November 13, 2013

Makin Ramai Memerlukan Bantuan Ibu Bapa Mereka Untuk Menyelesaikan Masalah di Tempat Kerja



Kelakar la jugak bila seorang bapa kepada PHD holder menulis surat
merayu supaya anaknya, seorang PHD holder mendapat kerja tetap dan bukan kontrak.

Agak kelakar sebab dia PHD holder. Kelakar bai.
Aku tak nak kutuk lebih2 tapi kelakar bai.

Kalaulah student kau tau bapak kau tulis surat ni bagi pihak kau, mesti ramai
mempunyai perasaan sinis dengan pensyarah mereka. Ye la, kalau zaman sekolah,
cikgu kau panggil mak bapak dia suruh setelkan masalah dia dengan guru besar,
mesti kau rasa cikgu kau tak matang? Kan?

Lagipun, baru setahun jadi pensyarah....Kalau dah 3 tahun 4 tahun,
munasabah jugak la nak mintak bapak tulis surat kat paper. Hahaha.

Tulis surat dalam paper tak memerlukan PHD bang.
Aku pun boleh buat sendiri.

48 ulasan:

  1. Kisah betul tapi suratnya palsu?

    Tapi kalau yg betul2 straight dari undergrad, takde break utk kerja & terus proceed masters + PHD, umur 26-27 dah boleh dpt PHD.

    Mungkin masih boleh mintak tolong bapak berumur sekitar awal 50an.

    BalasPadam
  2. phd dia perasaan hasad dengki kot. dah ada phd pun suruh bapak tuliskan surat.loser nye.sampah.

    BalasPadam
  3. Ramai je yg kerja kontak xbising.. bukan setahun dua, lebih 5 tahun pun d. agak logic gak syarat um tu. Kena buktikan kebolehan baru betul2 layak.

    BalasPadam
  4. tertarik dgn ayat last surat bapak PHD holder tu
    "menghukum staf dengan menafikan hak mereka bukan caranya"

    Dah tang mana plak kena hukum.. dah cam kena tindakan tatatertib la plak..

    Patut tanya atau bincang dulu ngan pihak U baru lah hantar kat paper encik bapa mengharap...

    BalasPadam
  5. dia sibuk, lagipun bapa dia dah pencen adala masa nak tulis surat.... kot..

    BalasPadam
  6. Bersangka baik. Anak dia dapat PhD dari UK, so sekarang ni dia dah reti menulis surat dalam bahasa Melayu. Tu yang dia mintak tolong kat ayah dia tuliskan surat.

    BalasPadam
  7. Aku rasa tak ada masalah siapa yang nak buat surat. Bapak dia ni terlalu terkilan, mana taknya anak belajar samapai PHD nak menjawat jawatan Pensyarah Tetap pun payah. Jawatan kontrak tiada faedah pinjaman rumah, pencen , kenaikan pangkat dan banyak lagi. Anak-anak dia yang lain belajar sampai level degree pun dah boleh kerja tetap dalam sektor awam. Itu yang bapak dia terkilan sangat, PHD tu.

    BalasPadam
  8. Aku rasa tak ada masalah siapa yang nak buat surat. Bapak dia ni terlalu terkilan, mana taknya anak belajar samapai PHD nak menjawat jawatan Pensyarah Tetap pun payah. Jawatan kontrak tiada faedah pinjaman rumah, pencen , kenaikan pangkat dan banyak lagi. Anak-anak dia yang lain belajar sampai level degree pun dah boleh kerja tetap dalam sektor awam. Itu yang bapak dia terkilan sangat, PHD tu.

    BalasPadam
  9. utk 'bapa mengharap',

    pakcik, pakcik takde kabel besar ke?
    apa kata kalau pakcik pegi jumpa menteri pengajian tinggi, mesti dia boleh tolong. tapi tolong pastikan pakcik dan anak pakcik daftar jadi ahli umno dulu sebelum jumpa menteri :)

    BalasPadam
  10. Entah2 anak dia tak tahu pun bapak dia tulis surat tu.

    BalasPadam
  11. Pokcik.. nasib baik bukan bapak aku. Keh3. Anak bapak sangat. Aku pun nak upgrade ape2 usaha sendiri. Pokcik, tolong tuliskan surat untuk aku, komplenkan bos.

