Mei 09, 2013

Bagaimana Kalau Bangsa Majoriti Malaysia Ni Orang Melayu, India dan Caucasian?

Minggu lepas, sebab nak bergurau, wife aku jadikan anak murid dia yang darjah 3 ni bahan eksperimen. Sebelum aku sambung cerita, dia buat eksperimen ni sebab dalam kelas dia, ada la anak2 orang Bangladesh dan Indonesia yang belajar sekali.

Dan budak2 Melayu yang majoriti dalam kelas tu (kelas second last by the way) kalau boleh tak nak diletakkan sebelah diorang ni. Khasnya anak orang Bangladesh ni.

"Tak nak lah cikgu!" kata seorang budak.

Wife aku pun tanya la dia, "kalau saya letak awak sebelah orang Afrika awak mau?"

Budak tu geleng. "Tak nak!"

"Sebelah budak Cina?" tanya wife aku lagi.

"Tak nak!" jawab budak tu lagi.

"Sebelah budak India pun tak nak ke?" tanya wife aku sebab berminat nak test2.

"Tak mo lah!" jawab budak tu kononnya mempertahankan diri.

"Sebelah orang putih awak nak tak?" tanya wife aku.

" Nak cikgu.." jawab budak tu, laju. "Kenapa pulak?" tanya wife aku.

"Sapa tak nak duduk sebelah orang putih cikgu," jawab budak tu.

....................
Aku ingat seorang Cikgu ni, aku jumpa dia setahun aje masa aku darjah 6. Aku pulak budak baru sekolah tu sebab aku pindah sekolah masa baru masuk darjah 6. Nama cikgu ni Cikgu Chong. Aku panggil dia Mr.Chong. Dia ajar aku English. Nama penuh aku tau. Budak2 lagi time tu.

Mungkin sebab aku adalah orang harapan kelas walaupun aku budak baru (aku sebenarnya genius satu masa dulu) jadi Mr. Chong ni pun selalu la memberikan aku macam2 kata2 semangat.

"Mantot, I can see you have potential."

"Mantot, I know you will be somebody someday."

"Mantot, I know you will become a good man in the future."

Dalam ramai2 budak dalam kelas tu, dia cukup particular dengan aku. Satu, sebab aku first dalam kelas. Nombor dua,  sebab walaupun aku bukan kelas first, tapi aku satu2 nya orang yang diorang target dapat 4A selain daripada budak2 kelas first.

Jadi pada satu hari, sebab cikgu kelas aku tak datang, aku dengan kawan2 aku pun main la gasing belakang kelas. Kawan2 aku masa tu memang jenis malas nak belajar dan tak berapa peduli sangat pasal result ni. Mr.Chong ni pun lalu dan kantoi kitorang main gasing dalam kelas.

"WHY ARE YOU PLAYING DURING SCHOOL TIMES?" Dia jerkah kitorang walaupun dia dah tua, masa tu dah dekat umur pencen. Dia merungut2 sorang2 dan rampas gasing kitorang. Aku punya gasing pun kena rampas.

"I am so disappointed in you Mantot!" cakap dia. "Why do you do this? I cannot believe you acting like this?" Aku tunduk aje la, malu. Kena maki sorang2. Yang lain main dengan aku dia tak maki pun. Lepas tu dia merungut2 lepas tu dia ciow sambil pegang gasing kitorang. Budak2 lain senyap aje la. Tak berani nak cakap apa2 sebab samseng2 sekolah la yang main tu.

Kecuali aku. Aku nerd. Tak pandai bersukan...tapi aku masuk debate kelas.
Debate budaya aku dari kecik.

Beberapa tahun lepas tu aku dapat tau Mr.Chong meninggal sebab sakit tua. Impian dan nasihat dia, aku still gunakan sehingga ke hari ni.

....................

Apa tujuan aku tulis dua cerita ni?

1. Kita selalu bentang karpet merah untuk bangsa asing tapi kita selalu rendah2 kan orang sendiri. Orang sendiri bukan sekadar orang Melayu..malah orang Cina, India dan lain-lain. Apa2 bangsa pun kita still orang Malaysia kan? Kenapa kita camtu? Aku selalu tulis pasal benda ni tapi last2 aku rasa, kita rasa camtu sebab kita diajar untuk terhutang budi dengan British. Ada logik ke pandangan aku tu?

