Mei 23, 2013

Aini dan Tina Keluar Dating Dengan Teman Lelaki dan Tengok Wayang Filem Melayu

Tina duduk bersandar sambil tangannya menekan skrin telefonnya. Jam ditangan sudah hampir 4:30 petang tetapi kelibat Razak masih lagi belum kelihatan. Aini di sebelahnya resah kerana hampir setengah jam mereka menunggu Razak.

"Janjinya 4, sampai sekarang tak sampai lagi. Kalau aku la, dah lama dah aku carik lain," Tina mencemuh. Aini sengih resah menjeling kawannya.

"Alah kau ni Na, takkan la sebab dia terlambat sikit ni pun kau nak suruh aku cari lain? Come on Na, kau takkan tak tau bukan senang nak tekel orang macam Razak tu, kan?" Aini cuba mempertahankan Razak.  Tina menghembuskan nafas kerana dirinya sudah bosan menunggu.

Air sudah segelas dihabiskan Aini. Rasa bersalah pun ada kerana mengajak Tina keluar hari tu tapi dia hendak tunjukkan pada Tina, rakan baiknya, yang Razak tidaklah seburuk yang mereka sangka selama ini. Razak dikhabarkan seorang playboy yang hanya mahu melukakan hati gadis-gadis sama Universiti. Razak itu, Razak ini. Razak Buaya Dua Alam. Razak Yang Kacak. "Orang ada rupa sikit mesti ramai yang dengki, reka-reka cerita," fikir Aini nak menyedapkan hati bila baru nak mengenali Razak. "Biasalah..Melayu."

Lagipun dia tau yang Tina memang nak ikut. Tina juga ada sebabnya sendiri.

Tina mengeluarkan compact powder lalu ditenung matanya. "Kau sure ke dia ajak kawan dia ni?" Aini angguk. "Dia dah janji...." jawab Aini. Tina memeriksa sama ada gincunya kemas lekatnya. Matanya yang sedikit bercelak membuatkan wajahnya jadi penuh pesona. Rambutnya cantik ikal beralun ditiup angin kipas kafeteria. Tina memeriksa wajahnya lagi. Dirinya penuh tanda tanya siapa yang akan jadi temannya hari itu?

Katanya kawan baik Razak, Hamid. Telah terlalu lama dia kecewa dan cuba menjauhkan diri dari lelaki selepas cinta pertamanya ditangkap keluar dengan wanita lain. "Mungkin ini hari yang bertuah untuk aku?" fikir Tina.

Aini pun bukan main tahan lagi bersiap sedia nak keluar dengan Razak. Habis berselerak bilik dengan baju yang dicuba. Ini tak kena, itu tak kena. Akhirnya Aini memakai seluar jeans dengan sehelai baju t-shirt berjenama yang baru dibelinya. Tidak sangka juga Tina bila Aini mula sedikit berani bergaya selepas berkenalan dengan Razak. Aini yang konservatif sudah lama mati diubah sedikit demi sedikit menjadi seorang gadis urban yang lebih berani.

"Hey Ain...aku nak tanya kau sikit. Sebab kau kan orang Felda, kalau kau balik kampung, kau maintain macam ni ke?" tanya Tina.

"Gila kau! Balik kampung aku pakai la tudung balik! Slow-slow nanti aku harap family aku dapat terima, tak boleh la terlalu sudden...lagipun kau tau la, mulut orang kita, mesti ramai yang berbunyi kalau aku balik kampung macam sekarang," Aini menjuih bibir.

Tidak ramai orang di kafeteria. Lagipun lauk-lauk makanan sudah banyak yang dari pagi. Kalau ada pun yang datang, semuanya mahu pekena pisang goreng panas dengan teh tarik. Aini melihat jam. Lagi beberapa minit tepat jam 4:30 petang.

" Parents kau sihat ke Ain?" tanya Tina. "Setakat ni Alhamdulillah..sihat aje, " balas Aini."Cuma aku risau la ayah aku tu, duk terbatuk-batuk. Maklumlah dah tua," Aini mengerut wajah.

"Itulah...aku just nak bagitau kau la, sebab aku dah kenal kau lama dan kau pun tau, aku dah lama tak ada bapak ni..aku tak anggap bapak tiri tu bapak aku....sementara diorang ada ni..... sebab aku tengok dah kerap sangat kau keluar dating aje," terang Tina. "Kau rajin-rajin la balik tengok mak ayah kau. Nanti diorang tak ada barulah waktu tu nak menyesal," kata Tina sugul.

Aini merenung jauh. Dia tak mampu berkata apa, hanya diam.

Tina sedar perubahan tiba-tiba Aini, silapnya kerana tiba-tiba mengeluarkan nasihat di kala waktu yang salah. "Mana la abang Razak kau ni wei? Dah 4:30 tepat dah ni!" Aini meneguk air teh o ais yang hampir cair aisnya.

