April 09, 2013

Dilema Fresh Grad Dalam Menghadapi Temuduga Yang Mencari Kekosongan Kerja Mesti Berpengalaman

Interview yang paling susah sekali adalah interview2 yang kau kena hadapi selepas kau graduate. Sebab masa tu kau tak ada apa-apa lagi experience kerja dan juga experience kena interview, selalunya time ni la kau baru nak kenal macam mana dunia sebenar.

Barulah kau tau hakikatnya dunia kau masa student jauh berbeza betul dengan dunia yang kau bakal join. Boleh kata apa yang kau belajar tu boleh la pakai dalam 40% yang selebihnya datang dari pengalaman.

Akan ada jugak la temuduga yang kau pergi di mana kau kena kutuk. Aku pernah, kau pun mesti akan kena sebab semua orang kena, kecuali kau memang aim kerja kerajaan. Dengan semangat berkobar-kobar, kau bawak segala macam sijil kau, berpakaian kemas dan datang punyala awal, alih-alih bila kau ngadap panel yang interview ni...jawapan diorang mudah...

"Sori, kami tak dapat ambil awak kerja, sebab awak tak ada pengalaman..." Hancur luluh hati kau masa tu tapi kau cuba counter balik hujah diorang. Kau try yakinkan yang kau punya idea baru, kau rajin, kau sanggup buat apa saja.

Diorang jawab balik mudah aje,"kami tak nak hire fresh grad. Sori. Kami memerlukan pekerja mahir sebab kami tak dapat nak spend masa dan tenaga train pekerja.."

Kau pun melilau lah merata-rata, gi interview sana-sini, siap offer apply sebagai seorang intern dulu dengan bayaran sangat minimum. Dalam hati kau, kau tau apa yang kau mampu offer tapi, kau fresh grad. Kau tak ada experience. Tak ada bukti menyatakan kau mampu berdikari dalam pekerjaan lagi.

Akhirnya ada satu company telefon kau. Nak bagi kau kerja tapi gaji murah sangat sebab kau fresh grad. "Kami kalau boleh tak nak ambik student fresh grad ni, tapi sebab ada kekosongan kat department lain yang tak ada kaitan dengan apa yang Cik apply, rasa2 ok ke?"

Kau tak jadi ambik sebab tak nak tukar bidang. Kerja la Jusco buat sementara, jaga department jual home furnishing sementara nak tunggu dapat kerja yang setara dengan kelulusan dan sesuai dengan kemahiran kau.

Kalau kau tak percaya, ramai sebenarnya yang kerja departmental store ni ada kelulusan bagus-bagus. Tapi sebab mereka tidak ada pengalaman selepas habis belajar, mereka terpaksa kerja dulu mana2 temporary job untuk tunggu mana2 syarikat yang nak hire fresh grad tidak berpengalaman ni.

Kalau kau di tempat orang2 ni, kau nak buat macam mana?

Kau tau kau mampu buat kerja tapi kau tak ada pengalaman. Sebab tak ada pengalaman kau tidak ada bukti kau mampu buat kerja. Tiap2 kali kau claim diri kau mampu buat kerja, kau kena gelak.Jadi amat penting untuk kita, cuba bagi peluang kepada Pakatan Rakyat mentadbir negara. Kita sendiri rasa sakit hati kalau kita tak berjaya temuduga kerana tidak berpengalaman...tapi kalau dari awal lagi peluang dah tertutup untuk membuktikan keupayaan, macam mana diorang nak tunjuk diorang mampu memerintah.

Ingat balik pengalaman kau sendiri masa lepas grad nak carik kerja.
Pasti perit rasanya bila kau seorang fresh grad tapi mahu apply kerja, pengalaman diperlukan.

Bagaimana nak berjaya kalau tidak ada peluang?
Kita kena cuba berikan peluang.

20 ulasan:

  1. ok kita try undi pakatan rakyat pulak... tak try tak tau....

    BalasPadam
  2. ok! sebagai rakyat malaysia aku akan bagi peluang pada PR. tapi kalau depa buat perangai aku TUKAR!

    BalasPadam
  3. Aku tak tahu la kalau korang sume tak setuju ngn aku,dah 8 tahun aku cuba2 mtk gomen tapi tetap gak kawan2 aku yg berasal dari Kelantan yang dapat, aku rasa skang ni bukan sebab takda pengalaman, tapi sebab kenegerian, aku sedih terpaksa merempat kat negeri sendiri yg kaya raya iaitu SELANGOR, korang nak marah aku marahlah tapi aku dah takde perasaan dah, mana2 pun aku tgok sama je...what u say mantot

    BalasPadam
  4. TERBAEK!

