November 29, 2013

Malaysian vs Douchebag Bahagian 02 : Semua Benda Buruk Melayu Adalah Kerana Cina Punya Angkara

Douchebag = an obnoxious or contemptible person, typically a man.

Aku pasti ramai yang menonton satu video di mana seorang lelaki Cina memaki hamun seorang polis trafik atas sebab dia disaman kerana tidak memakai tali pinggang. Kebanyakan orang yang share benda tu untuk apa sebenarnya?

Pernah tak kau fikir kenapa kau beriya-iya benar nak share benda tu? Adakah sebab ;

1. Kau nak tunjuk yang ada manusia ni kurang ajar?

2. Atau sebab kau Melayu dan kau nak buktikan Cina ni memang bangsa kurang ajar?

Pada pemerhatian aku, ramai share video tu sebab dia nak tunjukkan nombor 2. Tengok sendiri respon yang diberikan dah la. Kita memang suka nak carik bukti nak tunjukkan "orang Cina memang sifat natural dia kurang ajar" dan buat orang Melayu lain benci dengan orang Cina. Satu orang Cina kurang ajar, habis semua Cina kena cop kurang ajar. Atas kewujudan media so-sial zaman sekarang, kita boleh bagi direct feedback dekat semua benda yang kita tengok.

Video Cina maki polis trafik? Cina kurang ajar. Video India rompak kedai runcit? Semua India perompak. Video Melayu rempit dan ugut pemandu kereta. Semua Melayu rempit dan ganas. Kau paham ke tidak apa yang aku cuba sampaikan?

Kenapa balik2 yang jadi isu, adalah bangsa dan bukannya sifat individu tu sendiri?

Kenapa bila kita hampir kena langgar dengan Ah So, straight away kita cop semua Ah So bawak kereta melulu? Sedangkan sepatutnya, semua orang patut dinilai secara individually. Bukan kolektif. Semua orang ada tindakan dia sendiri. Tak logik ke  makcik tua Melayu bawak kereta kurang ajar? Logik! Dah beberapa kali masa aku bawak motor dulu aku nak kena langgar dengan perempuan Melayu bertudung yang keluar simpang tak tengok kiri kanan tapi, perlu ke aku cop SEMUA perempuan Melayu bawak kereta tak pandang kiri kanan?

Bangsa seseorang jadi isu besar bila sesuatu benda negatif terjadi di Malaysia.

Kenapa kita macam tu sedangkan, kalau kau Melayu, kau Islam, kau tak disuruh pun amalkan pemikiran camtu. Adakah momokan itu wujud kerana kita takut dengan kuasa orang Cina dan kita tak nak nanti kuil penuh satu Malaysia? Nak tak nak kau kena accept, Malaysia ni juga tanah diorang. Tak payah kau nak ulang2 yang satu masa dulu tanah ini namanya "Tanah Melayu." Itu semua sejarah. Benda dah berlaku.

Pemimpin2 kita jugak yang setuju Tanah Melayu jadi Malaysia. Abah2 Pemimpin2 UMNO ni jugaklah yang setuju kaum Cina dan kaum India diberikan kewarganegaraan. Kalau kau ahli UMNO dan kau adalah salah seorang Ultra Melayu yang nak halau Cina dan India keluar negara, baca balik sejarah dan kenalpasti siapa pulak yang berikan kewarganegaraan dekat diorang?

Waktu itu, satu Tanah Melayu setuju kewarganegaraan diberikan jadi kenapa sehingga sekarang, kita masih lagi gunakan alasan "Melayu dah bagi peluang habis Cina pijak kepala Melayu.." ?

Move on! Grow Up! Tak ada lagi dah Tanah Melayu..... Kau nak halau Cina dengan India ke mana? Kenapa sampai sekarang kau masih lagi nak persoalkan hak diorang? Kalau kita takut nak bersaing dengan diorang cara sihat, janganlah kita guna cara kotor. Kalau alasan kita perlu gunakan cara kotor takut2 nanti Cina ambik alih Malaysia dan Cina memang pakai taktik kotor, aku tanya kau balik, apa agama kau?

