Kuala Lumpur, 23 Disember - Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM hari ini berjaya membanteras satu sindiket ajaran sesat yang didapati bergiat cergas di sekitar Mont Kiara dan Damansara.Sindiket itu yang digelarkan sebagai Kerajaan Islam Liberal Langit atau KILL aktif bergerak bermula semenjak Januari dan dilaporkan, bilangan ahli mereka kini mencecah hampir 30 orang.
"Apa yang dikhuatiri oleh pihak JAKIM adalah sindiket ajaran sesat ini menggunakan kaedah perbandingan agama dan ilmu Tarekat yang telah pun diseleweng agar nampak yang pengahayatan Islam yang telah sekian lama bertapak di Malaysia sebenarnya tersasar jauh," ujar Pengarah Bahagian Risikan dan Peperangan Islam JAKIM, Datuk Seri Paduka Tuan Haji Burhanuddin Yusoh Al-Jalaludin. "Mereka cukup meyakinkan."
Tambah beliau lagi, "mereka cukup licik memperdayakan golongan Melayu dengan menjanjikan syurga di dunia yang dilaporkan sedang dibina disebuah perkampungan di Selatan Thailand. Malah, ada golongan wanita berusia yang telah pun menyerahkan diri mereka untuk menjadi bidadari di syurga tersebut."
Ketua kepada kumpulan tersebut, Syed Azhar ibni Syed Azharuddin menganggap penangkapan mereka tidak adil kerana JAKIM sendiri hanya membiarkan masyarakat Melayu di Malaysia terus dialpakan oleh pihak kerajaan tanpa berani menangkap pihak kerajaan sendiri.
"Apa bezanya saya dan kumpulan saya dengan apa yang kerajaan akan anjurkan pada tahun baru ini (31 Disember 2013). Kerajaan akan menganjurkan tarian joget lambak yang bakal disertai oleh ribuan manusia yang bakal bercampur gaul lelaki perempuan di sebuah tempat terbuka tanpa perasaan malu. Mana keadilan pada kami?" hujah beliau.
"Kumpulan kami telah mencipta satu perkampungan yang kami namakan Kampung Syurga Musafir di selatan Thailand supaya kami dapat bersama di dalam kawasan kami yang tertutup tapi kenapa JAKIM tidak mengambil tindakan terhadap kerajaan yang terang-terang menganjurkan maksiat? Mana dia Ulama' UMNO dan Ahli Agama UMNO? Kenapa mereka hanya mampu menasihati kerajaan dalam bab politik dan ajaran sesat sedangkan kerajaan sendiri menggalakkan maksiat berleluasa di tempat terbuka?" sambung beliau.
Wartawan kami membuat sedikit siasatan dan mendapati memang pihak Kerajaan menerusi Kementerian tertentu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bakal mengadakan sambutan tahun baru 2014 di Dataran Merdeka dan acara yang paling menarik perhatian ramai adalah upacara "joget lambak" besar-besaran yang akan dianjurkan pada hari tersebut. Orang ramai bakal diberikan peluang untuk berdansa beramai-ramai mengikuti penari-penari khas yang dibawa khas dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sempena kenaikan cukai yang telah dikenakan ke atas pemilik kediaman dan premis. Wakil DBKL tidak dapat dihubungi untuk maklumat lanjut.
Selepas siasatan dilakukan, pihak JAKIM telah dicuba hubungi kembali tetapi kami diberitahu, pihak tersebut sedang sibuk mencegah penyebaran agama lain yang dilaporkan menggunakan khidmat sms pula. Kami masih lagi menunggu maklum balas dari pihak JAKIM.
Sementara itu, ada beberapa pandangan yang dilontarkan oleh ahli agama berhaluan pembangkang."Apa kata, ketika joget lambak tersebut berlangsung, kita pasangkan azan, manalah tau tergerak hati mereka berhenti berjoget dan terus memulakan majlis berzanji?" ujar beliau yang tidak mahu dikenali ramai, erana takut dirinya dikecam kerana sudah tentu ramai rakyat Malaysia yang ternanti-nanti untuk menyambut tahun baru dan berjoget lambak beramai-ramai.
Aku cukup tak paham apa yang UMNO suka sangat menari dan menyanyi ni?

KETUANan melayu kan.. haruslah joget bagai.. bukan KETUANan islam
BalasPadam1st!!!!!!!
BalasPadamKo bukan 1st lah gile.
BalasPadamaku lah first yang sebenar!!!
BalasPadamno 4 tapi takde bini 4!!
BalasPadampergh...aku pernah terdetik..jugak benda yang sama masa rancangan 999...pengacara/wartawan 999 ikut dalam ops no ekor jab agama..seorang pakcik diseret ..ditangkap pastu pengacara ni tanya..selepas pakcik ni ditahan..err pakcik xde rasa apa2 ke buat semua ni...pakcik tu diam...cuba kalau pakcik tu bersuara balik..errr..awak xde rasa apa2 ke pakai seksi dan tidak menutup aurat..pengacara tu gebu oii..
BalasPadamSeronoknye life diorg ni.. nampak sgt diorg enjoy life diorg... pftttt
BalasPadamKalau tak bodoh bukannya melayu le be siapa yg bunuh jawi melayu siapa yg syer besar casino judi melayu siapa yg redmi kilang arak melayu yg syok org kampong ramai ramai sokong umno cuba hang buat soal selidik siaps yg lebih sokong umno melayu kampong atau pekan
BalasPadamCara paling mudah untuk menguasai dan melalaikan rakyat ialah melalui HIBURAN... Mcm kerajaan Rom dulu.
BalasPadamMcm org bangang jer najib ni aku tgk..dah la bjoget mcm dugong kelemasan...
BalasPadamsokong gila...kalau tgh joget2 tu...pasangkan azan...hahahha
BalasPadambg tebako memasing...