Februari 12, 2014

Jika Cikgu Faizah Model Iklan Susu Sekolah Mengeluh, Pasti Aku Akan Berpeluh

Kenapa penilaian berdasarkan sekolah suck gila?

1. Cikgu cum data entry clerk.......

Kau pernah tengok jadual cikgu satu minggu macam mana? Untuk sekolah2 kampung, yang satu sekolah ada 100 orang,  satu kelas ada 20 orang, benda ni takkan jadi masalah besar. Tapi di kawasan bandar benda ni akan jadi satu burden yang sangatlah berat sebab kelayakan atau "band" lulus pelajar harus diisikan satu-satu. Kau pernah isi borang dalam internet?

Annoying kan? Bayangkan kau buat benda yang sama untuk satu kelas. Cuba bayang kalau kau ada 8 kelas? Kau duduk depan komputer kau ulang2 buat benda yang sama......cikgu jujur mungkin akan tick betul2 band budak2 tapi lama kelamaan, mesti rasa rimas tu akan datang dan membuatkan kau passkan aje semua budak tak kira lah pencapaian sebenar dia.

2. ..........dan bukan semua cikgu celik ICT

Aku tau diorang ada buat training untuk isi database. Tapi hakikatnya ramai yang agak perlahan dalam penggunaan komputer. Ada jugak golongan yang buat2 tak celik ICT. Tangan pegang smartphone baru ni....tapi claim diri sendiri tak reti pakai komputer. Last2 yang kena tolong buat? Cikgu2 celik ICT. Selalunya siapa yang jadi mangsa? Cikgu muda.

3. Website tak user friendly.

Aku tak taulah kenapa dari dulu sampai sekarang....website apa saja lah berkaitan dengan gomen memang menyakitkan mata. Semak mata memandang, rasa lemas dada melihat. Ada yang ok tapi kebanyakannya agak huru hara. Dengan font yang lagi sesuai diguna untuk printing dan icon2 yang masih lagi mengamalkan design theory tahun 1989, user experience dalam website kerajaan perlu diupgradekan. Benda paling penting sekali yang perlu diamalkan dalam mereka bentuk website2 ni adalah streamline design. Biar minimalist. Biar simple. Nak kena buat button, buat....tapi simplifykan. Ni bukak aje homepage...kita dah boleh nampak berpuluh jenis font, kenapa?

4. .....dan kadang2 website tu offline sebab overload.

Orang Malaysia, semua kerja last minute. Standard. Aku pun. Pada aku benda tu normal. Tapi hujung tahun lepas, waktu cikgu2 dah dekat dengan deadline nak isi penilaian murid2, server tu offline. Adakah sebab overload? Atau ada orang sengaja sabotage? Atau sebenarnya equipment server yang ada sebenarnya server cap ayam? Aku tak tau. Tapi hakikatnya, hujung tahun lepas, bila cikgu2 pakat ramai2 nak isi markah penilaian budak2...server tu tak berfungsi.

..............

Itu semua sebab teknikal. Mari kita bercakap mengenai perspektif humanity pulak...

5. Bila sebenarnya kerajaan nak cikgu2 isi data ni?

Tiap2 orang cikgu, jadual agak penuh, especially cikgu bandar. 30 sesi satu minggu? Normal. Jadi working hours seorang cikgu adalah 7:15 sampai 1:30 tengahari....bila sebenarnya kementerian nak isi data tu satu2? Adakah rancangan kementerian nak cikgu2 gunakan waktu selepas office hour diorang? Siapa nak? Kalau aku dah tau designated hours aku berapa ke berapa, aku akan buat semua benda dalam waktu tu. Tapi untuk sesetengah cikgu, benda tu mustahil. Jadi terpaksa buat malam, waktu dodoikan anak. Waktu suami ajak projek. Ini tidak adil. Good management sepatutnya mampu buat seseorang itu settlekan semua kerja dalam tempoh designated.

6. Bila cikgu nak ada masa consult student yang weak ni?

Dalam pelajaran, memang akan ada satu grup yang kau kena attend dan akan ada satu grup lain yang kau boleh let go. Berdasarkan kepada jadual cikgu2 ni, dengan kelas average 25 orang, bila cikgu nak carik masa nak cater kepada pelajar lemah kalau masa yang ada perlu digunakan untuk isi data?

