November 01, 2013

Kita Bermimpi Besar Ingin Ada 4 Isteri Tapi Yang Satu Tu Pun Tak Pernah Orgasm, Macam Mana?

Bila kita berada dalam satu komuniti benda yang paling penting adalah continuity. Kalaulah ditakdirkan aku meninggal hari ni dan isteri aku kena membesarkan anak-anak aku sorang2, aku wish dia akan galas dan teruskan apa aku buat. Kalau aku plan nak masukkan anak aku dekat sekolah agama, aku harap dia teruskan benda tu. Pada aku, selagi benda tu benda elok, apa salahnya diteruskan, bukan?

Cuba kita nilaikan pemerintah kita. Adakah ada wujud sinergi antara mereka?

Aku lahir pada detik zaman Mahathir bermula, zaman industri Malaysia dan Wawasan 2020 nya. Aku melalui zaman Islam Hadhari Pak Lah dan kini kita semua melalui zaman "Berbelanja Untuk Hidup Sihat" Najib. Semua pemimpin ada gagasan sendiri. Tapi kadang2 gagasan yang diorang perkenalkan bukannya a long term vision tapi hanya sekadar satu gagasan supaya diorang ni leave a mark on society.

Macam gagasan 1Malaysia. Dah berapa lama kita dijaja dengan benda tu? Mana hilang Islam Hadhari? Apa jadi dengan negara pertanian? Kerajaan selalu canangkan "anjakan paradigma" tapi masalahnya, sebab nak wujudkan anjakan punya pasal, negara kita ni dah jadi bercampur baur antara faedah dengan masalah yang kita kena hadapi hari-hari.

Sebagai contoh, zaman Mahathir, negara kita push mati-matian meng-industrikan negara. Kita dah decide negara kita tak nak jadi hanya sekadar negara pertanian. Jadi banyak kilang dibuka. Kita jadi a manufacturing nation. Sebelum ni orang pergi potong getah, kini ramai prefer kerja kilang proses getah jadikan sarung tangan. Kebaikan dia, kita jadi negara pengeluar. Keburukan dia, banyak gila projek2 yang melibatkan tanah terbengkalai, mengakibatkan kita terpaksa bergantung dengan negara luar untuk produk import. Contohnya beras.....kau nak sebut Kedah sebagai Jelapang Padi Malaysia pun dah tak sesuai sekarang. Dari situ, wujud pula keperluan tenaga kerja yang meningkat. Jadi kita import masuk pekerja luar untuk kurangkan kos dan tampung keperluan pekerja.

Mahathir wujudkan Proton...harapannya kita nak jadi negara pengeluar kereta. Serius aku bangga bapak aku bawak balik kereta Proton Saga warna biru pada tahun 1987. "Ni kereta Malaysia!" Aku memang bangga gila time tu. Tapi aku tak tau dan tak nampak langsung pada waktu itu yang duti kenderaan "maha-tinggi"akan diperkenalkan. Aku juga tak nampak yang sistem pengangkutan awam Malaysia akan terencat sebab nampaknya dasar kerajaan seolah-olah nak push supaya rakyat beli Proton. Ye lah, siapa lagi nak beli kereta Proton pada waktu itu?

Daripada kita makan beras yang ditanam dalam negara, kita sekarang dah terpaksa import masuk beras dari Thailand. Warga asing dah berasimiliasi dengan orang local sehinggakan kerajaan sendiri dah tak dapat kawal bilangan diorang. Kini, kita ada dua pengeluar kereta nasional tapi kita baru aje nak perbetulkan sistem pengangkutan awam kita. Kita pulak dibebankan dengan hutang kereta yang melampau sebab kerajaan tak sanggup nak hapuskan duti kenderaan yang kedua tertinggi di dunia sebab ia dah jadi sumber pendapatan tetap diorang selama ni.

Kerajaan satu masa dulu tak nampak ke yang benda2 camni akan berlaku?

Seolah-olah ada decision kerajaan yang diambil in the spur of the moment. Idea2 yang diwujudkan sebab nak memenuhi kehendak dan vision seorang pemimpin yang nak masyarakat ingat apa jasa dia. Mungkin pada waktu idea tersebut diwujudkan, nampak seolah-olah "macam cerdik" tapi semua benda, mesti ada timbal balik dia. Wujudkan negara pengeluar kereta, cukai perlu diperkenalkan. Nak jadi negara industri, sektor pertanian jadi pak pacak pembangunan. Tanah orang Melayu habis bertukar tangan.