    BalasPadam
  12. Ske ati jek korang assume penulis surat tu tak bijak dll.

    Isu sebenarnya ialah selagi prof2 veteren berumur 55++ tak reti2 tak pencen siap sambung kontrak sampai umur 70 tahun, selagi tu lecturer2 muda jngn harap la dpt position kat uni.

    BalasPadam
  13. ....aku tak nampak mak abah professor tua tu tulis surat dekat paper komplen anak diorang kerja status kontrak pun...

    BalasPadam
  14. University ada authority mereka sendiri utk ambil tenaga pengajar, kalu dh ada phd, buat la artikel, publish dlm isi jurnal, nkn susah pun..

    BalasPadam
  15. kenapa bapa terkilan perlu upkan tentang menzalimi anak bangsa sendiri..

    UM kata siapkan 2 jurnal yang memenuhi piawaian..dah siap akan diserapkan dalam jawatan tetap..

    oh lupa..PhD sekadar lesen nak kompelin dengan lebih berkeyakinan jer..
    hahahah

    BalasPadam
  16. alahai 2 paper je pun. Ai yg sedang buat master ni dah lepas published satu paper.

    takkan phd holder tak boleh?

    BalasPadam
  17. tu la kalau muda-muda dah ada Phd. experience tak de, tulis lah paper tu, dik oi. Aku pun ada Phd gak. tak harap kat kerajaan nak bagi kerja. Orang macam ni ke nak ajar anak-anak kita yang ada kat UM tu, memang hancur...
    ps: jangan bagi tau bapak awak yer, nanti dia serang saya plak

    BalasPadam
  18. Korg yg dok komplen ni penah publish ke paper kt ISI? Tau ke btapa susahnya? Ramai yg ad PM / full Prof pon paper kena rejek bila nk masuk ISI, tu yg ramai pegi publish kt journal yg lower impact factor atau masuk conference je.

    Mohon husnudzhon.

    BalasPadam
  19. kat sini sembang kencang. kutuk budak tu anak bapak bagai. korang dari ipta mana? pernah submit isi ker? miss teri phd holder dari mana ?

    BalasPadam
  20. aitot yati, kau publish paper kau di mana? cuba submit ke isi tengok. setakat publish dalam jurnal ipta sendiri tak payah sembanglah. register phd dulu baru tau azab.

    BalasPadam
  21. senior prof pun terkial kial nak masuk dalam isi. korang kat sini gila babi punya berlagak cakap eleh setakat 2 paper. ntah-ntah ipta korang pun takda yang hantar ke isi.

    BalasPadam
  22. majoriti kat sini bukan phd holder, sbb tu kitorang sembang kencang.

    org yang sembang kencang ni selalunya kurang pelajaran. aku spm pun tak lepas.

    BalasPadam
  23. eh ok la tu, UM kan ipta yg hebat? (la sangat..), logik la dia nak hire pensyarah yang bebetul berkelayakan? salah ke UM set standard yang mcm tu? bapak oh bapak, kalau nk anak mu tu terus diserap jadi pensyarah tetap, suruh anak tu gi apply uitm nuh, senang jer dapat tetap, pensyarah yang grad Ph.D tulis tesis dalam bahasa melayu puh hado.....LOL

    BalasPadam
  24. aku rase dia yg tulis,bukan bapak dia.

    aku rase lah =,=

    BalasPadam
  25. hina sgt ke thesis phd tulis dlm bhs melayu?

    BalasPadam
  26. kalau isu kat sini tentang anak PhD holder mintak bapa tuliskan surat, aku stuju yg si anak patut dah boleh berdikari, tak perlu suruh bapa tulis.

    tp, aku bersangka baik, yg mungkin si anak taktau..

    tp, nak sentuh sket ttg isu ISI.. benar, utk publish 2 articles sepatutnya tak jadi masalah untuk PhD candidate sebab mereka memang sepatutnya menjalankan kajian, dan berusaha untuk siarkan artikel masing2 dlm jurnal yang diiktiraf. Setakat ini, aku blm pernah publish artikel dlm jurnal terindeks oleh ISI, sbb kriterianya perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh bidang kuasa penerbitan bertaraf antarabangsa.. tahap kerja aku, masih belum layak..