Kalau iye pun "diorang pakai taktik kotor, Cina ni licik lah, Cina ni kaki putar belit lah".... takpelah...kita still ada halal haram kita. Kita kena la pegang benda tu. Kalau kau terpaksa main cara haram hanya sebab kau nak pastikan Melayu pegang kuasa....apa gunanya, kan? Melayu kaya..tapi kaya sebab duit tender kerajaan yang dia sapu...Melayu apa camtu? Kaya...tapi kaya dengan cara salah. Berapa keturunan Melayu nak makan duit haram?

Masalahnya, kalau kau tengok situasi zaman sekarang, siapa yang mainkan sentimen perkauman dan berjaya wujudkan konflik bangsa, dia la pulak yang dianggap wira. Dia yang paling lantang kutuk bangsa lain, dialah paling ramai pengikut. Khasnya orang Melayu. Kau nak orang Melayu lain pandang tinggi dengan kau? Kutuk Cina. Kutuk India. Anti Cina dan India. Ramailah pengikut kau. Tunjukkan diri kau sebagai wira orang Melayu.

Sampai bila?Sampai bila orang2 macam ni nak dapat terima hakikat yang Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, siapa2 nak bukak bisnes dan usaha sendiri, dialah yang berjaya. Sampai bila Melayu nak terima, kalau ada seorang Melayu meniaga nasik lemak dan berjaya, janganlah kau pegi bukak gerai nasik lemak dekat dengan dia sebab nak bersaing.

Melayu punya bisnes etika memang tak complement each other. Kau tengok la keliling kau. Susah kau nak jumpa Melayu meniaga bawah satu bumbung yang meniaga benda lain2. Semua nak jual benda sama dan akhirnya, kena rebut pelanggan sesama diorang.

Apa yang tak kena dengan orang Melayu ni, sehinggakan diorang duk ingat dalam kepala otak diorang, 24 jam sehari orang Cina duk fikir, "macam mana nak pekena Melayu? Macam mana nak jatuhkan Melayu?Macam mana nak racun orang Melayu?" padahal budaya Melayu tu sendiri yang kadang2 caca merba.

Takkanlah dalam kepala kau semua Cina hidup tujuannya adalah nak bagi Melayu makan babi?

Bukak lah kepala otak kau sket Melayu. Memang ada Cina camtu...tapi ada jugak Melayu camtu. Ada jugak India camtu. Sama aje. Itu semua "manusia Douchebag." Takkan lah sebab dia bangsa lain kau nak ambik benda tu lebih makan dalam sikit. Sepatutnya, kalau orang Melayu buat benda2 douchebag ni lah yang kita patut makan dalam lebih sikit. Kau Islam, kau tau apa tuntutan Islam. Melayu surely Islam (Kan?) Jadi kalau Melayu buat benda2 douchebag ni , maksudnya dia dah lawan benda2 yang follow teaching Islam la kan?

......................


Peliknya, untuk orang Anti Cina dan Anti India, kau tak rasa ke pemimpin kau tu sebenarnya seorang douchebag? Mungkinlah dia ada pengalaman pahit menyebabkan dia camtu...tapi takkanlah sebab dia ajak kau anti Cina dan anti India, kau yang takde kena mengena pun nak ikut jugak? Janganlah based kan hidup kau berdasarkan pandangan orang lain.

Kalau ada lelaki Melayu ajak kau buat tarian punggung depan rumah orang, dia douchebag. Kalau kau join dia benda tu, kau kuli douchebag. Janganlah salahkan Cina pulak kalau kau tak pakai otak kau untuk berfikir sendiri....

Kalau ada Cina tipu kau masa pegi worskhop dia, mesti ada sedara mara kau yang kena kes Melayu tipu Melayu masa repair kereta.Takkanlah kau nak anti Melayu, anti Cina dan anti India pulak? Benda tu takkan berkesudahan. Kita takkan jumpa penyelesaian dia sedangkan kita dah duduk satu negara.

