Oktober 24, 2013

Masa Depan Malaysia Tanpa Lambakan Pekerja Asing

Semua orang Malaysia mesti ada merasa susah hati apabila tengok pendatang asing makin ramai. Apatah lagi kalau tiba2 sebelah perumahan kau ada projek perumahan baru, akan diwujudkan kampung sementara untuk diorang ni menetap kat situ. Hati pun risau lah, takut nanti akan ada kes pecah rumah dan sebagainya.

Ya, benda tu memang berlaku. Pakcik wife aku kena rompak dengan orang Indonesia, satu family kena ikat. Risiko benda tu memang ada, tapi perlu diingatkan....naluri asal manusia ni, kita suka stereotaipkan golongan. Ada kes buruh Indonesia pecah rumah? Habis semua buruh Indonesia kita copkan potential perompak.

Kita selalu stereotaipkan satu kumpulan orang. Macam aku buat dengan orang2 UMNO. Pada aku, dalam 10 orang UMNO, ada 2 aje yang betul2 ikhlas nak berjuang, lagi 8 tu hanya fikir nak kaya aje. Ini, adalah fakta! Tapi aku selalu kutuk UMNO membuatkan 2 orang ahli UMNO yang betul2 berniat baik tu pun kena claim sebagai kaki rasuah jugak. Tak fair la camtu.

Kembali kepada topik asal....lambakan pekerja asing Malaysia. Semua orang nak diorang ni balik negara asal diorang, kan? Kalau boleh kita tak nak nampak lagi KL dipenuhi dengan warga asing. Malaysia is for Malaysian! Pernah ke kau terfikir....sebenarnya, kehadiran diorang ni dah jadi sangat essential kepada pembangunan Malaysia? Tanpa diorang, kita ni nothing.

Kau bangga kau orang Malaysia, kau berpendapatan tinggi, kau hensem, ada kereta Proton dan ekonomi kau lebih baik berbanding buruh2 yang kau nampak sekeliling kau hari2....tapi apa sebenarnya sumbangan kau dekat Malaysia? Buruh2 ni satu hari nanti bila balik negara diorang, diorang boleh claim tangan dia yang susun batu bata dekat KLCC atau jalan raya yang moden ni, dia yang tarkan. Rumah yang orang Malaysia duduk, orang luar yang bina.

Apa yang orang Malaysia buat? Ada ke kita terlibat secara langsung dalam pembangunan negara?

Balik2 ayat kita, "aku bayar cukai, aku bayar cukai." Itu aje la ayat kita mampu sebut. Tapi buruh2 yang kau nak halau tu la yang tolong sediakan tempat tinggal kau. Kau still memandang rendah dengan diorang? Kita selalu kutuk Menteri selalu lupa diri tapi bila kita berbicara pasal pekerja asing, kita pulak pakai mentaliti Menteri yang kita anti...

Dalam bab ni, tanpa diorang, kita ni nothing! Berapa banyak projek perumahan tergendala atau lagi teruk, terbengkalai hanya sebab takda pekerja yang nak bina rumah ataupun ramai pekerja ni statusnya haram, jadi dah dihantar pulang selepas operasi. Soal lambakan pekerja asing di Malaysia ni, walaupun pahit untuk ditelan, terimalah.....mereka perlu ada, sebab kita tak nak buat apa yang mereka sanggup buat.

Aku rasa, dalam bab ni, aku bersetuju dengan tindakan kerajaan bawak masuk pekerja asing. Tapi sebab kita tau cara kerja Kerajaan Malaysia sendiri yang terkenal dengan legenda slow, lembap dan asal boleh, mengakibatkan terjadinya lambakan pekerja asing yang bercampur baur sah atau tidak sah. Malah, aku rasa dalam pandangan kerajaan sendiri, mereka terpaksa tutup sebelah mata biarkan aje pendatang haram masuk untuk jadi pekerja sebab kerajaan tau, tanpa kemasukan pekerja asing yang haram atau halal ni, development Malaysia akan terencat.

Ada juga suara2 yang bertanya, macam mana warga2 asing ni dapat IC, boleh mengundi dan sebagainya. Memang pelik kan, macam mana pendatang asing boleh dapat IC ni....