7. Kau tau kau lemah...tapi ada ke masa cikgu kau bantu kau?

Persoalan paling penting...jika ada pelajar yang rasa dia terkebelakang, bagaimana kita boleh bantu dia? Untuk budak2 SBP atau SBT (Sek.Berprestasi Tinggi) ni tak jadi masalah sebab memang jadual cikgu akan dirombak supaya dia akan spend masa dengan kau lepas waktu sekolah tapi sekolah harian? Akhirnya budak2 terpaksa pegi pusat tuisyen.

8. Pusat Tuisyen Swasta makin banyak adalah sesuatu yang negatif...

Ehehe...jangan terasa kalau aku tulis camni. Banyak positifnya tapi lets just focus on the negative, orait?.....Kenapa kau perlu pusat tuisyen? Kenapa kau perlu pergi tuisyen? Kenapa pihak persendirian banyak sediakan pusat tuisyen?

Itu sudah jelas menunjukkan ada sesuatu yang kurang dalam sistem pendidikan sekarang sebab tanpa pusat tuisyen, murid2 dan pelajar akan ketinggalan. Bila pusat tuisyen dah jadi sesuatu yang essential dalam proses pembelajaran seseorang, yang akan menjadi jurang pemisah antara pelajar adalah kemampuan mak bapak provide duit untuk anak ke tuisyen.

Akhirnya, yang mampu akan lebih ke depan, yang tidak mampu akan terus stagnant. Ini boleh jadi satu punca kenapa nasib sesetengah keluarga tak berubah. Pendidikan ekstra dah jadi business yang hanya orang yang mampu dapat. Memang ada skim baucar tuisyen diperkenalkan untuk budak2 dulu...Tapi sekarang ni sistem dah wajibkan budak2 sekolah dari pagi sampai ke petang, bila pulak nak ada kelas tambahan.

9. Sehingga sekarang, target satu kelas 25 orang satu cikgu masih belum tercapai dan....

Kau ingat janji Barisan Nasional persekolahan satu sesi akan dijalankan jika mereka menang pilihanraya? Macam mana? Lagi tiga tahun aje ada tempoh masa ni? Adakah itu janji2 pilihanraya semata?

.............


Kau cikgu?

Kau tak suka Pentaksiran Berasaskan Sekolah? Kau tau 22 Februari ni ada perhimpunan protes secara aman dekat Kementerian Pendidikan Putrajaya. Kau nak jadi cikgu mesti kau nak jadi sampai kau pencen kan? Kenapa takut nak ubah sesuatu sistem yang sebenarnya banyak membebankan kau? Lawan la. Memang kau menurut arahan tapi janganlah menurut sampai kau terbeban hidup hanya semata2 sistem crooked yang direka separuh jalan lalu dilaksanakan untuk jadi bukti, ada orang buat kerja.

Ye, cikgu ada cuti panjang. Ya cikgu ada benefit kerja tak panjang hours dia tapi sangat pack la hours tu. Tapi kau tak rasa sistem sedia ada ni take advantage guru2? Tak ada rasa yang kau terpaksa korban masa free kau untuk buat kerja? Kau tanda buku budak2 bila? Waktu lepas anak2 kau tidur? Cukup masa nak masak untuk family?

Lepas ni nak kena duduk tercongok depan komputer isi markah budak sorang2, tick dia band apa, dia band apa, dia band apa, dia band apa, dia banda apa...Aku tulis tu pun berulang kali pun dah boring. Sistem sedia ada direka supaya kau bekerja secara tidak rasmi pada waktu tidak rasmi buat benda2 yang sepatutnya kau boleh buat waktu kerja.

Tapi jadual mengajar sendiri dah penuh...macam mana? Tu tak masuk lagi kalau ada kena relief kelas orang lain. Ramai sebenarnya kaki ponteng kelas ni yang jenis main tinggal aje kelas pegi buat benda dia suka. Orang camni, aku harap kau gi lah carik kerja lain woi.

Aku tak nak kata cikgu malas, memang ada cikgu malas, memang ada cikgu ambik jalan mudah...tapi lihat sendiri sistemnya memang jelas akan take advantage guru2 punya masa. Semalam aku dapat berita, cikgu English kena pegi ambik test ala-ala IELTS test. Siapa failed kena hadir kelas berbulan lamanya dan jadual waktu dia akan dirombak supaya dalam satu minggu 5 hari bekerja, 4 hari dia mengajar kelas dan 1 hari dia pegi belajar English.