    Pensyarah yang sudah berjawatan tetap pun masih ramai yang belum layak untuk menyiarkan hasil kerja mereka kerana syarat2 yang dikenakan.. bukan tak ada, tp sedikit. jadi, bagi aku normal kalau lulusan PhD yg baru sahaja habis belum ada lagi karya yang tersiar dlm ISI journal..

    Aku taktau orang lain, tp setakat hari ini, bagi aku pengalaman PhD tu sgt perit..Janganlah mudah berkata itu ini, sbb proses untuk dptkan PhD bukan mudah.. Jadi, bagi yang dah dpt tu, mungkin ada perasaan kecewa kalau penat lelah tu tak rasa dihargai.. Buat PhD holder tu, selamat berusaha, dan bersabarlah dgn kerenah birokrasi ini.





    BalasPadam
  27. bhai anonymous yg tanya hina sgt ke thesis phd tulis dlm bhs melayu?.....

    x hina bhai, ni bukan soal hina atau mulia ke aper.....

    fyi, uitm tu medium bahasa pengajaran dier kena dlm bhs inggeris, pensyarah kne supervise project fyp students semua wajib dlm bahasa london....kalu pensyarah sendiri tulis tesis Ph.D dier dlm bahasa melayu, pekejadah tu bhai? so sekarang ko paham x maksud aku ni bhai?

    satu lg, kalu nok publish paper level international mestilah kena tulis dlm bahasa london, tulis dlm bahasa melayu alamatnya kena reject la bhai, jgn mimpi la nok index ISI ke high impact ke ape pon hahahahaha....

    BalasPadam
  28. Tidak dinafikan kalau nak publish paper mesti dlm bahasa inggeris,itu betul. Tp kalau ukm,thesis mesti ditulis dlm bahasa melayu tertakluk kpd semua fakulti dan institut penyelidikan jika supervisor org malaysia, syarat wajib.itu mcm susah sikit bg org dh biasa dgn bhs inggeris mase bljr,lg2 byk terma2 sains dlm bhs inggeris,lps tu translate dlm bhs melayu jadik pelik bunyinya.haha.rasanye diaorg akn tulis dulu thesis dlm bhs inggeris lepas tu baru translate ke bhs melayu utk mudahkan publish paper.yelah nk lulus pun mmg wajib publish paper.buat dua kerja tu,tulis dlm bhs inggeris pastu translate bhs melayu plak tu,tabik spring pada mereka.tp tak semua kot ikut cara ni,ikut tahap kerajinan individu la.

    Oh yg pensyarah uitm yg thesis dia dlm bhs melayu tp kena supervise fyp student dlm bhs inggeris,xde masalah kot dekat situ.tahap intelektual seseorg tidak bergantung kpd bhs penulisan thesis phd dia, lg hebat dpt kuasai pelbagai bhs. bhs bukan penghalang utk org berjaye lg2 nk tulis thesis,dlm bhs melayu ke ,inggeris ke ,perancis ke, jepun ke dll.sori la mantot aku lari topik plak.haha

    BalasPadam
  29. kesan penjajahan british di malaysia;

    1. orang menulis tesis guna bm dilabelkan sbg inferior.

    2. orang menulis tesis guna bi merasakan lebih superior

    3. orang melayu yang punya slang english ala british kelihatan lebih hensem/lawa

    4. orang miskin tapi english fluent? WOW! MENGEJUTKAN!pakcik tua duduk tepi jalan english power? WOAH!HEBAT PAKCIK NI!

    BalasPadam
  30. Aku assume yang anak dia tak tahu bapak dia yang tulis surat ni.

    Yang lain kencang sangat cakap tulis ISI itu ini - aku rasa diorang sendiri pun tahu apa benda tu ISI. Cakap lebih.

    Ramai pembaca kau Mantot orang gomen. SPM hancur, masuk U course lelong. Keluar nasib baik sikit gomen offer M41. Padahal kalau kerja dengan swasta buat sales je.

    BalasPadam
  31. ali rustam pun ada phd, taib mahmud baru dapat phd.... honorary phd la...

    BalasPadam
  32. Nak dapatkan PHD itu susah? Memang susah.
    Nak jadi wira papankekunci? Memang senang.
    Tapi masalahnya si bapa mengharap tu(atau penulis) tiada sifat percaya akan kebolehan si anak (atau penulis).
    Melayu tipikal.
    Hadap ajelah dengan kepintaran kurniaan tuhan. Tuhan itu lebih mengetahui.
    Fikir.