Cuba kita tengok benda ni dari segi sudut moral. Seorang pekerja warga asing, hari2 kerja dia adalah membangunkan perkembangan Malaysia. Sekarang ni ramai yang berpanas berhujan bersempit bina MRT untuk kegunaan rakyat Malaysia di masa akan datang. Kau fikir ayat tu betul2....kau rasa, siapa sebenarnya yang lebih layak dapat pengikitirafan sebagai seorang warganegara, kau atau dia?

Berapa kerat antara kita boleh claim yang kita terlibat dalam pembinaan negara kita sendiri secara hands on macam diorang yang asalnya bukan dari Malaysia?

Jika kau adalah orang2 yang anti kebanjiran pekerja asing ni dan mahu gejala ni berkurangan atau mungkin terhapus di Malaysia, jalan penyelesaiannya amat jelas, kita perlu gantikan pekerja asing itu dan buat apa yang mereka buat! Rebut kembali semua pekerjaan dan perniagaan yang diorang dah isi.

Persoalannya, kau nak ke tak bina projek MRT lepas kau dah sukses halau diorang keluar? Aku tak nak. Kau berani admit kau tak nak? Jadi aku terimalah, orang Melayu perlu bangun bersaing. Aku juga cuba terima hakikat, ada kemungkinan bangsa majoriti di Malaysia akan makin banyak variantnya.

Malaysia is an open market for anyone.
Tak kira dia datang dari mana dan bangsa apa sekalipun.

ps - Melayu, plis....janganlah sebarkan gambar isteri orang yang mati kena tembak dengan jaga perompak. Kalau kau mati, kau suka ke orang sebarkan gambar mayat kau? Kalau kau suka, tolong wasiatkan supaya anak cucu kau letak gambar mayat kau dekat Facebook lepas kau mati supaya orang boleh tengok dan like...

14 ulasan:

  1. byk sudut kena tgk bro.. sepatutnya xperlu pn pendatang asing. tapi sbb politik bangang, nak mendapat kuasa bodohl dendam politik. nak kaya cepat. semua diperjudikan.

    BalasPadam
  2. Mmg ya pun tanpa dieorang kita nothing. Tapi soal kerakyatan/ic, kau tak boleh ckp yang mereka lebih better. Dieorg datang untuk kerja, untuk duit. Bukan untuk berjasa pada malaysia.

    BalasPadam
  3. Warga asing ada ic.
    Perompak ada ic palsu.
    Siap company security bagi senapang lagi.

    Maaf. Panggil pembunuh bukan perompak.
    Apasal tak tembak siling saja?

