November 21, 2013

Sultan Adalah Manusia Biasa Yang Akan Buat Silap dan Tak Terlindung Dari Dosa

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Mana-mana pihak yang mempersoalkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pengunaan kalimah Allah wajar meninggalkan negeri itu.

Tokoh ilmuwan Islam, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd. Majid berkata, perkara itu berikutan baginda adalah ketua agama Islam negeri dan sudah menjadi tanggungjawab rakyat Selangor untuk mentaatinya.

"Apa yang dititahkan baginda perlu kita mentaati, tiada kompromi sekiranya beragama Islam atau lain- lain.

"Kalau ada bibit-bibit penolakan terhadap titah itu, mereka perlu pergi ke (negeri) lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khamis lalu, Sultan Selangor menitahkan semua rakyat khasnya di Selangor tanpa mengira kaum serta latar belakang agama akur dan patuh kepada larangan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Titah baginda itu dinyatakan menerusi kenyataan khas yang dikemukakan Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais di Shah Alam.

Dalam kenyataan khas itu, baginda mahu semua rakyat mematuhi larangan tersebut seperti mana yang tertakluk di bawah Seksyen 9, Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di kalangan Orang Islam) 1988.

Mahmood Zuhdi menyeru semua pihak tanpa mengira latar belakang agama atau kaum mentaati titah baginda kerana keprihatinan Sultan Selangor amat bertepatan dengan peranan baginda sebagai ketua agama negeri.

........................


1. Melayu ramai yang menjual air yang telah dijampi dengan pelbagai jenis doa.

2. Melayu juga ramai menjual pelbagai peralatan yang ajaib yang boleh ganti hospital dan ilmu perubatan.

3. Melayu juga ramai yang menipu gunakan perwatakan alim macam syarikat perumahan Alfalfa.

4. Janganlah sebab dia Professor kita ambik bulat2 apa dia cakap, wahai Melayu.

5. Ada kelulusan tak semestinya menunjukkan seseorang itu cakap benda betul aje.

6. Kita kena belajar macam mana nak bezakan ayat akademik dan ayat menjilat jubor. Ustaz pun kadang2 ada yang 24 jam menjilat jubor aje walaupun tasbih tak pernah lekang dekat tangan.

7. Lagilah pulak bila kita disuruh tengok Sultan macam dia takde cacat cela langsung.

8. Takkanlah kita nak sanjung diorang ni sampai begitu sekali? Sekadar respek tak cukup ke?

9. Takut aku baca statement2 camni. Orang yang tak berapa tahu pasti akan turuti sepenuh hati.

10. Takut2 nanti ada pulak peniaga Melayu yang jual air mandi Sultan sebagai air penawar sakit. Ada pulak yang akan testimoni kencing manis dia hilang lepas tu...

11. Kita saban hari disuruh supaya akur dan akur. Akur dia kerana dia Sultan. Akur dia kerana dia Menteri.

12. Tapi Professor Ilmuwan Islam, pasal yang benda camni, kenapa kau tak berani tegur? Aku ambik sebagai contoh sebab benda2 camni generally banyak berlaku dalam masyarakat tapi mana pegi menyorok Ilmuwan Islam bila isu2 camni ada?



13.  Selagi Sultan tak suruh sesuatu yang bercanggah dengan agama aku akan respek dia. Itu aje la. Tapi kalau terjadi depan aku Sultan minum arak atau peluk dayang istana, mintak maaflah aku nak respek lepas tu.

14. Janganlah ajar Melayu taat Sultan membabi buta. Kalau ada Permaisuri Sultan yang tak pakai tudung, kau kena la tegur jugak. Kalau ada anak Sultan minum arak, kau kena la tegur. Kalau ada kabinet arak dalam Istana, kau kena la berani tegur.

15. Tapi, nampaknya Ilmuwan Agama sekarang ni lebih gemar tegur benda2 yang menguntungkan dia sahaja. Itulah dia masalah kenapa Melayu makin lama makin hancur.

16. Lagipun, Prof.................... kau orang Kelantan. Yang kau bersemangat nak halau orang Selangor keluar ni kenapa?

23 ulasan:

  1. double standard everywhere..

    gunakan orang "prof", "dr." untuk menghalalkan kepentingan sendiri..

    apa ingat rakyat ni bodoh ka mau telan bulat-bulat?

    BalasPadam
  2. salute kat 'comrade' ustaz Wan Ji. tggu apa tindakan yg bakal dikenakan kat dia pulak. peniaga kat perak dah kna byar 15k.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ustat wan ji pn kategori ustat mangkuk bingai jgk..mcm ustat atas ni la..

      Padam
  3. "16. Lagipun, Prof.................... kau orang Kelantan. Yang kau bersemangat nak halau orang Selangor keluar ni kenapa?"

    Sebabnya..kita semua pun dah boleh agak Mantot..

    From: Bila Karipap Boleh Bercakap

    BalasPadam
  4. Aku tak persoal titah Sultan Selangor tentang penggunaan kalimah Allah oleh non-Muslims.

    Yang aku nak cakap kat sini, perlembagaan Malaysia menyatakan Sultan adalah ketua agama Islam. Maksudnya, apa2 garis panduan yang Islam sudah tetapkan, pengikut agama Islam wajib menurutinya, dan Sultan perlu memberi contoh yang baginda mematuhi peraturan Islam 100%.

    Yang menghairankan aku, Sultan Selangor tegas dengan rakyat mengenai Islam, tapi bila anak sendiri tonggang arak, kenapa baginda tak buat apa2?