Apa yang aku harapkan cuma satu, kerajaan, tolonglah kaji dulu semua aspek sebelum kau ambik keputusan yang besar yang melibatkan semua orang. Kenapa kita jadi negara pengeluar kereta dulu padahal sistem pengangkutan awam kita ni ala kadar dan baru la sekarang tengah nak perbetulkan? Kalau aku la kerajaan, first thing, sistem pengangkutan awam kena la cantik dulu sebelum aku berangan nak keluarkan kereta aku sendiri. benda essential dulu la. Industri kereta ni patutnya ada bila kita dah cukup semua benda necessity.

Keputusan kerajaan kadang2 tak nampak backup plannya. Jadi bila benda tu dah jadi beban yang sangat besar, alih-alih yang kena berkorban adalah orang ramai. Yang terkorban adalah orang miskin. Kalau kita ada idea nak keluarkan kereta sendiri, kita kena la juga ada idea jangka panjang turunkan balik duti yang dah dinaikan. Balance! Janganlah jadikan beberapa generasi rakyat Malaysia long term victim of a one man's idea.
...............

Sekarang ni Najib nampaknya dah slow sket promote dia punya 1Malaysia. Dah kurang dah pose mengangkat jari telunjuk sambil tersenyum. Nak try push "Endless Possibilities" pulak tapi nampaknya sangkut lepas kantoi menciplak Mongolia, Israel dan beberapa negara lagi. Apa jadi dengan gagasan 1Malaysia? Long termnya camne? Dah tak relevan ke? Aku boleh create slogan on the spot untuk kerajaan secara percuma.

1. "Malaysia, Your Land is My Land"
2. "Malaysia, One Nation, In Debt."
3. "Better Than Zimbabwe"

Free bai! Boleh pakai. Aku takkan claim apa2 pun.


Benda paling jelas pasal masalah ni adalah bila kita bercakap pasal pendidikan kita. Menteri naik, dia tukar itu, tukar ini. Menteri lain naik, dia tukar dasar itu tukar dasar ini. Bukannya tukar nak jadikan lebih efektif tapi tukar hanya sekadar tukar sebab nak tunjukkan dia Menteri Pendidikan dan ini dasar dia, idea dia. Last2 budak sekolah pun haru biru tak tau apa sistemnya, cikgu kat sekolah pun pening dan buku  rujukan terpaksa ditukar tiap2 tahun sebab dasar bertukar, syllabus pun bertukar.

Kau tau tak buku teks budak2 sekolah rendah kita ni cincai boncai aje diorang buat? Nak buat camne. Orang lain naik dia nak try push idea sendiri. Habis kena revamp semua benda. Macam mana la penulis buku teks nak research betul2 pasal buku kalau nak buat research pun tak sempat. Buku bahasa, spelling boleh salah, tatabahasa salah. Takkan la kau nak salahkan penulis buku kalau kau yang mintak dia produce miracle?

At least ada la jugak Pelan Pendidikan Negara yang baru launch tapi,  persoalannya, kalau kita tukar Menteri Pendidikan nanti, kita nak terus kekal atau perkenalkan plan baru yang bakal reboot balik berapa tahun punya kerja? Macam mana kalau Kamal Alan Nathan naik jadi Menteri Pendidikan dan dia ada idea dia sendiri....apa pulak kita nak rombak waktu tu?

Kerajaan kita cukup suka dengan perkataan "rombak" asalkan perkataan tu tak disatukan dengan "rakyat" dan "kerajaan." Kenapa kita suka benar nak rombak? Nak anjakan paradigma? Nak Endless possibilities? Itu semua slogan aje la. Big words means squat if the action is sending a different tone.

ps - kau perasan tak, kalau aku selang selikan ayat aku dengan ayat English, kau mesti rasa aku macam educated gila, kan? Kau mesti  pernah jumpa orang Melayu yang speaking semata2 sebab dia nak tunjuk dia tu hebat. Aku memang geram aje kalau jumpa orang macam tu.

Subliminally, that's the effect of colonization on us.

26 ulasan:

  1. better than zimbabwei. haha.

    BalasPadam
  2. Telinga aku pun berbulu jgk kalau jumpa org yg ckp/tulis melayu tp campur2 ckp english...mcm bagus jer..haha...tp aku x de alasan lak ckp perbuatan mcm tu x btul...

    BalasPadam
  3. Tot,
    Aku setuju ngan tajuk ko bhahahahaha
    Lama seh aku nak luah
    Tp x terluah sbb aku pompuan hahahahaa

    BalasPadam
  4. jahat la tajuk ko tot.
    selalu sangat tajuk lain cerita lain.
    ish, jahat la, jahat la jahat la.

