Januari 29, 2014

Adakah Anwar Bakal Merosakkan Legasi Reformasinya?


1. Apa yang Anwar cuba buat sekarang ni? Entahlah.

2. Aku paling takut kalau Anwar Ibrahim pilih side dan cuba membuatkan anak buah dia Azmin Ali memegang kuasa.

3. Aku tak tau kenapa...dari dulu aku tak berapa gemar dengan Azmin Ali. Dia....nampak bukannya berjiwa rakyat. Tapi tu pandangan aku aje la bila tengok dia berucap depan mata. Aku bukan kenal dia pun personally.

4. Dari semua kawan aku yang kerja jaga pentadbiran Kerajaan Pusat dan Negeri, semua sebut satu benda yang sangat konsisten, tak kiralah dia aliran BN atau Pakatan, "Tan Sri Khalid Ibrahim sangat professional."

5. Orang UMNO selalu kutuk dia gagap lah, lemau lah, slow lah, tapi cuba tengok balik siapa yang Mahathir yang dipuja2 mintak tolong masa kita nak ambik balik aset negara dari London dulu. Takkanlah sebab dia politician Pakatan sekarang kau lupakan terus jasa2 dia dekat negara?

6. Aku bukan ahli PAS tapi aku ada tergerak nak jadi ahli PAS seumur hidup cuma sampai sekarang aku tak sempat lagi nak gi hantar borang dekat pejabat PAS.

7. Aku cukup suka bila dengar PAS akan boikot PRK Kajang ni. Ni PRK yang tak perlu. Ini percaturan kuasa yang melanggar semangat demokrasi pilihan rakyat.

8. Apa yang Anwar cuba buat adalah dia terlalu konfiden orang ramai akan undi dia balik sebab dia percaya pengundi Kajang akan pilih apa sahaja, asalkan bukan calon BN.

9. Kalau aku jadi pengundi Kajang, apa yang aku akan buat, adalah ajar Anwar dan pengikut dia.

10. Jangan bagi dia menang. Kenapa?

11. Sebab dari awal lagi Anwar dah pesan dekat BN, "kalau boleh janganla BN bertanding. Nanti menghabiskan duit rakyat dan perbelanjaan meningkat."

12. Untuk seorang yang mulutnya selalu memperjuangkan prinsip keadilan dan keharmonian, apa kata Abang Anwar kita tolong diam dan biarkan pengundi Kajang pilih sendiri. Siapa keluarkan arahan suruh bekas ADUN letak jawatan? Tolong jelaskan? Takkan dia volunteer kot kan?

13. Jika pilihanraya berlangsung, pengundi berhak menilai semua calon yang ada dan memilih calon yang mereka rasakan layak.

14. Jika Anwar menggesa tidak ada pencabar, mana dia hilangnya tiba-tiba semangat demokrasi yang selalu dilaungkan Pakatan?  Biarlah rakyat memilih. Yang kau pegi join berarak Bersih hari tu kenapa kalau time ni kau sendiri tak nak demokrasi berlaku secara telus.

15. Adakah Anwar takut dia tersalah atur?

16. Rakyat Malaysia selama ini apabila berfikir pasal politik, mereka akan pilih satu side dan terus kekal dengan perjuangan itu. Jika dia UMNO, dia akan percaya apa saja yang UMNO buat contohnya.

17. Politik sedemikian sebenarnya agak mundur kerana tidak melahirkan masyarakat yang kritis.

18. Dan di sinilah silapnya Anwar Ibrahim. Ramai orang sekarang ni dah tak pegang politik sedemikian rupa. Sekarang ni apa yang dinilai adalah prinsip. The right principles. Bukannya party principles lagi.

19. Jika Anwar merasakan orang akan undi dia hanya kerana dia Anwar Ibrahim dan menggunakan kebencian orang terhadap BN, Anwar Ibrahim is riding the wrong wave lah. Apatah lagi dekat kawasan Kajang di mana penduduk Cina ramai dan memang aku akui, political maturity orang Cina jauh mendahului orang Melayu.