Sebab itulah hari2 mesti ada yang kerjanya menyebarkan mesej2 anti Cina dan anti India. Cina kau gelarkan babi, India kau panggil ular paria. Kau ajak boikot itu ini, kau sebarkan cerita kuil nak dibina supaya orang Melayu marah, kau postkan pasal kisah Cina kutuk orang Melayu. Kau keluar lawak kalau jumpa ular dengan lelaki India, bunuh lelaki India dulu. Kau bukak page suruh boikot Barang Cina DAP. Tah macam mana dia tau barangan tu DAP, aku tak tau. Takde pulak dia ajak boikot barang MCA.

Nampak benar alat politik aje diorang ni. Melayu buat salah dengan kau, kau biar. Melayu naikkan bil elektrik, dia sokong dengan alasan "mesti belajar berjimat gunakan elektrik." Melayu mengeluh barang mahal, diorang suruh migrate duduk luar.

Sebab apa. Entahlah. Aku tak paham tapi nampak benar diorang hanya sayangkan orang Melayu yang setuju dengan diorang. Melayu yang tak setuju? Melayu itu kasta rendah dan perlu dihalau keluar. Pengkhianat Melayu....WTF. Suka hati aku la aku nak jadi Melayu macam mana dan tak ikut template kau yang nak ajak semua Melayu "Anti Cina."

Mungkin sebab sistem Malaysia ni memang dah dikawal oleh douchebag berbilang kaum yang rasa lebih senang nak kawal rakyat kalau kita saling benci membenci antara satu sama lain. Kalau kita appreciate apa yang orang bangsa lain provide dekat Malaysia, susah bang diorang nak pancing undi. Serious shit susah gila. Susah gila Barisan Nasional nak kekal sebagai kerajaan kalau orang Melayu, Cina dan India bersatu jadi Malaysian tanpa mengira bangsa.

Malaysian vs. Douchebag....

Jadi takpelah, kita tunggu PRU akan datang. Yang penting, untuk level kita, tak kiralah kau Melayu, Cina atau India, kita kena hentikan prejudis kaum ni.

Orang Melayu, kita kena start dulu!
Kenapa kita kena start dulu?

Sebab kita orang Islam.

(Bhgn ke 3 akan dipostkan hari Isnin )

34 ulasan:

  1. Setuju sangat.

    lagipun rakyat malaysia ni memang anti gila dengan produk malaysia tak kira lah kereta ke ahli sukan ke .

    -khairul-

    BalasPadam
  2. Aku setuju.

    Org kita kena berenti mengikut cakap2 ahli politik secara membuta tuli. Mereka yg ikut rasis ni x ubah mcm boneka yg dikawal pemimpin kita.

    Nak ubah pemimpin mmg susah. Org kita kena belajar hapuskan mentaliti perkauman dulu sebab itulah yg terbaik; mula dgn diri sendiri.

    BalasPadam
  3. Melayu dengan melayu pun anti gak....contoh...melayu yg sokong najib...vs melayu sokong anwar...ketuanan melayu bapak dia..pg mampos la dgn umno/bn....

    BalasPadam
  4. semuanya angkara alif wau mim nun-P.Ramlee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah tunjuk pandai kalau bangang ultra..alif wau mim nun tu apa jadahnya..?

      Padam
  5. Ni posting nak cover apa jadi kat penang ke bro? Cina dah halau peniaga melayu.. cina dah panggil melayu kucing kurap..itu yg ko nk defend? Sapa douchebag ni?

    BalasPadam
  6. Memalukan aku dgn admin ne.mengagungkn bangsa lain n kutok bangsa melayu..ape tujuan die?????kalo nak brjaya buat kejelh.jgn malas..hari2 dlm pala otak tau nak cari salah org je ke..video 2 ko taukn yg rakam org 2..so fikirlh ape tujuan die ge sebarkn kat org.kalo die xde sebarkn boleh ke org lain nak share.ko yg bangan nak mampus..

