Sekarang ni, semua orang pakai smartphone. Tapi tak ramai yang paham betul2 macam mana nak kawal smartphone. Sebab itu kadang2 ada kes di mana tanpa disedari, data plan berjalan. Sedangkan, data plan tak pun dilanggan.
Kau tau kenapa terjadi benda tu?
Memang ada sesetengah apps yang automatically akan carik data tanpa kita sedari. Aku tak tau applikasi mana yang specific tapi yang aku pakai, ada News Reader yang akan tiba2 keluar notification walaupun data plan tak disambungkan. Untuk orang yang tidak melanggan data plan, hakikatnya, ada data plan yang berjalan tanpa kau sedari? Ya. GPRS masih lagi berjalan sebab ada aplikasi yang secara automatiknya carik background data.
Apakah keburukannya, tanya kau?
Keburukannya adalah, oleh kerana data plan tidak dilanggan dari syarikat telco, kau akan dicaj sebanyak 10 sen untuk setiap 1KB. Aku ulang, 10 sen untuk 1KB! Jadi, untuk orang2 yang tak subscribe data plan dari telco tapi pakai smartphone, ada kemungkinan prepaid atau bil kau nanti naik mendadak sebab phone kau duk sedut data 10 sen 1KB!
Kes ni banyak berlaku dan kalau kau telefon telco maki diorang tanya kenapa bil kau mahal sedangkan kau tak ambik data plan, diorang akan kata kau yang download jadi kenapa perlu kau direbatekan benda tu. Kau dah pakai! Apa saja alasan kau, diorang takkan terima.
Kenapa benda ni berlaku tanpa sebarang kawalan? Aku tak tau. Cuma apa yang aku rasakan terjadi lepas tu, selepas dah frust tak dapat rebate balik dari data GPRS yang macam haram harganya tu, selalunya customer akan ambik keputusan, "langgan aje lah data plan!"
Dua-dua untung...haha. Telco untung sebab customer ambik data plan dan customer untung sebab terpaksa ambik data plan.
Untuk orang yang celik teknologi, mungkin benda ni kau dah perasan awal-awal tapi kalau ada la atuk nenek yang dah 50an,60 an beli Samsung Galaxy Y kemudian reloadkan prepaid dan tanpa sedar prepaid diorang berjalan sebab ada aplikasi yang sedut data senyap2 ni, kau nak tolong diorang macam mana wahai syarikat telco? Sedap ke makan duit percuma camtu?
Aku tak tau kalau kau pakai Iphone, tapi kalau kau pakai Android, settings untuk data plan ada dua! Ada dua! Satu memang untuk enable data 3G/2G dan ada lagi satu setting yang agak hidden sket yang membenarkan aplikasi "carik data" di background. Satu aje la nasihat aku, memang ada masanya kau rasa kau dah tutup data plan, tapi background downloading masih berjalan, cek betul2 setting dia. Aku tak pakai android jadi aku takleh nak tunjuk screenshot dia.
Kalau mak bapak kau pakai smartphone dan diorang komplen kata prepaid diorang cepat benar habis atau bil diorang selalu tinggi, tolong tengokkan smartphone diorang. Kau complain dengan telco bukannya diorang nak tolong. Menangis air mata darah pun tak ada diorang nak tolong.
" Nasib la, dah download, dah terpakai data, gatal nak pakai sangat smartphone, bayar aje la bodoh! Nak senang, subscribe la data plan dengan kitorang!" Itulah dia mentaliti syarikat telco di Malaysia, tuan2 dan puan2 pasal hidden data charge ni.
Yang penting, duit masuk. Sumbernya baik atau buruk, belakang kira. Tak kiralah siapa2 pun mangsanya. Ada mak abah kau dah terkena?

Saya penah kena.huhu
BalasPadamHappened to me before. Pakai talipon bkn android mahupun iphone, tapi sony ericsson k750i. Br subscribe telco biru ni, sup line atas nama adik rm5 sebulan. Bil sampai kampung melambung2 sedangkan mmg x pakai pun utk call out. Suruh ayah check, dia kata ada data call.