    Takde sape cakap ape2 pun bile gambar anak Sultan Selangor tonggang air kencing setan tersebar kat internet, termasuk prof kangkung ni. Macam mana tu?

    http://respeksgroup.blogspot.com/2012/11/fw-rg2011-raja-muda-selangor-tengku.html

    BalasPadam
  5. Kau pn org Kedah..yg kau sebok dgn org Selangor dgn Kelantan apasal???

    BalasPadam
  6. Anon 4.31pm.

    tlg bg valid reason tuk mengata org lain mangkuk bingai. tada reason kalu, esok2 mati kang x sempat mntak maaf, berpeluh jgk tu nk menjawab.

    tp kalu reason ada, tlg bg link sat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak, tak lah si wanji dut tu kena penampaq dengan menantu presiden...

      Kuang..kuang..kuang

      Padam
  7. setiap kali solat jumaat, masa doa untuk sultan n bini dia...aku akan turunkan tangan. sbb aku rasa berdosa doa untuk dorang

    BalasPadam
  8. menantu presiden si Din Ayam tu? hmm....

    BalasPadam
  9. penampaq? hang dapat cite betul ke ni?haish... tapi takpa, kita pakat ambik cite hang la kot2 betui, tu baru jadi menantu dah suka2 nk tampaq org, esok2 dah jd presiden, ISA tu la yg dia guna suka2 pulak.Perangai pun tak kalah macam Sultan jugak no....

    itupun kalau jadi presiden la. kot2 la ada jalan pintas nak naik.menantu la katakan....

    persoalannya, sapa yg bingai? yg menampaq ka or yg jd mangsa?

    BalasPadam
  10. Sultan sbg ketua agama, maka titah x boleh dipersoal? Kalau titah dia bercanggah dgn suruhan Allah, mcm mana?

    Bila kata2 seorg manusia tentang Islam xboleh dipersoal, bermakna org yg mengakuinya telah mempersekutukan Allah.

    Kena jaga2 tu.

    BalasPadam
  11. tumpang tanya

    Melayu juga ramai yang menipu gunakan perwatakan alim macam syarikat perumahan Alfalfa

    perumahan Alfafa tu menipu ke?

    terima kasih

    -sya-

    BalasPadam
  12. Mcm tipu dah tu sbb mana ada boleh jual rumah mcm tu pny murah.msti byk t&c hidden.tunggula lg 2thn complain dr mabgsa pasti wujud.

    Rumah lot baru 88k shj di kl?

    Puiiii....

    BalasPadam
  13. bagi aku boleh taat kepada Sultan selagi titah dia tak bercanggah dengan syariah Islam...misalnya menyuruh umat Islam menolak Hukum Hudud...so sultan Macamni bukan untuk dihormati..tapi ditegur

    BalasPadam
  14. Kenyataan "Kalau ada bibit-bibit penolakan terhadap titah itu, mereka perlu pergi ke (negeri) lain," dia ambil dari mana? Sebabnya...kalau kita langgar titah perintah ALLAH pula, adakah bermakna mereka perlu pergi ke dunia lain????...demmm! so, secara logiknya...paling dekat kena pergi bulan kalau mampu...kalau tak mampu...lebih baik pergi mati???? Demmm....!

    BalasPadam
  15. Saidina Umarpun benarkan orang ramai persoalkan pendapat dia secara terang-terangan, inikan pula kita yang biasa-biasa. Siapalah Mantot hendak perasan lebih mulia daripada Saidina Umar? Adakah Mantot ini spesis Wahabbi atau Syiah.

    BalasPadam
  16. Dulu aku tak suka sultan sebab dengar org kata mereka & kerabat mereka kuat minum arak, berjudi & macam2 lagi. Betul, memang ada sesetengah sultan macam tu. Raja Arab dgn kerabat diorg pun sama, kaki arak & perempuan. Takpelah, dosa tu dosa mereka dgn Allah. Biarlah dosa tu mereka 'deal' dgn Allah nanti.

    Rasanya Sultan Selangor telah jalankan tanggungjawab baginda memelihara agama Islam. Sekurang2nya baginda terlepas dari soal-jawab dgn rakyat baginda di padang masyar nanti.

    Dan lagi, eloklah kita mengaminkan doa khatib lepas kutbah jumaat semoga Allah beri hidayah kepada sultan2 kita dan kerabat baginda. "Iman tak akan diwarisi dari seorg ayah bertakwa..." doakanlah mereka supaya terima hidaya Allah seperti mana yg diterima oleh sultan Brunei... insya-Allah.

    BalasPadam
  17. kepada Anonymous Anonymous (November 23, 2013 at 10:33:00 AM GMT+8)
    aku akan aminkan kalo khatib doa minta tuhan bg hidayah untuk golongan raja n kerabat. selain dari itu NO.

    BalasPadam
  18. Sultan multan ni semua dah tak relevan dah... menghabiskan duit rakyat tanpa ada faedah kepada rakyat... balik balik jadik simbol...balik balik jadik lambang... apa jadahnya tu... dapat elaun berpuluh ribu kerabat tok nenek seme dapat, sebab jadik LAMBANG....whaaattt?? kalau macam sultan brunei tu ada jugak faedahnya pada rakyat

    -Sultan Sulu-

    BalasPadam
  19. tuh pasal madey dulu nak hapuskan berok2 yg tak dtgkan paedah dan menghabehkan boreh ajo

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.