April 28, 2014

PM Najib Harap Selfie Dapat Jadi Budaya Masyarakat Malaysia

NGO-NGO Melayu yang tidak mahu dikenali, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mengaitkan perletakan jawatan Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-won dan desakan perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Secara kebetulan pula, perletakan jawatan Chong Hong-won berlaku ketika siri lawatan Barrack Obama, presiden Amerika Syarikat di Malaysia.

"Saya pasti, ini adalah salah satu tindakan yang telah pun dirancang oleh pihak pembangkang untuk memburukkan imej Datuk Seri Najib dan kita tahu siapa lagi yang mempunyai taktik-taktik licik kalau bukan puak pembangkang negara, mereka memang cukup terkenal dengan 'kebetulan-kebetulan' ini," ujar jurucakap NGO itu.

"Kita semua sudah sedia maklum, rakyat Malaysia akan mencari pelbagai cara dan alasan untuk menyambungkan sesuatu kes yang tak semena-mena dikaitkan satu sama lain, dalam internet pun dah boleh kita lihat sekarang, ramai blogger upahan Pakatan dan red bean army sudah mula menggunakan perbandingan kenapa Datuk Seri Najib sampai sekarang masih lagi belum mahu meletak jawatan secara sukarela," sambung beliau.

Hasil siasatan pihak kami menggunakan Google mendapati ramai blogger pembangkang telah mula menggunakan isu tersebut untuk mendesak Datuk Seri Najib berundur khasnya blog-blog yang dilaporkan di bawah pebiayaan kroni pembangkang.

" Tidak adillah jika kita minta Datuk Seri Najib berundur. Tragedi yang berlaku di Korea Selatan adalah melibatkan nyawa, jadi amat wajarlah jika Perdana Menteri mereka berbuat demikian, itu soal maruah diri," sambung hujah beliau.

"Jika dibandingkan sistem pengurusan kerajaan Korea Selatan dan Malaysia, kita masih lagi mendahului mereka. Di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib, kita hanya mengalami kenaikan hutang mendadak yang menghampiri garis yang dibenarkan, kita menghadapi krisis MH370 yang sehingga sekarang masih lagi dalam siasatan yang amatlah telus, kita mengalami pelbagai aduan dan kesilapan yang telah dipaparkan di Laporan Audit Negara.." ujar beliau sambil menghela nafas yang mengah.

"..........kemudian dengan kesempitan hidup yang melanda, kerajaan kita beli jet rasmi baru kerana itu satu keperluan, kadar jenayah makin meningkat, jumlah pengundi yang menyokong kerajaan adalah di peringkat minoriti, nilai matawang ringgit berada pada tahap yang agak lemah, keyakinan orang ramai terhadap kebolehan kerajaan memerintah menurun, sistem pendidikan caca merba dan buat pertama kalinya isteri Perdana Menteri (pernah) ada department dia sendiri, tapi....." ujar beliau lagi sambil menarik nafas panjang.

"...takkanlah hanya kerana itu kita nak desak Datuk Seri Najib letak jawatan? Itu bukan budaya kita," kata beliau sedikit marah.

"Boleh dikatakan, masa isu ini timbul amatlah merugikan kerana ia serentak dengan lawatan Obama ke Malaysia. Nampak taktik jahat mereka terserlah? Pihak kami sudah pun mengenal pasti dalang yang mula mengaitkan isu perletakan Perdana Menteri Korea Selatan dan prestasi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri kita. Insya Allah, laporan polis akan dibuat oleh pihak kami untuk menyatakan sokongan sepenuhnya kami kepada kepimpinan Datuk Seri Najib. Allahuakbar! " tegas beliau lagi.

"Jadi, saya ingin memberitahu, dalam laporan kami, pihak yang mula memainkan isu tersebut dinamakan sebagai Common Sense, jadi saya pasti ini mesti kerja orang bukan Melayu," sambung beliau. "Sebelum kami menyaman anda, kami harap wakil dari Common Sense dapat tampil ke depan, minta tolong buat permohonan maaf kepada pihak Datuk Seri Najib dan tarik balik desakan untuk Datuk Seri Najib berundur."

Link




7 ulasan:

  1. Sapa suruh Najib letak jawatan dia bakal ahli neraka. HARAMMM

    BalasPadam
  2. najib jangan hrplah sampai bila pun x kan

    BalasPadam
  3. Apa beza antara Najib, Pemimpin DAP dan Obama? Mereka ber2 berlainan agama tetapi sama sebab najib dan Obama mandi wajib. Obama dan pemimpin DAP sama bukan beragama Islam tetapi Obama mandi wajib dan pemimpin DAP tak mandi wajib. Sebab itu tak haram Obama masuk masjid tetapi pemimpin DAP haram masuk masjid.

    BalasPadam
  4. jangan yang merepek kat atas ni obama..maklumlah pakai google translate..tu yang nampak beterabur bahasa..

    BalasPadam
  5. Hahaaaaa..kikiiiii..bodoh statement atas...statement racist gak

    BalasPadam
  6. Tolong jgn selfie jika kamu tak cute.. Cam bodo ar org yang suka selfie ni.

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.