Jun 16, 2014

Terima Kasihlah Kepada Pihak KLIA 2 Kerana Menyediakan Kemudahan Parking Yang Sangat Affordable

Weekend lepas, aku nak balik Kedah.  Adik aku nak kahwin. Tapi anak aku kena chicken pox. Jadi terpaksa ubah plan.Hantar dulu anak dan isteri ke ke kampung. Aku akan pulang berseorangan memandu di Lebuhraya PLUS. Mengharungi Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan akhirnya tiba di Alor Setar.

Tup tup bantuan tiba. Aku dikerah menaiki kapal terbang oleh pihak tertentu. Woah. Pucuk dicita ulam mendatang. Jadi bergegaslah aku ke KLIA 2.  Bukak GPS carik KLIA 2...tak jumpa. Bukak Waze carik KLIA 2...baru jumpa. Menggelabah sekejap aku tengah hutan tepi Ulu Bendul.

Rupanya sebelah KLIA aje. Aku setkan Nokia Drive+ aku mencari KLIA.  2 jam kemudian aku melangkah gagah di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Alor Setar, Kedah...negeri tercinta. Nampak sawah padi.

Ada stewardess Air Asia cuba tekel aku, tapi aku buat tak tau."Sori dik, saya dah nikah," kata aku sambil mengeluarkan kad nikah aku. Dia tarik muka. Aku buat tak peduli.

Waktu itu pukul 8.30. Majlis akan mula pukul 10.30 pagi. Aku pun naik teksi.  Kena RM25 ringgit. Kalau pakai meter, aku sure mesti dalam RM12 camtu aje. Tapi nak buat camne, teksi airport harga dah tetap.

Sampai kat rumah, gosok baju. Siap boleh lena sekejap. Pukul 10 bangun balik. Nampak adik aku dah menggeletar. Boleh dia cuba nak minum kopi o sambil pakai baju menikah kain satin warna putih? Gila dia berani ambik risiko camtu.

Berangkat ke majlis, aku nikah kan dikau, bla bla bla, makan, bla bla bla...majlis selesai.

Selesai majlis semua, balik rumah, aku flat. Adik aku yang dah selesai bergelar suami orang, kami tinggalkan dekat rumah mertua dia. Biar dia belajar sikit macam mana rasa sangat canggungnya kali pertama duduk dalam sebuah rumah yang bukan rumah kita.

Malam kami pegi makan dengan pengantin baru. Tidak ada lawak malam pertama berlaku.

Esok bangun. Mak ayah aku hantar ke airport. Aku menangis masa beratur nak boarding ramai2. Aku tak peduli. Bukan senang nak jumpa mak aku. Anak aku dah dua orang aku tak peduli. Naik kapal terbang, sampai KLIA 2.

Ambik kereta. Masuk tiket parking. Tengok caj dia....

RM67.

Gila. Dunia ini sudah gila. RM46 satu hari untuk parking di KLIA 2. Ini mesti tipu aje ni? Mana ada kan? Kerajaan dan projek mereka mana mungkin menekan rakyat? Kerajaan kita adalah juara membantu orang yang memerlukan. KLIA 2 kan pengganti LCCT? Tempat di mana orang miskin pun boleh naik flight?

Kita cek balik fakta dulu.

Rate di Changi Airport


Rate di Heathrow Airport untuk satu hari

Jangan convert currency. Plis, tolong ambik nilai dia 1:1. Kau gatal nak convert? Kau convert kan gaji kau sekali ikut currency diorang. Jika selepas tu kau rasa kau sebenarnya tahap2 gaji pendatang asing, aku tak kan cuba pujuk kau.

Memang ada parking yang "murah" sikit kat KLIA2 tapi untuk rate Long Term Car Park KLIA 2, satu hari ratenya adalah RM32. Still, kau comparekan lah dengan rate dua negara di atas.