Macam mana kau nak compress kelas 5 hari jadi 4 hari dan kemudiannya expect improvement kepada performance murid2? Magic? Magic la.

22 Februari 2014. Depan Kementerian Pendidikan. Jangan lupa pakai baju batik. Kalau Cikgu Faizah yang jadi model iklan "macam mana nak minum susu dalam program susu sekolah" dekat TV join sekali, bagitau aku. Aku nak join berarak walaupun aku bukan cikgu. Kau pernah tengok iklan tu? Serius Cikgu Faizah tu hot. Dia membuatkan aku teringat kembali kepada cinta pertama aku, cikgu aku masa aku darjah 2. Kalau dia dah kahwin, aku mintak maaf banyak2 dekat suami dia.

Kalau belum dan Cikgu Faizah membaca apa aku tulis ni, sila tinggalkan komen kalau2 sudi nak berkenalan dengan lebih mesra. Aku hidup dengan motto endless possibilities.


36 ulasan:

  1. ha ha aku tak jatuh cinta dengan cikgu aku...cikgu aku yang fall in love ngan aku ha ha...tapi ko dah melampau dah darjah dua tu...isk iskkk

    BalasPadam
  2. Mmg kesian cikgu cikgu even sy bkn cikgu, bengon btol menteri pelajaran tu ..ehhh...gittu pulokk..haha

    BalasPadam
  3. serupalar... aku kalau tgk iklan tu pasti sampai habis... mmg comey lar cikgu tu!!!

    BalasPadam
  4. Aku suami ni pon penah tolong wife aku keyinkan. Aku sendiri mengaku mmg sistem dia mcm eh, dorg xde inisiatif ke nak userfriendlykan sistem ni? Semak ah.

    Dah pulak wife aku dlm 8-10 kelas around 30+ murid nk kena tolong keyin. Satu satu tapp ketapp tapp. Dah la tiap sabtu sekolah buat aktiviti cikgu semua kena dtg.

    Dlm sebulan tu sekali pon xde free. Aku tgk takwim sekolah wife aku, peh cmni kalau sekolah tu xcemerlang xtau la. Tiap sabtu dia kacau. Cikgu ramai mengeluh tp pengurusan tertinggi ugut kenaikan pangkat/skt je tros senyap.

    Kesian guru skarang..

    BalasPadam
  5. Cikgu Faizah tu klu x silap aku pelakon, nama dia Almy Nadia.. Mmg hot n single lg.. Bagus jugak klu dia ditarik jd duta utk perhimpunan protes 22 feb nnti..

    BalasPadam
  6. Salam...
    Aku rasa yg x krja cikgu pun patut turun 22/2 tu bg moral support kat ckgu2 sekelian
    Aku bkn ckgu...bekas cikgu...aku resign bila ank msuk 3 org sbb ank aku asyik dok pggil aku guna pggilan kpd pgasuhnya..jeles aku.
    Aku blh nmpak bezanya jd ckgu dulu dgn skrg..ksian depa..so sapa yg dok dkt2 putrajaya tu blh turun nooo

    Anyway aku doa dr jauh je...22/2 tu annibeseri aku yg ke 22... X leh join.. Nk buat doa slmat

    BalasPadam
  7. haa.kan...time ni la nak bantah.. bantah..cikgu2 jgn takut kalau g reramai, xdenye dia akan amek tindakan..satu daerah cikgu semua g..ade dia nak buang keje cikgu satu daerah?/ xkan..
    ini akan menunjukkan yg org x suke system yg dia buat,,dia dia kn akui..



    haaa. TURUNNN!!!

    BalasPadam
  8. haa.kan...time ni la nak bantah.. bantah..cikgu2 jgn takut kalau g reramai, xdenye dia akan amek tindakan..satu daerah cikgu semua g..ade dia nak buang keje cikgu satu daerah?/ xkan..
    ini akan menunjukkan yg org x suke system yg dia buat,,dia dia kn akui..



    haaa. TURUNNN!!!

