September 19, 2013

Dilema Rokok Elektronik : Mengharamkan Yang Halal Agar Yang Haram Terus Mekar


Minggu lepas, ada ke tak korang tengok "Ejen Halal" kat TV Al-Hijrah? Kalau ada baguslah. Tapi rasanya tak ramai yang tengok, sebab takde pun orang kecoh pasal hal yang diutarakan minggu lepas dalam rancangan dia mengenai e-cigarrete.

Beberapa bulan lepas, kerajaan keluarkan arahan supaya semua rokok elektronik diharamkan penjualan dan sesiapa yang memilikinya melakukan satu jenayah, atas alasan kesihatan dan faktor "bahan-bahan terlarang yang merbahaya."

Aku expect apa yang Ejen Halal akan utarakan adalah isu yang sama tapi lebih kepada berpihak kepada kerajaan tapi sangkaan aku meleset sekali.

Apa yang dipaparkan oleh Ejen Halal adalah bulat2 180 darjah jauh daripada apa saja kenyataan yang Kerajaan keluarkan. Siap dipaparkan hasil kajian oleh sainstis Amerika dan juga hasil kajian seorang Profesor tempatan yang jelas membuktikan.............rokok elektronik membantu dalam proses mengurangkan ketagih rokok.

Yang lebih penting lagi, tidak ada langsung sebarang bukti yang menunjukkan rokok cigarrete ini lebih merbahaya kepada penghisapnya dan strong point yang dipaparkan malam itu....rokok biasa, rokok tradisional, yang sebenarnya jauh lebih merbahaya. Jadi, cuba tanya, kenapa Kerajaan kita beria-ria benar nak jadikan rokok elektronik ni barang terlarang?

Apa yang aku cuba buktikan ni sebenarnya tanya kau? Baca ni dan compare dengan pandangan "pakar" Kerajaan Malaysia...

The FDA has indicated it will begin to regulate e-cigarettes this fall. After a federal judge ruled that it couldn’t classify them as medical devices (because they deliver a drug, nicotine), the FDA will regulate them as tobacco products (because nicotine is derived from tobacco). Unlike regular cigarettes, however, e-cigarettes are not known to be lethal. Wariness is warranted, but it’s safe to assume that their vapors are not nearly as dangerous as tobacco smoke. (Link)


...........

Jika industri rokok Malaysia jatuh kerana lebih ramai rakyat menghisap rokok elektronik, kerajaan tidak lagi dapat melakukan projek2 mengarut kerana kewangan yang tidak stabil. Jadi, membohongi rakyat dalam bab rokok elektronik adalah bohong yang baik kerana itu semua ketentuan Allah. Bukan ketetapan UMNO.

Aku menyampah dengan geng2 vapping sebab aku selalu ingat diorang ajak orang "fapping" tapi rancangan Ejen Halal ni dah mengubah persepsi aku khasnya brader yang promote vaping dalam segmen tu. Ramai2 lah kita usaha berusaha menjatuhkan industri tembakau tempatan. Tapi bagaimanapun, lagi elok, takyah hisap apa-apa. Kahwin cepat2, hisap lah benda lain.

Kalau kerajaan tak puas hati, sila rujuk produser rancangan Ejen Halal dan orang2 yang ditemubual dalam tu. Aku hanya penyampai. Don't shoot the messenger.

20 ulasan:

  1. Kerajaan kita munafik..

    1ST... Aku org pertama bac apost kau..

    BalasPadam
  2. Xpe rakyat merana.. Janji perut diorg makin buncit...

    BalasPadam
  3. Nikah cepat2 isap benda lain lol.. :)

    Agak sikit lagi kena ban la agen halal ni hahaha..

    BalasPadam
  4. walaupun rokok elektronik ni dikatakan haram dan sesiapa yang memiliki atau menjual rokok elektronik boleh ditangkap dan didenda, tp mengimport rokok elektronik ke malaysia dibenarkan sebab bercukai. hehehehe. dan harga unruk sebatang rokok elektronik ni, cukainya...ntah RM20-30 kalo x salah. sbb tu harga rokok elektronik mahal

    BalasPadam
  5. Aik bila pulak kerajaan haramkan? 2 minggu lepas selamba je aku isap menatang tu dkt kedai mamak. Duduk kat meja sebelah ada 8 anggota PDRM buat dek je dgn aku. Tempat aku breakfast tu memang dekat dgn IPK PDRM. Selalu jgk dkt sana lepas makan palagi trus nyonyot menatang tu. Xdape pun kena tangkap.