Orang pendokong tegar kerajaan atau golongan "Melayu Angguk Ceria Akalnya Improving" atau nama gelemernya "Macai" akan berkata;

"Kalau dah tak mampu nak parking kereta dan naik flight, 
buatlah cara orang yang tak mampu nak parking kereta dan naik flight" 

tapi still...kau gila kalau kau kata itu rate munasabah. Guard datang masa aku maki mesin autopay car park tu. Aku bajet dia nak try tekel aku jugak. Babi ah. Menyesal aku pakai smart2 masa naik flight.

18 ulasan:

  1. Maka janji-janjipun dicapati lagi, siap kuah dal banjir...kahkahkah

    BalasPadam
  2. melampau gilaaaak! tolonglah ramai lagi mangsa macamni reveal lagi ttg ciri2 menekan rakyat ni. biar nampak sikit. urgh!

    BalasPadam
  3. Aku paking jumaat malam amek kreta ahad malam rm110. Tbaik. Hehe tp aku xmerungut. Kereta aku selamat alhamdulillah terima kasih kerajaan buat tmpat selamat utk kami paking kereta =)

    BalasPadam
  4. Cadbury sungguh...sib baik ada family nak hantarkan..

    BalasPadam
  5. Hang la bangang suka dok ikut pembangang kalau pembangang perintah pun sama tah lebih lagi dia punya senduk.Dah jadi kat Penang sampai katil kat hotel pun dah kena cukai

    BalasPadam
  6. ^^^ woi pembangang woi! kahkahkah

    bangang!!

    BalasPadam
  7. BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury, BN Cadbury, UMNO Cadbury,

    BalasPadam
  8. Kah...kah..kah...kahh..esk ko parkibg atas bumbumg klia2 ..free je..turun mkn cadbury.

    BalasPadam
  9. Oh my.. Yes, mahal sangat tu tak munasabah. Hmm....

    BalasPadam
  10. muhahahaha...parking kat airport nie mmg mahal tahap gaban...kalau rasa balik kg agak lama better park kereta kat Terminal Bas Selatan (TBS).sehari cuma RM 3 parking berbumbung. and then nk ke KLIA boleh Naik ERL (RM 26) atau Bas RM 8.00....

    BalasPadam
  11. tp ko dh nangis dulu sblm balik ke kl. ok sgt dh tu. petanda allah nak bg.
    bahahhaha

    BalasPadam
  12. cuba parking kat ppum sehari dua, tengok berapa kenaaaa....

    BalasPadam
  13. http://www.klia2.info/news/2014/cheaper-way-to-park-and-fly

    http://www.klia2.info/about-klia2/facilities/parking

    agak-agak, airport di changi dan heathrow ada kawasan luas untuk parking saja?

    agak-agak, mesia ni maju macam uk dan singapore?

    agak-agak, negara macam uk dan singapore, nilai Single Occupancy Vehicle setinggi mesia? lambakan kenderaan di negara kita macam negara dorang?

    mantot, oh mantot!

    jangan terbantut fikiran sudah!

    yang membaca pun, bawa-bawalah gunakan akal ya, tapis apa yang dibaca..

    BalasPadam
  14. akal melayukan dah lama dibonsaification oleh parti sarkes, apa ada hal...

    BalasPadam
  15. eleh apa nk heran?! parking kt amcorp mall pj, tempat cikai je pon, start park pukul 8pg smpai 430 ptg (x smpai shari)jer da rm33, apatah lgi klia... x caya, g try park kt parkg luar amcorp mall...kalo jenis suka kutuk, semua mende nk kutuk...

    BalasPadam
  16. Pergh harga gila kentang... terima kasih kerajaan... :p

    BalasPadam
  17. Semua nak harap kn kerajaan xleh jugak jep ..dah tau parking airport mahal cari la alternative lain..gua bukan macau tapi x salah kalau kau cari alternative lain ..park kt tbs pub dah ckup

    BalasPadam
  18. apa ke bangang.... pi la naik komuter ke... naik bas ke....

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.