    BalasPadam
  5. Pernah meeting dgn mantan vc sebuah universiti awam terkemuka malaysia. & beliau ditanya tentang kesinambungan polisi sedia ada sekiranya vc bertukar memandang polisi universiti kerap bertukar. Lantas dgn selamba badaknya beliau menjwb: pastikan saya tetap kekal sbg vc, pasti polisi x bertukar. Terasa aku nak mencarut dikala & saat itu juga. Apa dia ingat dia siapa? Kl besok dia mati? X ke naik org lain jgk jd vc? Npk x bodohnya seorg vc?
    Kami penjawat awam, melaporkan bukan atas faktor analisa data2 yg tersedia, sebaliknya kami melaporkan apa yg org ats nak dengar. Bodoh x kerja kami? Tolong la kita semua pakat2 reform, biar generasi yg bijak ini tidak lg diperkotak-katikkan oleh org2 bangang kat atas tu.
    Itu br bab pendidikan negara. Bab ekonomi aku x tau la pulak mcmana.

    BalasPadam
  6. Ah serba salah aku nak like post kau kali ni Mantot sebab tajuk yang macam tu.

    Nampak macam aku baca bacaan lucah pulak. Tapi aku dah like pun.

    Lecturer aku semalam dia ade cakap, dia kata Proton will be gone by the time Mahathir is gone.

    Lecturer aku dalam kelas mmg kutuk Proton je keje dia. Sampai sekarang ni aku dapat buat kesimpulan bahawa kerajaan jaga sangat Proton ni sebab nak jaga hati Mahathir jek.

    Kemudian korbankan seluruh rakyat Malaysia.

    Hampeh.

    BalasPadam
  7. Aku setuju ngan semua isi kau letak..
    Cuma bila kau cakap pasal effect of colonization..

    Jadi disini Bahasa Inggeris tak perlu?
    Bukan soal hebat atau tidak..
    Kita sebagai manusia luaskanlah ilmu..
    Kawan aku orang Algeria menguasai 5 bahasa.. dengan fasih macam belakang tangan je.. Tak de pulak mentaliti bajet good good..

    BalasPadam
  8. Isu ni besar.

    Pendapat aku, kalau nak atasi kita kena sebarkan budaya pemikiran yang betul. Terbuka & kritikal bukan bermakna membangkang. Tiap isu lihat dengan 'objectivity & logic'.

    Dah lama sangat kita didoktrin dengan pemikiran yg salah. Kritik kerajaan = menderhaka. Tak boleh tegur orang atas. Debat tu salah. Dll.

    Mula dari situ, baru idea BANGANG dapat dikenalpasti. Sapa keluarkan idea BANGANG orang akan pandang serong. Kalau nak keluarkan polisi baru, kena go through soalan & tapisan dari pelbagai arah & lapisan. Tapi jgn lama sangat sampai tak jalan kerja.

    Mulakan dengan diri sendiri. Anak2. Internet. Nanti dua tiga generasi, mana tau baru boleh capai 'aman'. Kerajaan pun tak boleh tipu rakyat mudah2 dah. Macai akan pupus.

    BalasPadam
  9. Kesian budak-budak yang sekolah rendahnya belajar math science in english. Then, masuk sekolah menengah terbata bata belajar in malay. Cikgu cikgu pulak yang dah terbiasa ajar in english, time nak ajar chemy in malay, susah sikit nak explain ke budak2. Dahtu, istilah science dalam bahasa melayu bunyi pelik gila.

    BalasPadam
  10. aku rasa mantot post benda ni sebab ulangtahumn mahathir letakkan jawatan dia .Dia punca masalah yang kita hadapi sekarang dan penyambungnya seperti yang kita tengok hari ni

    BalasPadam
  11. Fuh, taon 1987, arwah ayah aku masih percayakan kereta jenis mitsubishi lancer. Kalo arwah ayah aku masih idup, da tentu2 dia suruh aku pakai evo... Tapi aku tak berkenan keta jenis sedan ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lina...bila ko nk beli vw scirocco?? hihihi....suprima s ke..hahah

      Padam
  12. seriously bro...aku sendiri kadang-kadang ter slang omputeh...bukan apa sebab dari kecik selalu tengok citer omputeh...jadi dah terbiasa sebab kengkadang aku rasa bunyinya dan perasaannya sedikit elok dan sampai kalau aku cakap dalam cakap omputeh sebab omputeh ni "terus terang" bahasa dia tak membelit macam bahasa melayu yang sangat sopan dan santun...omputeh tak puas hati dia cakap f**k you aje dah terasa perasaan marah dia!

