Acik Amat melangkah masuk sambil memegang tangan cucunya, Hilmi. Suasana Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat itu agak sunyi. Hanya kedengaran bunyi papan kekunci ditekan sekali sekala sambil televisyen memainkan apa saja yang dipaparkan RTM1.
"Nak, Assalamualaikum!" sapa Acik Amat. Kerani cum receptionist itu mencuka memandang Acik Amat. "Ya Cik?" Mungkin dia marah kerana fokusnya kepada smartphone beliau terganggu.
"Pakcik nak mintak bantuan. Cucu pakcik ni nak masuk sekolah dah bulan depan...pakcik pun pencen ada la dalam 400 lebih, takut tak cukup la nak buat belanja cucu pakcik ni.." terang Acik Amat. Kerani yang memakai tag nama Maria itu menjeling memandang Hilmi.
"Sebelum ni ada pakcik dapat bantuan dari mana-mana badan?" tanya Maria. Acik Amat menggeleng. "Tapi ni dah lambat sangat la Cik, semua bantuan kami dah proses untuk penggal ni. Kalau dapat, akan dibawa ke penggal berikutnya..takpe ke?"
Acik Amat mengangguk lemah. Dia dah terpaksa meminta, selepas diberitahu oleh bakal cikgu Hilmi senarai barang perlu dibelinya. "Nah borang, pakcik isi kat sana. Kat sana ada pen," jelas Maria lalu tangannya terus menyambar smartphonenya.
"Tapi dik, pakcik tak pandai nak tulis rumi ni, jawi boleh la sikit-sikit, baca lagi la.." gugup Acik Amat berkata. Maria mendengus. Dalam hati dia menyumpah kerana hari tu bukan tugas dia jaga kaunter depan tapi oleh sebab ada rakan sekerjanya yang culas kerja,
"Uukkk..uukk...ukkk..." Hilmi mendengus. Maria terkejut. Bunyi itu baru saja didengarinya dua hari lepas. Di Zoo Negara. Sama. Saling tak tumpah.
"Pakcik, cucu pakcik ni..." tanya Maria.
"Entah lah...bawak ke doktor pun dia tak tau kenapa, bawak ke bomoh pun dia tak tak tau kenapa...tapi dah makin kerapa dia buat bunyi sedemikian nak, diorang kata kena kenan panda, " jawab Acik Amat.
"Itu memang bunyi panda pakcik! Saya cam! Saya baru tengok dekat Zoo hari tu!" serentak Maria bangun merampas borang yang dipegang Acik Amat. Acik Amat terpegun. "Takpe pakcik, biar saya tolong isi!" kata Maria bersemangat.
Maria berlari ke dalam pejabat. Orang ramai mula hairan melihat kelakuan dia. Maria keluar bersama beberapa pekerja lain. "Pakcik sihat pakcik? Cucu pakcik sihat? Dah makan tengahari ke belum?" tanya mereka serentak membuatkan Acik Amat rasa tertekan.
Maria duduk di kerusinya. "Pakcik, mintak IC," tanya beliau kepada Acik Amat. Acik Amat menghulurkan. Maria terus menekan papan kekunci sambil matanya fokus kepada skrin komputer. "Nombor akaun ada pakcik?" tanya Maria.
Acik Amat pelik tetapi dia mengeluarkan cebisan kertas lusuh dari poketnya. "Pakcik ada bank BSN aje nak, boleh ka?" tanya Acik Amat. Maria mengangguk. Kemudian dia kembali menaip di komputer sambil rakan sekerja beliau cuba bergurau dengan Hilmi yang makin lama makin keliru.
"Ok pakcik. Permohonan pakcik dah diluluskan. Setiap bulan Hilmi akan dapat bantuan RM300 dan minggu depan kami akan hantar bantuan peralatan sekolah ke rumah pakcik." Acik Amat menadahkan tangan bersyukur. "Jamal!" Maria memanggil. Datang seorang lelaki berpakaian kemeja putih.
"Jamal! Kau bawak pakcik ni dan cucu dia pegi makan KFC depan tu. Dinner plate tiap2 sorang.." Maria berpesan kepada Jamal. "Pakcik datang naik apa ni?" tanya Maria.
"Naik bas nak," jawab Acik Amat.
"Lepas tu kau hantar diorang balik. Cek keadaan rumah dan pastikan semua benda lengkap. Walaupun kita dah nak dekat taraf negara maju, tapi jangan lupa, masih ada rakyat Malaysia yang hidup tanpa bekalan air bersih dan elektrik, jadi cek semua tu," pesan Maria.
Acik Amat betul-betul pelik dengan transformasi sikap pegawai-pegawai di situ. "Achoo!" Hilmi bersin.
"Ak aah, betullah. Sebijik macam panda," kata Jamal.
"Itu la, aku dah cakap, pakcik ni kata kena kenan panda. Memang untung la pakcik dan cucu pakcik ni sebab kerajaan sekarang tengah pergiat diri bantu apa saja yang berkaitan dengan panda, apa saja pasal panda, kami akan approve," terang Maria.
Acik Amat hanya mengangguk penuh persoalan. Hilmi pun sama. Mereka berdua melangkah mendekati pintu sambil Jamal membuka pintu untuk mereka.
"Atuk, panda! Atuk, panda!" jerit Hilmi sambil menuding jari kepada poster di tersebut. Acik Amat terpinga-pinga.

gambar yang jadi punchline tu mmg best Mantot.
BalasPadamvery well written. gelak sorang aku kat ofis.
jilake..huhu.
BalasPadamwtf ---sanjung panda apa maksudnya tu..kenapa nak sanjung panda..panda buat apa pada malaysia ni..?makin gile ..
BalasPadamGambar tu edited bro...mantot perli ikut situasi semasa...haha
PadamLol!!
BalasPadamHAHAH..hilang ngantuk baca citer ni..mujuq pkaian gomen servnt tak ditukaq dr batik ke warna costume panda,,hahaha..nama yg akan jadi ikutan tahun dpan panda-lela, panda-maran..aduyai malaysia maju 2020!
BalasPadamTgh migrain trus rasa lega.keh keh keh keh.btol jgak eaa.boley wat terapi la panda neh.patut la ppk jib bwk msok.serabut giler la tuh
BalasPadamhahaha mcm bugima...
BalasPadamkah...kah....kah... sanjung panda??? lol !!!! mantot cuba ko bgitau akak kt ofis mana ada benda tu ( 8S) hassan malek sungguh!!!!!
BalasPadamdalam onepiece ada pandaman...
BalasPadamdlm ranma 1/2, bapak ranma jadi panda bila kena air sejuk..
BalasPadamblueekkk.. mantot dah takde modal... macai tetap macai... asal boleh gambar edit pon boleh... tak best la citer ni... cuba lagi cuba lagi...
BalasPadamKo la cubaa .
Padamade 8s pulak dah....kahkahkah
BalasPadamadeh adeh...aku igtkan citer betul.....gelak besar aku baca semua post ko ni

BalasPadam