    Part awal-awal tu memang betul tapi part ending tu tersangat lah betul nya :)

    As always, mantap.

    p/s: insyaAllah aku akan undi pakatan rakyat

    BalasPadam
  5. Guna cable hohoho..

    Aku dapat masa lepas grad walau result aku tak berapa bagus sangat sebab reputasi aku masa kat universiti :) huhu

    kalau kau boleh buat profile/reputasi yang baik cemerlang insya'Allah boleh membantu.

    Memang payah kan nak compete dengan orang.. yea nak tukar bidang pun susah gak.. mungkin tu orang buat kerja yang sama bertahun2 sampai pencen hahaha..

    yang susah sebenarnye yang paling penting ialah nak yakinkan penemuduga yang walau kau fresh graduate ke tak pernah kerja ke etc kau berkebolehan..

    Walau aku dah kerja lama pun aku masih gagal dalam bab menyakinkan orang ni bila aku nak mohon kerja lain yang lebih tinggi :| Takpe kena cuba dan cuba usaha tanga kejayaan.. Insya'Allah.


    BalasPadam
  6. mintak pada Allah..doa banyak2..aku pun kene interview dengan gomen punye dept masa tgh study..tup tap habis je study..belum grad die dah panggil..xde pakai cable2 bagai ni..Allah SWT je "CABLE" kita yang paling besar.hahaha

    BalasPadam
  7. saya pilih ubah..tak try maka tak tahu..kenapa kita rasa takut nk try? kuasa di tangan rakyat..

    BalasPadam
  8. Time kat Uni/kolej tu, daripada ko abiskan masa bercinta, main game, berpolitik, enjoy.. apa kata ko gi cari keje yg berkaitan bidang ko.

    kalau ko ni eng student ko gi kilang/consulting firm dan mintak keje part time. walaupun ko tak dibayar gaji pun ko tetap cari keje.

    By the time grad, ko dah ade experience setahun dua. silap2 kompani yg ko part time tu amik ko terus.

    Dlm dunia moden, takde sape nak tunggu ko, takde sape nak layan kisah sedih ko. korbankan masa dan usaha lebih dari org lain...


    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul2... Aku setuju ngan ko... Time blaja tu kalo bleh, cari2 ah masa buat part time dlm bidang berkaitan... Seriously sangat membantu walaupun secara sambilan. Lagi satu sebab, ko akan ada referer lain2 selain lecturer... Certain company dorang tanak contact lecturer utk referer sebab kdg2 lect tanak jawap call... Haha...

      Padam
  9. Anon April 9, 2013 at 5:29:00 PM GMT+08:00

    Setuju2.Tapi ada je fresh grad memilih. Kalau dengar cerita orang yang dah bertahun kerja, semua mula2 macam tu. 1st job is about survival. Bertahan jela at least setahun sebelum pindah ke company baru. Majoriti aku tengok fresh grad dah berangan2 nak macam2. Aku pun fresh gak tapi masih sedar diri sebab peluang kerja sekarang memang tak macam dulu. Tambah company nak cut cost. So buatlah yang terbaik, nak kerja ni survival skill memang diPERLUkan.

    - Lisbeth -

    BalasPadam
  10. assalamualaikum,

    mencelah sket,

    some of them ( fresh grad ) pun ade yang memilih gak, tolak kerja yang gaji rendah..by that time diorang kena paham, bermula dr bawah tak bermakna gagal...performance tu penting..

    certain private company offer gaji rendah dulu bcoz they want to see performance 1st even ur fresh graduate..they understand fresh grad still in learning curve...if u can be a fast learner, or moderate..dr situ dah blh gain experience...bila dah ade experience br leh hit target salary..

    tunggu2 keje gomen, sggp bertahun keje jd cashier TESCO, wht will gain? nothing...

    yg ade mentality sket2 keje gomen ni byk tipikal malay je...cina ngan india yg kejar experience bagai nak rak...

    Private sector is the best to gain an experience, govt sector can be best to the stability...depends...

