha..jom montot turun palestine, jihad...bawak kamera sekali gopro punye lahh...

    BalasPadam
  15. Kdg2 aku benci mantot, tp byk juga yg rasionalnye post ko ni Tot...hehe

    BalasPadam
  16. aku rasa ko ni byk masa terluang dan penuh dgn hasad dengki

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. saya seorang pembaca tegar tapi untuk post saya tak setuju apa yg Mantot tulis, Resharing bukan sebagai dibuat2 atau menunjuk2, ia sebagai kempem halus kesedaran, betul angkat tangan berdoa pun betul, tapi kita sajalah, tapi Mantoi kene faham social network is about sharing,

    ya sebar gambar mayat tak elok, tapi memang menjadi ia menambah kebencian juga secara halus, kita jadi peka pasal mereka pasal resharing bende yg bukan contohnya selain cleavage haha,

    sekadar pendapat je mantot

    BalasPadam
  19. Betul tu.. setuju.. bnyk lagi benda lain yg boleh di share utk kesedaran bersama..


    Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" kalau belum join.. tQ

    Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

    BalasPadam
  20. Reshare/Repost perkara yang ko meluat or so called expose bagi aku okay lagi..
    Dari keje ko dok pertikaikan perbuatan org..
    Rumah bnyk cermin kanta? Sesekali beli la cermin muke pula ye...

    BalasPadam
  21. Byk sgt teori utk menyokong your own theory...for those people yg nk dpt like mmg sick.. for some..solely sbb kesedaran...mcm mana nk tau ape yg berlaku klo bkn dr photo...photo itu menyedarkan sesetgh org...tp jelek pada sesetgh yg lain, menjadikan sesetgh yg lain pulak sadis...those photos kat Palestine utk show cruelty that is happening now...sama ada kita ni boleh tgk atau x...its happening to our saudara...u can vomit...tp tuh bkn fiksyen..its reality faced by other moms...dan sedang berterusan...rasanya mcm mana people around the world bangkit menentang..dan menghulurkan bantuan...(gambar kanak2 kebuluran di africa pun dijadikan model utk raih bantuan for them)...ps:aku mmg xstuju post photo2 kemalangan yg melampau, org mati dibunuh, wanita atau lelaki terbuka auratnya, sakit...

    BalasPadam
  22. Senang cite, kalo tak tau pg tanya org yg arif
    Tau nak judge perbuatan org je.
    Malu sendiri baru nak ingat

    BalasPadam
  23. bai bg detail kau. aku nak stalk kau. kalau kau mati eksiden dgn ngeri boleh aku share kat fb.
    kalau kau mati tak bape ngeri pun aku boleh korek kubur kau nanti kasi ngeri.

    KAHKAHKAHKAH

    BalasPadam
  24. sebar gambar yg bukan mayat tapi tak tutup aurat cammana plak eh..? beri pencerahan..

    BalasPadam
  25. Haha the best part those people posted in FB "Boycott Israel" tapi guna jugak FB, without realizing Mark Zuckerberg is an American Jewish.

    Tak payah la guna FB, Twitter, IG dan seangkatan, mostly Jewish people yg develop.

    Pathetic.

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.