BalasPadamCall telco, dia kata bukan salah dorg sbb aku yg ON data. Dia ajar cara off. Bulan dpn jd lg. Aku call lg. Aku tanya, bukan ke kalo kita nak guna baru kita on? Sebab phone aku lg satu mcm tu. Agent tu jawab, itu dulu. Skrg kita mmg set auto ON. Tp masalahnya aku dah off. Dia ajar off lg tp semua dah memang off. Dan dia kata xleh buat apa2..dan yes, charge dia 1kb seposen.
Aku x puas hati. Aku report kat skmm. Buat online je. The next day, skmm call aku mintak keterangan. Aku pun xdak folow apa2 pastu. Tp 3 bulan jugak la bil aku mcm tu.
Tak lama pastu, aku dpr surat dr telco biru ni. Mintak maaf dan dia rebatkan semua nilai tu. Setahun jugak aku tayah byr bil pastu
Perkara ni kadang-kadang syarikat telco tu pun terlibat sama jugak. Diorang sendiri siap hantar mesej suruh masuk ke certain website suruh guna app sekian-sekian. Kalau user tu noob habis, sure akan download dan akan guna default setting app tu.
BalasPadamDiorang menindas cara halus. Dunia ni terlalu kejam untuk orang-orang yang kurang ilmu.
Install Onavo Count. apps ni bagitau benda apa yang upload/download data.
BalasPadamcuma Developer dia sombong.
Pernah kena jugak.
BalasPadamMasa fon wife rosak dulu aku ganti dengan smartphone. Dari dulu kami memang tak langgan data plan. Sebab tak pakai. Satu hari ada kebocoran data, dalam masa 6 jam kena cas RM150. Limit bil RM100 hanya apply utk call, bukan data. Bil dia pun tak update real time. Lepas 3,4hari baru nampak jumlah keseluruhan. Dekat RM300. Buang masa troubleshoot, buang masa talifon Customer Service. Tak boleh trace data, tak boleh rebate. Kalau kena sekali lagi, boleh beli fon sebijik lagi.
So pada yang nak berhijrah ke smartphone tu beringat2la. Nampak gaya ramai yang kena camni. Kalau 1 juta orang, mau dapat RM300juta free telco tu.
komen aku atas ni atas pengalaman dengan Celcom. Voice plan dia memang takde data bundle, so tak protect against data leakage. Confirm kena cas gprs.
BalasPadamPakai pulak Windows Phone. Tak boleh detect data leakage kat mana. Combination for disaster.
Tapi rasanya sekarang Malaysia dah ada Data Sense version local (sepatutnya monitor data kat telco). Mungkin dah selesai masalah kombinasi WP + Celcom ni.
smartphone, they just too smart for some users :)
BalasPadamaku bila beli jer smartphone, akan search for mobile data, select disable data transfer... bila bil sampai, check bil utk make sure normal... kat parents akunyer smartphones pun aku tolong disablekan mobile data dorang right after phone purchase... setel, bil jd normal...
BalasPadamaku jadi aware psl automatic data plan charge ni lepas akak aku kena pow ngan benda nih, siasat punya siasat... baru tau psl menatang data plan tu auto charge walopun tak subscribe pon, hampeh tul... pandai depa sedut duit no...
Saya tak guna smartphone sebab tak reti dan tak perlu lagi setakat ni. Untuk orang2 yang tak terdesak (cth : student), smartphone cuma menambah beban kos hidup je.
BalasPadamkalau tak sengaja termasuk line internet pun boleh jadi. sblm ni selalu sgt jadi kat wife aku, dia ingat dah connect ke wifi jadi dia sedap je pakai. rupanya guna line fon tu, memang beratus la kena bayar saje kat maksis
BalasPadamUntuk sape nak beli smartpon aku nasihatkan jangan pakai windows mobile..