    BalasPadam
  9. dan selalunya aku akan terpaksa lena dulu sblm wife aku dia siapkan keja dia..sib baik aku dah lanjut umur sikit dah..kemahuan dah terkawal..kalu time umo aku 20an dulu mau aku campak ja laptop tu ke dinding tiap2 mlm..he..he

    BalasPadam
  10. aku pun nak join juga lah berarak dengan Cikgu Faizah keh,keh,keh

    BalasPadam
  11. Sape kata sekolah kampung student sikit xde masalah? Tau x masalah cikgu2 kat sekolah kampung? Masalah internet. Lg haram dr kawasan bandar. Student sikit tapi sikit2 timeout, sikit2 tunggu loading, sikit2 internet putus. So kalo ade 10 student sekalipun tetao tension.

    Ok aku nak sambung baca sampai habis nanti aku komen lg (baru baca perenggan 1 tp fakta kau dah salah sbb kau assume cikgu sekolah kampung boleh riang gembira key in markah 100 murid. Tettttttt)

    BalasPadam
  12. Ok, dah baca sampai habis. Ni pendapat aku yg hidup dikelilingi keluhan2 cikgu2:

    1) cikgu kena handle multiple class n multiple subject
    2) cikgu kena handle benda2 yg bukan kerja cikgu (rumah sukan, panitia, persatuan, segala tok nenek kursus, bla3)
    3) kerja key in markah yg x habis2
    4) ade sekali tu yg cikgu2 bising sbb gomen freeze new intake utk cikgu2, alasan xcukup vacancy, tp rata2 cikgu yg aku kenal dok komplen kerja berlambak tp x cukup masa n tenaga nak buat (rujuk 3 point kat atas)

    So aku rasa masalah utama ialah kementerian yg nak save budget x bertempat. Pergi squeeze kudrat cikgu2 ni sampai kena bersengkang mata key in markah pukul 2am sbb time tu je markah boleh lepas masuk dlm sistem (kes bandwidth la kot. Mmg website gomen kalo bab membazir melibatkan website ni kdg2 aku x paham ke mana pembaziran tu sbenanye sbb layout pun buruk, website x user friendly, bandwidth ciput yg buat website slow. Hahah)

    Aku rasa kerja cikgu2 ni sume patut dirombak blk. Either let them handle less kids/class sessions so they will have the time to key in segala jenis evaluation, or biarkan dorg stick to tugas mengajar, kerja2 key in ni boleh la dapatkan kerani utk key in.

    Tp ape2 hal pun aku rasa cikgu2 kat sekolah2 ni patut ditambah. Bila dah tambah, cikgu2 xde alasan penat sbb kena handle byk kelas, byk student, byk jawatan lain.. so xde alasan utk neglect tugas mendidik. N graduan2 yg amik course education pun x la mengagau cari kerja 'asal ade'.. kalo xnak lambakan cikgu, limitkan la intake. Xde la yg berlambak2 grad jadi cikgu tp xde keje. Itu pun bengong jugak tu (ni la bisnes pengajian tinggi yg dpt pulangan masyuk. Main enroll je ratus ribu org pastu ramai2 menganggur xde keje lepas grad)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang komen kat atas ni cikgu ke? Bahasa rojak habis..

      Padam
    2. Klu ckg kena sentiasa guna bahasa standard spanjang masa ke waima nak beromen pun? Bullshit!

      Padam
  13. tak cerita nya baghal jadik menteri pelajaran... tetiap tahun ubah...bodoh sial..

    kenapa la malaysia ni tak boleh lantik menteri dari kalangan guru jugak.

    BalasPadam
  14. Apesal ek ape2 sistem dlm gomen cap ayam? dan buruk dan tak user-friendly?
    Apesal sistem bank yang juta2 org pakai tu takde nk hang?

    Jadi aku nk buat tuduhan bahawa gomen ni bagi projek ni kt kroni yang tak specialist pun benda2 ni.

    Lepas tu penjawat2 awam yg gigih cemerlang, yg unsung hero jgk yg akan selalu dikata oleh masyarakat.

    BalasPadam
  15. Menteri sengal, timb menteri bongok.. Yg jd kuli para pendidik.. Yg jd mangsa anak2 murid..

    BalasPadam
  16. tu bukan menteri yang kena belasah tu ker ?

    kenapa lah korang pilih Be eNd dulu kan dah tak the end lagi permasalahan dalam Malaysia ni..