2. Sistem BN akan terus mengasingkan orang ramai ikut kaum. This prolong the problem dan tidak mengatasi masalah langsung. Racial tension akan still terus kekal. Aku rasa BN mahu racial tension itu terus kekal kerana itu sahaja cara mereka boleh memerintah. Kalau dia nak ubah, tiga2 parti komponen BN kena ubah perlembagaan dan itu bukan sesuatu yang aku rasa mudah untuk diorang. UMNO nak bukak untuk bukan Melayu? KAU MIMPI? Tapi bila ada calon PAS bukan Islam...ahli UMNO kutuk. Kelakar kan spesis ni?

3. Di Malaysia, kita diberikan imej seolah-olah racist aje mesti orang Cina. Komunis mesti Cina. Kurang ajar mesti Cina. Nak jatuhkan Melayu mesti Cina. Macam mana racism boleh jadi hak eksklusif orang Cina di Malaysia ni? Hebat betul...bukan setakat ekonomi, malah racism pun Cina pegang. Orang Melayu pun nak jugak jadi racist....the Chinese should share it with us, lah! Mungkin itu yang Utusan tanya, "apa lagi Cina mahu?" Kuota racist orang Melayu pun nak jugak wei! Oh, this is a joke by the way. Do not take it seriously.

4. Kisah aku dengan Mr. Chong tu bagi aku satu benda yang aku ingat sampai sekarang. Aku boleh jadi somebody, sebab dia nampak benda tu dekat aku. Walaupun sekarang ni aku nobody, aku still try jadi somebody. Dan itu kata2 seorang cikgu Cina kepada aku. Bolehkah cikgu Melayu lakukan benda yang sama?

5. Kalau cikgu Melayu tak nak pay attention dan didik anak orang bangsa lain semata2 sebab dia rasa "buat apa aku tolong bangsa lain, baik aku tolong orang Melayu" beritahulah aku, siapa yang racist sebenarnya? Cikgu atau anak murid? Melayu atau bangsa lain?


37 ulasan:

  1. sistem pendidikan kat malaysia makin teruk aku rasa. bukan makin baik. kalau korang tahu, cikgu cikgu sekolah kebangsaan pun macam hopeless dengan sistem sekarang ni. ada dikalangan rakan ibu aku, mengajar di sekolah kebangsaan, tapi anak-anak dorang turut dihantar ke sjkc.

    BalasPadam
  2. Interesting... Cuba tanya mat saleh kalau dia nak duduk sebelah budak melayu tu... Lepas tu tanya budak jepun... Then budak korea... Agak2 nya la apa jawaban derang...

    BalasPadam
  3. mecha,

    dia hantar sekolah lain sebab dia nak anak dia bersaing dgn bangsa lain. kat SK bagi keje sekolah lebih sikit budak merungut makpak merungut. nak pandai tapi taknak buat keje sekolah camne. kalau sjkc memang takde nak main2. keje sekolah menimbun. tak siap kene rotan. takde pun makpak cina bising anak kene rotan cikgu padahal perkara biasa kat sjkc kena rotan ni. cuba kat SK. baru cuit anak dia sikit dah report polis dah hire lawyer.

    family aku ramai cikgu. dan anak diorang semua tak belajar kat sekolah yg diorang ajar. sbb nak suruh bersaing. taknak bagi budak tu mengada2. lagipun kalau anak diorg 1 sekolah tempat mengajar, cikgu lain tak berani marah, tak berani cuit/cubit/rotan etc. nak letak kelas hujung (kalau bdk tu tak bape pandai) pun tak berani atas status anak cikgu. sbb tu kena hantar sekolah lain.

    BalasPadam
  4. Mantap la kau mantot.

    Aku ada cikgu cina ajar aku addmath dekat sekolah dulu. Dia siap boleh sebut alhamdulillah dgn insyaAllah lagi. Berhenti ajar time azan, angkat tangan time doa semua.
    (sebab aku sekolah agama)

    So aku dgn kawan selalu terfikit "Cikgu ni dah lama sekolah dengan orang Islam, kenapa dia tak masuk Islam lagi?"