20. Jika aku pengundi Kajang, aku akan pilih bukan Anwar dan sah-sah la aku takkan pilih Barisan Nasional.

21. Ini adalah masa paling sesuai untuk jadi calon Bebas yang mempunyai chances paling tinggi untuk menang.

22. Jika ada di antara anda yang opportunist, sila bertanding di Kajang menentang Anwar Ibrahim. Ada kemungkinan yang cukup tinggi anda boleh menang kerana Anwar Ibrahim.

23. Jika pemimpin PAS bijak, letak calon anda. Besarkan lagi majoriti dalam Selangor. Tutup mulut orang2 yang terlalu bercita-cita besar ni.

24. Politik ni memang boleh diatur dan dirancang tapi keputusan masih lagi atas tangan kita. Sampai bila nak biar politician pergunakan kita untuk kepentingan diorang, kan orang Kajang?

28 ulasan:

  1. yang die cakap "kalau boley bn janganla bertanding" tu just sarcastic statement..bendul sangat
    ko ni mantot..

    BalasPadam
  2. Kali ni aku nak Anwar kalah, walaupun aku undi PR masa PRU13. Tindakan PKR amat sangat tidak beretika.

    BalasPadam
  3. MOHON PAS MASUK BERTANDING.. LETAK CALON.. RAKYAT PILIH PAS, SO MAJORITY TERTINGGI AKAN JADI MILIK PAS.. BIAR PAS MEMERINTAH SELANGOR.. JADI MB SELANGOR..

    PKR BANYAK PUSING SANA SINI.. PEJUANG KEADILAN PEKEBENDA MACAM NI..

    ADIOS
    ADMIN
    bankami.net

    BalasPadam
  4. aku rasa ada sesuatu yang buruk berlaku dalam pkr..dan anwar cuma ada cara ni saje untuk cover sebelum merebak..atau jadi peluru percuma untuk bn, anwar terlibat dalam politik mungkin sejak mantot kanak2 lagi..so x payah terus sergah..tengok dan lihat..macam kita tengok najib dengan anwar masa pru13 fuhhh...bukan main berapi tapi..lepas tu minum sama2..jumpa kat tempat lain.."politik sesuatu yg tidak boleh diramal pemainnya..dan situasinya..-james t brooke - penjaga kebun white house

    BalasPadam
  5. peristiwa ini menguji kematangan penyokong PR. jg menilai diri sendiri adakah selama ini sudah matang dlm mengenal politik atau sama je mcm PERKASA yg suka melenting tk tentu hala.

    isu ini masih baru mula. belum tahu hujung pangkal, kenapa sudah emosi?

    benda yg kita tk tahu bukan semsti tk betul. benda yg kita tahu belum tentu menerangkan segala2nya.

    harap sabar bertenang, tunggu dn lihat dan berdoa kpd Allah semuga apapun yg berlaku akhirnya membawa kebaikan kpd agama dan rakyat.

    jadilah penyokong yg matang

    BalasPadam
  6. cuba apa yang Anwar buat ni...Najib buat..adakah korang tulis respon yg sama.

    BalasPadam
  7. ntah lah tot ,pada aku kem khalid dgn kem azmin dah tak sebulu,jadi anwar ambik jalan tengah.aku nak tengok jugak puak kangkong nak calonkan sape pulak....

    BalasPadam
  8. azmin punya pukulan.satu batu 2 ekor burung yg jatuh..licik orang nya.phuih

    BalasPadam
  9. Tot, pengundi PR yang lepas je yang ada sedikit nilai maturity ni... Pengundi Bn tetap kurang nilai fikir mcm dulu juga

    BalasPadam
  10. 'cuba apa yang Anwar buat ni...Najib buat..adakah korang tulis respon yg sama'

    masalahnya najib buat lagi teruk dari ni? ia ibarat membandingkan taik cicak dengan taik babi

    adakalanya orang bijak pon kadang kadang bodoh juga... prinsip perlu diselaraskan dengan kebijaksanaan k kentot, aku harap ko bukan orang kajang makan sate kajang je udah...