    BalasPadam
  4. Yang kita marah ialah lambakan pekerja asing yang tiada permit & pengeluaran ic-ic palsu (bsama rasuah yg diharamkan oleh Islam!) Persepsi saudara -->> “Seorang pekerja warga asing, hari2 kerja dia adalah membangunkan perkembangan Malaysia. Sekarang ni ramai yang berpanas berhujan bersempit bina MRT untuk kegunaan rakyat Malaysia di masa akan datang. Kau fikir ayat tu betul2....kau rasa, siapa sebenarnya yang lebih layak dapat pengikitirafan sebagai seorang warganegara, kau atau dia?” Persepsi ini adalah amat dangkal sekali! Secara lumrah alam, di negara maju, blue-collar workers kebanyakannya rakyat drpd negara2 miskin & adakah disebabkan itu maka status kewarganegaraan rakyat asal patut dipersoalkan berbanding dengan rakyat negara lain hnya smata2 mrk bkrja ‘hands-on’ di negara kita? Melakukan sesuatu pbuatan scara literal di mata kasar tidak mlambangkan apa yg ada di dlm hati .. maka di situlah Islam mgajar kita tentang kpentingan niat … harus diingatkan, niat mrk dtg ke ngara kita adalah smata2 utk mcari rezeki & pbangunan kluarga mrk di Indon .. smuanya dtg dgn mata RM atau RUPIAH .. mrk TIDAK sesekali dtg dgn jiwa patriotik thdp ngara kita krn datok nenek mrk tidak bjuang utk pmbebasan Malaya .. datok nenek mrk tidak ada kampung di sini .. kaum kerabat anak pinak ipar duai mrk smua brada di Indon .. mrk tidak ada langsung ‘sentimental value’ thdp Malaysia mlainkan smata2 utk mcari sesuap nasi utk anak beranak mrk!
    Analoginya adalah sy mpunyai sorg bibik Indon sbagai pmbantu rumah utk mnolong kerja2 harian sy mjaga anak2 & mgemas rmh, adakah disbabkan bibik sy ‘hands-on’ & brada di rmh lbh lama drpd diri sy sdiri maka bibik sy lbh layak dipanggil ‘ibu’ oleh anak2 sy & ‘isteri’ oleh suami sy? Walaupun scara pbandingan masa yg sy hbiskn bsama kluarga kurang drpd bibik saya (krn tmpt kerjanya di rumah sy, sudah tentu spjg hari brada di rmh sy), ttpi disbbkn Allah tlh menganugerahkan kpd sy nilai keibuan & keisterian thdp kluarga sy, maka inshaAllah kuantiti masa sy yg kurg tsebut dpt digantikan dgn masa berkualiti sy yg lain yg sy ada ..
    Klu tak, takkanlah kita dgr byk cerita bibik yg tlh bkrja 5-10 thn dgn tuannya pun sggup mencuri, mendera anak majikan, mbunuh majikan .. bygkan 5-10 thn buknlah wktu yg singkat ttpi cuba kita fikirkan, knapa hati & jiwa mrk tetap brada di Indon & bukn bsama kita?!

    BalasPadam
  5. ada point tp ada jgk x setuju.. aku pnah je nk keje buruh dlu sementara tggu spm dgn member (kat kampung), tp xdpt.. ada pn gaji ciput je banding jd cashier, baik jd cashier.. kalo x caye tnye bangla@indon tu brape gaji dpt? dgn tukaran matawang asing mmg cukup bg dorang, tp bg kite xkn cukup? dasar gaji minimum mmg logik, klau dh ttp n terlaksana tanpa pengecualian, aku pk xde mslh org kite nk keje buruh skali pn.. tokey2 perumahan pn x bangkrap, cume krg ckit je keuntungan (ni member aku engineer cite sbb nk mntk naek gaji dr rm1+++ jd rm2500 pn payah padahal untung juta2 TIAP2 BULAN)... lg satu tanggungjawab pekerja n warganegara x sama.. seorang pekerja yg bgus blum tentu seorang warganegara yg bgus, dan sama sebaliknya..

    BalasPadam
  6. Bro, persoalan asas kita nak bangun dan membangun macamana?

    kediupan maju macamana ko nak?

    Relaks boleh ngeteh minim kopi setiap petang ok ka?

    Atau kerja gaji beratus ribu tapi masa nak minum kopi sembang ngan kawan pon takda dan asik risau saja..

    Sejujurnya kehidupan apa yang ko nak kemajuan apa sebenarnya?

    Aku pergi ke negara Maju pukul 4:30 orang dah kemas kul 5 meja dah kosong.. Kita? pukul 5 masih ramai orang pukul 6 pon masih ada.. kadang tengah malam pun boleh nampak opis masih terang berderang orang masih buat kerja..

    hurm entah la..

    BalasPadam
  7. Entah. Tapi aku suka nak bagi contoh yg aku terbaca semalam. Pasal welder. Rase tak ramai yg tau ni...

    Aku penah ade cita2 nak jadi welder yg pro wpun aku pompuan lepas tengok citer ghost ship ntah brape taon yg lepas. Abg aku cakap gaji welder ni gempak. Haha.

    Aku pun try search pasal welder, aku tgk rata2 welder yg power2 pun gaji dlm malaysia ni rm20 sejam. Assistant dorg plak dlm range rm7-13 sejam. Tapiiii tetibe dorg susah nak cari makan sebab, tetiba ada certain company rela amik warga asing - bangla, indon, nepal, myanmar, or filipina... Ada tu sampai rate utk myanmar dorg bagi just rm3 sejam. Kualiti wallahualam la. Cuma rate tu ko nak bagi kat assistant welder kat sini, dorg pun pikir 2-3 kali nak accept ke tak keje tu...