    Walaupun banyak je sebab kenapa dia belum masuk Islam, tapi aku rasa antara sebabnya jugak adalah salah sistem dan racism yang melampau. or mudah cakap salah BN. tibe hahaha

    BalasPadam
  5. Soal kenapa tak masuk islam itu kuasa Allah, hidayah, even nabi pun takde kuasa untuk itu. Yang penting kita sbg muslim kena rajin berdakwah, kalau tak mampu nak dakwah, sekadar tunjukkan contoh yg baik. Ini tidak, dah lah taknak tunjuk cth baik, siap tunjuk perangai tak senonoh depan non muslim,racist,lucah,mencarut,menipu,korup etc. fail betul. Bak kata pepatah melayu lama " Kalau tak nak bertudung labuh, janganlah pula ditunjukkan cleavage".

    BalasPadam
  6. Tot, aku ajar bebdk mcm2 bangsa kat kolej...

    Aku ok je ngan semua..Layan sama rata...Yg rajin, akan tanya aku sampai kekdg dtg kat ofis masa consultation hour...

    Tapi sadly, yg datang nak belajar tu bukannya "Muslim dari Lahir" tu, mostly "Belum Muslim"...

    BalasPadam


  7. aku melayu dan majoriti student aku cina.

    aku lebih suka ajar budak cina yg betol2 minat nak blajar dr anak melayu yg sekerat dua tau pikir nak rempit, dating ngan awek, nak cr gaduh ngan sapa.

    sakit jiwa aku dgn org yg mai sekolah tak tau tujuan.

    aku lagi cikgu tingkatan.

    BalasPadam
  8. gua masa sekolah rendah dulu ada la jugak cikgu cina mengajar muzik, kalau difikir kembali cikgu itu pun macam mengajar sepenuh hati walau pun takde seorang pun bangsa dia yang belajar dekat sekolah itu

    BalasPadam
  9. Sorry bukan aku nk kutuk tapi all this while, BN memang gunakan taktik divide and conquer keatas kita semua rakyat malaysia... kalau kita termakan api ni, we all will be damned..

    BalasPadam
  10. kisah mantot dan mr chong mengingatkan aku kisah masa darjah 5, cikgu kelas aku marah aku pasal dapat no 4, siap tanak kawan ngan aku lg pastu.padahal org lain yang dapat no 5-30 dia tk kisah pon.salah ke aku dpt no 4? hahaha, out of topic punyer comment

    BalasPadam
  11. hebat kau cikgu pun panggil pakai nama glamer Mantot!

    BalasPadam
  12. Bak kata pepatah melayu lama " Kalau tak nak bertudung labuh, janganlah pula ditunjukkan cleavage".

    Kelakar!Kelakar!

    BalasPadam
  13. aku suka dgn tajuk kau, mcm best jer... pompuan Caucasian pasti cun.. best tu kalau sekelas...

    BalasPadam
  14. Aku masih lagi terasa geram dengan drebar bas India yang x bagi aku turun sembahyang Subuh, time balik ngundi dulu? Dua kali kot aku mintak turun tapi dia x bagi. Racist kah aku...?

    BalasPadam
  15. Pepatah melayu contemporary..
    Melayu ni. ..merendah diri tak bertempat,
    meninggi diri tak berilmu

    post ko buat aku rasa exasperated.rasa nak lari dok uk ke sweden ke.terpikir juga nk jadi cleaner kat masjid Nabawi

    BalasPadam
  16. salam 1 banglasia..hehe

    The problem is, cikgu2 pun mengajar utk jd racist, sbb cikgu2 tu sendiri racist( based on my experience yg kwn ngan cikgu2 tp bebal x nmpak kebenaran, blk2 melayu ditindas cina )..sbb tu generasi kita terdidik mcm tu...

    no wonder la bila guru yang mengajar tu senget..generasi jd senget...ssh sgt ke nak buka mata hati kita dr melihat kebenaran...