Dari jauh nampak kelibat Razak dan di sebelahnya ada Hamid. Aini sengih riang.

"Sori, sori, sori, tadi ada hal sikit dengan study group kitorang," beritahu Razak. Aini mencebikkan bibir. "Ala, takpe, takpe, sebab memang this is our mistake, tiket wayang kita hari ni, I belanja!" Razak mengumumkan dengan gembira. Hamid mendengus. "Eh, sori Mid...ni aku kenalkan, ni la Tina...Tina, Hamid, kawan baik I," beritahu Razak.

"Hai, nice to meet you, again. Kita satu kelas Data Analysis dan Statistic kan?" jawab Hamid menghulurkan salam. Tina senyum manis lalu membalas salam lalu mengangguk.

"Sesuai sangat la tu, dua-dua kaki matematik!" jerit Razak mengejek. "Dah la tu, jom! Kereta I parking dekat situ. Kena berjalan sikit," Razak menarik tangan Aini. "Jom Cik Tina," ajak Hamid pada Tina.

"Thanks.." Tina tunduk malu.


23 ulasan:

  1. Berdebat bukan budaya kita. Berdating adalah budaya kita.

    BalasPadam
  2. HAHHAHA..KWN DIA DENGAN DIA SAMA JE!

    BalasPadam
  3. berpegang tangan bukan muhrim adalah budaya melayu :P
    kikikih tah pape cerpen busuk

    BalasPadam
  4. tot cepat sambung..x sabo nk tau ending dia cam mna...mesti lps dpt kang2 dorg kena tglkan..melayau memang mudah layu !! kena ayat sikit dah lentokkk

    BalasPadam
  5. kena cuit sikit dah trkangkang...sbb tu bnyak kes buang ank melibatkan bangsa melayu

    BalasPadam
  6. cerita macam tak habis je -.-

    BalasPadam
  7. kaki metematik tu macamana?

    BalasPadam
  8. laa, tu je? hehe. pegang tangan? huhuuuu.

    BalasPadam
  9. Dari politik, gosip artis & kini spin ke cerpen. Spin....

    BalasPadam
  10. Suka hati dia la nak tulis ape. blog dia. and dia tak pnah ckp pon blog dia ni blog politik. adoyai.

    BalasPadam
  11. sekor ketam yg tegur ketam lagi sekor suh berjalan lurus... lol

    BalasPadam
  12. truely,this is like any other normal conversation

    sadly,is it normal?or such conversation currently accepted in 'so called' modern malay norm?

    BalasPadam
  13. Cakap banyak aku tangkap

    BalasPadam
  14. Suka hati aku la nak komen apa. Penulis tak kesah pon.

    BalasPadam
  15. Pembunuh Susilawati akhirnya dihukum...
    http://kedahkekl.blogspot.com/2013/05/terkini-pembunuh-sosilawati-dihukum.html?m=1

    BalasPadam
  16. Cerita ni dah habis sbnrnya...Meh sini aku terangkan.

    Aini dgn Tina adalah dua gadis biasa yang nak keluar dating

    Tina takde ayah,Aini ada ayah

    Tina kesian dgn mak bapak Aini sbb tgk Aini berubah drastik tapi Tina sendiri pun sbnrnya suka kalau perubahan tu berlaku pada dia

    Mulut masing2 claim, diorang sayang parents diorang tapi kelakuan diorang tak mencerminkan benda tu.

    Mulut kata sayang tapi praktikal dia tak ada...itu maknanya, tak berapa sayang la kan?

    Kalau anak gadis keluar dating dgn boifren pegang tangan, itu jelas menunjukkan, dia lagi sayang boifren berbanding bapak diorang sendiri.

    Ada yang terasa ke kalau aku tulis direct camtu?

    Clear?

    BalasPadam
  17. aku fhm sgt.......dharap sume orang terasa tolong la terasa because this is all about you, tbh.

    BalasPadam
  18. Perempuan sama je. Kata orang, sendiri yang lebih. Pantang nampak yang hensem sikit, hati terus terpaut. Batas agama bagai langgar saja. Ada apa peduli janji kemahuan diri ditepati. Perempuan oh perempuan.

    BalasPadam
  19. terasa nye i.

    sib baik i dah kahwin dengan lelaki yg i pegang tangan tu.

    BalasPadam
  20. Cerpen dalam blog ni kena ada IQ tinggi untuk paham. Kalau ptak korang ni stok tengok AF, Kilauan Emas & ntah pape tu mmg la x paham. KEHKEHKEH

    BalasPadam
  21. Cerpen dalam blog ni kena ada IQ tinggi untuk paham. Kalau ptak korang ni stok tengok AF, Kilauan Emas & ntah pape tu mmg la x paham. KEHKEHKEH

    BalasPadam
  22. Typo

    *otak bukan ptak

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.