Januari 03, 2014

Kenapa Industri Hiburan Kita Suka Benar Pondan?

Dah dekat sepuluh tahun aku kerja ni, apa yang aku perasan makin tua aku dan orang2 sekeliling aku, akan makin ganas lah politik dalam ofis sebab semua orang berebut nak naik pangkat.

Kerja aku sebelum2 ni memerlukan kitorang bekerja sebagai sebuah team yang sama level, jadi aku takde la rasa benda2 bullshit sangat. Apa yang direbutkan sangat kalau kau kerja sebagai seorang pembuat kartun animasi, kan?

Tapi bila kau dah join bahagian management, sedikit sebanyak kau akan nampak beberapa jenis orang.

1. Orang yang bila ada kuasa, dia jadi gila kuasa (kalau ada peluang, kau tumbuk orang camni dan lari)
2. Orang yang kerja bawahan, tapi dia punya kipas supervisor melampau
3. Orang yang dah diangkat jadi manager tapi takut nak influence orang bawahan dia
4. Orang yang tak tau apa, tah hapa-hapa, tak tau apa dia buat selama ni, tiba2 dia jadi bos kau
5. Orang yang tak ada cita-cita, macam aku.

Serious shit, aku tak ada cita-cita dalam karier. Pada aku, kerja adalah kerja. Aku kerja cikgu, aku suka buat kerja cikgu dan aku tak nak dah jadi cikgu yang kena buat hal-hal management. Tapi makin tua kita, kita akan seolah2 secara automatik akan didorong untuk involvekan diri dengan kerja management ni walaupun asalan aku adalah seorang pembuat kartun untuk budak2.

AKU TAK SUKA EVOLUSI TU SEBAB JIWA AKU BUKANNYA CAMTU! Aku tak suka arah2 orang (kecuali dalam blog ni, haha) dan aku akan rasa bersalah kalau aku terpaksa anggap seseorang sebagai sub-ordinate yang aku boleh arahkan buat macam-macam. Ada orang suka bila dia ada kuasa tu....kau boleh kenal la dia macam mana. Muka pun nampak berlagak aje. Orang2 macam aku, memang takkan berjaya dalam bisnes sebab aku tak cukup kejam. Bisnes dan management memerlukan orang yang tak ada hati perut. Kau pernah kena bagitau siapa2 dia kena pecat? GILA KAU. Beban betul aku beberapa tahun dulu lepas aku tau kawan aku nak kena buang.

Selama ni, environment aku cuba bentuk aku jadi seorang Manager. Aku cuba hadapi dan ubah hidup aku sikit2 supaya dapat terima yang aku adalah seorang white collar worker, yang memang destined untuk jadi seorang manager. Tapi jiwa romantik aku selalu memberontak. Sekarang ni wife aku tengah kusut dengan kusut dengan aku sebab aku simpan rambut panjang.

Aku simpan rambut panjang sebab aku tak nak gi join segala meeting bodoh yang banyak buang masa dan langsung tak mengubah apa2 pun. At least kalau rambut aku panjang nanti diorang nampak aku tak sesuai la nak join meeting sebab siapa nak "manager" serabai, kan? Kepimpinan melalui tauladan.

Apa yang aku nak buat sebenarnya? Dari dulu lagi aku nak simpan rambut panjang macam Ramli Sarip. Aku nak buat lagu. Aku nak perform depan orang ramai macam dulu2 masa aku sekolah, tak kiralah main band ke, berlakon ke. Aku cukup suka mengarah pantomine kat sekolah aku dulu sebab itulah satu2 nya peluang kutuk warden secara rasmi dan warden boleh gelak tengok. Aku dah main satu single yang pernah jadi soundtrack drama TV. Kartun aku buat dah keluar kat TV. Tapi pada aku, benda ni still tak cukup sebab objektif aku tak tercapai lagi...

Di Malaysia ni, culture kita memang tak menjamin masa depan orang2 macam ni. Kat luar negara, kau boleh tengok orang tua buat kartun, ramai gila animator Disney tua2 belaka. Dekat Malaysia, bila umur kau dah 29-30, kau tau kau terpaksa lupakan minat kau untuk dapat jaminan membina keluarga.

Dan dari situlah negara kita akan terus ke belakang, hari demi hari, sebab kita dah latih talent, kita dah produce bakat2 yang dah ada pengalaman, kemudiannya talent2 tu hari demi hari akan terus diubah menjadi seorang manager, seorang organizer, seorang korporate yang akan terus lupa semua benda yang dia dah belajar, diganti dengan fresh grad yang baru nak paham macam mana nak kerja.

Semua ni berlaku dekat kawan2 aku, yang belajar advertising, belajar graphic, belajar animation, belajar seni pentas, bikin drama, bikin short film, alih2 jadi Pegawai Kerajaan yang kerjanya merangka minit mesyuarat. Sayang pulak sebab skill development secara personally terganggu, skill dia untuk produce pada negara pun sangkut.