    BalasPadam
  17. yang paling ditakuti adalah ADA ORANG DAPAT PhD hasil dari kerja cikgu-cikgu ... !!!!!!

    BalasPadam
  18. majoriti rakyat malaysia lupa yang jadi mangsa dalam hal ni adalah anak-anak2 kita...
    dijadikan tikus makmal demi memuaskan hati individu tertentu sahaja...
    demi politik...kita sanggup perjudikan masa depan generasi akan datang kite...
    ak 100% dh hilang keyakinan pada sistem pendidikan malaysia...

    BalasPadam
  19. ada sesapa yang bleh share link youtube/video iklan TV susu sekolah tu? aku cari-cari tak jumpa...nak gak tengok camne taste si mantot ni..sama dengan aku ke tak...

    BalasPadam
  20. http://s484.photobucket.com/user/siputk/media-full//almy-nadia-dada-wanita.jpg.html



    Fuuuuuuuuuuu

    BalasPadam
  21. sebagai cikgu, aku ucap terima kasih banyak2. takramai yang memahami cikgu sebenarnya, ada juga kang kata cikgu banyak kompelin, padahal senang je jadi cikgu, walhal? cikgu sahaja lah tahu. menangis dalam hati usah cakaplah, hari hari.

    jadi bila baca tulisan seorang bukan cikgu (eh ye ke kamu bukan cikgu ke kamu cikgu aku tahu ah apa apa aje la), aku terharu.

    terima kasih. tapi 22 feb ni, aku takdapat datang. aku cikgu borneo. kirim salam perjuangan la buat semua. pesan kat diorang, jangan menangis dlm hati dah, nanti penat.


    Terima kasih Mantot!

    Ikhlas, (amboi)
    Cikgu baru dari Borneo

    BalasPadam
  22. sebagai cikgu, aku ucap terima kasih banyak2. takramai yang memahami cikgu sebenarnya, ada juga kang kata cikgu banyak kompelin, padahal senang je jadi cikgu, walhal? cikgu sahaja lah tahu. menangis dalam hati usah cakaplah, hari hari.

    jadi bila baca tulisan seorang bukan cikgu (eh ye ke kamu bukan cikgu ke kamu cikgu aku tahu ah apa apa aje la), aku terharu.

    terima kasih. tapi 22 feb ni, aku takdapat datang. aku cikgu borneo. kirim salam perjuangan la buat semua. pesan kat diorang, jangan menangis dlm hati dah, nanti penat.


    Terima kasih Mantot!

    Ikhlas, (amboi)
    Cikgu baru dari Borneo

    BalasPadam
  23. aku pun tak setuju bila org cakap jadi cikgu senang.. walaupun aku bukan cikgu.

    BalasPadam
  24. Dalam BULETIN Utama TV3 minggu lepas kata 22hb ni guru-guru nak buat perhimpunan tuntut KENAIKAN GAJI di Putrajaya. Apa kes???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Putar belit tv3.zaman skng percaya tv3 lagi?my my...ini bukan isu gaji.ni isu pendidikan anak2.kami cikgu2 tak mau anak2 murid kami jadi tikus makmal.

      Padam
  25. http://www.youtube.com/watch?v=kKdPxv0IRHc

    cikgu faizah yeahhh

    BalasPadam
  26. Kah kah kah kah kah kah kah kah..


    Huk..huk..

    Sekian.

    BalasPadam
  27. Kah kah kah kah kah kah kah kah..


    Huk..huk..

    Sekian.

    BalasPadam
  28. Kah kah kah kah kah kah kah kah..


    Huk..huk..

    Sekian.

    BalasPadam
  29. Maaf tuan tanah..

    Tersend 3 kali. Maaf sekali lagi.

    BalasPadam
  30. Yela mantot adik aku cikgu. Aku kesian dengan dia. Lagi lagi dia cikgu baru dan bujang. Kerja yang bukan akademik semua cikgu senior lambak kat dia. Dahlah pegi sekolah 6 hari seminggu. Kadang2 waktu cuti pun sibuk buat kerja lagi siap kitorang adik beradik tolong. Hmmm mostly aku nampak cikgu cikgu ni pasti bawak balik kerja kat rumah. Aku dulu pun siap siaga je tiap kali cuti tunggu makcik aku datang rumah mintak tolong key in data. Janganlah kita mudah menilai yang kerja cikgu ni senang.

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.