    BalasPadam
  11. salam

    aku org kajang.

    aku mmg hurtful pasal ni.

    aku ingat lagi cc lee datang masjid kajang time2 selepas semayang jumaat kat kedai2 makan luar masjid jamek kajang time election tu hari.

    assistant Melayu dia ada kata, x boleh belanja makan, itu misconduct.

    aku x mintak duit makan satu sen pun, aku da bayar time tu.

    kami vote cc lee pun pasal UBAH.

    the thing is, ko ber ia ia kacau aku makan time tu, being a non muslim nak pancing undi org melayu bagai datang lepas semayang jumaat, dgn nak sembang kacau aku makan bagai, last2 kau resign.

    bangang weh.

    BalasPadam
  12. harga barang semua naik, ko nak bazir duit buat by election.

    PAS sewa rumah di taman perumahan aku buat markas utk area kami, Taman Bukit Mewah.

    mr. lee and mr. anwar, you are such a shitful disgrace.

    BalasPadam
  13. sungguh... kalau tak der election pon. duit tu pon takan sampai kat ko dan rakyat bagai la kawan...

    BalasPadam
  14. Wait & see. Bro Nuar is most strategical minded. Kegagalan PAS mempertahankan Kedah(PRU13) dan Terengganu(PRU13), PAS hanya boleh duduk belakang Bro Nuar. Kemenangan kerusi PAS yg lebih dari satu dua kerusi adalah kemenanngan kolektif

    BalasPadam
  15. aku prefer wait n see ..
    n pada mulanya aku xberapa setuju

    BalasPadam
  16. contoh bila emo menguasai diri

    BalasPadam
  17. Aku tak suka dan tak percaya Azmin, tapi aku lebih ragu sekiranya pas boleh memerintah sekukuh Dato' Khalid atau DSAI sendiri. Percaturan Kajang merupakan langkah berani yang mampu menjejaskan PR, dan beri kelebihan pada BN. Apapun buat masa ini aku terpaksa sokong Anwar, kerana aku tak sanggup BN dapat peluang melalui percaturan ini. Of course now kita fight dengan BN, apapun PR buat selagi tak jejaskan hidup kita macam BN buat, kita kena sokong lagi. Selain PR, apa lagi option yang kita ada?

    BalasPadam
  18. Gambar tu macam mulut busuk je yg belakang tuh..kehkeh

    Mana.aslina majid time ni weh??

    BalasPadam
  19. Aku pun marah bila jadi camne..siap aku g cek ada yg mati ke ape tibe2 ada by election. Macam, habis segala prinsip. Geram btl aku.

    Cer baca blog rafizi, adala dia explain from pkr side.

    Aku mtk maafla, aku tak confident PAS boleh perintah Selangor. Diorg byk menang pun pasal ABU,hakikat kan. Dpt sepenggal, pastu kena penggal. Kedah sepenggal, Terengganu sepenggal. Byk menangguk di air keruh(Ampuuuun penyokong PAS tegar, i've to say this). Kelantan tu sebab TGNA tu bijak dan pandang jauh. Dulu Almarhum Fadzil Noor, dia tau nk tumbang BN kena tahaluf siyasi, dia ajak org maafkan Anwar sbb Anwar byk kata PAS masa dlm kerajaan.

    Nak pilih pemimpin pun ada cara.
    1) Qawiy (kuat- pandai mengurus/mentadbir)
    2) Amin (amanah- atau blh kata org yg ko tau dia mmg baik)

    Kalau dua2 baik/alim, kena pilih yang pandai mengurus.

    Kalau pilih pandai ngurus, tp tak baik, dok keja songlap jelah tp org tak kesah sbb dia pandai ngurus (tu dah salah konsep).

    Bkn sbb dia islamist je ko terus angkat dia jd ketua. Islam tu dalam diri masing2, bila ko tegakkan dalam diri ko, ko akan menghasilkan suasana Islam tu.

    Mcm kat Turki, Erdogan tu byk belajar dari Tok-tok guru, kalau kt msia ni sbnrnye mcm ustaz dah dia. Kelebihan dia, dia ada ilmu nk mentadbir. Org mcm ni la kita nak angkat, tak pun sipi2. Dia blh bwk Turki dari ekonomi yg merudum dan skrg dah naik. Step by step, penuh strategi sbb nk lawan dgn puak2 sekular dan tentera Turki yg power tu bkn senang. Byk yg sebelum dia kena gantung, parti dibubar dan macam2lah.