    BalasPadam
  17. @tariqz,

    sedangkan drebar melayu islam pn lum tentu akan berhenti untuk semayang tanpa dipinta..inikan seorang India,mungkin die masih tak memahami islam sepnuhnya..so nak paksa macam mane?..subuh2 ko travel aku assume ko dlm perjalanan jauh?boleh diqada' kan bg musafir..

    @Mantot,

    Memang betul pandangn ko..aku kat tmpt tusyen pn, cikgu mengjar chinese pn akn igt nama aku n fokus pd aku sbb die nmpk aku leh berjaya dlm subjek tuh..point being, sometimes chinese ni tadela racist spt yang dgembar gemburkn oleh pihak belah sana..orang je yg takut xtentu pasal ble dmomokkan sesuatu yang belum tentu sahihnye..

    BalasPadam
  18. AKU DARI STD 1 SAMPAI HABIH DEGREE, CIKGU MATH DAN SAIN AKU KEBANYAKAN CINA. MELAYU 2 0R 3 ORANG SAJA. ZAMAN ITM DULU (ENG.THN80'AN)PUN LECTURER AKU RAMAI CINA, MUNGKIN HAMPA TAK CAYA...MAI ANAK AKU PULA,SEKOLAH CAMPURAN JUGA MACAM AKU, BIASALAH KELAS 1ST DAN 2ND RAMAI CINA. DIA COMPLAINT KAT AKU, ANAK CINA ACTION LAH ABAH.. AKU CAKAP KALAU NAK STUDENT CINA HORMAT KAT KITA, YOU KENA JADI TOP 5 DALAM KELAS.. YOU KENA USAHA.. BUKTIKAN MELAYU JUGA PANDAI.. ALHAMDULILLAH, SAMPAI TUSYEN ANAK AKU PUN STUDENT CINA TOLONG CARIKAN... SPM .. STRAIGHT A.. FLY OVERSEA DAH 2 ORANG..HARI RAYA DEPA BALIK, MAI PENUH RUMAH AKU..

    BalasPadam
  19. Aku pun nak mencelah jugak la... masa aku form 5 dulu (1988), ada sorang cikgu Singh yg ngajar English kat kelas aku (puan Nair)...

    Ada la bbrp org kawan aku ni yg jenis malas dgn English ni, jadi diorang jarang buat keja rumah, ponteng kelas la..

    Ada sekali tu dia tension sgt kot.. pasti dia sebut la nama kwn2 aku yg kaki ponteng tu.. dia cakap semua nama2 tu akan fail English SPM nanti...

    Pastu dia sebut lak nama aku dgn bbrp org lagi... yg ni akan pass English..

    Bila result keluar... mmg betul apa yg dia cakapkan tu... dan kitorang akan selalu melawak yg doprang ni dah kena sumpah dgn cikgu Nair... hehe...

    BalasPadam
  20. cikgu aku yang mlayu pun encourage, yg cina pun encourage. Tapi aku heran apahal chinese tak boleh tak ada skolah cina? macam mana nak selaras kalau pendidikan dari awal pun berasingan. tapi kalau nak satukan i'm pretty sure the chinese wouldn't agree.

    BalasPadam
  21. Teringat kt seorang guru cina Cikgu Gan nama dia...seorang yg sgt baik pernah dia berkata, xkan awak semua sanggup bangsa lain rampas hak awak? Walaupun selalu kena tegur sbb pakaian xkemas tp dia wat 4 kebaikan...masa dia dh start sakit dia still panjat tangga masuk kelas...betapa mulianyer dia...kadang2 aku tgk sikap yg patut ada pada org ISLAM lebih banyak ada pada org bukan ISLAM....

    BalasPadam
  22. Tgk fesyen sudah.
    Omputih buat trend COLOR BLOCK. Kita ngikut siap rasa tu mmg fesyen terkini yg cool gile.
    Tp dari dulu org india pakai mesti color block (berdasarkan ulasan satu blog ni).
    Sekali kwn aku yg agak tak suka cina ckp, "ala india, pakai apa yg lawa" giler, terdiam aku.Tak racist ke tu?

    Ramai yg suke muka mcm cina lah,mata sepetlah,kpop lah, nak putih melepaklah,tp dgn cina curiga tak tentu psl. Kesian btl.