    BalasPadam
  7. Memalukan aku dgn admin ne.mengagungkn bangsa lain n kutok bangsa melayu..ape tujuan die?????kalo nak brjaya buat kejelh.jgn malas..hari2 dlm pala otak tau nak cari salah org je ke..video 2 ko taukn yg rakam org 2..so fikirlh ape tujuan die ge sebarkn kat org.kalo die xde sebarkn boleh ke org lain nak share.ko yg bangan nak mampus..

    BalasPadam
  8. Soalan aku dari dulu hingga sekarang bangsa apa yang mengamalkan memberi rasuah ?.Initelah menjadi budaya mereka.

    BalasPadam
  9. lol ajib said. hahahahah.

    nampak sangat ajib said ni bukan pembaca tegar blog mantot.

    hahahaha.

    btw. aku pantang kalo org yang nak boikot cina kena tolong melayu la.

    dah 55 tahun kot. 55 tahun.

    kenapa BN tak mampu nak tolong melayu selama 55 tahun ni?

    nampak sangat BN tak mampu nak tolong melayu walopun dah 55 tahun memerintah!!!!

    yg melayu ni layu sgt kenapa??? asik nk orang tolong jeeeee.

    BalasPadam
  10. Xsilap aku TDM yg dipuja2 & idola golongan 47% ni pernah ckp yg melayu kene berdikari. Jgn harap bantuan sgt.. Tp dia jgk yg bail out company kroni & anak dia.. AP nak juga maintain just for the sake berapa kerat melayu & proton. Peluang dah bape puluh tahun da dah bagi. Majority melayu yg kat bwh ni kene tindas x fikir? Lidah bercabang

    BalasPadam
  11. balik je dekat ajaran agama.. ikut sebijik sebijik ape yang rasul tunjuk, ajar..

    tak yah nak penting melayu ke.. cina ke.. padahal islam tu merahmati semua..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dlm pembukaan negara islam pertama, Madinah. Org muhajirin tetap kene menghormati golongan ansar (orang asal madinah)

      Padam
  12. Entah2 douchehead yg tulis artikel ni lg byk dpt subsidi dgn tongkat dri org lain. Bila dh sng sikit, boleh pikir lain sikit, rasa diri tu arab lebih sikit terus kutuk melayu. Piiiiraaah mabuk yahudi oiii...

    BalasPadam
  13. Anon failed subjek jawi detected...

    BalasPadam
  14. Betul, betul, betul. Melayu kena let go semua hak dia,meanwhile bg je apa yg bangsa len mintak, hamik- hamik, jgn malu², tambah lagi nasi tu, tambah-tambah

    BalasPadam
  15. Melayu kena start dulu sbb [Melayu semua Islam]...

    Hmm.. Mcm ayat BN sket.

    BalasPadam
  16. alif wau mim nun, setan. haha p ramlee

    BalasPadam
  17. hal bangsa mmg slalu mcm tu, satu buat hal semua kena. aku bangsa suluk, datuk nenek mmg stay di sabah before merdeka lagi. tp sejak kes tanduo tu, smua suluk skrg dilabel pendatang la, pengganas la..aihh susah..

    BalasPadam
  18. Kenapa nak salah melayu?sape yang jadi macam ni?kenapa ada sekolah cina?sekolah tamil?siapa yang rasis?bodoh punya admin

    BalasPadam
  19. Saya rasa langkah pertama adalah kita cuba buka minda dan kukuhkan toleransi dengan jangan terlalu sensitif pada perkauman dan keagamaan.

    Lebih baik kita jangan marah dulu, faham dengan pemikiran yang rasional tentang akibat reaksi sebelum bertindak.

    I believe we can be better persons when we don't support racial/cultural/ethnic hatred. Don't support gang mentality and don't support blindly..

    BalasPadam
  20. Orang yg komen post ko kali ni ramai yg bukan pembaca setia ko lah mantot.

    Tak best nak baca komen.