    Salam.
    (Bapa Cheapskate)

    BalasPadam
  33. minda miskin melayu terkenal sebagai kaum yang suka meminta, minda subsidi, minda 'kabel', minda syahdu, minda 'happy ending' dan banyak lagi minda merapu.

    saya nasihatkan kpd pemegang2 PHD yg lain...cukuplah dgn ragam pemegang PHD seorang ni...ingatkan masa belajar sahaja nak menyusahkan emak-bapak...sampai dah ada PHD pun masih nak duduk bawah ketiak emak-bapak.

    tuan seorang pemegang PHD...kalau UM tak tau nak bagi jawatan tetap...kenapa tak cabut ke universiti lain yg lebih berwibawa dalam soal penetapan jawatan seseorang. common-on lah PHDian!

    BalasPadam
  34. nak tau perit tak perit syarat perjawatan dalam UM yang terbaru, banyak pensyarah-pensyarah senior lari ke ipta baru macham umk, umt, uitm, ums, usim, etc demi menjaga taraf jawatan dan tak nak terikat dengan artikel ke isi tu.

    BalasPadam
  35. Bukan dah ditetapkan ka PhD holder kena patuhi beberapa syarat untuk jadi tetap bila sudah habis belajar. Kalau USM dah diberitahu awal2. 1. habis PhD, 2. ada 2 paper publish dalam high index journal, 3. present paper dalam mana-mana conference. Cukup syarat tu, habis phd dah boleh jadi pensyarah kanan. Rasanya semua pemegang biasiswa skim SLAB/SLAI dah tahu pasal ni, terpulang pada universiti masing-masing.

    BalasPadam
  36. Kat sini aku nak cuba ceritakan apa yang aku nilai sendiri. Aku ni graduate dalam bidang separa IT kat UiTM. Tapi aku memang minat giler sampai semua paper IT aku score, tapi yang non IT siap fail lagi.

    Bila dah sambung degree, aku memang niat malas nak sambung belajar pasal aku rasa takde la berbaloi sangat jika aku ada master...sebab master yang bakal diambil tu lebih kurang 85% non IT punye content. Tapi aku tengok ramai yang sambung belajar pasal diorang fikir dengan adanya master, diaorang senang nak dapat kerja di sektor kerajaan.

    Dalam ramai ramai yang sambung, bila dah grad ada yang dapat jadi lecturer, ada yang keje helpdesk dan ada yang tak dapat keje langsung. Cuma aku terkilan bila tengok yang dapat jawatan Lecturer ni, sebab aku tahu diorang punya It skill tak power langsung sampaikan bab format pc pun tak reti, jadi macam mana nak mengajar student? apa nak jadi dengan generasi yang belajar dengan diorang?..

    Bagi aku lah, jika pensyarah rasa dirinya memang tak reti nak hasilkan produk insan yang mampu bersaing dengan bangsa lain, berhenti aje la. Jangan nak difikirkan periuk nasi sendiri. Fikir lah tentang tanggungjawab yang orang bagi untuk didik....sampai kadang-kadang aku naik benci tengok budak2 yang jadi lecturer ni mengedik dan selfie dalam fb...

    Itu aje la...

    BalasPadam
  37. Alaaa ramai2 grad phd pon gov kite masih jugak bayar rm4juta sehari kepade perunding luar negara. Acaner?

    BalasPadam
  38. hahahhaha.....

    tulis tesis dalam bahasa inggeris dulu lepas tu baru translate ke bahasa melayu? buat kerja 2 kali? tabik spring kpd mereka? LOL!!

    I HIGHLY DOUBT THAT bhai, funniest comment ever, bravo bravo!! LOL

    bhai mantot, lawak arrr readers lu hahahahha.....

    BalasPadam
  39. Semua kat sini nampak pokok je. tak Nampak hutan.

    cerita ni bukan pasal jawatan kontrak atau tetap dan berpencen?

    bukan pasal paper ISI. bukan pasal PhD.


    pasal sikap kita orang melayu.

    dah tua Bangka masih harapkan mak ayah. harapkan kabel nak dapat sesuatu.

    pussies, all of you.....