    Aku jgk hrp MB Khalid kekal, rasa tenang orang mcm ni masih ada dan willing untuk pikul amanah.

    Pandangan akula.
    Kelihatan seperti macai PKR,haha..

    Tapi kalau ada yg nk vote yg lain, terpulang. Masa prk ni akan keluar mcm2 calon terutamanya bebas la kan sprt ISMA (oh please)

    Di kala menaip ni pun, aku masih marah ngn pkr.

    -MKS-

    BalasPadam
  20. Masalahnya aku sebagai anak selangor nakkan khalid berbanding nuar atau azmin. Soalnya yang sibuk berkempen sana sini menangkan nuar budak2 azmin. Dan jika difikir soal logik akal, jika nuar menang, takkan nak duduk dibawah khalid. So khalid akan dicantas begitu sahaja.

    BalasPadam
  21. Pas selangor pun jelas yang mereka tak boleh tadbir selangor. Sebab tu mereka memberi laluan kepada khalid untuk menjadi mb. Biarpun kerusi pas lebih banyak dr pkr, tapi mereka memberi laluan selepas berpuas hati dgn pentadbiran khalid.

    BalasPadam
  22. aku setuju dengan kau mantot!

    ko la orang pertama yang tidak sokong BN yang memberi penjelasan rasional berbanding dari yang lain yang asyik sokong membuta tuli..konon2 ini untuk pengukuhan parti..sejak bila masalah dalaman parti rakyat kena jadi mangsa????

    BalasPadam
  23. Orang tu dah lama dalam politik., dah lama dalam penjara, dah matang, x yah la yg baru keluar u nak bg comment m.ghentam.kalau dia gila jd mb selangr dari dulu dah kejor dah pos tu. Dia buat apa yg perlu buat x kan nak ckp stratg dia, umno cuak gak, x tau apa plan dia. Tengok je la,

    BalasPadam
  24. baca sambil makan kuaci jer ker mantot?

    BalasPadam
  25. Agak byk jgk macai2 sini ye.. Ingtkn kt fb jew ader..sedarla bro.. Asal bukan umno or bn.. Korg xfedap ke ngn pimpinan Dorg ni..

    BalasPadam
  26. mintak maaf banyak2.. kita sudah pun
    memberi kepercayaan pada pakatan masa
    PRU13, atas dasar kolektif untuk
    membentuk kerajaan yang lebih baik..
    sekarang parti yg kita semua persetujui
    untuk membawa harapan kita telah
    membuat satu keputusan yg semestinya di
    persetujui dalam mesyuarat.. tiba2 kita
    tentang, kita caci, hina dan kita mengeluh.. semuanya
    atas sebab tak sebulu dengan INDIVIDU..
    kalau begitu apa bezanya kita dgn
    parti lawan yg kita tentang..
    kita melihat dari kacamata katak
    (mintak maaf sekali lagi)
    pemimpin melihat dari kacamata burung,
    pasti ada perbezaannya.. kalau kita
    dah menyerahkan amanah pada mereka
    biar lah mereka menjalankan amanah
    mereka selagi ianya tidak diluar
    mesyuarah..
    Jangan baca dengan akal yg cetek..
    apapun berilah peluang mereka melaksanakan
    dan beri sokongan kita yg sepatutnya
    tanpa belah bagi..
    minta maaf cakap sebelum ni sy belum penah lihat
    lagi ada gabungan yg mampu memberi impak seteruk ini pada monopoli BN..
    jgn pernah berhenti berjuang..

    BalasPadam
  27. Melayu mudah lupa adalah ejekan Mahathir si mamak kerala terhadap Melayu. Dalam pada diejekpun masih lupa. Jadi kalau nak bagi jawatan MB Selangor kepada PAS adalah langkah yang tersilap kecuali PAS dapat buktikan sebaliknya. Tengok balik sejarah Kedah dan Terangganu. Apa jadi? Betapa besar harapan rakyat tapi disia-siakan. Ramai non partisan Melayu, Cina, India yang undi PAS tapi tengoklah golongan serban besar ni mana reti memerintah. Jadi biarlah Anwar membuat sedikit kerosakan kecil yang bertujuan untuk mengelakkan kerosakan lebih besar di masa hadapan.

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.