    BalasPadam
  11. isteri aku minta kejer kt penang(PR),boss2 company lgsg x consider job interview sbb x reti mandarin.kalau complaint pun,kerajaan negeri kt komtar sendiri yg luluskan benda ni..huhu.nasib baik rezeki murah di KL.harap jadi pengajaran pada semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat Penang tu takyah tunggu PR memerintah pun,mmg kat Penang tu sejak dulu lg ,even zaman BN dah majoriti penduduk adalah bangsa cina dan mmg mereka lebih selesa hire kaum sendiri.
      Jgn kata kat Png,kat mana mana pun mereka lebih suka hire bangsa diorg.
      Kita pun boleh buat mcm tuh.Tapi,cuba buka mata luas luas,berapa kerat melayu jadi tokey?Melayu pun sama,amalkan kronisme jugak.Dah tu kuat pedengki.Kalo ada pesaing,mulalah nak jatuhkan.Cubalah jadi mcm cina,tolong sesama sendiri wp menindas bangsa lain.Bila dah berjaya pegang ekonomi,percayalah,kita tak perlu bahasa mandarin sebagai syarat utk kerja.
      Pikir jauh sket,amik pengajaran.

      Padam
  12. Beri peluang utk mereka buktikan..

    BalasPadam
  13. ku pernah berkenalan dgn budak u..kelemahan ketara tak reti sera slalu ponteng kelas bahasa ingeris.,
    lagi satu kalau nak senang dapat kerja baik bermula lah di restoran restoran, ni kan slalunya tempat lepak orang bisnes. nasib baik boleh dapat kerja kat dia orang.
    bak bisnes...orang melayu nak untuk mudah..tanyalah orang politaik yang selalu sewakan permit lori..1 permit rm 500.00 sebulan tuu..kalau dah 100 permit ? 50K sebulan tuu..kalau usahawan kecil mintak permit bermacam cara digunakan untuk menggagalkan permohonan.

    BalasPadam
  14. If you don;t have opportunity create one :)

    Penang? dari dulu lagi macam Singapore kebanyakan memang cina pegang, dari MNC company kepada perniagaan lain la.

    Orang cina ni bagus dalam menolong bangsa mereka ada kesatuan etc. Orang melayu jenis survival kot payah nak bersatu hahaha.. aku pernah kerja dalam company semua Melayu tikam sana tikam sini kroni sana sini.. adeh.. nak kerja puntak senang lepas resign kerja company cina (memang tak ramai melayu) lega sikit sebab tak perlu fikir dan dibebankan dengan politik pejabat aku buat kerja aku je..

    Melayu yang bagus tu ada cuma tak ramai kot, memang ada jenis yang tolong melayu etc.

    BalasPadam
  15. kalu aku budak2 fresh yg dtg intvw aku biasa aku bagi peluang jek dia bekerja cari pengalaman.. kalu tak perform aku tak permanent kan dia... at least dia dh ada experience untuk cari kerja lain...

    BalasPadam
  16. Try n error dlm mnentukan pmrintah bukn idea yg bernas.Tempoh 5 thn ustaz azizan memerintah ngri kedah dgn mjoriti ahli dewan adlh yb pakatan rakyat tidk menunjukkn sebrg kjayaan besar dr sudut ekonmi,sosial dan politik. Dlm sblum mmrnth kedah pakatan sbuk wawarkan utk lenyapkan kdai2 karoke dan pust2 snooker tp dlm 5 thun mmrnth satu kdai karoke n snooker pn x dtutup malah 2,3 kdai karoke yg br plak muncul.sedangkn skrg kjaan tmptn di kuasai pktn rkyt
    .ini hny snario sekelumit hama shj.mgkin org x kish kot.

    Ak brckp ats pnglmn mnjd rakyt kedah.Ak seorg yg realistik bkn brckp ats emosi dan pngruh rkn ofis. Klau kt ckp ahli politik kjaan pmrnth prasuah dan pemkn rasuah, kaki bodek dan suka di bodek.parti politik pmbangkng jg tdk trlps.Merka bkn maksum tp manusia biasa yg brnafsu.ak dlm parlimen gobalakrishnan yg hampeh,kaw mjoriti mlyu.ntah apa2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 50 tahun punya daki bro.bole sabar tak?bg lg 5 thn la kalo hg ikhlas.sembang!

      Padam
  17. ad btulnya pendapat artikel 2 kdg2 job requirement need some1 yg experience tp HR call juga fresh grad..x tau kenapa..mybe nak ckup kouta kot...1 lg kalau advs online mostly or almost 70% require:
    1.chinese preferred
    2.mandarin compulsory/preferable

    kalau nmpak advs vacancy yg cmni mcm mana la non chinese nak apply.. dunia2..

    BalasPadam

Tolong letakkan nickname untuk mudah mengenalpasti siapa anda.