Julai 23, 2013

Alvivi Cuba Buat Kelakar Kerana Kebanyakan Filem Melayu Lawaknya Tidak Berkualiti

1. Hakim dalam kes pembunuhan kejam (seorang wanita) tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita itu dalam penghakiman penuh beliau selepas memberikan keputusan perbicaraan berkenaan dua tahun lalu.

"Walau apapun motif itu, ia adalah perkara undang-undang di mana motif walaupun releven, adalah tidak penting untuk pembunuhan itu dijalankan," kata Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin dalam penghakiman bertulisnya yang setebal 70 mukasurat itu.

...........

2. Pasangan kontroversi, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, boleh disiasat dan didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mempersenda Ramadan dengan memuat naik gambar yang menyentuh sensitiviti umat Islam dalam laman Facebook mereka.

Perkara itu dinyatakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika memberi maklum balas terhadap tindakan biadab pasangan tersebut.

"Bukan sahaja Akta Hasutan, kita ada peruntukan undang-undang di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan sebagainya. Bergantung mana satu undang-undang.

"Tetapi dalam menentukan pertuduhan dibuat, kita kena lihat dari segi undang-undang, fakta dan niat orang itu. Sudah tentu Akta Hasutan dan mereka boleh didakwa. Pertimbangan harus dan akan dibuat (pendakwaan)," katanya.

...........

3. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki dari Shah Alam itu diperlakukan demikian akibat kenyataannya yang menyentuh sensitiviti agama berkaitan paparan facebook oleh Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24. Pasangan itu mempersenda Ramadan dengan memuat naik gambar hidangan khinzir di laman mereka.

"Tindakan pantas polis berjaya menahan empat lelaki di Shah Alam dan Petaling Jaya pagi ini kerana terbabit mencederakan lelaki itu. Motif mereka ialah membalas dendam terhadap paparan Vivian dan Alvin," katanya.
...........

Apa yang Malaysia perlukan...adalah konsistensi.

11 ulasan:

  1. Hebat boleh tau niat :)
    Kalau niat tak sengaja camne yer.. leh tau dak..

    BalasPadam
  2. http://duniacacamarba.blogspot.com/2013/07/gambar-tidak-bertamadun-sekolah-minta.html

    WOI APA MASALAH MALAYSIA NI WOI!

    dgn alvivi dgn culik budak tulis "saya hina islam" dgn suruh non-muslims makan kat tandas

    malaysians, korg nak jadi mcm palestin ngan syria ni..nak sgt jadi ni. doa bermunajat2 kat tuhan tapi buat org lain mcm binatang.

    adoi. <--give up give up ngn mesia.

    BalasPadam
  3. Tan Sri Abdul Gani Patail sila beri maklum balas terhadap tindakan biadab sekolah tersebut.

    http://duniacacamarba.blogspot.com/2013/07/gambar-tidak-bertamadun-sekolah-minta.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesian oi.....patut pengetua bodoh tu letak jawatan.......heran la knpa jd cmni.......

      Padam
  4. Apa nak jadilah dengan Malaysia sekarang ni. Kita seolah-olah ditadbir oleh sekumpulan orang gila yang kaya.

    Anak Askar Pencen

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Mlysie akn musnh dilnda musibh... :)

    BalasPadam
  7. Pada siapa yg nk defend kes toilet tu, pls read this.

    http://beyondthispunkt.tumblr.com/

    The reason was:-

    1.The school canteen was facing problem in accommodating 350 students who go for recess at same time. This was happening since January 2013
    2.The students were siting around the canteen (perimeter) as the canteen is small and could not cater all of them

    nak cover kes tu, pakat ramai2 makan kat situ ngan pakai songkok dgn baju melayu, tunjuk islam pun makan dalam tu.

    Bodoh!

    Kalau kat Jepun, kes mcm ni selalunya Menteri atau org kanan mesti letak jawatan pasal malu.

    malaysia tak tau malu. takde sapa resign punya lah. kes akan dilupakan mcm tu je.

    siap guna wajah agama nak defend kes tu. hebat.

    BalasPadam
  8. budak topeng... bukan tandas... cari la maklumat betul sikit... komen nampak mcm pandai... takkan tak bleh cari maklumat yg sahih... adoiyai...

    BalasPadam
  9. Dari Januari lagi benda ni rupenya tapi sebab makcik India ni punya post pengetua kena siasat haha.. :)

    bukan tandas pon tapi bilik persalinan ada shower(pintu macam tandas tu).. tapi dah lama tak digunakan so convert sementara jadi tempat makan.. :) So aku assume bersih dan tak berbau kot? Sebelah bilik persalinan ni mungkin tandas..

    Tapi majoriti rakyat malaysia nih sudah disuapkan dengan tandas kotor busuk berbau dan sebagainya maka fobia la..

    Nampak tile sinki ada iras2 tandas terus terbayang dalam kotak fikiran mereka tak sesuai makan DALAM tandas..

    Nak buek camna.. Yang boleh buat sebelah tandas ni surau bilik solat je.. lol.. tang tu tak pulak bising

    BalasPadam
  10. surau kat shopping mall selalu jumpe sebelah tandas takde plak org nak buat isu.... ni saje nak bg panas la ni... ni blog mana yg mula2 keluar citer ni... nak jadi hero pemfitnah dlm bulan puasa...

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.