    BalasPadam
  6. mmg pun polis buat derk je. pegawai kastam, LHDN, KDN semua buat derk je pun. tp statement dh kuar kat tv mengharamkan benda tu. n cecair yg digunakan untuk isap rokok tu dikatan ada nikotin. walaupun nikotin sikit je, tp masih dibawah kawalan agansi anti dadah. hanya rokok tembakau saja malaysia benarkan ada nikotin. selain tu deme kata haram. hahaha. kalo agensi anti dadah buat rush tangkap ko sbb hisap bnda nikotin selain daripada rokok tembakau, boleh kena cas bawah kawalan dadah beb. bukan aku cakap ek, ini TV n surat khabar punya berita. biasa la, nk cukai kan

    BalasPadam
  7. pengedar rokok elektronik ni pon bayar la cukai kat kerajaan hahaha baru boleh jual..

    BalasPadam
  8. kerajaan kita sendiri ajen yahudi, tapi tuduh pembangkang.
    rokok siapa punya? yahudi.

    BalasPadam
  9. in dis kauntri, even mesenjer got shot. so, dont plae2 aa.

    BalasPadam
  10. LOLLLL.. kawin cepat2x, isap benda lain? Udah tu apa excuse bapak2x budak & para suami yg masih ketagih isap rokok??

    Lawak 'org kahwin' kau X menjadi laaaa.......puih

    BalasPadam
  11. inilah yg dikatakan sistem kapitalis
    yg tak menguntungkan pemerintah akan di haramkan...

    BalasPadam
  12. baik beli komik dari merokok atau sedut vapor...

    BalasPadam
  13. 'Kahwin cepat2, hisap lah benda lain.'

    Ini wa suka!

    Megah Angkasa

    BalasPadam
  14. Tot.....dlm surat khabar metro pun ckp rokok letrik ni bleh buat alat isap syabu....kerajaan kita mmg best bab putar belit ni.....mungkin nk buat penghisap rokok letrik ni hina kt mata org yg xnmpak.....

    BalasPadam
  15. Saya jumpa seorg pak cik di hospital putrajaya. Dia ckp benti la isap vape sebab dia kena heart attack lepas 6 bulan hisap vape. Doc dia masa tu yg sahkan sbb vape la dia kena heart attack

    BalasPadam
  16. Pkcik kau beli kat mana ?? Pasar malam ??

    BalasPadam
  17. “Dan saya juga menyatakan bahawa sekiranya pakar telah mengesahkan vape itu memudaratkan kesihatan, membawa kepada pembaziran serta merosakkan alam sekitar, maka ia boleh jatuh haram seperti rokok atau shisha." kata dia dan mereka.

    Pakai kereta yg mahal2 (pembaziran), asap kereta ada 42 jenis racun hidrokarbon (memudaratkan kesihatan) dan menipiskan lapisan ozon (merosak alam sekitar)... Tak haram2 pula oleh dia dan mereka... Bangang !

    Kenapa pula tidak haramkan semua manusia (termasuk engkau, mereka, aku dan dia) yang mendorong, mencipta, mendapat manfaat dan menghalalkan kerosakan hasil tangan manusia di mukabumi ?...Pening !

    BalasPadam
  18. ...dan sepatutnya Majlis Ulamak keluar fatwa, "barangsiapa individu muslim yg terlibat secara langsung atau tidak langsung yang meluluskan permit atau lesen mengilang arak, mengedar arak dan menjual arak serta menerima hasil atau mendapat manfaat dari hasil cukai arak, maka jatuh haram kesemuanya. " ...termasuklah engkau, mereka, aku dan dia yang mendapat duit brim, gaji menteri, pengguna jalan kerajaan dan gaji mufti. Lagi pening kan ?
    Salam dari saya.. Yusuf Bunyamin.

    BalasPadam
  19. Haram jadah syarikat B.A.T. dulu ganja skrg vepe dorg akan buat jd haram mcm ganja. Klu tak lingkup syarikat tembakau british ni. Hahahaha.. skrg rokok naik harga sbb dorg dh mula goyang. Tak caya??? Bukti nye tetiba yg latest VEPE jd haram rokok naik HARGA...

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.