    BalasPadam
  13. Nak tgk gambar anak-anak ko...

    BalasPadam
  14. Kalau ada org tulis selang seli dgn bahasa spain pn aku xksh.patutla org kita ni bab berbahasa english ni out.nk practice sikit dh kene hentam.bajet bijak la ko keluar statement camtu mantot padahal amat hina mentaliti ko itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. isu besar tot nak sampaikan bukan bahasa..tapi selingan..

      ah susah la ko ni..bukak blog
      sendiri la

      Padam
  15. Tot, aku terasa la bab ckp melayu selang seli engles nih..tihihi..tp tak de la aku niat nak belagak ke ape...kadang2 klau kt kedai2 yg staf dia ramai melayu nih tak pandang la kita2 yg ckp melayu dgn dia..kita ckp melayu sibuk dia plak sibuk nak speaking..dah sesame bangsa kan..aku ckp english kata belagak plak..pastu bile kite ckp melayu dgn dia, dia lyn kita mcm tak de duit sbb ingat kita tak reti ckp english..ape pun tak boleh..hahaha..

    BalasPadam
  16. Anonymous Anonymous said...
    November 3, 2013 at 8:28:00 AM GMT+8

    Mamat/Minah kat atas ni xpaham gamaknya simple message Mantot cuba nak elaborate dalam ni. Kau baca conclusion teruih then kau don't understand the message. What the Hell?? (see how Im using malayenglish) Hahaha...

    BalasPadam
  17. Cik Ti,
    aku bukan point kan orang yang tak belagak, maksud aku, mcm kau punya cth tu la..promoter tu pulak lebih2 cakap english, padahal dia melayu.takde kekurangan pun kalau dia berbahasa dgn kau pakai BM...tapi sebab dia rasa kalau borak BM takde kelas atau mungking sbb dia kerja butik mahal (katakanlah)...dia jadi malu guna bahasa sendiri.

    kenapa kita camtu?

    BalasPadam
  18. tahun 1988 abang aku yg beli proton saga, arwah bapak aku punyalah ragu-ragu pasal katanya nak buat jarum pun tak reti inikan nak buat kereta!!

    BalasPadam
  19. Montot, ko memang lagend :)

    Tu masalahnya bila dasar untuk pemimpin, dasar pendidikan kita memang bergandung kepada orang atas. Macam kat johor sebab Jausa nak bersara nak dapat naik jausa atas sikit dia push sistem paksa sekolah cikgu2 cikgu buat sistem filing etc. Padahal benda tu semua dah ada dalam komputer etc..

    Orang ni biasanya buat tak fikir orang lain finkit nama dia sendiri je padahal orang lain menyumpah2..

    Kalau korang jadi orang penting ketua apapon fikir orang bawhaan buat bend ayang memudahkan supaya diingat dalam keadaan yang elok bukan dalam sumpahan..

    BalasPadam
  20. semua nak mengembungkan perot kroni dia aja,setiap kali tukar menteri pendidikan tiap kali tulah nak tukar sistem.xtau lg buku2 teks/sekolah budak bukannya murah.tukar lg semua buku kene baya ntah berapa ratus ringgit utk sorg anak.pendidikan pon diorg nak meniagakan asal dpt kaut duit rakyat sebanyak yg mungkin sebelum jatuh.

    BalasPadam
  21. sokong ko..negara kite nie bercelaru sistem die org..kejap dasar pandang ke timur la,,kejap 1malaysia la..mcm2 nk buat..p bile bab pelaksanaan je masing2 maen pas2 je..last2 cincai bongcai..lau nk story sal sistem pndidikan lg la pening..huru hara..sistem hru hara puting beliung pny style..mat saleh wat sume nk follow..bile suggest pndidikan style islamic pny sume xbley..alasanye sbb kte masyarakat majmuk..so takot indian n chinese xley nk catch up..butuh la..bile wat bende laen xnk plax pkir sal tu..duhh..payah lau otak letak kat lutut..pikir poket masing2 je..parah2..

    BalasPadam
  22. Baca je isi , lupa terus pasal tajuk .
    Padahal niat nak baca sebab nampak tajuk tu macam seronok je . Terbaik tot .

    BalasPadam
  23. Berbicaralah dalam bahasa apa yang anda selesa dengan sesiapa yang anda suka ... pokoknya ... perkara yang dibicara. Bahasa walau caca merba hanya jambatan penghubung minda. Terima kasih.

    HS

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.