Adakah itu sebabnya kita boleh nampak development industri kat negara kita, khasnya bidang filem, bidang muzik dan bidang seni ni agak slow? Kita ada banyak kolej dan universiti yang produce graduate berkelulusan benda ni tapi by 30 tahun umur diorang, ramai yang sedar, cycle di Malaysia ni, once kau dah tua, kau akan dibuang diganti dengan fresh grad. Buat apa kita teruskan lagi promote industri2 ni kalau market tak mampu nak support pekerja2 berumur, betul? Lastly, bukak company sendiri. Berapa ribu company kat Malaysia ni nak ada sedangkan permintaan bukannya banyak pun...alih2 semua terpaksa jual kat RTM....berapa orang yang tengok RTM dekat bandar ni?

Aku tau kat luar sana ramai yang nak menyumbang kepada benda seni ni tapi sayang sebenarnya, orang2 yang berhaluan kiri ni terpaksa jugak pakai tie dan pakai kemeja semata2 sebab nak hidup. Dari aku mula menulis sehinggalah sekarang, benda tu sama aje. Masyarakat kita memang menghargai seni, tapi seni untuk orang IQ rendah. Gosip, drama cinta, filem hantu, lagu melalut, lagu macam mana nak kaya, artis tak ada bakat tapi gosip lebih...semua tu seolah2 dah jadi standard seni mainstream negara kita. Kau nak cari real artist, kau kena carik, kau kena discover.

Pada aku lah, the lowest point untuk industri seni tahun lepas, adalah apabila aku baca "artis" Youtube yang dikenali dengan nama Bobo, ditawarkan untuk menjadi artis oleh sebuah production house, atas bakat dia menyanyi dalam Youtube....COME ON LA. Artis undergorund, media kita tulis kata "perangai buruklah, suka minum darah kambing la", tapi kalau artis2 standard macam tu, yang bila ditonton hanya mampu menaikkan tekanan darah penonton, diorang sokong pulak. Pelik!  AKU CUKUP TAK PAHAM KENAPA INDUSTRI MALAYSIA SUKA BENAR PONDAN WOI!

Mana pegi orang2 yang betul talented?

Ramai jadi white collar worker. Blue collar worker. Pakai tie. Buat kerja office. Tapi dalam hati wishing kau dekat atas pentas, main gitar lagu sendiri, Adakah kita takut nak take risk sebab kita Melayu atau kita takut nak take risk sebab memang di Malaysia ni, taking risk dan pilih jalan yang kau nak takkan bawak hasil yang kau harapkan?

Aku rasa, orang Melayu ni, hanya akan berani take risk, bila dia dah betul2 desperate. Makin tua kau, makin terjerat lah kau dengan office politik sebab makin tua kita, makin desperate kita nak dapatkan sesuatu yang kita nak.

21 ulasan:

  1. aku ingat aku sorang je perasan.. sampai dalam kartun upin ipin pun ada pondan.. baik aku tengok sponge bob..

    BalasPadam
  2. Dilema yg biasa bila keje makan gaji......moral of the story...stat meniaga sendiri..

    BalasPadam
  3. sebab tu tak berapa gemar dengar mak jemah era tu. sama je dengan yang lain2...huhu

    BalasPadam
  4. So true. Every field of expertise which involves art be it art n design, computer animation, architecture, interior design as one goes up the company hierarchy one no longer goes back to d drawing board. One just instruct others to do d drawing n expects magic to happen coz one no longer understands the tedious process involve in making a work of art

    BalasPadam
  5. ni semua pasal untung. nak cari kos paling murah. kalau bangla takde apa2 boleh nyanyi dan belakon pun diorang akan ambik. so sapa sanggup bayar orang yg ada tallen mahal2. cari yang fresh sudah. banyak bunyi kasi terminate cari fresh graduate lain.

    BalasPadam
  6. Kat Disney, animasi dah sampai tahap kompikated. Mereka dah ada research department untuk develop animasi super realistik hasil dari research student2 Phd tajaan mereka.

    BalasPadam
  7. truth be told, gua jugak mulakan kerier dlm animasi even gua graduated dlm art n design. just nk cari pengalaman asalnya. tp bila dok dlm tu bertahun2, makin nmpak azabnya. bg gua, malaysia or malaysian belum bersedia menerima animasi sebagai part of career.
    kawan2 gua yg dah meningkat umur, semua berselerak mencari rezeki untuk menampung kehidupan. dulu sorang2 boleh la pulun maggie 24 jam, ni dah beranak pinak, terpaksa jgk kerja walaupun bukan dalam bidang yang menjadi heart n soul.
    yng panjang langkah, buka company sendiri, dapat la hire kengkawan kerja under dia. tp tu la, balik2 RTM jugak hala tujunya. harapkan media prima or astro? hehehe
    bukan sekarang la nak hidup dengan animasi kat malaysia ni. modal pun dah cecah berjuta tp pulangan tak setara mana. 10 tahun lagi? gua pun tak tau la.......