    KENAPA MELAYU MASIH TAK BOLEH BERSAING DENGAN CINA WALOPUN DAH 55 TAHUN BN MEMERINTAH.

    APE KORANG TAK NAMPAK KE MELAYU NI LAYU BAWAH PEMERINTAHAN BN?

    BalasPadam
  21. Anonymous said...
    Dlm pembukaan negara islam pertama, Madinah. Org muhajirin tetap kene menghormati golongan ansar (orang asal madinah)

    November 30, 2013 at 10:14:00 AM GMT+8


    Tak kira ler ansar ke muhajirin ke, islam ajar kita saling menghormati kepada setiap insan!

    Allah ciptakan kita berlainan bangsa supaya kita saling berkenal-kenal dan berbaik-baik.

    Maksudnya tak kira la melayu ke cina ke india ke kita kena hormat!!!

    Sapa rasis kita kasi pancung!!

    BalasPadam
  22. Kenapa nak salahkan kan Cina,India,Bangladesh,Nigeria,Suluk,Lombok,Acheh,Myanmar,Vietnam,Nepal................................................................................................

    Orang Melayu punya kuasa,ketua agama,penguasa undang-undang,presiden FAM,penjawat awam,ceo,coo,mufti,imam,bilal,....................................................................................................

    Persoalan utama. Apakah tanggung jawab mereka? (Cakap banyak pun x guna. Apa perlu rakyat marhain bertempik disini.Suara anda tidak didengari.Malang)

    Dimana letaknya islam dan iman mereka...dan anda juga!!!


    Fikir.
    Salam.

    BalasPadam
  23. mantot dah mabuk todi ke

    BalasPadam
  24. Kelakar tgk apa jadi kat penang..lu kasi tengok apa jadi kat tmpt lain jugak..semua mesti ada sebab black n white die..sampai bile melayu nak mcm ni..negara dah maju tapi melayu terus layu..takut perubahan zaman berubah melayu takat mcm tu je harapkan gule2 dari kerajaan je bley hidup..politik minded jgn citerla melayu dalam bab politik bodoh babun..pikir tanpa bn umno takle hidup mati kelaparan negara hancur jadi mcm afrika..betullah mahathir cakap melayu mudah lupa..die lupa dulu yg naikkan harga barang sape..bile pru bagi janji2 itu ini bagi gule2..jadi pelupa balik..melayu ni dah nyanyuk..

    BalasPadam
  25. Nice entry. Mantot telah berubah ke arah pemikiran elite

    BalasPadam
  26. Senang je kalau mahu berjaya. ketepikan isu sensitif seperti bangsa dan fokus pada matlamat. Rajin membuat kajian kenapa orang lain berjaya supaya kita boleh turut sama berjaya bukan rajin mencari kesalahan org. ingat tu

    BalasPadam
  27. Tapi hakikatnya memang kebanyakan orang Cina ni kurang ajar.Tapi masih ada yang baik la.Sekolah saya majoriti orang cina.Dieorang berani kurang ajar ngan guru Melayu tetapi dengan guru Cina memang baik gila ah.Ini realiti yang perlu diterima.

    BalasPadam
  28. Mantot...aku pon berfikir mcm ko...tp aku nk ko ulas:
    Seorg Engineer melayu yg ade 2tahun lebih experience, bile dapat keja di bagi gaji rm3.5k..
    tapi..
    seorg Cina Engineer baru graduate, fresh graduate, dpt keja dgn gaji rm4.5k ..

    benda ni terjadi dekat company aku..aku nk ko ulas kenapa..aku xracist, tp aku nk tahu pandangan ko.

    BalasPadam
    Balasan
    1. result, ,masa interview performance, English proficiency, graduate dr Uni luar negara, third language ..semua ada sebabnya..

      Padam
  29. seumur hidup aku melayu la yg selalu tipu aku,pinjam duit xbayo,guna nama beli kereta xbayo,sampai blacklist nama dah..skrg aku benci perkataan 'tolong melayu'

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.