November 08, 2013

Aku dan Mesin Taip Ajaib Pada Tahun 2013



"Encik, mintak tolong bagi borang ni dekat isteri supaya dia boleh isi borang prestasi dia."

"Aha, ok. Pakai pen apa warna hitam kan Puan?"

"Oh, tak tak. Mesti pakai typewriter..."

"Typewriter? TYPEWRITER? TYPEWRITER!!???"

"Ak aah. Memang borang ni perlu diisi pakai typewriter."

"Kalau saya punya tulisan macam typewriter boleh ke puan?"

"Tak. Kena pakai typewriter jugak."

"Sangat munasabah sekali permintaan itu puan. Sekejap. Saya nak call isteri saya guna public phone. Puan ada syiling? Saya cuma ada syiling seringgit emas satu. Sayang la nak pakai..."

29 ulasan:

  1. haaa.. kena pakai type writer??? kami isi pakai pen saja.. ada yg taip guna komputer dan lekat kat borang skt.. mcm la setiap rumah ada type writer

    BalasPadam
  2. kan skt isi online je skrg..borang ni dah x pyh dah...ketinggalan zaman ke

    BalasPadam
  3. typewriter kena cari kat muzium..haha..tu la kalu nk tau betapa low class sistem kerajaan kita..tapi spending kalah negara maju..nasib baik skt aku dah online start tahun lepas

    BalasPadam
  4. Believe it or not,my school still use dis..N wajib bertaip gne typewriter..typewriter skola ada 1 je..ckgu ade 129.. Phm2 jela..xpaham knapa bnda sng nk.disusahkan..

    BalasPadam
  5. ohh kesiannya cikgu2 semua..terhimpit dalam dunia globalisasi dek keranakebodohanorang atasan..haha..camtu la cerminan sistem kseluruhan kerajaan ni sbb tu daru dulu sampai skrg duk tang tu jgk

    BalasPadam
  6. Rasa vangang je tiap kali buat bnda ni padahall just type sila rujuk lampiran...kebodohan apela sistem gomen ni.. Pntadbir plak jnis skema ikot buku,merasa la org bwh..

    BalasPadam
  7. kalu sistem kerajaan ni guna sistem sapa paling bijak jadi ketua / pentadbir memang x kan ada sistem bodoh2

    BalasPadam
  8. skola aku boleh je pakai pen... ayoomaaa

    BalasPadam
  9. Ada setengah Jabatan dah tak pakai borang SKT ni, ada yang guna sistem HRMIS. Tapi, tu la, setiap jabatan tak selaras dalam penentuan SKT ni. Tak paham aku.

    BalasPadam
  10. Sekarang tak Boleh pakai pen,mesti pakai typewriter...time Macam ni la PAR nak buat duit sebab cikgu malas and tak tau guna typewriter.. Dah tengok ka logo KPM baru? Macam bodo ja,anak aku lagi pandai lukis logo..tukar logo and nama kementerian beribu kali pun tak guna jugak.....hahahah

    BalasPadam
  11. Few weeks ago orang kat company aku pun pening kepala kena isi borang ape ntah (pasal tender la ni). Kena isi pakai typewriter. Kau ada soft copy borang tapi kau tak boleh taip terus kat dalam borang tu sebab nanti hilang dot dot garis kat borang, nanti borang kau tak valid sebab borang tempered. Hahahahah.. pening kepala orang opis aku. Last2 aku suggest buat box, set border invisible n bubuh text dlm box tu, pakai font yg rupa macam typewriter. Cadangan aku diterima tapi xtau la dipakai ke tak.

    BalasPadam
  12. "Wasatiah tonggak kemajuan ummah"

    Wasatiah la tu, pakai typewriter ja. Mahai kalau nak beli komputer dgn printer.

    BalasPadam
  13. Sek sy pun mesti taip jg. He3 kerani ambik upah rm3. Ada 40 lbh cg he3 kiralah sndiri. Pernah buat sndri masuk printer lekat dah tu kena beli lain lagi haru

    BalasPadam
  14. Azlan and typewriter
    sekarang baru aku faham mengapa Azlan ex Meet Uncle Hussein guna nama typewriter
    ingatkan dia yg ketinggalan zaman
    rupanya ada lagi sistem yang mundur

    BalasPadam
  15. erkkk, bukan ke boleh isi online atau dlm bentuk borang softcopy pehtu print jer menatang nih? ni lawak antarabangsa ka ape wajibkan isi pakai typewriter?? aku rasa mcm nak tergelak, tp tak boleh... ah perasaan apakah ini??? ("0A0)...

    BalasPadam
  16. Endless Possibilities? Hehe..

    BalasPadam
  17. Nak kena repair balik ni typewriter kat rumah. Boleh buat part time. Satu borang rm5. Tapi masalahnye mana pegi typewriter tu aku pon tak pasti... Haha

    BalasPadam
  18. Huahaha.. rare kan? Typewriter cuma boleh ditemui di premis kerajaan aje.. sbb arahan= borang hendaklah "bertaip". Mungkin supplier borang ni pak sedara dia.. kalau borang rosak kena beli baru..

    BalasPadam
  19. guna typewritter moden.. :)

    Biasa aku setting/print pakai dit matrik.. mula print kat kertas lain setting elok2.. bila masuk ngam baru print kat borang..

    ok je..

    BalasPadam
  20. Aku ada solution tapi korang kena ada scanner la. Scan dulu borang2 tu. Pastu, taip dlm Photoshop. Akhir sekali, print balik. Err.. Ni kira 'bertaip' la kan(keyboard)?

    BalasPadam
  21. Cikgu2 style diperlakukan mmg mundur sikit.. biasa lah.. walau level pegawai tetapiclevel yg paling rendah sekali.. itu hakikat..kena terima..tp sbb byk menteri terpaksa la bg mcm2 supaya bunyi hebat.. realitinya.. huhuh..
    Ps:wahai menteri sekalian yg tidak jujur dgn amanah dan jawatan, yg ada kepentingan peribadi dlm memimpin, yg menindas atas kesenangan.. ingat kat dunia nih mmg milik kamu.. takpe kami tuntut di akhirat esok..

    BalasPadam
  22. typewriter????????2013???

    dulu aku blaja memang ada jenis jenis manusia yang menolak kemodenan...dia selesa kot di takuk lama..

    BalasPadam
  23. Alternatif lain yg lagi kelakar adelah...ko taip nama, ic, segala yg diperlukan guna font 12..pastu ko gunting, tampal. Suami aku tengok aku buat cmtu, pandang aku seolah2 aku buat sesuatu yg bodoh smbil cakap..'kalau tulis je kan senang..'

    BalasPadam
  24. tiap2 ari surf internet tapi tak dapat duit? nak side income? kerja dari rumah pun boleh generate duit asalkan ada internet & akaun paypal...saya tidak menjanjikan hasil yang lumayan dlm sekelip mata, tapi sekiranya komited & fikir long term profit, saya gerenti anda senang2 boleh dpt 300usd setiap bulan. klik sini; Paid To Click

    BalasPadam
  25. cerita typewriter mengingatkan aku kisah seseorang yang nak isi borang poligami. siap beli typewriter buruk. sanggup ok!!!!

    padahal......boleh je isi guna komputer.

    BalasPadam
  26. ruangan pada borang ni tak cukup nak tulis semua tugasan guru, tak adil kan?

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.