BalasPadamWindows mobile lagi mangkuk ayun.. Nak hantar MMS pun kean enable data plan kena enable roaming.. padahalkat nokia, android etc.. tak perlu pun.. sebab guna mms je..
Makin mudah mekin menyusahkan.. Pasal syarikat talekomunikasi ni memang makan duit je ekploitasi penguna.. ada banyak term hidden cost yang disembunyikan..
disable je data plan tu. settle problem. xreti pi bukak youtube belajar.
BalasPadamtengok jenis smartphone carlos cakap memang senang dah pakai baru tahu mana yang mangkuk hayun..
BalasPadamkalau dissable data plan dalam windows mobile 8 ko takleh hantar mms langsung.. tak macam handphone nokis symbian ke apa.. tu windows mobile ni mangkuk takda detail semua yang berkait dengan data disekaliharung sebagai data.. cilanat betul.. bila enable data sangkut la 3g pulak semua adoi..
aku selalu pakai apps yang bagitau berapa mb kita dah pakai..kadang
BalasPadamkita tak sedar pon dah 100mb..bila dah
tau 80mb aku off je data..
yang selalu haram jadah dengan digi..
aku unsubcribe je tanpa tutup
data, abis drain kredit aku kejap je..
lagi satu digi haram skit sebab bagi
push message dari mana ntah..
tau-tau rm 3 melayang..
Baru ni jadi dkt laki aku. Nasib baik jadi dkt phone dia sbb kredit limit dia rendah, so once reached the credit limit, dia akan tros stop charge bil. Tapi dlm rm150 jgk la just utk data, tak termasuk bill call/sms.
BalasPadamAku call cs tu aku cakap senang je, dkt dalam bil just tulis brp byk kb data yg aku guna, aku nak tau bila aku guna. CS tu ckp xbole cek masa sbb benda ni automatik. Aku ckp kalo mcm tu korg bole cas sesuka hati la kan, sbb xde bukti yg menyatakan aku guna data ni pada waktu sekian2.. Pastu selepas beberapa ketika, dia ckp akan buat report. Arini aku dapat call dari diorg ckp dia akan waive charge utk data tu..
And this is not the first time aku guna argument ni, sebelum ni 2-3 kali aku kena charge data ni aku guna argument yg sama and setiap kali aku berjaya waive data charges ni..
nasib la aku laki bini guna enpon cap ayam. nak guna internet buka pc/laptop. jadi kesimpulannya aku tak bagi laki aku tukar smartphone. sebab dia tak rajin nak explore hal2 gini. kang tak pasal bil melambung.
BalasPadamAku tak pakai smartphone. Tapi aku ada satu kes nak utarakan. Tak pasti pernah jadi kat orang lain ke tak. Aku selalu sub internet broadband Celcom. Biasanya sub untuk sehari je. Minggu lepas aku sub sehari juga. Selalu pakai, bile dah habis tempoh sub die, dia akan auto disconnect. Tapi kali ni pelik sket, aku masih boleh guna internet biarpun dah tamat sub. Aku risau dalam diam Celcom ni caj aku la pulak. Tapi kredit kat phone tak kurang sesen pon. Ada sesiapa tak sini pernah jumpa atau alami sendiri kes macam aku?
BalasPadamMegah Angkasa.
Ramai orang terpedaya dengan "free" wassup wechat kakaotalk la apa bala FREE padahal semua tu perlukan talian untuk berfungsi.. bukan boleh pakai gelombang radio je... Gelombang radio pun kena ada lesen pe..
BalasPadamIanya FREE kalau pakai wifi jiran, bapak, company atau starbuck, kfc, mcd dan seumpamanya kerana line internet tersebut mereka bayar tetapi kalau takda line internet benda tu memerlukan 3G dan 3G atau data line ni kena bayar..
hidden koss.. yang ramai orang tak sedar..