    Dari pandangan ko sebagai manager, dah tentu ko lagi gemar nak amik warga asing bekerja sebab ko boleh manipulate rate sejam utk maximize keuntungan ko...

    Tapi dari pandangan ko sebagai pekerja bawahan plak, dengan rate rm3 mcm pekerja myanmar, ko kene keje sehari 18 jam x 25hari seminggu just utk dapat gaji rm1350 sebulan. Tu lom tolak epf socso lagi tu. Pas tolak da tinggal around rm1100 kot? Mungkin. Aku bukan reti sangat brape percent epf socso ni. Sape tau, tlg kire kan...

    So, dari sini kite nampak pekerja myanmar mungkin dpt 1350 bersih. Ape je dorg kene peduli? Sara hidup? Solo. Kumpul duit bebanyak, antar balik myanmar. Flow duit kita mengalir kuar bantu ekonomi family dia kat myanmar (tu pun kalo dia ingat family la) tapi, ada tak masuk balik ke sini flow duit dia? Secara tak langsung dia membantu ekonomi family dia. Atau negara dia sebab family dia akan beli barang semua kat sana je. Takkan nak datang malaysia beli barang kot... Kemonnn... Sedangkan rakyat malaysia pun suka shopping sutera myanmar... Haaa...

    Kalo dari segi pekerja malaysia plak dgn 1350 yg belum tentu bersih 1350 tu, duit tu la dia kene sara kuarge dia, bayar sewa, bayar minyak moto, nak balik kampung, bini sakit, anak skolah, makan, beli ikan bilis, kicap, telur, beras... Hari2 keje dah 18 jam. Kalo keje ikut rate, jarang ya majikan nak kira ot segala semua, sebab ada setengah majikan agak "pandai" letgo semua rules berkaitan buruh. Kene saman, ape semua settle under table. Jangan kata takda ya, banyak yg buat camtu.

    Berbalik pada pekerja malaysia ni, let say dia keje 18jam sehari... Jarak tempat keje dgn rumah dia agak jauh so kene travel dlm setengah jam pegi keje. Total hours sehari dah 19 jam dia habis utk keje. Seorang manusia normal memerlukan tido selama paling kurang 6 jam utk recharge balik badan supaya tak sewel. Dlm 24 jam, dia tinggal 5 jam je utk tido. Ko rase ade tak masa dia time weekend utk family dan anak2? Kalo weekend pun dia kene buat keje sampingan utk pastikan income dia tetiap bulan cukup utk semua keperluan harian selama sebulan.

    Try la buat calculation balik, pasal jam, pasal semua rate utk pekerja jenis keje ikut hours rate. Sebab tu la ade kenyataan rakyat malaysia memilih keje. Takkan ko tanak pilih keje bile rate patut ko dapat, tapi sebab majikan nak untung lebih, rate dikurangkan tahap susah nak survive. Tak berbaloi blaja tinggi2, siap ade hutang blaja, tapi takleh nak bayar.

    Dan sebab tu jugak ramai yang nampak MLM sebagai jalan keluar. Sebab MLM ni, ada setengah tu modal dia murah. Katanye takyah buat apa pun. Ada pulak MLM jenis sebelum ni ko nak buat pinjaman bank sebab ko tak sanggup, nak start meniaga, tapi asik kene reject, tapi bila ko daftar dengan MLM, tetiba senang gila lulus loan? Acaner?

    Leh la pikir ape yg terjadi seterusnya dan bende ni berulang2 terjadi kat sini. Kalo ko perasan la. Hehe

    BalasPadam
  8. Oh tertinggal sket. Jangan cakap bende2 camni takde effect pade pembangunan sahsiah anak2... Ko ade jumpe budak bermasalah yg dia cakap mak ayah dia banyak spend masa dengan dia? Jarang sangat kan? Kalo ada pun confirm dia ikut kawan. Sape kawan yg dia ikut tu? Bila kita siasat balik, kawan dia tu punya mak ayah yg jarang ade dirumah sebab keje kuat nak meningkatkan ekonomi keluarga. Sedangkan hidup makin ditekan.