    BalasPadam
  8. contoh pondan makin kurang dalam dunia hiburan. Moon dah arwah, Dee pulak dah low profile. Takde punya suka pondan pasal kalau ada karakter pondan tentu his character is to be made fun off. Macam Sutun?

    yang ko patut bimbang bukan pondan. tapi metro

    BalasPadam
  9. Nampaknya takkan sampai ar impian untuk jadi Hayao Miyazaki malaysia ek? last2 jadi pegawai yg rangka minit mesyuarat. Bakat yang terpendam terus terkubur

    BalasPadam
  10. Klu kau perasan. Cara nak jadi famous atau kaya kat malaysia senang je. Tunjukkan kebodohan dalam internet. Bila jd viral, tunggu je la offer dtg.

    Bobo satu contoh, satu lg syasya solero (mcm cantik je mcm comel je). Skrg ni 2 org td dah joint venture dgn kak ton pulak....

    BalasPadam
  11. aku sokong entry ni! aku dah masuk umur 35 rase sedih je kerja kerajaan even gaji tinggi sebab aku hidup buat bnde yg aku x minat. semuanya sebab mentaliti org malaysia dan juga lifestyle bangang kt negara ni.n selalunya sebab memang di Malaysia ni, taking risk dan pilih jalan yang kau nak takkan bawak hasil yang kau harapkan,., mostly

    BalasPadam
  12. salam, aku nak kau tulis entry pasai CM penang beli merc baru...
    aku nak tau pendapat kau dengan sejujur hati..
    aku terkilan dgn macai pakatan yang terpekik menjerit kuasa rakyat tapi last skali diorang lah duk jilat kebebalan pepimpin pakatan..

    abqari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apasal ko x bising hrga jam dinding smpai ribu2......apa pun...macai lembu detected.....

      Padam
  13. salam Anon January 4, 2014 at 5:36:00 AM

    harap awak jgn busuk hati. baca artikel ni dari Malaysiakini

    Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan pada 31 Disember tahun lepas, pembelian Mercedes Benz S300L, yang akan menjadi kenderaan rasmi baru ketua menteri pada harga RM298,263.75.

    Pegawai Kewangan Negeri, Mokhtar Mohd Jait yang mempertahankan pembelian kereta, berkata harga asalnya adalah RM657,218 tetapi kerajaan negeri diberikan pengecualian cukai dan diskaun sebanyak RM100,000.

    so ini bermakna:-
    RM657,218 - (cukai) - RM100,000.00 (Diskaun) = RM298,263.75.
    dan ini jugak bermakna cuka untuk kereta tu saja Kerajaan Persekutuan selalu amik dkt RM260 ribu. itu pun kata xde duit lg, cukai jalan, tol, segala mcm cukai tp hutang makin menggunung. brg makin celaka mahal, apa kerajaan persekutuan buat? makin memerahkan kehidupan rakyat ada la.
    kalo ko nk bising2 pasal kreta merz yg guan eng beli tu, apsal ko diam je masa terengganu beli merz smpai berbelas2 bijik.
    suka2 je panggil org PR macai, org PR lawan BN psl BN dah GAGAL, PR dtg nk bantu rakyat.
    jgn byk bising, kaji dulu beza BN & PR.
    tp kalo hati ko hati seorang macai kelas bawahan...tak payah sembang la

    BalasPadam
  14. maksud aku pemimpi pakatan tak sensitif ke dengan perasaan rakyat. aku x kisah kereta tu harga berapa tapi yang aku nak tekankan dekat sini kalau nama pejuang rakyat tapi sembang mcm partisan maknanya macai jugak bang..

    belum apa2 aku dh kena cop macai BN,

    BalasPadam
  15. Aku seorang designer kat Malaysia. Aku ada bakat tapi masa aku kerja kat Malaysia, bakat seni aku tak dapat dikembangkan. Aku kena kerja dalam office. Buat design rigid and ulang ulang design. Aku nekad tinggalkan Malaysia sebab nak capai impian aku jadi designer hebat. 3 tahun aku merantau. Aku dapat anugerah Dari pemerintah UAE atas bakat aku. Aku galakkan mereka yang nak berjaya tu keluar la Dari Malaysia. Anda Akan rasa lebih dihargai.

    BalasPadam
  16. haha...aku bc tajuk..aku terus tepikir bobo..skali baca..ada nama budak ni...

    BalasPadam
  17. Itu konspirasi pihak tertentu untuk menerima golongan ini di dalam masyarakat. Sedangkan Allah melaknat golongan ini.

    Samalah seperti ideologi halus yang diterapkan di dalam filem-filem dan siri drama Hollywood dan sebagainya yang meletakkan kewujudan golongan gay dalam scene tertentu padahal jika tidak dimasukkan watak tersebut tak merosakkan pun jalan ceritanya. Tujuan utama adalah supaya masyarakat dunia menerima dan mengikhtiraf golongan yang dilaknat di dalam masyarakat kita sedangkan jika hukum Islam jika disabit kesalah... matilah jawabnya.

    BalasPadam
  18. geram pulak aku tengok gambar bobo kau pakai ni tot.hahah

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.