    BalasPadam
  40. aku sokong sang pengkomen kat atas nun. i dont think the lecturer knows his father wrote this. mungkin dia komplen komplen sikit kat ayah dia,lepas tu kan anak tu harapan keluarga, ayah pun tak puas hatilah. macam ayah aku jugaklah tak puas hati hal ptptn sebab anak dia dok terkedek-kedek lagi nak membayar. mane tau ayah aku dah tulis kat suratkhabar padahal aku tak suruh or tak tau pun.. sangka baik laah..

    BalasPadam
  41. kpd En Anonymous November 14, 2013 at 11:13:00 PM GMT+8

    part mana yg funny tu Bhai?..
    btw, aku penah belaja di ukm sana dulu... kelas2 semua dalam bahasa london... last2 masa mau tulis thesis keno tulis dalam bahaso melayu.... pi buat rayuan kat fakulti kata mau tulis bahasa london... tp tak diterima...sbb dia kata hang org melayu malaysia... Jammed kepala sekejap... maka thesis hamba yg banyak hamba kopipes dalam bahasa london terpaksa ditranslate dalam b.melayu...
    bila pikir2kan balik.... aku rasa UKM ni mmg sengaja buat camni sebab dia tau ramai student dok kopipes ayat2 bila tulis dalam bahasa london.. at least bila kena translate ni dia kena buat 2 keje la...... apa2pun..terima kasih kpd lecturer2 hamba yg mengajar di ukm dulu... peace

    BalasPadam
  42. "lebih 90% drpd mereka anak Melayu"
    Kena jugak mention anak Melayu tu ehh..

    BalasPadam
  43. sekarang ni, tak kira la bangsa mana pun, anak2 yang dah berkerjaya masih mengharapkan pertolongan dari mak bapak.. start kerja, kereta mak bapak belikan.. nak kahwin, rumah mak bapak belikan.. aku kenal beberapa orang yang kes macam ni.. semua sebab nak jaga muka sendiri.. nak show off kat kawan-kawan, sedara mara.. dah takde dah rasa malu nak mintak mak bapak 'tolong' macam ni.. dah kerja tapi masih berharap kat parents lagi.. rasanya bila nak beranak nanti mesti mintak mak bapak 'tolong' settlekan bil kat hospital tu kot.. patutnya anak2 la spend kat parents lepas dah kerja kan? ini tak.. maaf kalau lari dari topik sket.. teringat kat lintah2 yang makin hari makin berlambak di Msia yang kononnya makin maju ni..

    BalasPadam
  44. Asalnye dulu UKM semua dalam bahasa, sejak2 PPSMI kot, terebak-rebak la kat U guna english.
    So dulu kepala jd canggih sket, belajar semua dlm bahasa, rujukan english. Byk jgk lecturer melayu translate buat buku rujukan dlm melayu. Mmg org pandang lekeh kan, tp pd aku tu usaha yg sgt baik.

    Yg aku tau, dlm dunia research. Kalau guna bahasa sendiri, mmg susahla org nk tiru. Mcm journal jepun, selamba dia buat dlm jepun, ko nk tau mmg ko kena belajar bahasa dia.

    Tesis ukm skrg masih dalam bahasa. Kecuali supervisor ko bangla atau bangsa luar la. aku takde la direct translate. Just terus buat tesis dlm bahasa. Bila ada kena hantar paper atau g konferens, buat jelah dlm english.

    BalasPadam
  45. ape masalahnye kalau ayah die still amik berat pasal die..ayah die kesian anak bersusah payah belajar tp xde jaminan kerja lg,,sedangkan bapak die dah tua..mesti la ayah die nk tgk anak die settle down dgn aman..same goes with me. mase sye pg buat phd sye bru 24thn and ayah masih seorg pegawai kerajaan. die la yg ulang alik teman pg kpt, setel sume borang, fly sama2 hntr sy ke aussie sbb mak xdpt cuti. and insyaAllah by the time sye habis phd ayah still belom pencen. since ayah pon seorang pensyarah die lebih tahu ape yg sye spatutnya buat. ayah la yg suggestkan sye amik SLAB sbb die nampak dah masa dpn utk anak die. so whats wrong klu ayah mangsa phd scholar tuh nak tulis surat..sbb die taw ape kekurangannya jwtn kontrak nih..tak sume org dpt parents yg amik berat smpai sggup involve dlm life anak2..tp xde salahnye kan..smpai bile2 pon diorg ttp parents yg concern ttg hal anak2..

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.