    Aku rasa stp bangsa mmg ada golongan yg rasis. Tp byk lg yg baik2.
    Bkn nak kata, apa yg diri ko jadi, itulah yg selalu dtg. Kalau ko racist dan terlalu berprasangka maka racist prick la yg ko akan selalu jumpa.

    BalasPadam
  23. Tetiba aku boleh rasa how disappointed nya Mr.Chong dengan kau. In the same time aku dapat rasa macam mana malunya kau rasa after patahkan tanggapan Mr.Chong kat kau :(. Nevermind Mantot, kau masih boleh jadi somebody. Blog kau yang famous ni menunjukkan yang kau ni somebody. You can write and boleh buat pembaca mendalami apa yg kau tulis. Walaupun kdg2 aku menyampah dgn apa yg kau tulis but still I can't deny your skills. Teruskan mencuba menjadi somebody Mantot! Good luck!

    BalasPadam
  24. aku masa degree lagi best..ada satu kelas tu semua india..dengan lecturer skali india..aku sorang je melayu..takde plak aku kena pulau..elok je diorang layan aku..no racism!

    BalasPadam
  25. Aku kalau boleh nak kawen dengan Cina. Comel sikit anak cucu aku. Tapi bukan aku racist terhadap India. Indians are cute too. Cuma aku nak anak cucu putih dan sepet. Keh3. Mana lagi kalau bukan Cina? Nak Korea, dapat KFC je laa kat sini.

    BalasPadam
  26. Bak kata pepatah melayu lama " Kalau tak nak bertudung labuh, janganlah pula ditunjukkan cleavage".

    KAHKAHKAH. MCM HAWAU.

    BalasPadam
  27. Wei sama here, masa aku darjah 6, ada je cikgu chinese beri semangat..HAHAHA..AKU SELALU BODEK CIKGU CHINESE TU..MUAHAHHA

    BalasPadam
  28. hi mamtot.

    kita mlayu ni emo je lebih. kdg2 cina x buat apa pun. kita terlebih perasan. meh aku nak cerita. aku kerja kat utara malaysia. atau lebih tepat. PENANG. org penang yg kerja swatsa mest tau, betapa org Cina DAH KONKER EKONOMI kat penang. its all about competition.
    memg, habis belajar, aku menganggur 5 bulan baru aku boleh dapat kerja...boleh sama ofis dengan cina. company first aku keje, so-so je. local company own by chinese. to tell u the truth, kalau nak solat, kena potong gaji. sebabnya depa cuma bagi 10min je sehari untuk solat zuhur dan asar(if kau buat ot, nak solat maghrib, 10 min tu termasuk maghrib). aku terkedu. ok, aku taw lepas korg baca ni, mest semua dah start dalam hati, " bodo punay cina x bg semyg...racist,bla..bla bla..) lek lu beb...lu tanay wa dulu, siapa yg buat undang2 solat 10 min sehari? HEAD OF HR, WHICH IS melayu muslim, ada bin. we all protest, but nothing can do. aku x kisah sgt gaji aku kena potong, apa la sgt dbandingkan saham 'nanti'. tapi aku kesian ngn kakak2 yg kerani, operator..berapa sen sgt gaji depa tinggal aklau hari2 kena potong? bkn aku nak akat gaji aku banyak, xla effect sgt aku sebab kalau total up sebulan aku kena potong rm50 untuk solat. tp org yg bagi depa rm50 tu boleh isi perut 10 org lagi anak2 kat rumah...selaku HR manager, that guy boleh je usulkan pada owner cina tu, that i think i didnt know at all...tp amsalahnya, kami lawan issue tu kepada msulim sendiri..last2 aku berhenti kerja...sebabnya makin melampau that HR MANAGER..kalau dah sampai sehari aku p toilet berapa kali pon dia nak kira, itu aku rasa aku punya kebebesan disekat. aku x kisah aku kena bayar untuk solat, sekurang2nya mengajar aku betapa aku patot tingkatkan amalan aku.

    dan bila aku blah dr company tu, aku keje kat mnc company...own by mat sallleh tp dipelopori oleh org cina juga...soal solat, xde maslah.

    eh kejap ye matot...aku nak p lunch..nanti gua sambung lagi...