    Aku tak sure la kalo golongan atasan penah peduli atau tidak situasi camni... Dalam negara sendiri dekat rakyat sendiri... Dorg punye komen senang la plak, tak suka, bleh kuar malaysia. Hehe.

    Pekerja asing kat sini plak kebanyakkan datang sini solo. Ada jugak dpt keje sini, mencari chenta pun di sini. Kalo yg style angkut family sekali selalunya golongan professional yg keje mcm lecturer, etc. yg keje biasa2 ni majoritinya dtg secara solo. Ada pun dtg dengan bini. Anak2 tinggal je kat kampung. Mungkin dorg punye aim, dah capai target kat kampung halaman (cth ade rumah, keta, tanah) so abes contract, dorg balik je negara dorg. Pastu start business, sbb dah cukup modal semua (true story, operator pengeluaran indon satu kilang ngan akak ipar aku kebanyakkan camni) dan, dalam negara dorg sendiri, di sesetengah kawasan, muncul okb dan bisnes family, maybe ekonomi negara dorg tak up sepenuhnya, at least org2 tadi dah membantu naikkan taraf hidup kuarge. Tak susah mcm dulu. Tak caya? Cuba hayati btol2 lagu "aku yang dulu bukan sekarang" tu.

    Sori la weh terkomen banyak plak kat post ko nih. Haha

    BalasPadam
  9. Blogger ni baru nak belajar hidup kot.masalah sekarang yang ada dah terlalu ramai.menteri pula buat kenyataan nak tambah berjuta lagi pekerja asing. .nak kata orang malaysia malas tak betul juga sebab majikan lebih suka ambil pekerja asing.

    BalasPadam
  10. dalam perniagaan memang nak untung.
    sebab itu standard pelajaran kita di rendahkan supaya semua yang habis tingkatan 5 terus masuk IPT untuk ambil diploma..yg kaya towkey IPT swasta. jadi bila pemuda pemudi dah ada diploma tak kan mereka nak jadi nelayan / petani? adakah anda mau anak anda menjadi petani/nelayan? sama juga dgn pengutip sampah,jaga tandas..tentu jatuh standard..nak tak nak kontrektor terpaksa mengambil orang luar..percubaan perkhidmatan self service pula mendapat banyak kecaman,tapi lihat di stesen minyak sekarang...dah kurang pekerja asing..lagi satu mengambil pekerja melayu banyak kerenah..curi masa untuk sembahyang,,sok sek sok sek waktu kerja,tak boleh buat kerja lebih lah..dan majikan pula memang tak mampu bayar gaji lebih sebab untuk kekadang cukup makan sbb undertable

    BalasPadam
  11. Aku selalu terfikir. kat negara lain sama tak dgn negara kita?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nk tahu macam mana negara diaorg dgn negara kita?
      Teknologi dh maju... Search je.. Tengok youtube..

      Apa dlm blog ini betul...
      Memang itu kenyataan...
      Kenapa pelajar lepasan ipta/ipts menganggur... Kerana mereka nak kerja yg sama dgn apa mereka belajar... Belajar engginering... Nk kerja engginering... Biarpun ada kerja lain yg kosong...
      Kenapa penganggur orang melayu... Kerana dyorng nk jaga maruah konon.. Apa kelas kerja buruh... Sanggup jadi penggangur dari kerja tu... Sanggup jadi mat rempit...
      Abis sape nk buat semua kerja pembangunan negara...

      Negara mereka naif dn miskin... Org mati tepi jalan je... Bom kt motor je... Kita nk salahkan diaorg... Diaorg cari rezeki jugak... Ada org berharap pda dia kt sana.. Jgn pandang semua org jahat...

      Org melayu sendiri pun buat jahat... Tengok berita... Bunuh kelar ank sendiri...meragut... Semua manusia sama jgn pandang kewarganegaraan jgn pandang warna kulit...

      Pasal ic.. Kerajaan dh tukar pasal tu... Pekerja asing yg nikah dgn org ada ic cuma dapat visa... Xde ic...

      Fikirlah sendiri... Just nk bg pandangan

      Padam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.