    BalasPadam
  29. KAT ATAS, AKU DAH TULIS...DARI STD 1 HINGGA HABIH DEGREE......SEBENARNYA BUKAN AKU NAK KATA CIKGU CINA BAGUS DAN CIKGU MELAYU TAK BAGUS..CIKGU AKU SEMUANYA BAGUS BELAKA.. CUMA AKU NAK SAMPAIKAN, KALAU KITA TAK BERJAYA DAN TAK KAYA, JANGAN SALAHKAN BANGSA LAIN ATAU ORANG LAIN. KITA KENA BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN KITA ORANG ISLAM SANGAT BERUNTUNG SELAIN BERUSAHA, KITA BOLEH BERDOA KEPADA ALLAH MUDAH-MUDAHAN DIMAKBULKAN, KALAU TIDAK HARI INI SUATU MASA NANTI AKAN DIBERIKAN. JANGAN PUTUS ASA...

    BalasPadam
  30. Dah jadi mindsetting sejak kecik, terbawa2 hingga ke besar...nak reset balik dah susah. Kat tv pun yg cantik byknya yg putih2. Mak aku pernah terkejut bila aku gtau dia, ala mak, org puteh pun ada gak yg x pandai baca & tulis. Bkn org kita je. Mak aku cam tak caya sbb org putih speak english very good (kahkahkah~ok x lawak) pdhal org melayu pun ckp melayu fluent jugak pe ~ cth mindsetting la..

    BalasPadam
  31. Cerita pasal perkauman, lagi.

    Kalau aku cerita kebenaran dan realiti bekerja di bawah naungan orang Cina, mesti ramai yang tak percaya.

    Alhamdulillah. Aku bangsa Melayu dan rakyat Malaysia, kalau dibaling najis pun, tetap layangkan bunga-bunga cinta pada mereka.

    Bukan aku saja. Tapi kawan-kawan sebangsa aku juga. Kami tak ada pilihan, nak tukar-tukar kerja sesuka hati. At the end, kami redha.

    BalasPadam
  32. Dulu aku sekolah cina smp dajah 4, tp dorg baik je bila time aku tak fhm apa lao she ajar. dorang akan ajar dengan gembira smp aku faham. Satu lagi, jiran aku cina, dulu kecik2 kitorang main sesama dengan abang2 aku. dorang buat aku macam adik dorang je sebab dorang takde adik pompuan. pointnya aku nak cite ni, masa kck2 kita tatahu pun apa itu racist, kite bole main dengan sume bangsa india ke cina ke dengan gembira dan bersuka hati.

    BalasPadam
  33. tajuk kau mcm statement lee kuan yew plak

    BalasPadam
  34. @faraherda.razalan
    Feel free to tell the story, aku pn skang bnaung di bwh company dimane managementny totally Chinese..mmg btul la de sket kurengny..tapi klu nk dbndingkn ngn company melayu lain?,aku da cukup bersyukur Allah beri aku peluang bekerja, mencari nafkah tuk diri sendiri,tseksa?biasalah lumrah dugaan kehidupan, tp kerajaan pulak mnambah lagi seksanya ngn menaikkan kos sara hidup..org melayu pn kdg2 byk yg nk Safe-Zone je manjang, xnk compete..sume nk keje ikut cable,org dalam..ble suh compete mengeluh xdpt keje..ceh..

    BalasPadam
  35. Kita selalu bentang karpet merah untuk bangsa asing tapi kita selalu rendah2 kan orang sendiri > engko la ni mantot. melayu tapi cursed melayu. sedih! tu pasal aku cakap ko paria.

    BalasPadam
    Balasan
    1. "cursing malay" bererti melayu yang menyumpah.
      contohnya, aku seorang melayu yang sedang menghamburkan kata-kata kesat seperti "sial! babi! celaka!". pada waktu itu, aku adalah seorang "cursing malay".
      bila kemarahan aku sudah reda dan aku berhenti menyumpah, maka aku sudah menjadi "silent malay".
      kemudian jika aku rasa terlalu gembira sehingga mula menyanyi spontan, kamu boleh gelarkan aku "singing malay".
      sila komen di bawah jika masih tidak jelas akan maksud "cursing malay".

      Padam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.